Professional Documents
Culture Documents
Kerja Kursus Ekonomi
Kerja Kursus Ekonomi
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
961125-01-6464
ANGKA GILIRAN
SJ0803/1040
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
TARIKH
MARKAH
Tarikh
Ulasan Guru
Tandatangan
Guru
Tandatangan
calon
Markah
Penyelaras
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
PENGESAHAN PENYELARAS
Tarikh: ......................................
Tarikh: ......................................
Nama:........................................................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian
e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
PENGHARGAAN
Tajuk: Hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari
tahun 2006 hingga 2012
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kadar inflasi di Malaysia
dengan kadar inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan mengkaji hubungan antara
kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand pada 2006 hingga 2012.
Pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian seperti kaedah kajian melalui
pengumpulan data sekunder dan kaedah analisis data. Pengumpulan data sekunder
digunakan bagi mengetahui Indeks Harga Pengguna(IHP) di Malaysia dari tahun 2006
hingga tahun 2012. Kaedah analisis digunakan bagi mengenal pasti kadar inflasi yang
berlaku di Malaysia pada tempoh yang sama. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati
bahawa kadar inflasi di Malaysia pada 2008 paling tinggi berbanding tahun-tahun lain.
Selain itu, penurunan kadar inflasi pada tahun 2009 disebabkan oleh faktor berkaitan
penawaran dan keadaan permintaan yang lemah di negara tersebut. Pengkaji juga
mendapati bahawa Thailand mempunyai tingkat inflasi tertinggi pada 2008 dan terendah
pada 2009 antara tempoh tahun 2006 hingga 2012. Kesimpulan secara umum, hasil kajian
ini telah menambah ilmu pengetahuan pengkaji dan diharap juga kajian ini diteruskan
oleh penyelidik lain pada masa yang akan datang.
ISI KANDUNGAN
Bil
Butiran
Halaman
1.0
2.0
Pernyataan Masalah
3.0
Objektif Kajian
4.0
Kaedah Kajian
5.0
5-12
5.1 mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun
2006 hingga 2012
5.2 mengkaji hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar
inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012
13-15
6.0
Cadangan
7.0
Penutup Kajian
16
8.0
Senarai Rujukan
17-18
9.0
Lampiran
19
1
2.0 PENYATAAN MASALAH
Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali
sebagai salah satu daripada negara yang mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Menurut
Dry Sdale dan Huang (1997), pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti
Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand adalah memberangsangkan. Bagi
memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik, kadar
inflasi bagi negara ini harus dikekalkan.
Namun begitu, sudah menjadi kebenaran bahawa tingkat inflasi di Malaysia adalah
tidak stabil pada setiap tahun. Perubahan kadar inflasi bukan sahaja bergantung kepada
langkah mengawal bekalan mata wang dalam pasaran tetapi juga disebabkan pelbagai
faktor lain.
Kita mengetahui bahawa terdapat banyak kesan inflasi terhadap sesebuah ekonomi.
Kesan negatif inflasi termasuklah pengurangan nilai sebenar wang dari masa ke masa dan
berlakunya kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana
membimbang harga barangan akan naik pada masa akan datang. Selain itu,
ketidakpastian terhadap inflasi pada masa depan boleh mengurangkan pelaburan dan
simpanan di dalam negara. Dapat dilihatkan bahawa tingkat inflasi yang terlalu tinggi
dapat membahayakan perekonomian sesuatu negara. Maka, inflasi harus segera diatasi
dan terdapat pelbagai cadangan akan dibincangkan dalam kajian ini untuk mengatasi
masalah ini.
Kajian ini adalah penting bagi mengetahui faktor-faktor ketidakstabilan kadar inflasi
di Malaysia. Selain itu, kita juga patut mengetahui sejarah ekonomi Malaysia dan perkara
ini dapat membantu kita pada masa depan kerana remaja merupakan pemimpin kelak.
2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i)
mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga
2012
ii)
3
4.0 KAEDAH KAJIAN
100
4
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012
Tahun
2005
100
Kadar Inflasi
(%)
3.0
2006
103.6
3.6
2007
105.7
2.0
2008
111.4
5.4
2009
112.1
0.6
2010
114.0
1.7
2011
2012
117.68
119.63
3.2
1.65
Jadual 1: Indeks Harga Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006
hingga 2012
Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa IHP pada tahun 2006 adalah
sebanyak 103.6 (tahun asas=2005=100). Kadar inflasi sebanyak 3.6%.
Pada tahun 2007, IHP di negara ini iaitu 105.7. Manakala, IHP tahun 2006 iaitu
103.6. Didapati bahawa kadar inflasi adalah sebanyak 2.0%.
Seterusnya, IHP pada 2008 iaitu 111.4 berbanding dengan IHP pada tahun
sebelumnya (105.7), kadar inflasinya sejumlah 5.4%. Tingkat inflasi tahunan Malaysia
ini mencecah ke posisi tertinggi dalam 26 tahun,
IHP telah meningkat sedikit dari 111.4 pada 2008 kepada 112.1 pada tahun 2009.
