Kertas Cadangan Mat Rempit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

TAJUK KAJIAN
Pengaruh persekitaran terhadap kegiatan Mat Rempit dengan penyalahgunaan
dadah dan aktiviti samseng jalanan di Kuala Lumpur
2. PENGENALAN
Mat Rempit merupakan golongan remaja bermotosikal yang melakukan aksi-aksi
berbahaya sama ada secara solo ataupun berkumpulan seperti aksi wheely dan
sebagainya di atas jalan raya (Harian Metro, 20 Januari 2006). Mat Rempit gemar
menunggang secara berkumpulan yang besar sehingga mengganggu ketenteraman
awam selain tidak menghiraukan peraturan lalulintas, mengubah suai motosikal
serta terlibat dengan kegiatan gangster, samun, pergaduhan, kecurian dan buli
(Fuad, 2009).
Mat Rempit juga seringkali dikaitkan dengan pengambilan bahan-bahan terlarang
seperti pil kuda, dadah dan alkohol (Yahya Don, 1999). Di bawah pengaruh bahanbahan terlarang ini, seseorang Mat Rempit itu sanggup bertindak di luar batasan
seperti membunuh. Mat Rempit juga terlibat dalam aktiviti samseng termasuk
menyerang pihak polis yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang (Utusan
Malaysia 26 Jun 2008). Sebagai contoh, sekumpulan Mat Rempit cuba membakar
sebuah balai polis di Sungai Petani, Kedah dengan menggunakan botol yang diisi
dengan mimyak petrol (KOSMO, 28 September 2007). Perlakuan ganas lain seperti
melanggar anggota polis trafik di Johor Bharu (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2008) dan
merempuh konstabel polis sehingga parah di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak
(Utusan Malaysia, 9 Februari 2008).
2.1 ISU MAT REMPIT
Mat Rempit secara amnya adalah sekumpulan mat motor yang dianggap agresif,
menakutkan, kurang pendidikan dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah (Fuad,
2009). Mat Rempit kebanyakannya terdiri daripada golongan muda khususnya lelaki
di dalam lingkungan umur 15 hingga 28 tahun dan majoriti mereka adalah Melayu.
Mat Rempit yang terdapat di Kuala Lumpur datang dari pelbagai lokasi dan kasawan
di Bandar, pinggir bandar dan luar Kuala Lumpur. Aktiviti Mat Rempit merupakan
perbuatan melanggar undang-undang di Malaysia yang termaktub di bawah
Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) Pindaan 1999.

3. PERNYATAAN MASALAH
Antara gejala sosial yang sering dilakukan oleh golongan remaja termasuklah lumba
haram motosikal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, vandalisme, memeras ugut
dan sebagainya. Remaja yang terlibat dengan penagihan dadah membawa kepada
kesengsaraan diri sendiri dan keluarga selain menjejaskan sosioekonomi dan
keharmonian

masyarakat

(Yahya

Don,

1999).

Keadaan

menjadi

semakin

membimbangkan apabila masalah penagihan dadah dan perlakuan jenayah ini mula
menular di kalangan remaja sekolah (Yahya Don, 2004). Hal ini dapat diperhatikan
daripada peningkatan yang serius dalam kes-kes juvana yang terlibat dalam
pelbagai aktiviti jenayah.
Menurut statistik, terdapat peningkatan ketara tangkapan Mat Rempit dalam tempoh
tahun 2003 dan 2008 dimana pada tahun 2003 sebanyak 494 tangkapan, meningkat
kepada 699 pada tahun 2005 dan terus meningkat kepada 964 pada tahun 2008
(Laporan trafik Bukit Aman 2008). Masalah rempit ini jika tidak dibendung akan
dikhuatiri menjadi mangsa kepada penyalahgunaan dadah dan penyakit Sindrom
Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) (Yahya Don, 1999).
Oleh itu, Kuala Lumpur dijadikan sebagai satu kajian kes dimana akan dapat
memberi gambaran kepada peningkatan jenayah dan hasil kajian ini akan memberi
petunjuk kepada pihak PDRM dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung berhubungkait dengan masalah sosial remaja.

4. KEPENTINGAN KAJIAN
Maklumat mengenai kegiatan Mat Rempit dan penglibatan mereka dalam
penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng dapat dikenalpasti melalui hasil kajian
ini. Kajian ini diharapkan dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan
permintaan dadah di kalangan remaja serta mengurangkan aktiviti samseng jalanan
seperti samun dan vandalisme yang menggugat keharmonian hidup masyarakat
Malaysia. Selain itu, melalui kajian ini dapat membantu ibu bapa dan pihak sekolah
dalam mencegah gejala penagihan dadah dan aktiviti merempit di kalangan pelajar
sekolah.

5. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti hubungan aspek harga diri dengan penyalahgunaan dadah
dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit
2. Mengenalpasti hubungan aspek pengaruh keluarga dengan penyalahgunaan
dadah dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit
3. Mengenalpasti hubungan aspek rakan sebaya dengan penyalahgunaan
dadah dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit
4. Mengenalpasti hubungan aspek kurangnya didikan agama dengan
penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit

6. SOROTAN LITERATUR
6.1 Remaja bermotosikal dan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng
Menurut Romzi (2004), golongan remaja seringkali melakukan aksi-aksi
berbahaya di jalan raya dan bertindak ganas keatas pengguna-pengguna
jalan raya yang lain. Kajian Hawkins (1992) menunjukkan pengambilan dadah
jenis amphetamine (ATS) meningkatkan keberanian dan kemahiran dalam
pengendalian kenderaan. Dadah perangsang, khususnya amphetamine
sering dikesan melalui ujian air kencing ke atas penunggang motosikal,
pemandu lori dan kereta (Yahya Don, 2004).
6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan Mat Rempit dalam
penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan
a)

Faktor harga diri


Menurut Zainal dan Sharani (2004), zaman remaja adalah masa berlakunya
proses adaptasi dalam masyarakat apabila mencapai akil baligh atau cukup
umur. Dari sudut psikologi, Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan remaja
sebagai perlakuan emosi yang akan membentuk kerangka perlakuan remaja
itu sendiri. Sekiranya gagal mengawal emosi tersebut, mereka akan
mengalami tekanan mental dan melakukan tindakan-tindakan di luar kawalan.

b)

Faktor Keluarga
Menurut Hoffman (1996), keluarga membentuk personaliti seseorang sejak
kecil dan terus memberi pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku,

sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kegagalan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak boleh menyebabkan mereka terlibat dengan
gejala-gejala sosial dan tidak mampu membentuk jati diri menjadi orang yang
berwawasan (Arieff dan Wardah, 2006). Selain itu, kekurangan komunikasi
berkesan dan kasih sayang keluarga turut memainkan peranan dalam
pembentukan personaliti diri remaja (Mahmood Nazar Muhammad, 1993).
c)

Faktor Rakan Sebaya


Faktor ingin mendapatkan pengiktirafan antara salah satu faktor rakan sebaya
yang mendorong penglibatan remaja dalam masalah sosial seperti merempit
dan

penyalahgunaan

dadah.

Menurut

Asmak

(2006),

remaja

akan

terpengaruh dengan rakan sebaya yang mengganggap undang-undang


adalah tidak penting dan mereka akan membentuk kumpulan serta peraturan
tertentu. Di sinilah wujudnya aktiviti samseng jalanan seperti peras ugut dan
sebagainya. Selain itu, faktor kepuasan bersama rakan-rakan mempengaruhi
remaja terlibat dalam masalah sosial. Menurut kajian Rozmi (2006), sebab
utama remaja terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi adalah untuk mencari
keseronokan tanpa berfikir panjang
d)

Faktor Kurangnya Didikan Agama


Antara punca berlakunya masalah sosial di kalangan remaja adalah
disebabkan kurangnya didikan dan penghayatan agama dalam kalangan ibu
bapa mahupun remaja itu sendiri (Mahmood Nazar Mohamed, 2009).
Sharifah (2010) mendapati remaja yang mendapat bimbingan positif daripada
keluarga dan mempunyai kesedaran agama yang tinggi mampu berdepan
dengan cabaran persekitaran negatif dan tingkah laku berisiko seperti
merempit dan penyalahgunaan dadah. Poulson (1988) mendapati seseorang
individu yang mempunyai kepercayaan agama yang tinggi akan kurang
terdedah kepada aktiviti tidak berakhlak seperti penggunaan alkohol dan seks
bebas.

7.

KERANGKA TEORI
Pembolehubah Bebas

Pembolehubah Bersandar

8. UNIT YANG DIANALISIS


Skop kajian ditumpukan kepada golongan Mat Rempit di sekitar lebuhraya di
Kuala Lumpur. Antara lebuhraya yang dikaji adalah lebuhraya: (i) Ampang KL
Elevated (AKLEH), (ii) Kuala Lumpur-Seremban, (iii) Persekutuan dan (iv)
Duta-Ulu Kelang (DUKE).
9. HIPOTESIS
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek harga diri Mat Rempit
dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan
H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga Mat Rempit
dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan
H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya Mat
Rempit dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan
H4: Terdapat hubungan yang signifikan antara kurang didikan agama Mat
Rempit dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan
H5: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor umur, lokasi tempat
tinggal, pekerjaan ibu bapa, tahap pendidikan dengan faktor psikososial iaitu
aspek harga diri, pengaruh ibu bapa, rakan sebaya dan kurangnya didikan
agama
10. METODOLOGI PENYELIDIKAN
Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan pengumpulan data bagi tujuan
menguji hipotesis dan menggunakan teknik korelasi untuk mengenalpasti
hubungan antara dua atau lebih pembolehubah dalam membuat ramalan.

