Bahasa Melayu Klasik Telah Mengalami Perubahan Sejak Kedatangan Islam Di Nusantara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Bahasa Melayu Klasik telah mengalami perubahan sejak kedatangan Islam di

nusantara. (Siti Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam
semakin kuat sehingga bahasa Melayu turut mengalami perubahan. Antara ciri-ciri
bahasa Melayu klasik selaras dengan perubahan yang dialaminya ialah:
Ayatnya panjang dan berbelit-belit.
pendepanan predikat.

c)

b)

a)

Banyak menggunakan ayat pasif dengan

Banyak menggunakan gaya bahasa istana.

d)

Menggunakan kosakata klasik seperti ratna, mutu manikam, kesmaran (mabuk


asmara) dan masyghul ( bersedih ).

e)

Kebanyakan kata pangkal ayat yang

sering digunakan ialah seperti syahadan,

alkisah, hatta, adapun.

Penggunaan ayat yang banyak menggunakan partikel pun dan lah.

f)

h)

Penggunaan banyak kosakata daripada pengaruh Arab dan Parsi dalam pelbagai
bidang bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
perubatan, falsafah, tasawuf dan pemerintahan.

(Abdul Rashid Melebek dan

Amat Juhari Moain,2006) Zaman bahasa Melayu klasik agak panjang. Dalam
melalui zaman panjang itu, ianya telah banyak digunakan dalam penulisan agama
khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam dan
tasawuf. Keadaan ini telah dibuktikan dengan kemunculan tokoh-tokoh ilmu di
nusantara seperti Hamzah Fansuri yang terkenal dengan karya prosanya AsrarulArifin fi bayan Ilmal-Suluk wal-Tauhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin. Beberapa
naskah karya sastera terkenal turut dihasilkan pada zaman ini. Antaranya ialah
hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah Bustannus
Salatin, Sejarah Melayu dan sebagainya.
Kesimpulannya, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya tersendiri. Ianya
menjadi titik bermulanya Bahasa Melayu Moden dan sebagai asas pembentukan
bahasa baku di negara kita. 2. CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu Klasik dapat dikesan kerana ianya mempunyai ciri-ciri tersendiri
yang dapat kita kenali. Ciri-ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik itu adalah
seperti berikut; 2.1 Ayat Panjang, Berulang-ulang dan Berbelit-belit

Antara ciri

bahasa Melayu klasik yang membezakannya daripada bahasa lain ialah dari segi
struktur ayatnya. Bahasa Melayu klasik menggunakan ayat yang panjang, berulangulang dan berbelit-belit. Contoh ayat tersebut dapat dilihat dalam teks Sulalatus
Salatin tulisan A.Samad Ahmad iaitu; Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami
hikayatkan semuanya; jemu orang yang mendengar dia; maka kami simpankan juga,
kerana perkataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya.
(Sulalatus Salatin, halaman 18)

Ayat yang panjang dan berbelit-belit itu

mungkin menyebabkan pembaca sukar atau keliru dalam memahami makna yang
ingin disampaikan. Pengulangan perkataan yang sama maksudnya juga terdapat

dalam ayat tersebut iaitu perkataan 'terlalut' dan 'amat'.

Ciri-ciri ini juga

dapat diperhatikan dalam teks Hikayat Abdullah karya Abdul Kadir Munsyi iaitu; Maka
ada-lah yang ku lihat barang suatu pekerjaan-nya perkataan-nya dan kepandaiannya dan bangun-bangun orang-nya dan budi-bahasa-nya, jikalau tiada salah fahamku bahawa dapat-tiada ia-ini orang-orang besar atau pandai, dan lagi dengan besar
himmahnya. ( Hikayat Abdullah, halaman 75) Penggunaan ayat yang panjang serta
meleret-leret ini juga memaksa pembaca untuk mengulangi bacaan mereka dalam
memahaminya maksud yang ingin disampaikan. Perkataan 'nya' juga jelas diulangulang pada hujung kata 'perkataan, pekerjaan'dan 'kepandaian'.
4 2.2. Banyak Ayat Pasif

Penulisan dalam karya-karya Bahasa Melayu

Klasik juga memperlihatkan penggunaan ayat pasif atau ayat songsang dengan
pendepanan predikat dan diikuti dengan subjek dibelakangnya. Contoh yang dapat
membuktikan kenyataan ini seperti dalam ayat di bawah; Syahadan maka setelah
dilihat oleh Patih Aria Gajah Mada kelakuan Betara Majapahit itu... (Sulalatus Salatin,
halaman 116) Setelah dilihat oleh Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun.
(Sulalatus Salatin, halaman 139) Shahadan apabila di-dengar oleh Tuan Raffles
akan segala hal-ehwal itu. ( Hikayat Abdullah, halaman 106) Sa-telah itu maka
segera di-keluarkan oleh Tuan Farquhar perkataan lain, katanya.. ( Hikayat Abdullah,
halaman 162)

Penggunaan ayat pasif dalam hasil-hasil karya pada zaman itu

disebabkan pengaruh bahasa Arab yang meluas ketika itu. Penggunaan ayat
songsang dengan pendepanan predikat akibat pengaruh bahasa Arab dan ragam
ayat pasif. (Goay Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007).

Seperti

yang kita ketahui bahawa pedagang-pedagang dari negara Arab telah menjalankan
perdagangan disamping menyebarkan agama Islam di seluruh nusantara
termasuklah di negara kita. Mereka telah menggunakan bahasa Arab dalam
pertuturan mereka dan keadaan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Bahasa
Melayu juga mengalami perubahan khususnya dalam penggunaan ayat pasif ini. 2.3.
Penggunaan Bahasa Istana

Penggunaan Bahasa Istana juga menjadi

salah satu ciri Bahasa Melayu Klasik. Hubungan masyarakat pada zaman itu amat
rapat dengan istana. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak dalam meletakkan
satu-satu keputusan dalam pentadbiran kerajaan dan sangat disanjung oleh rakyat.
Kemukarkaan terhadap golongan istana dilihat suatu perkara yang boleh melanggar
adat dan tatasulila peradaban Melayu. Benarlah kata-kata 'biar mati anak jangan
mati adat'.