Penurunan kadar inflasi secara mendadak dari 5.4%(tahun 2008) kepada 0.6%
(tahun2009).
114 sebagai IHP pada 2010. Berbanding dengan IHP pada tahun sebelumnya,
peningkatan kadar inflasi secara sedikit berlaku sehingga kepada 1.7%.
Tambahan pula, IHP berkembang dari 114(tahun 2010) hingga 117.68(2011).
Oleh itu, kadar inflasi adalah sebanyak 3.2% pada tahun 2011.
Pada tahun 2012, kadar inflasi berlaku sejumlah 1.65%. IHP sebanyak 119.63
pada 2012 dan sejumlah 117.68 pada 2011.
Menurut jadual di atas, kadar inflasi turun naik dari tahun 2006 hingga 2012.
Kadar inflasi pada tahun 2006 ialah 3.6% dan ia merosot sehingga 2.0% pada tahun 2007.
Seterusnya, kadar inflasi meningkat sehingga 5.4% pada tahun 2008. Namun begitu, satu
penurunan kadar inflasi secara mendadak dapat dilihatkan dari tahun 2008 iaitu 5.4%
sehingga merosot kepada 0.6% pada 2009. Kadar inflasi seterusnya bertambah balik
kepada 1.7% pada 2010. Bukan itu sahaja, kadar inflasi terus meningkat kepada 3.2%
pada tahun 2011 tetapi merosot kepada 1.65% pada 2012.
6
Meskipun harga minyak meningkat, inflasi secara relatif sederhana pada tahun
2006. Jangkaan inflasi secara umumnya dapat dibendung sepanjang tahun walaupun
kadar inflasi melonjak pada bulan Mac 2006. Ini mencerminkan kebolehpercayaan dasar
monetari hasil daripada sejarah inflasi yang secara relatif rendah dalam tempoh yang
panjang di Malaysia. Tambahan pula, jaminan Kerajaan terhadap kenaikan harga runcit
petrol pada bulan Mac akan hanya berlaku sekali bagi tahun 2006 telah dapat membantu
mengurangkan kesan tekanan harga terhadap harga keseluruhan. Bagi tahun 2006, kadar
inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna, meningkat kepada
3.6%. Peningkatan kos pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada kenaikan
inflasi pada tahun 2006, manakala kategori utama lain juga mencatat kenaikan harga.
Antara komponen IHP, peningkatan harga dalam kategori makanan dan minuman
bukan beralkohol merupakan penyumbang utama, mencakupi 47.1% daripada kadar
inflasi keseluruhan pada 2007 (2.0%) berbanding dengan 29.7% pada tahun sebelumnya.
Harga makanan dalam negeri sebahagian besarnya dipengaruhi oleh harga komoditi
makanan dunia yang lebih tinggi, termasuk makanan asas isi rumah seperti beras, tepung
gandum dan minyak masak berasaskan minyak sawit. Harga makanan global yang lebih
tinggi disebabkan oleh faktor struktur dan kitaran. Ini termasuklah permintaan yang lebih
kukuh terhadap komoditi makanan daripada ekonomi pasaran sedang membangun seperti
India dan China, penggunaan tanaman makanan bagi pengeluaran bahan api alternatif
seperti biodiesel dan etanol, permintaan spekulatif, dan keadaan cuaca yang buruk di
negara pengeluar utama seperti Australia. Akibatnya, sumbangan harga makanan kepada
inflasi keseluruhan dalam kebanyakan negara lebih tinggi berbanding dengan tahun
sebelumnya. Harga makanan dalam negeri pada 2007 juga terjejas oleh pembelian secara
bermusim pada musim perayaan dan juga keadaan cuaca buruk yang sementara, yang
menjejaskan aktiviti perladangan dan menggendalakan bekalan.
Berdasarkan data kajian dalam 5.1, inflasi di Malaysia pada 2008 paling tinggi
berbanding tahun lain. Keadaan ini didorong terutamanya oleh faktor luaran, khususnya
disebabkan oleh harga makanan dan komoditi global yang lebih tinggi. Kenaikan harga
7
komoditi dan harga makanan dunia yang cepat memberikan tekanan yang kuat terhadap
paras harga dalam negeri, iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP). Ketika inflasi IHP
meningkat secara beransur-ansur pada lima bulan pertama tahun 2008, pelaksanaan
penstrukturan semula subsidi bahan api oleh kerajaan pada bulan Jun menyebabkan harga
bahan api naik 40.4%, mengakibatkan peningkatan mendadak kadar infl asi yang
memuncak kepada 8.5% pada bulan Julai. Seterusnya, harga bahan api dan makanan
dalam negeri menurun apabila kerajaan membuat pelarasan menurun kepada harga bahan
api sejajar dengan perkembangan harga minyak dunia. Langkah ini telah menyebabkan
kadar inflasi menjadi sederhana kepada 4.4% menjelang bulan Disember. Secara
keseluruhan, kadar inflasi mencatat purata 5.4% pada tahun 2008.
Inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan peratusan tahunan dalam
Indeks Harga Pengguna (IHP), secara puratanya ialah 0.6% pada tahun 2009 (2008:
5.4%). Kemerosotan ketara inflasi keseluruhan pada tahun tersebut didorong oleh faktor
berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah. Inflasi pada tahun 2009
dipengaruhi oleh faktor luar dan dalam negeri. Di luar negeri, kelemahan ekonomi pada
separuh kedua 2008 telah mengakibatkan tekanan disinflasi dalam ekonomi utama dan
ekonomi sedang pesat membangun. Ini jelas dilihatkan pada suku pertama 2009. Dua
faktor utama yang bertanggungjawab terhadap tekanan disinflasi ini ialah kejatuhan
ketara harga komoditi dunia, terutamanya harga minyak mentah dan ekonomi yang
semakin lembap apabila kemelesetan global bertambah buruk.
Secara keseluruhannya, kadar inflasi di Malaysia turun naik dari tahun 2006
hingga 2012. Dalam tempoh tahun tersebut, kadar inflasi telah mencapai kemuncak pada
2008 iaitu sebanyak 5.4%. Di samping itu, nilai inflasi yang terendah adalah 0.6% pada
tahun 2009.
Malaysia
Tahun
Thailand
2005
Kadar Inflasi
(%)
3.0
Kadar Inflasi
(%)
4.5
2006
103.6
3.6
104.64
4.6
2007
105.7
2.0
107.02
2.2
2008
111.4
5.4
112.80
5.5
2009
112.1
0.6
111.83
-0.9
2010
114.0
1.7
115.54
3.3
2011
117.68
3.2
119.94
3.8
2012
119.63
1.65
123.55
3.0
5.2 mengkaji hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di
Thailand dari tahun 2006 hingga 2012
Jadual 2: Indeks Harga Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia serta Thailand dari
tahun 2006 hingga 2012
Graf 2: Kadar inflasi di Malaysia dan Thailand dari tahun 2006 hingga 2012
9
Jadual 2 dan graf 2 telah menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dan Thailand dari
tahun 2006 hingga 2012.
Semua data ini menunjukkan tingkat inflasi di antara negara Malaysia dengan
Thailand mempunyai hubungan positif dari tahun 2006 hingga 2012. Hal ini dikatakan
demikian kerana kedua-dua negara ini telah mencapai peningkatan tingkat inflasi pada
tahun 2006, 2008, 2010 dan 2011. Selain itu, penurunan kadar inflasi di kedua-dua negara
tersebut dapat dilihatkan pada 2007, 2009 dan 2012.
Pada tahun 2006, kadar inflasi di Malaysia dan Thailand telah meningkat dari
3.0%(2005) kepada 3.6%(2006) di Malaysia serta dari 4.5%(2005) kepada 4.6%(2006) di
Thailand. Pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan pelbagai barang & perkhidmatan di
Malaysia mengalami kadar inflasi masing-masing iaitu 10.92%, 2.20%, 1.65% serta
2.27%. Komponen makanan dan minuman serta komponen bukan makanan dan minuman
di Thailand mempunyai tingkat inflasi yang sama sebanyak 4.60%.
Pada tahun 2007, kadar inflasi di Malaysia telah menyumbang sebanyak 2.0%
berbanding dengan 3.6% pada tahun sebelumnya. Selain itu, kadar inflasi di Thailand
menyumbang 2.2% pada 2007 berbanding dengan 4.6% pada 2006. Ini menunjukkan
penurunan kadar inflasi berlaku di kedua-dua negara. Minuman alkohol & tembakau
mencapai inflasi sebanyak 7.64%, namun bidang pengangkutan dan pendidikan hanya
mencapai sedikit kadar inflasi iaitu 2.36% serta 1.73% sendiri-sendiri di Malaysia. 4%
sebagai kadar inflasi bagi komponen makanan dan minuman dan 1.20% sebagai tingkat
inflasi bagi komponen bukan makanan dan minuman di Thailand pada tahun ini.