Reka bentuk kajian Kuantitatif. Berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh
Populasi dan

responden
Anggaran Mat Rempit di Kuala Lumpur berjumlah

sampel kajian

6000 orang
Lebuhraya Ampang KL Elevated (Akleh) 1200
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban 1700
Lebuhraya Persekutuan 1500

Teknik

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 1600


Persampelan bukan kebarangkalian.

Persampelan

Responden akan dipilih secara persampelan


bertujuan berdasarkan saranan Krejcie dan Morgan
(1970).
Saiz sampel yang sesuai ialah 600 orang

Instrumen Kajian

(berdasarkan saiz populasi sebanyak 6000 orang)


Satu set instrument diguna untuk mengumpul data
asas dan dipecah kepada 5 bahagian:
a) Maklumat demografi (latar belakang
responden, kekeluargaan, pengetahuan
undang-undang, penglibatan dalam aktiviti
merempit, penyalahguaan dadah dan aktiviti
b)
c)
d)
e)

samseng jalanan)
Aspek harga diri
Pengaruh Keluarga
Pengaruh Rakan sebaya
Didikan agama

Kaedah mendapatkan maklumat

Analisis Data

i)
ii)

Ujian air kencing secara sukarela


Operasi trafik, Jabatan siasatan jenayah

iii)

narkonik
Tangkapan berkaitan kesalahan merempit

seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967


Menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For
The Social Science) versi 22.0
Menggunakan analisis Korelasi Pearson, analisis
Varian Pelbagai (MANOVA), ujian-t dan analisis
Regresi Berganda.

RUJUKAN
Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja.
Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmak Haji Ali. (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran
Penyelesaiannya. UITM Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam.

dan

Hawkins, J. D., Catalano, R. F. & Miller, J. Y. (1992). Risk and Protective Factors for
Alcohol and Other Drug Problems in Adolescence and Early Adulthood: Implications
for Substance Abuse Prevention. Psychological Bulletin, 112: 64-105.
Hodge, D. R., Cardenas, P. & Montoya, H. (2001). Substance use: Spirituality and
religious participation as protective factors among rural youths. Social Work
Research, 25 (3): 153-161.
Hoffman, L. (1996). Progress and Problems in the Study of Adolescence.
Developmental Psychology. 32: 777-780.
Mahmood Nazar Mohamed (1993). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Mahmood Nazar. (2009). Gejala Sosial di Malaysia Masa Kini: Antara Puncanya.
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pembangunan Insan di Malaysia di
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 8 Januari 2008.
Muhamad Fuad Abdul Karim, Rokiah Ismail & Mohamad Fauzi Sukimi. (2009). SubBudaya Mat Rempit dan Perubahan Sosiobudaya, Malaysian Journal of Society and
Space, 5 (3): 26-43.
Poulson, R.L., Eppler, M.A, Satterwhite, T.N, Wuensch, K.L. & Bass, L.A. 1988.
Alcohol Consumption, Strength of Religious Beliefs Aand Risky Sexual Behavior In
College Students. Journal of American College Health, 46 (5): 227-232.
Romzi Ismail (2006). Penglibatan Remaja Dalam Perlumbaan Motosikal Haram:
Peranan Keluarga dan Masyarakat Dalam Menangani Gejala Ini. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia.
Rozmi Ismail. (2004). Gejala Perlumbaan Motosikal Haram di Kalangan Remaja:
Peranan Keluarga dan Masyarakat Dalam Mengenai Gejala Ini. Prosiding Seminar
Kebangsaan Ke-3 Psikologi dan Masyarakat 2004. Pusat Teknologi Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. 4-5 Oktober 2004.
Yahya Don & Mahmood, N.M., (2004). Hubungan Penagihan Dadah dan Perlakuan
Jenayah. Malaysian Journal of Psychology, UKM, Bangi, Selangor.
Yahya Don (1999). Hubungan Penagihan Dadah Dengan Kelakuan Jenayah:
Pengaruh Faktor-Faktor Psikososial dan Institusi Terpilih. Kajian Sarjana, Universiti
Utara Malaysia.
Zainal Madon dan Mohd. Sharani Ahmad (2004). Panduan Mengurus Remaja
Moden. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like