Keadaan ini menyebabkan pertuturan masyarakat pada ketika itu

dipengaruhi oleh bahasa istana sehingga dalam penulisan karya puisi mahupun
prosa . Contoh perkataan-perkataan ganti nama seperti 'hamba', 'patik', 'tuanku' dan
sebagainya telah digunakan. Perkataan kata kerja seperti 'titah' dan 'sembah' turut

diselitkan dalam penerbitan karya sastera. Tidak ketinggalan juga penggunaan


nama-nama jawatan seperti 'bendahara', 'laksamana' dan 'hulubalang' yang turut
dimasukkan.

Ciri-ciri ini dapat ditemui dalam kedua-dua teks tersebut iaitu

seperti dalam ayat ayat di bawah ini. Maka Sultan Mansur Syah pun semayam di
balai kecil menghadap orang mengepung Hang Jebat itu. (Sulalatus Salatin,
halaman 139) Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Apa kehendak hati tuanku,
katakanlah kepada patik." (Sulalatus Salatin, halaman 251) Maka Enche' Su-long
pun pulang-lah, serta menyampaikan segala titah raja itu kepada Pawang Gajah
( Hikayat Abdullah, halaman 57)

Sa-bermula ada pun asal-nya yang empunya

tempat itu shahbandar dahulu di Melaka, yang bernama Mr.Alam


Abdullah, halaman 125) 2.4. Penggunaan Kosa Kata Klasik

( Hikayat
Penulisan karya

dalam era penggunaan Bahasa Melayu Klasik turut memperlihatkan penggunaan


kosa kata klasik. Perkataan seperti 'ratna mutu manikam', 'edan kesmaran', 'sahaya',
'masyghul, dan sebgainya yang dimuatkan dalam karya tersebut yang menjadi salah
satu ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik.

Ciri-ciri ini masih lagi

terdapat dalam karya Bahasa Melayu Klasik kerana penulis-penulis karya pada
zaman itu masih lagi terikut-ikut dengan gaya penulisan Bahasa Melayu Lama.
Contohnya dapat kita temui seperti dalam ayat berikut;

Arakian maka

dianugerahkan Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali pada


ayahnya, Raja Kida Hindi; maka dianugerahi Raja Iskandar akan Puteri SyahrulBariyah persalinan seratus kali, dan dianugerahi daripada emas dan perak, dan ratna
mutu manikam, dan daripada permata dan harta (Sulalatus Salatin, halaman 7)
daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharibgharib. (Sulalatus Salatin, halaman 131)

Adapun hikayat perang Raja Haji

itu terlalu-lah lanjut-nya, maka jikalau ku cheterakan, neschaya berlambatan-lah


pekerjaan-ku, melainkan mengambil simpan-nya sahaja. (Hikayat Abdullah, halaman
48) 2.5.

Penggunaan Kata Pangkal Ayat / Praklausa

Ciri-ciri Bahasa

Melayu Klasik juga adalah sering menggunakan perkataan-perkataan seperti 'maka',


'hatta', 'alkisah' dan sebagainya di pangkal atau perdu sesuatu ayat. Perkataanperkataan ini juga boleh diibaratkan sebagai pembuka bicara dalam ayat-ayat dalam
Bahasa Melayu Klasik. Hal ini dapat memperlihatkan nilai estetika atau keindahan
dalam bahasa Melayu klasik yang pernah menjadi bahasa lingua franca pada suatu
masa dahulu. Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam ayat berikut; Syahadan datanglah ke
Teluk Belang, maka kenaikan itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam.
(Sulalatus Salatin, halaman 39) Hatta Raja Rekan pun datang menghadap ke
Melaka, maka sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad Syah, kerana Raja
Perempuan itu saudara sepupu kepada Raja Rekan. (Sulalatus Salatin, halaman 82)

Arakian maka ada-lah kira-kira tiga bulan lama-nya dengan hal bersakit dan susah,
kebanyakan pula orangmati, dan jatoh patah kaki tangan, tiba-tiba maka
kedengaran-lah khabar mengatakan raja menyuroh ( Hikayat Abdullah, halaman
50) Ada-pun sa-telah sedikit hari kemudian daripada itu, datang-lah pula sa-orang
paderi yang lain, naman-nya Tuan Slater ( Hikayat Abdullah, halaman 135) Maka
sa-telah bapa-ku pulang, dalam enam tujoh hari juga tentu-lah sudah bichara kahwin
itu ( Hikayat Abdullah, halaman 144) 2.6. PENGGUNAAN PARTIKEL PUN DAN
LAH

Kita juga dapat mengenai Bahasa Melayu Klasik kapabila banyak

penggunaan partikal seperti lah digunakan di bahagian hujung kata kerja atau pun
di bahagian tengah ayat. Contohnya seperti perkataan 'beradulah' atau
,berangkatlah'.

Hasil karya yang ditulis dalam teks Sulalatus Salatin dan

Hikayat Abdullah juga tidak ketinggalan memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini dapat dilihat
dalam contoh ayat yang berikut; Setelah didengar oleh si penyadap, maka ia pun
hairanlah, seraya berkata ( Silalatus Salatin, halaman 113) maka berkembanglah segala bunga-bungaan yang dari dalam taman pengasehan ( Hikayat Abdullah,
halaman 64) Shahadan maka apa-bila di-lihat oleh orang Melayu semua-nya akan
hal yang demikian, maka masing-masing pun ketakutan-lah ( Hikayat Abdullah,
halaman 53) 2.7. PENGGUNAAN KOSA KATA DARIPADA PENGARUH ARAB
PARSI

Bahasa Melayu Klasik menerima pengaruh kuat daripada Arab dan

Parsi sehingga hasil karya penulis-penulis pada zaman itu telah meminjam beberapa
kosa kata daripada bahasa Arab. Penggunaan kosa kata tersebut bukan sahaja
daripada bidang bahasa ilmu agama tetapi bidang-bidang yang lain seperti undangundang, kesusteraan, perubatan dan pentadbiran.

