Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGENALAN

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan
pemulihan.
Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik
tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia
penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga
berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti
kelemahan-kelemahan pelajar.
Dalam bab ini anda akan didedahkan dengan jenis-jenis ujian dan penilaian yang biasanya dijalankan dalam
konteks dunia pendidikan khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
OBJEKTIF
Setelah anda mengikuti pelajaran pada bab ini, adalah diharapkan anda akan dapat:
1. menyenaraikan jenis-jenis ujian;
2. menyenaraikan dan menghuraikan jenis-jenis penilaian;
3. mentakrifkan penilaian formatif dan penilaian sumatif;
4. membezakan penilaian formatif dan sumatif;
5. mentakrifkan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria;
6. membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

Jenis-jenis Penilaian
3.1.1 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau
seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh
dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma)
atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum.
Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian
pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan
sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah.
Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.
3.1.2 Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini
banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak
tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman

deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat
dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan
kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman
pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang
ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan
pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala
Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
3.1.3 Ujian Prestasi
Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab
soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang
diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai
jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin.
Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik. Misalnya tidak ada ukuran
baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan
ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian
atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid
melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala
melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi
diri.
3.1.4 Ujian Diagnostik
Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan
menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk
menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan
murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam
merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.
Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian
ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran
masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini
diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang
dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid.
Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid
untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru
untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara
formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory,
pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.

3.1.5 Ujian Kecekapan


Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan
seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini
melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata
tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian

kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan
perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potonganpotongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.
3.1.6 Ujian Bakat
Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai
kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya
pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat
yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian
ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan,
permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan
(UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut
kebolehan calon atau individu.
3.1.7 Ujian Personaliti
Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran,
keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk
ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.

3.2 FORMAT UJIAN GERAK BALAS


Dalam membina item penilaian, seseorang guru boleh membina sama ada item objektif atau item subjektif atau
gabungan item objektif dan item subjektif. Berikut akan dibincangkan format secara ringkat tentang
pembentukan jenis soalan berkenaan. Item objektif terdiri daripada beberapa bentuk atau format seperti soalan
betul-salah, soalan padanan, soalan aneka pilihan dan soalan berbentuk melengkapkan ayat atau kenyataan.
Manakala item berbentuk subjektif boleh berbentuk soalan esei atau struktur.
3.2.4 Betul-salah
Soalan bentuk ini sesuai digunakan dalam bilik darjah untuk mendapatkan maklum balas murid tentang sesuatu
topik pengajaran. Item ini mudah dan pantas dibina. Walau bagaimanapun soalan yang berkualiti dan baik
memerlukan kemahiran dan tidaklah semudah yang disangka. Item berbentuk ini mengandungi pokok soalan
berbentuk kenyataan sama ada betul atau salah. Murid dikehendaki memastikan kenyataan berkenaan sama ada
betul atau salah.
Contoh:
1. Sungai Petani ibu negeri Kedah. Betul / Salah
2. Terengganu terletak di Malaysia Timur Betul / Salah
3. Manusia ialah haiwan berdarah panas Betul / Salah

3.2.5 Padanan
Soalan padanan terdiri daripada dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan. Calon atau murid dikehendaki
menjawab soalan bentuk begini dengan cara menggaris atau menanda kedua-dua perkara yang berkaitan.

3.2.6 Aneka pilihan


Soalan berbentuk aneka pilihan pula sering digunakan dalam peperiksaan. Soalan jenis ini kerap digunakan
kerana ia lebih berkesan dari aspek pengujian kualiti pemikiran, kefahaman, penguasaan kemahiran dan prestasi
murid. Bentuk soalan ini mengandungi satu pokok soalan (stem) yang berfungsi sebagai soalan diikuti dengan
beberapa gerak balas (pilihan jawapan). Pokok persoalan boleh berbentuk ayat tanya, ayat tidak lengkap,
petikan atau kenyataan asalkan jelas dan tepat. Di antara pilihan jawapan berkenaan hanya satu sahaja jawapan
yang tepat. Manakala pilihan lain dianggap sebagai pengganggu. Pengganggu hendaklah hampir sama dari segi
isi, bilangan perkataan dan mirip dengan jawapan betul.
Contoh:
Harimau bintang itu berlari sangat_______________.
A. deras
B. cepat
C. kuat
D. pantas
3.2.7 Pelengkap
Bentuk soalan memerlukan calon membekalkan jawapan dalam bentuk satu perkataan atau rangkai kata untuk
memberikan maklum balas kepada soalan yang berbentuk e melengkapkan penyataan atau ayat yang tidak
lengkap. Pada kebiasaannya, soalan berbentuk begini menghendaki murid melengkapkan ayat dengan satu
perkataan atau satu rangkai kata yang pendek. Soalan bentuk ini sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran
yang mudah, iaitu pada peringkat pengetahuan taksonomi Bloom.
Contoh:

