Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi

Ucapan syukur saya panjatkan kepada TUHANKU yang telah memberikan


peluang keemasan ini untuk saya menyambung pengajian bagi meningkatkan lagi
ilmu di dalam diri saya, bergelar sebagai pendidik yang kemudiannya memasuki
semula

alam

seorang

membimbangkan fikiran.

pelajar

pastinya

ada

kejutan

yang

adakalanya

Walaubagaimanapun dengan sokongan padu keluarga,

sahabat seperjuangan seterusnya para pensyarah yang ditemui menguatkan lagi


semangat untuk saya meneruskan pengajian ini.
Hari pertama tugasan ini diberikan begitu menggusarkan hati saya, kerana
saya masih tidak dapat membuat bayangan bagaimana untuk membuat tugasan
yang diberikan. Melalui perbincangan di dalam kelas maka sedikit sebanyak
meredakan kegusaran saya untuk menyiapakan tugasan ini. Pelbagai kerumitan
yang saya alami dengan kekurangan sumber buku rujukan ditambah dengan beban
tugas lain menjadikan saya seorang pelajar yang begitu menitik beratkan soal masa.
Saya mengagihkan masa yang untuk mencari maklumat di pusat sumber sekolah
saya dan cuba mendapatkan seberapa banyak bahan yang bersesuaian untuk
tugasan ini. Kerana kekangan masa maka saya membuat salinan buku-buku yang
berkaitan.
Dalam menyiapkan tugasan ini saya memperuntukan masa pada hujung
minggu kerana saya perlu membaca dan memahami terlebih dulu tentang Teori
Perkembangan Kognitif Sosial oleh Lev Vygotsky sebelum menyiapan tugasan. Hasil

pembelajaran saya, saya dapat memahami bahawa perkembangan kognitif kanakkanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang. Terdapat dua
faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak menurut Les vygotsky iaitu
interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut vygotsky lagi, perkembangan
kognitif berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat sosial yang mana maklumat
yang diperolehi hasil daripada interaksi antara dua individu seperti ibu bapa,rakanrakan, dan jiran. Peringkat yang kedua ialah peringkat individu iaitu kebolehan
individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi
sosial kepada kefahaman individu.

Kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengumpul maklumat
tentang pelbagai jenis sumber atau bahan bantu mengajar yang boleh dihasilkan
dan digunakan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kumpulan kami yang
terdiri daripada tiga orang lelaki tidak menghadapi sebarang kekecewaan sesama
disebabkan masing-masing telah bersungguh-sungguh dalam menyiapkan bidang
yang telah dibahagikan. Kolaborasi sesama kami memberi impak yang baik untuk
menyatukan hasil usaha kami untuk mengukir tugasan yang penuh bermakna ini.
Membuat tugasan ini amat meletihkan tetapi berkat usaha dan sabar yang ada
saya gagahi jua ibarat bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian.
Dengan bantuan pensyarah En. Amran Bin Abd Malek maka melicinkan lagi kerja saya.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas segala tunjuk ajar yang
diberikan saya begitu menghargai. Buat keluarga tercinta yang banyak memberi
sokongan padu agar saya terus bersemangat dalam menempuhi hari-hari mendatang
dan tidak lupa buat rakan saya, yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada saya terima kasih saya ucapkan.

Krishna Kumar Appukutty


790129-01-5289

You might also like