Ciri-ciri ini nampak jelas

digunakan terutama bagi penulis-penulis yang sezaman dengan A. Samad Ahmad


dan penulis karya Hikayat Abdullah ini.

Contohnya dapat dilihat seperti dalam

petikan ayat di bawah; Maka beberapa lama-nya dalam hal yang sedemikian, maka
datang-lah sa-orang orang Arab Sayyid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya
Haddad, maka ada-lah ia-itu aulia, maka sangat-lah di-permulia orang akan dia
dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perampuan pun pergi-lah berguru kepadanya dari-hal perkara agama Islam. ( Hikayat Abdullah, halaman 10) Perkataan
'Sayyid' adalah perkataan daripada bahasa Arab yang bermaksud ketua atau
pemimpin telah diselitkan dalam contoh petikan ayat di atas. Begitu juga dengan
perkataan 'aulia' yang bermaksud seseorang yang mempunyai pekerti yang baik.
Contoh lain yang kita dapat lihat adalah seperti petikan ayat di bawah ini; ...'Mari kita
chuba jadikan kitab ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris itu... ( Hikayat Abdullah,
halaman 10) Perkataan 'kitab' juga adalah kata yang berasal daripada perkataan
Arab yang membawa maksud buku telah digunakan dalam teks Hikayat Abdullah itu.

Begitu juga seperti dalam teks Sulalatus Salatin, penggunaan kata yang berasal
daripada bahasa Arab juga turut digunakan. Contohnya seperti dalam petikan ayat di
bawah; Orang Kaya-kaya sekalian pertaruh kita, daripada memelihara dan mengajar,
menegur dia; kerana ia budak penuh dengan khilaf dan bebalnya...
Perkataan 'khilaf' yang digunakan dalam petikan ayat di atas merujuk maksud selalu
membuat kesilapan.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA


MELAYU
1.0

Pengenalan

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Begitu juga bagi
bangsa Melayu. Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan di kalangan bangsa
Melayu ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa MelayuPolinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia. Penyebaran bahasa ini di Kepulauan
Melayu dan Lautan Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk
bahasa daerah masing-masing. Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara
yang mempunyai kira-kira 200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah
membahagikan peringkat perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya
hingga kini kepada empat iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno,
zaman bahasa Melayu klasik dan zaman bahasa Melayu moden. Namun begitu, bagi tujuan
kajian ini pengkaji membataskan perbincangan terhadap bahasa Melayu klasik dan bahasa
Melayu moden sahaja.
1.1

Zaman Bahasa Melayu Klasik


Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga ke akhir

abad ke-18 Masihi. Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi
bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. (Awang Sariyan,
1998 ). Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa tentang
bahasa Melayu klasik. Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), yang menyatakan
bahawa bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.
Bahasa Melayu klasik juga dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam
yang semakin mantap di Asia Tenggara ketika itu. Sejak itu bahasa Melayu pada zaman ini

turut mengalami pelbagai perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan bentuk tulisan.
Selain itu, bukti-bukti sahih yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu klasik ini ialah
penemuan beberapa batu bersurat atau prasasti yang di beberapa daerah di Asia Tenggara
dan Tanah Melayu menguatkan lagi fakta ini. Antaranya ialah batu bersurat di Pagar Ruyung,
Minangkabau (1356 Masihi), batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh (1380 Masihi) dan batu
bersurat di Kuala Berang, Terengganu ( 1303-1387 Masihi) yang ditulis dalam tulisan Jawi.
(Siti Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam semakin kuat sehingga
bahasa Melayu turut mengalami perubahan. Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik selaras
dengan perubahan yang dialaminya ialah:
a)
b)

Ayatnya panjang, meleret-leret dan berulang-ulang


Banyak menggunakan ayat songsang dengan pendepanan predikat akibat pengaruh bahasa
Arab dan ragam ayat pasif. (Goay Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007)

c)

Banyak menggunakan gaya bahasa istana.

d) Menggunakan kosakata klasik seperti ratna mutu manikam,(berjenis intanpermata) edan


kesmaran (mabuk asmara) dan masyghul ( bersedih ).
e)

Kebanyakan kata pangkal ayat yang sering digunakan ialah seperti sebermula, alkisah,
hatta, adapun.

f)

Penggunaan partikel pun dan lah sering digunakan bersama perkataan lain
seperti kendatipun, tersebutlah.

g)

Menggunakan tulisan Jawi iaitu pinjaman huruf atau aksara daripada bahasa Arab yang
ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

h)

Penggunaan banyak kosakata daripada pengaruh Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, perubatan, falsafah,
tasawuf dan pemerintahan dan pentadbiran.

i)

Frasa dan ayat daripada pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu.
Contohnya ialah penggunaan frasa ketahuilah olehmu dan maka kemudian daripada itu.

j)

Terdapat unsur-unsur falsafah Islam dalam hasil penulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu
kalam, tasawuf dan Aqaid al-lman.
Bahasa Melayu klasik melalui zaman kegemilangan setelah pemerintah kerajaan
Melayu memeluk agama Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada para pedagang Islam
ketika itu. Tiga tampuk pemerintahan kerajaan Melayu terpenting pada zaman itu terdiri
daripada kerajaan Melaka, kerajaan Aceh dan kerajaan Johor-Riau. Selain itu, pada zaman
ini juga telah lahir beberapa tokoh penulis yang tersohorseperti Hamzah Fansuri,
Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Beberapa
naskah karya sastera terkenal turut dihasilkan pada zaman ini. Antaranya ialah hikayat Rajaraja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah Bustannus Salatin, Sejarah Melayu dan
sebagainya. (Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain,2006) Zaman bahasa Melayu
klasik agak panjang. Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu ini turut mengalami
perubahan. Perubahan-perubahan yang berlaku bersama dengan kepesatan teknologi
penerbitan telah memodenkan bahasa Melayu ini.
1.2