1. Nama ibu negeri Perlis Indera Kayangan ialah..


2. Kereta pertama buatan Malaysia ialah Proton

3.2.8 Esei
Soalan bentuk esei amat digemari oleh kebanyakan guru disebabkan pembinaannya lebih mudah berbanding
dengan soalan berbentuk lain. Soalan esei memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup bagi
membolehkan mereka menghubungkan fakta serta prinsip tertentu untuk disusun bagi membentuk satu idea,
saranan atau perbincangan yang menyeluruh dan mantap. Soalan bentuk ini memberikan kebebasan sepenuhnya
kepada murid untuk memilih, menyusun, menghubungkan serta membentangkan idea dengan menggunakan
perkataan sendiri. Menurut Gronlund (1981) soalan jenis esei ini tidak sesuai untuk menguji soalan berbentuk
fakta. Soalan esei sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang tidak dapat diukur dengan menggunakan
soalan objektif yang biasanya memerlukan aras kemahiran pada peringkat tinggi seperti mengukur kemahiran
memilih, menyusun, mengorganisasi, dan menilai idea. Walaupun soalan esei lebih mudah untuk digubal,
pemarkahannya adalah agak rumit dan seringkali mudah menimbulkan bias.
Contoh:

1. Ceritakan pengalaman yang kamu tidak dapat lupakan.


2. Tuliskan satu ceritakan tentang keluarga kamu.
3. 3.3 JENIS-JENIS PENILAIAN
4. Penilaian ialah proses yang digunakan untuk membuat keputusan atau pertimbangan nilai daripada

5.

6.
7.
8.

beberapa pemerhatian. Oleh itu tujuan menilai dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah
berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperolehi
hasil penilaian yang dijalankan akan dapat membantu guru memperbaiki pengajaran. Sekiranya
penyampaian kurang berkesan, maka guru boleh membuat keputusan untuk menggunakan kaedah atau
pendekatan lain yang difikirkan lebih bersesuaian.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian tersebut, guru boleh mendiagnos
kelemahan dan kekuatan pelajar tentang sesuatu topik pembelajaran. Daripada maklumat tersebut juga,
guru boleh memberi gred atau markah serta menempatkan pelajar mengikut aliran pengajian tertentu.
Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh diklasifikasikan kepada beberapa bentuk seperti penilaian
rujukan norma, rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Mengapa guru menguji murid-muridnya?
Apakah maklumat yang diperlukan oleh guru apabila memberikan ujian?
Apakah yang harus guru lakukan dengan maklumat yang diperolehi daripada ujian atau penilaian yang
dijalankan?

9.

10. 3.3.4 Penilaian Rujukan Norma


11. Keputusan yang diperolehi oleh murid-murid memberikan beberapa maklumat kepada guru. Pertama,

12.

13.

14.

keputusan yang diperolehi oleh murid-murid itu dibandingkan dengan keputusan murid yang lain yang
mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain
boleh dalam bilik darjah yang sama atau dalam sesebuah negara. Pendekatan ini dikenali sebagai ujian
atau penilaian rujukan norma.
Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum
antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item
dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan
nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan
mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah
atau sekolahnya.
Ujian rujukan norma ini tidaklah memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang
murid. Sebaliknya apa yang diberikan penekanan ialah tentang siapa lebih baik daripada siapa.
Keadaan ini memerlukan item penilaian benar-benar dapat memastikan perbezaan
(mendiskriminasikan) antara pelajar.

15.

16. Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid

17.
18.
19.

20.
21.
22.

berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat
menjawab 50 item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan
murid ini dibandingkan dengan calon lain dengan menggunakan satu jadual norma. Jadual berkenaan
akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat peratusan berbanding dengan satu
kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan
ke-83 mengikut jadual norma, maknanya muri tersebut berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus
daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma.
Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus lazimnya
cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan
lulus kerana terdapat murid-murid lain yang lebih lemah.
3.3.5 Penilaian Rujukan Kriteria
Ujian atau penilaian rujukan kriteria memberikan penekanan yang berbeza daripada ujian rujukan
norma. Matlamat ujian ini bukan untuk membandingkan prestasi antara murid. Tetapi lebih
menumpukan kepada perbandingan kepada kriteria yang sama yang telah ditetapkan sama ada tercapai
atau tidak. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971).
Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud akhiran sesuatu kemahiran, tetapi
kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh guru, yakni pada aras mana yang ingin guru tetapkan
kriteria yang harus dicapai oleh murid-murid.
Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status individu berhubung
domain tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku
kriteria yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah penilaian formatif dan penilaian sumatif dijalankan?

23.
24. 3.3.7 Penilaian Formatif
25. Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan

26.

maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan
bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian
ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara
terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu
bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan
berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa
membandingkan pencapaian antara pelajar.
Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan
kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam
penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah
yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan

27.
28.

29.

30.

31.
32.

