Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak
menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan
kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan
yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri
Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini
sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti).
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan
penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh
badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini
menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan
manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai
kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.


Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil
makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.
Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan
memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu
mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak
cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami
dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang
seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental
manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah
dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan
menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar
dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan
bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahannya. Tepuk dada tanya selera.

(Sumber : http://makan2sihat.blogspot.com/p/kepentingan-pengambilanmakanan.html)

You might also like