Zaman bahasa Melayu Moden


Zaman bahasa Melayu moden bermula sekitar abad ke 19. Bahasa Melayu moden

berasal dari bahasa Melayu klasik. Perintis bahasa pada zaman ini ialah Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi atau dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Beliau telah mengarang Hikayat
Abdullah (1840) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1837) merupakan permulaan

kepada penggunaan bahasa moden yang menjadi lambang kepada perubahan bahasa dan
kesusasteraan Melayu moden. Karya Abdullah Munsyi ini berkonsepkan penulisan yang lebih
moden malahan karya beliau juga bebas daripada unsur-unsur luar biasa dan khayalan
seperti mitos seperti yang terdapat dalam kebanyakan karya sastera Melayu klasik. Konsep
ini kemudiannya diteruskan pula oleh seorang lagi pengkarya iaitu Raja Ali Haji bin Raja
Ahmad yang menghasilkan Tuhfat al-Nafis, Silsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Rajarajanya. Pada abad ini dikatakan turut berlakunya kebanjiran pendatang luar terutama dari
Barat ke Asia Tenggara. Kedatangan penjajah khususnya pihak Inggeris dikatakan telah
melahirkan ramai sarjana Melayu yang terlatih dalam bidang ini. Bahasa Melayu semakin
berkembang luas seiring dengan kedatangan pihak barat apabila bahasa ini turut menerima
pengaruh barat sama ada dari sudut gaya penulisan mahupun terjemahannya. Ledakan
teknologi yang berlaku terutama dalam bidang percetakan menyebabkan penerbitan bahanbahan penulisan berbahasa Melayu tersebar luas dengan lebih pantas. Penerbitan akhbarakhbar bahasa Melayu seperti Jawi Peranakan, Bintang Timor, Chahaya Pulau Pinang dan
beberapa lagi menjadi bukti kukuh perkembangan ini. Selain itu, penubuhan beberapa
pertubuhan bahasa Melayu Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu
diadakan untuk meningkatkan taraf serta peranan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang pendidikan turut mula diperkenalkan di sekolah-sekolah negeri-negeri
Selat pada tahun 1821. Penubuhan Maktab Perguruan Melayu atau Malay Training College
yang pertama mula dibuka di Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru untuk
mengajar bahasa Melayu.
Bahasa Melayu diperkasakan lagi selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun
1957. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan bahasa ini dalam bidang
pentadbiran, pemerintahan negara, pendidikan, kehakiman dan sebagainya. Dan kini,
selama 50 tahun perancangan bahasa Melayu berlangsung, bahasa Melayu telah
membuktikan kemampuannya sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi di persada dunia dengan bahasa-bahasa moden yang lain. Antara ciri-ciri bahasa
Melayu moden ialah:
a.

Tidak lagi menggunakan pendahuluan dan mukadimah yang meleret-leret dalam

penulisan.
b.

Unsur pemula atau kata praklausa seperti arakian, hatta, kalakian dan sebagainya

tidak lagi digunakan dalam penulisan bahasa Melayu moden.


c.

Bahasa melayu mempunyai struktur bahasa dan nahu yang lebih bersistem.

d.

Bahasa Melayu moden mempunyai banyak kata pinjaman kesan daripada

penaklukan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris selain bahasa Arab dan Parsi kesan
daripada pengembangan agama Islam.
e.

Penulisan bahasa Melayu moden lebih tepat menyampaikan fakta serta kurang

menggunakan ungkapan yang beralas berbanding penulisan dalam bahasa Melayu klasik.
2.0

Analisis Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik Dan Bahasa Melayu Moden
Bagi tujuan kajian ini, analisis yang dijalankan adalah untuk melihat perbezaan
terhadap bahasa melayu klasik yang terdapat dalam teks hikayat Sejarah Melayu dengan
bahasa melayu moden daripada sudut morfologi(perkataan) dan sintaksis(ayat). Sejarah
Melayu dikarang bertujuan menceritakan mengenai raja-raja Melayu yang memerintah
negeri-negeri Melayu terutama raja-raja Melaka, dan merakamkan segala adat istiadat

Melayu yang menunjukkan satu tatacara pentadbiran/pemerintahan menurut etika adat


Melayu yang bersandarkan ajaran Islam. Ramai sarjana terutamanya ahli penyelidik Barat
menganggap Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin sebagai hasil sastera Melayu yang
terpenting dan terbaik antara hasil sastera Melayu lama. Dalam penulisan ini, pengkaji telah
memilih naskah Hikayat Sejarah Melayu edisi W.G. Shellabear (1986) yang telah ditulis
dalam tulisan rumi pada tahun (1898) yang mengandungi 34 cerita dan diterbitkan oleh
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Pengkaji juga telah menggunakan Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009) sebagai rujukan bahasa Melayu
moden untuk melihat perbezaan di antara dua bahasa tersebut.
Teks Sejarah Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mukadimah, kandungan isi
dan penutup. Dalam naskah edisi Shellabear mengandungi tiga puluh empat (34) cerita atau
bab. Bahasa Melayu yang digunakan dalam Sejarah Melayu ini, dikategorikan sebagai
bahasa Melayu klasik yang pernah digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat
pada suatu ketika dulu. Oleh kerana bahasa mempunyai sifat dan cirinya tersendiri, ia juga
turut berkembang mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat.
Namun, bahasa Melayu mempunyai sifat terbuka dan telah menerima banyak perubahan
terutama dari segi kosa kata.
2.1

Analisis Bahasa Dari Sudut Morfologi (Perkataan)


Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata
dan golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal ataupun hasil dari proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan kesamaan bentuk dan fungsinya. (Nik Safiah Karim et.al, 2008).
Menurut Asmah Hj Omar (1991), perbendaharaan kata Melayu asli terdiri daripada
tiga subkategori iaitu kata Melayu Am, kata Melayu dialek dan kata Melayu klasik atau arkaik.
Kata arkaik ini merupakan kata yang tidak lagi digunakan pada hariini. Hal ini bermakna
penggunaannya semakin usang. Namun begitu penggunaannya begitu ketara dalam teks
Sejarah Melayu. Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh perkataan dalam
bahasa Melayu klasik (halaman 44) dan maksudnya dalam bahasa Melayu moden
berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat .(2010)
2.1.1

Perkataan Melayu klasik / Arkaik

Bil
1.
2.