33.

pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta
dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi
manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya,
manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu penilaian
ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu,
tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti
sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu
diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu:
iv. Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik
yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik
berkenaan memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah
terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut
mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan
kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai
sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum
beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan
sesuatu topik.
v. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru harus mengenal
pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat
mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek
berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah
terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90%
pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan
pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
vi. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun
elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu
dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai,
gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling
bertautan dan tidak terpisah.
vii. Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh
elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurangkurangnya satu soalan.
viii. Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk
mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh
murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang
diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka
tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau
mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.
Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran
yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan muridmurid masing-masing saling memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa
pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan
motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi
penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran.

3.3.7.1 Tujuan Penilaian Formatif


Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang
dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau
penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan
mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu
kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke

semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian
yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan
pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah
yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru
dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini
kerana pencapaian yang rendah di kalangan murid-murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran
guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi
pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat
kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam
penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat
mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang
telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan
pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam
menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati
kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru dapat memahami bahawa
pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti
perbincangan dan sebagainya.
Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat
yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi
kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru
mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya
meningkatkan penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri
ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru
dan murid-murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi
kepada guru untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak
murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
3.3.8 Penilaian Sumatif
Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu
topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan
pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang
mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah
telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual
penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.
Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru
untuk membuat perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan
mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat
pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang.
Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan
sebagainya.
Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan
penekanan:

i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk
item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian
yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah
menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
iii. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item
objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun
mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula
aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya
bias dalam pemberian markah murid-murid.
v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan
yang dikemukakan.
vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang
bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan
yang wujud pada item berkenaan.
vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi
item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan
yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

3.3.8.1 Tujuan Penilaian Sumatif


Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan
membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif
juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang
diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran.
Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian
yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk
menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan.
Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum
memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan
peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas
yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai
peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut.
Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut
kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian
yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar
lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.
Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia
pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu,
penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan
yang diperolehi lebih menyeluruh. 3.3.9 Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Aspek

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Konsep

Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara


formal atau tidak formal bagi mengesan
kemajuan atau penguasaan murid terhadap
sesuatu pembelajaran

Ujian yang dijalankan secara


formal
bagi
mengesan
pencapaian murid dalam
tempoh tertentu persekolahan.

Tujuan

Mengenal pasti tahap penguasaan dan


kemajuan murid dan seterusnya mengambil
langkah susulan bagi membaiki kelemahan
yang wujud.

Mengenal pasti pencapaian


pelajar untuk beberapa topik
pembelajaran dan seterusnya
memberikan skor dan gred
pencapaian pelajar.

Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran
berlangsung

Selepas
beberapa
pembelajaran
atau
pertengahan
atau
penggal persekolahan.

Kaedah

Formal : pensel-kertas

dan

pembelajaran

Tidak formal : pemerhatian, soal jawab,


tugasan, latihan

topik
pada
akhir

Dibuat secara formal ujian


pensel-kertas, lisan.
Dijalankan
berkumpulan

secara

Dibuat secara individu atau dalam kumpulan

Selepas penilaian
dijalankan

Membaiki kelemahan murid serta merta


dengan mengulang semula topik pembelajaran
pemulihan

Menempatkan
murid
mengikut
kumpulan
pencapaian yang sesuai.

Menjalankan aktiviti pengukuhan pengayaan

Memberikan pengiktirafan
sijil, hadiah dsb.
Membaiki kurikulum / mata
pelajaran

RUMUSAN
Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama. Hal ini demikian kerana
guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek
mahupun jangka waktu yang lebih panjang. Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang
berlangsung membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah
dibincangkan di samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan aktiviti yang
bersesuaian seperti aktiviti pemulihan. Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu penggal aman
memberikan maklumat berkenaan pencapaian pelajar secara umum setelah pengajaran pembelajaran
berlangsung dalam tempoh tertentu. Dengan itu juga guru-guru dapat membandingkan serta menggredkan

pelajar mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada dalam kumpulan pelajar yang lemah sederhana atau
cemerlang
Latihan:

1. Mengapakahkah aktiviti penilaian dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan ujian rujukan norma
3. Nyatakan maklumat yang boleh diperolehi daripada ujian di bawah:
a. Penilaian formatif
b. Penilaian sumatif

Ringkasan:
Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau
seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajar.
Ujian kecerdasan disebut juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu.
Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan. Penekanan yang
diberikan kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan.
Ujian diagnostik - mengenal pasti masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan
punca-punca yang menyebabkan masalah.
Ujian kecekapan - digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid
melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.
Ujian bakat - Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon tentang bakat atau
keistimewaan yang dimiliki.
Ujian personaliti - untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan
sikap seseorang murid.
Ujian rujukan Norma keputusan ujian seseorang calon dibandingkan dengan dengan keputusan pelajar yang
lain yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas yang sama atau berlainan.

Ujian rujukan kriteria maklumat atau prestasi pelajar dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan tanpa
melibatkan perbandingan antara pelajar.
Penilaian formatif penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberikan maklumat
sejauhmana pembelajaran telah dikuasai.
Penilaian sumatif dikaitkan penilaian pada akhir penggal atau semester. Memberikan nilai yang membezakan
antara peringkat pencapaian pelajar.

You might also like