Professional Documents
Culture Documents
Dalam Meniti Arus Kemodenan Yang Berteraskan Sains Dan Teknologi Maklumat
Dalam Meniti Arus Kemodenan Yang Berteraskan Sains Dan Teknologi Maklumat
faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang
membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan
masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi
dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua
tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada
tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat
sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun
sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan
pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan
semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia,
Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat
kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan
bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata
pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.
Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat
sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di
bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia
mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan
masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana
pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang
individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh
badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian
pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan
berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan
merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan
makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan
makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan
makanan mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada
pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian
atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu
kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil
dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga
untuk menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli
falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk
makan." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil
makanan seimbang setiap hari.
Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan
lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi,
disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron
otak juga akan bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang
berfungsi untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada
pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan
sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah
Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat.
Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti
bersukan.
Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada
di bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan
terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil
berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kesihataperkhidmatan
bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat
rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar
sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan
kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit
adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri
agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan
daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital
desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat penting supaya setiap
warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa.
Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga
bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan
atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan
penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang
sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa
kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga
serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya,
sekiranya pesakit mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman
akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan
sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan
dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut "
mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan
rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan
masyarakat dalam keadaan baik.