Bahasa klasik
Ayapan
Waad

Bahasa moden
Makanan dan minuman
Janji

Jadual 2.1: Perkataan Melayu klasik / Arkaik

Tetapi kini, kebanyakan kata ini tidak lagi digunakan dalam pertuturan atau
tulisan bahasa Melayu baku. Ini mungkin disebabkan bahasa itu sendiri yang
mengalami perubahan yang pesat seiring dengan zaman. Namun, kata arkaik akan
terus hidup dalam penggunaan yang terhad oleh golongan istana. Justeru selagi ada

golongan istana, selagi itulah akan terpelihara kota kata arkaik daripada pupus akibat
ditelan zaman.
2.1.2

Kata Pinjaman
Leksikon bahasa Melayu penuh dengan berbagai-bagai jenis perkataan, seperti kata
warisan, kata pinjaman atau kata serapan, kata slanga, kata basahan dan istilah.
Perbezaan dalam bahasa klasik juga dapat dilihat menerusi penggunaan kata
pinjaman. Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak kata pinjaman daripada bahasabahasa lain seperti Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa. Ini disebabkan semasa perkembangannya
bahasa Melayu turut menerima serapan daripada bahasa-bahasa tersebut bagi
menambahkan perbendaharaan kata Melayu. Berikut adalah beberapa contoh kata pinjaman
yang digunakan dalam teks Sejarah Melayu ). ( halaman 21, 44 dan 56 ) dan maksudnya
dalam bahasa Melayu moden berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010

2.1.2.1 Pinjaman Bahasa Arab

Bahasa klasik
Munajat
makhdum

Bahasa moden
doa
tuan

Jadual 2.2 : Pinjaman Bahasa Arab


2.1.2.2 Pinjaman Bahasa Parsi

Bahasa klasik
Nobat
Istana

Bahasa moden
Gendang besar
Rumah kediaman raja

Jadual 2.3 : Pinjaman Bahasa Parsi


2.1.2.3 Pinjaman Bahasa Jawa

Bahasa klasik
Manira
adipati

Bahasa moden
aku
raja

Jadual 2.4 : Pinjaman Bahasa Jawa


2.1.3

Bahasa Istana
Selain itu, teks Sejarah Melayu merupakan teks yang tinggi nilai bahasanya dan
kebanyakan cerita adalah berkaitan dengan golongan istana dan bangsawan. Justeru
pengarang banyak menggunakan bahasa istana di dalam teks ini.Penggunaan bahasa istana
dalam teks ini amat ketara digunakan untuk kata panggilan atau kata gantinama diri pertama,
kedua dan ketiga. Antara contoh kata gantinama diri dalam bahasa istana seperti terdapat
dalam teks Sejarah Melayu ialah:( halaman 13)

Bahasa klasik
Tuan hamba
Tuanku

Bahasa moden
Awak
raja

Jadual 2.5 : Kata Gantinama Diri


Kata gantinama diri tersebut digunakan oleh golongan diraja dan orang-orang bangsawan
ketika itu. Selain kata gantinama diri , terdapat juga penggunaan bahasa istana bagi jenis
kata nama dan kata adjektif dalam teks Sejarah Melayu .(halaman 110) Contohnya:

Bahasa klasik
Destar
Gundik

Bahasa moden
Kain ikat kepala
Isteri tidak rasmi
Jadual 2.6 : Kata Nama

Bahasa klasik
Gering
Murka

Bahasa moden
Sakit
Marah
Jadual 2.7 : Kata Adjektif

2.1.4. Imbuhan
Proses pengimbuhan merupakan proses utama pembentukan kata dalam Sejarah
Melayu. Ciri sesuatu kata boleh menerima imbuhan per- dan ber- bukanlah merupakan ciriciri bahasa Melayu moden. Pengimbuhan per- dan ber- dengan makna yang sama jelas
memperlihatkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Bentuk yang dilihat dalam pengimbuhan ini
menunjukkan bahawa bahasa dalam Sejarah Melayu adalah dalam proses transisi, iaitu
daripada bentuk klasik perlahan-lahan akan berubah kepada bentuk bahasa Melayu moden.
Berikut merupakan beberapa contoh imbuhanper- dan ber- yang didapati dalam teks Sejarah
Melayu:

Bahasa klasik (Per- )


(di)perbuat(kan/lah/nya)
pertuan(kan)

Bahasa klasik (Ber-)


berbuat(lah)
bertuan(kan)

Bahasa moden
membuat
memilih seseorang sebagai tuan

Jadual 2.8 : Imbuhan per- dan berSelain itu penggunaan imbuhan akhiran juga menunjukkan perbezaan yang ketara di antara
bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa klasik

Bahasa moden

Dinamai
Campaki

dinamakan
campakkan
Jadual 2.9 : Imbuhan akhiran

Dalam bahasa Melayu klasik, imbuhan akhiran i akan digunakan untuk menunjukkan
sesuatu perbuatan tetapi dalam bahasa Melayu moden ianya ditukar kepada imbuhan kan.
(halaman 16)
2.1.5