Hubungan positif berlaku secara berterusan pada kadar inflasi di antara kedua-dua
negara pada 2008. Dalam tahun ini, kadar inflasi di Malaysia telah menaik secara
mendadak dari 2.0%(2007) kepada 5.4%(2008). Manakala, kadar inflasi di Thailand juga
meningkat ketara dari 2.2%(2007) kepada 5.5%(2008). Keadaan ini di Malaysia didorong
terutamanya oleh faktor luaran, khususnya disebabkan oleh harga makanan dan komoditi
global yang lebih tinggi. Manakala, kadar inflasi tahunan 2008 yang ketara ini di
10
Thailand disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan makanan. Sehubungan dengan
itu, komponen makanan dan minuman di negara ini mengalami kadar inflasi sebanyak
11.60% dalam tahun tersebut.
Pada tahun 2009, suatu hubungan positif dapat dilihatkan pada kadar inflasi di antara
Malaysia dengan Thailand. Kadar inflasi di antara negara tersebut telah mencapai
penurunan tingkat inflasi yang ketara dari tahun 2008 ke tahun 2009. Tambahan pula,
deflasi telah berlaku di Thailand. Antaranya, kadar inflasi sebanyak 5.4%(2008) menurun
kepada 0.6%(2009) di Malaysia dan 5.5%(2008) merosot kepada -0.9%(2009) di
Thailand. Seterusnya, komponen bukan makanan dan minuman mengalami deflasi iaitu
-4.80% di Thailand dalam 2009. Tingkat inflasi yang semakin berkurangan di Malaysia
didorong oleh faktor berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah.
Penurunan tingkat inflasi ini di Thailand pula disebabkan semakin menjinaknya harga
minyak dunia.
Kadar inflasi di kedua-dua negara bertambah balik pada 2010. Di Malaysia, kadar
inflasi sebanyak 0.6%(2009) berkembang menjadi 1.7% pada 2010. Di Thailand pula,
perkembangan tingkat inflasi berlaku dari -0.9(2009) dan meningkat kepada 3.3%(2010).
Inflasi di antara kedua-dua negara mempunyai hubungan positif pada 2011 kerana
telah mengalami peningkatan kadar inflasi masing-masing dari 3.3%(2010) kepada
3.8%(2011) di Thailand manakala dari 1.7%(2010) kepada 3.2% (2011) di Malaysia.
Inflasi di Thailand pada 2011 diperkirakan mencapai 3.8% kerana faktor musim hujan
yang turun tiga bulan terakhir telah menggenangi sebagian besar wilayah di negara
tersebut dan menewaskan 380 orang. Banjir berkepanjangan telah memacu inflasi
terutama banjir yang terjadi di Bangkok dan sekitarnya di mana berdampak terhadap
industri dan produksi agrikultur. Ini memberikan kesan pada penawaran sayur-mayur dan
telur akibat kerosakan pada pertanian dan perkebunan. Oleh itu, komponen makanan dan
minuman telah mengalami inflasi sebanyak 7.96% walaupun komponen bukan makanan
dan minuman hanya mengalami inflasi sebanyak 1.32% di Thailand pada tahun ini. Di
Malaysia, sektor makanan dan minuman bukan alkohol, minuman alkohol & tembakau,
11
pengangkutan serta restoran dan hotel mengalami kadar inflasi yang tinggi seperti 4.4%
(sektor pengangkutan).
Seterusnya, tingkat inflasi di Malaysia dan Thailand pada 2011 walaupun
mengalami perkembangan tetapi ia mengalami kemerosotan dari tahun 2011 hingga
2012. Kadar inflasi tahunan merosot dari 3.2%(2011) kepada 1.65%(2012) di Malaysia
dan 3.8%(2011) kepada 3.0%(2012) di Thailand. Pada 2012, sektor makanan dan
minuman bukan alkohol menyumbang nilai inflasi sebanyak 2.67% serta lain-lain sektor
seperti restoran dan hotel mempunyai tingkat inflasi iaitu 2.92% di Malaysia. Sektor
makanan dan minuman di Thailand pula mempunyai kadar inflasi iaitu 4.85% serta
1.85% dalam sektor bukan makanan dan minuman.
12
6.0 CADANGAN
dikuatkuasakan. Upah maksimum merupakan tingkat upah paling tinggi yang boleh
dibayar oleh majikan atau dituntut oleh kesatuan pekerja. Ini bermakna bahawa tingkat
upah tidak boleh melebihi tingkat upah maksimum tertentu. Dengan ini, kos pengeluaran
kurang daripada peningkatan daya pengeluaran buruh dan inflasi dapat dikawal.
14
15
7.0 PENUTUP
16
11. Utusan ONLINE. Inflasi 2007 dua peratus. Dicapai pada 27, Mac, 2008, dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_07.htm
12. Adhitya Wijaya. Perkembangan inflasi di thiland th 2000-2009. Dicapai pada 27.
Disember, 2009, dari http://adiietdit.blogspot.com/2009/12/perkembangan-inflasidi-thiland-th-2000.html
18
9.0 LAMPIRAN