Penggandaan
Proses pembentukan seterusnya yang terdapat teks Sejarah Melayu ini ialah

penggandaan. Penggandaan kata dalam teks Sejarah Melayu juga memainkan peranan
yang penting dalam penceritaan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Melayu.
Dua bentuk penggandaan yang banyak terdapat dalam teks Sejarah Melayu ialah
penggandaan penuh dan penggandaan berentak. Jadual di bawah menunjukkan beberapa
contoh kata ganda dan maksudnya dalam bahasa Melayu moden. (halaman 4, 21 dan 35)

2.1.5.1 Penggandaan penuh


Bahasa klasik
Safa-safa
Panji-panji

Bahasa moden
terang
bendera
Jadual 2.10 : Penggandaan Penuh

2.1.5.2 Penggandaan berentak

Bahasa klasik
sayur-mayur
Panca-persada

Bahasa moden
Sayur-sayuran
Rumah bertingkat lima tempat pengantin raja

Jadual 2.11 : Penggandaan berentak

Ada di antara kata ganda ini yang sudah tidak digunakan lagi kerana dianggap terlalu lama
seperti panca-persada dan ada yang telah diubahsuai semula dari sudut ejaan, contohnya
sayur-mayur di ubah menjadi sayur-sayuran yang menunjukkan pelbagai jenis sayur.
2.1.6

Golongan Kata

Selain itu , analisis juga dijalankan dari sudut penggunaan golongan kata yang terdapat
dalam teks Sejarah Melayu. Pengkaji mendapati terdapat beberapa jenis golongan kata
dalam teks menunjukkan perbezaan yang ketara di antara bahasa klasik dan bahasa
moden. Antaranya ialah kata nama dan kata kerja. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan
antara penggunaan kata nama dan kata kerja dalam bahasa klasik dan bahasa
moden. (halaman 60)

Bahasa klasik
Ketur
Puan

Bahasa moden
Tempat ludah atau basuh tangan
Tempat sireh atau tepak sireh
Jadual 2.12 : Kata Nama

Bahasa klasik

Bahasa moden

Bermukah
Menitir

Berzina
Memukul gendang bertalu-talu dengan cepat
Jadual 2.13 : Kata Kerja

2.1.7

Penggunaan partikel lah dan pun Dalam Perkataan

Kebanyakan kosakata yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu mempunyai partikel lah dan
pun dihujungnya. Dalam bahasa Melayu moden, partikel lah dan pun bertindak sebagai
kata penegas. Contohnya: (halaman 155, 87)

Bahasa klasik
Adapun
Sampailah

Bahasa moden
Sebenarnya
Telah sampai

Jadual 2.14 : Kata partikel lah danpun


2.2

Analisis Bahasa Dari Sudut Sintaksis


Sintaksis pula merupakan ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga
membawa maksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat mengandungi unsur klausa, klausa
terbentuk daripada frasa dan frasa terdiri daripada perkataan. (Nik Safiah Karim, 1996). Zaba
(1953) pula mendefinisikan ayat itu ialah apa-apa susunan perkataan yang cukup memberi
faham, terjadi daripada benda dan cerita dari hal benda itu.

2.2.1

Jenis Ayat

Apabila membincangkan jenis ayat dalam Sejarah Melayu, Awang Sariyan


menyatakan bahawa Sejarah Melayu atau Sulalat-us-Salatin mempunyai kecenderungan
menggunakan ayat majmuk lebih banyak daripada ayat mudah dan ayat transfomasi satu
dasar ( dipetik daripada: Kang Kok Sok, 1995)
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), ayat majmuk terbahagi kepada tiga iaitu
ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Dalam
Sejarah Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk gabungan iaitu ayat majmuk gabungan yang
hadir secara bersendirian dan ayat majmuk gabungan yang hadir dalam konteks ayat majmuk
campuran. Dalam Sejarah Melayu terdapat ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang terdiri
daripada dua ayat atau lebih yang disambung dengan kata-kata hubung dan, lalu, serta,
lagi dan tetapi. Berikut adalah beberapa contoh ayat majmuk dengan kata hubung dan
maksudnya dalam bahasa moden:

Contoh 1
Maka puan dan segala alat kerajaan dan gendang semuanya diarak dahulu ke masjid.
(halaman 60)
Maksudnya:
Membawa tepak sireh, gendang dan semua jenis alat kebesaran ke masjid.
Contoh 2
Maka baginda pun menganugerah Tun Telanai dan Menteri Jana Putra dengan
selengkapnya serta puji baginda akan Menteri Jana Putra itu. (halaman 97)
Maksudnya:
Ayat ini pula bermaksud raja telah memberikan anugerah dan pujian kepada Tun Telanai dan
Menteri Jana Putra.
Terdapat lebih daripada satu kata hubung (bergaris) dalam ayat menunjukkan lebih daripada
satu ayat tunggal yang digabungkan menjadi ayat majmuk.
2.2.2

Proses Pembentukan Ayat


Dalam konteks Sejarah Melayu struktur ayat dalam teks tersebut berbeza dengan struktur
ayat yang digunakan pada masa kini.

Proses pembentukan ayatnya yang panjang,

meleret-leret, berbelit-belit dan disambung dengan berbagai-bagai kata hubung atau tanda
baca ialah merupakan salah satu ciri laras bahasa Melayu klasik. Misalnya:
Contoh 4
Setelah Sultan Mahmud Syah mendengar sembah bendahara dan segala orang besar-besar
itu, maka terlalu sukacita baginda, seraya meraih leher paduka ananda baginda, dipeluk
dicium baginda seraya bertitah Hai anakku,dan cahaya mataku, engkau kerajaan, hendaklah

bendahara dan sekalian hulubalang; sangat-sangat adil saksama pada hukum atas bala
tenteramu. Jangan engkau dengar-dengaran barang sembah orang yang tiada dengan
sebenarnya; sangat-sangat ampun periksamu akan mereka itu sekalian kerana ia bernaung
kepada keadilan dan kemurahanmu; dan jangan taksir daripada menafahus dan memeriksai
atas rakyatmu, supaya sentosa kerajaan engkau.Maka Sultan Muda pun terlalu sangat
baginda menangis di atas ribaan paduka ayahanda baginda. (halaman 219)
Maksudnya:
Ayat yang panjang di atas digunakan untuk menceritakan kejadian yang berlaku
sebelum pemergian Sultan Mahmud Syah yang kembali ke rahmatullah. Pengarang
menukilkan nasihat-nasihat dan pesanan terakhir untuk anakandanya supaya dapat
memerintah dengan adil.
2.2.3

Ragam Ayat Pasif


Bagi aspek ragam ayat pula, pengkaji mendapati teks Sejarah Melayu ini

mengandungi banyak struktur ayat pasif dan ayat songsang. Ayat pasif ialah ayat yang
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Sementara ayat songsang atau ayat terbalik pula ialah ayat yang mendahulukan
predikat sebelum subjek. Ayat ini berlawanan daripada pola ayat biasa iaitu mengikut
susunan subjek + predikat. Contoh ayat pasif atau songsang yang terrdapat dalam teks
hikayat ini ialah:
Contoh 5
Maka oleh Raja China disuruhnya sayurkan kangkung itu, seperti kata Tun Perpatih Putih
itu. ( halaman 95)
Maksudnya:
Ayat di atas menceritakan bahawa tentang Raja China yang meminta kangkung itu di masak
sayur. Ayat di atas menunjukkan predikat (disuruhnya sayurkan) mendahului subjek
(kangkung).
Contoh 6
Maka dibuangkanlah orang mahkota itu.(halaman 28)
Maksudnya:
Ayat di atas menyatakan bahawa seseorang telah membuang mahkota tersebut.
2.2.4

Pengaruh Bahasa Arab


Selain itu, ayat-ayat di dalam teks turut mendapat pengaruh Arab dan bahasa AlQuran. Ini terbukti apabila pengarang dengan mudah membawa petikan-petikan daripada AlQuran, hadis dan berbagai-bagai lagi kitab Arab. Pengarang Sejarah Melayu juga tentunya
seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama Islam.

Contoh 7
Bi-smillahir-rahmanir-rahim
AL-HAMDU lillahil-ladzi la ilaha illa huwa, wa kana fil-azali wa la shaya maahu. Segala
puji-pujian bagi Allah Tuhan yang tiada Tuhan hanya Ia, dan adalah Ia pada azal, tiada
sesuatu juapun sertaNya. Wa huwa I-abadiyyu I-sarmadiyyu wa la shaya
badahu. Thumma khalaqal khalaiqa wa la hajata lahu. Dan ialah Tuhan yang abadi, lagi
sentiasa adanya, dan tiadanya, dan tiada hajat bagiNya. Wa lamma arada ishara rubbuiyyatihi fa-khalaqa nura habihi; wa min dzalika l-nuri khalaqa l-anbiyas wa faraa
rutbatahu. Maka tatkala Ia hendak menyatakan ketahuannya, maka dijadikanNya nur
kekasihNya, dan daripada nur itulah dijadikan segala anbiak, dan diperangkatnya
martabatnya

(halaman 1)

Maksudnya:
Petikan di atas merupakan mukadimah Sejarah Melayu mengandungi pernyataan berselang
seli dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu yang memuji Allah S.W.T dan menegaskan
kekuasaan-Nya, serta menyatakan kisah permulaan penciptaan makhluk.
2.2.5

Pengaruh Arab Dalam Ayat Dan Frasa


Selain penggunaan kalimah-kalimah daripada kitab Al-Quran dan hadis, pengaruh Arab juga
banyak dikesan dalam penghasilan frasa dan ayat-ayat teks Sejarah Melayu ini.
Contoh 8
Sebermula, maka tersebutlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, bersabda kepada
sahabat: Pada akhir zaman kelak ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya.
( halaman 40)
Maksudnya:
Rasullullah s.a.w pernah bersabda kepada para sahabat bahawa pada akhir zaman nanti
akan muncul sebuah negeri yang bernama Semudra.

2.2.6

Pengaruh Bahasa Jawa


Selain bahasa Arab dan bahasa Parsi, pengarang juga menggunakan bahasa Jawa untuk
menceritakan kerajaan Majapahit . Contoh berdasarkan teks adalah seperti dibawah:
Contoh 9
Maka segala anak periai itupun melawan maka habis mati dibunuh orang, serta mati seorang
diberi orang tahu pada Patih Adam, Pengeran, si anu sampun pejah. Maka sahut Patih
Adam, Dimenei, ertinya, Biarkanlah.(halaman 159)
Maksudnya:
Ayat menerangkan tentang peristiwa pembunuhan yang dikhabarkan kepada Patih Adam
tetapi tidak diendahkan olehnya.

2.2.7

Penggunaan Kata Pangkal Ayat / Praklausa


Di samping itu, dalam teks Sejarah Melayu mempunyai ayat-ayat yang pangkalnya dimulakan
dengan perkataan praklausa atau pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa
moden seperti hatta, syahdan, sebermula dan sebagainya.
Antara contoh-contoh ayat yang menggunakan kata-kata ini adalah seperti berikut:
Contoh 10
Sebermula akan titah Sultan Mahmud pada keempat orang itu. Apa kehendak tuan hamba
sekalian, pintalah pada kita; jikalau apa sekalipun tiada kita tahani.
(halaman 145)
Maksudnya:
Sultan Mahmud akan memenuhi semua permintaan keempat-empat orang itu.
Contoh 11
Hatta maka Pau Gelang pun besarlah.(halaman 119)
Maksudnya:
Ayat ini menggambarkan Pau Gelang yang telah dewasa.
Perkataan-perkataan seperti ini sudah dianggap usang dan tidak lagi digunakan dalam
pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu moden. Dalam bahasa Melayu moden kata pangkal
ayat disebut sebagai penanda wacana. Contoh penanda wacana dalam bahasa Melayu
moden ialah seperti pada suatu masa, sejak itu, justeru, selain itu dan sebagainya.

2.2.8

Penggunaan Partikel lah dan pun


Seterusnya, ayat-ayat dalam teks Sejarah Melayu ini juga dikesan banyak memasukkan
partikel lah dan pun dalam perkataannya.
Contoh 12
Adapun Sang Nila Utama dengan segala menteri, pegawai rakyat pergi berburu;
makaterlalulah banyak beroleh perburuan. (halaman 28)
Maksudnya:
Sang Nila Utama yang ditemani pegawai-pegawainya telah pergi berburu dan mendapat hasil
yang banyak.
Penggunaan partikel ini sebagai suatu kemestian dalam ayat untuk menceritakan tentang
sesuatu situasi. Namun bagi bahasa Melayu moden penggunaan partikel lah dan pun
tergolong dalam kategori kata penegas. Kata ini berfungsi sebagai tanda menunjukkan
kepentingan predikat dalam sesuatu ayat.

2.2.9

Laras Bahasa Istana

Bahasa istana ialah bahasa yang halus dan digunakan dengan sopan santun dan adab tertib
tanpa mengira keadaan. Dalam teks Sejarah Melayu terdapat banyak penggunaan bahasa
istana dalam komunikasi antara watak-watak yang terdapat dalam cerita. Tetapi dalam
bahasa Melayu moden, bahasa ini hanya dituturkan dikalangan keluarga diraja sahaja.
Contoh penggunaan bahasa istana dalam ayat ialah:
Contoh 13
Adapun akan Sultan Mahmud Syah, ada lagi nenda baginda Sultan Alaudin, disebut orang
Raja Tua; akan baginda itu kasih akan cunda baginda Sultan Menawar Syah daripada Sultan
Mahmud. ( halaman 139 )
Maksudnya:
Sebenarnya Sultan Mahmud Syah masih mempunyai datuk iaitu Sultan Alaudin atau juga
digelar sebagai Raja Tua. Tetapi Sultan Alaudin lebih menyayangi Sultan Menawar Syah
daripada Sultan Mahmud Syah.
2.2.10 Penggunaan Kosakata Klasik
Sejarah Melayu dikarang dengan menggunakan bahasa Melayu klasik. Justeru, pastilah
terdapat banyak kosakata klasik dalam ayat-ayatnya. Ada di antara kosakata ini telah tidak
digunakan lagi pada zaman moden ini. Contoh ayat dengan penggunaan kosakata klasik ini
adalah:
Contoh 14
Maka oleh Sang Sapurba akan ananda baginda Sang Nila Utama itu dianugerahi baginda
satu mahkota kerajaan, tiada bahana kelihatan emasnya daripada kebanyakan ratna mutu
manikam yang terkena pada mahkota itu; dan dianugerahi cap kempa, seperti cap baginda
juga rupanya, suatu cap itu dibelah dua. ( halaman 25 )
Maksudnya:
Sang Sapurba telah menganugerahkan mahkota kerajaan yang dipenuhi intan permata dan
juga mohor diraja yang serupa dengan kepunyaannya kepada anakandanya Sang Nila
Utama.

3.0

Kesimpulan
Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat banyak perbezaan antara bahasa
Melayu klasik dalam teks Sejarah Melayu atau Sulalat-us-Salatin ini dengan bahasa Melayu
moden. Perbezaannya dapat dilihat dari sudut morfologi (perkataan) dan sintaksis (ayat).
Hasil analisis dari sudut morfologi, terdapat perbezaan yang agak ketara dilihat menerusi
penggunaan kata nama, kata adjektif, kata gantinama diri, kata pinjaman, kata ganda,
imbuhan dan aspek bahasa halus iaitu bahasa istana. Perbezaan wujud dari pelbagai aspek

seperti makna dan ejaan dalam bahasa Melayu moden. Sementara dari sudut sintaksis
pula, pengkaji menganalisis tentang proses pembentukan ayat, ragam ayat, ayat majmuk,
pengaruh bahasa asing, laras bahasa, penggunaan kata penegas, kata praklausa dan
kosakata klasik yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu ini. Seperti juga morfologi, bidang
sintaksis juga mempunyai perbezaan yang besar dengan bahasa Melayu moden. Antara
perbezaan yang dapat dikesan adalah berdasarkan aspek makna, struktur kata, struktur
binaan dan ragam ayatnya.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa teks Sejarah Melayu ini mempunyai
bahasa yang amat indah dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca atas nasihatnasihat dan cerita-cerita yang boleh dijadikan teladan. Ini bertepatan dengan pandangan
Abdullah Munsyi yang menyatakan kepentingan Sejarah Melayu bukanlah terletak pada
maklumat sejarah yang terkandung di dalamnya tetapi pada bahasanya yang patut dijadikan
contoh oleh semua orang yang mahu mempelajari bahasa Melayu yang betul dan
halus. Tidak hairanlah teks Sejarah Melayu ini telah dicetak sebanyak tiga kali dan
diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Justeru, Sejarah Melayu dikatakan sebuah
karya sastera yang amat termasyhur dalam kalangan rakyat negara kita. Sejarah Melayu
bukan sahaja berjaya memaparkan sejarah keagungan bangsa Melayu yang penuh dengan
kehebatan dan pencapaian, bahkan berjaya memaparkan penggunaan bahasa Melayu yang
begitu baik dan berkesan.

Rujukan
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain.(2006). Sejarah bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Asmah Haji Omar. (1991). Bahasa Melayu abad ke-16: Satu analisis berdasarkan teks Melayu
Aqaid al-Nasafi. Kualau Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1992). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan. Dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu (1998). Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.
Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. (2007). Teks pra U STPM bahasa Melayu
kertas 1. Selangor: Longman Pearson Sdn.Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Kang Kok Sok. (1995). Gaya bahasa sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shellabear, W.G. (1986). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

You might also like