Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Permainan penting untuk kehidupan kanak-kanak kerana ia

membantu perkembangan mereka. Melalui permainan kanak-kanak


mempelajari cara-cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri, dan
menyelesaikan masalah. Disamping itu kanak-kanak dapat menumpukan
pemerhatian , memupuk keyakinan diri , membentuk personality positif ,
menerap nilai-nilai murni serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam
suasana yang mesra , selamat dan menggembirakan.
Permainan di sekolah rendah boleh dijalankan di dalam dan luar
kelas.Permainan boleh dijalankan di pusat pembelajaran. Guru boleh
menyediakan tempat bermain tetap atau sementara mengikut tematema.Pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh guru untuk merangsang
murid bermain. Melalui permainan, hasil pembelajaran dalam komponenkomponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu bahasa dan komunikasi
, perkembangan kognitif , kerohanian dan moral, perkembangan
sosioemosi, perkembanagn fizikal, serta kreativiti dan estetika boleh
dicapai.Aktiviti permainan boleh juga disepadukan dalam pelbagai
pendekatan dan pengajaran.
Diantara jenis-jenis permainan yang boleh dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran ialah Permainan air, Permainan pasir,
Permainan manipulative, Permainan pondok-pondok, dan Permainan
tradisional.

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang


. Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat
akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi
tanggung jawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya
warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan.
Antara tujuan diperkenalkan permainan tradisional ialah memberi
keseronokan kepada murid.
Memberi peluang untuk murid mengembangkan minda
Mengukuhkan perhubungan persahabatan

Membentuk fizikal yang mantap dari aspek motor kasar daan motor halus.
Menyuburkan kembali kegiatan permainan tradisional agar tidak pupus.
Teng-teng adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman
dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Teng-teng sebenarnya
dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama.
Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada
kanak-kanak lelaki. kerana disebabkan permainan teng-teng ini tidak begitu
lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya hanya memerlukan
pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Permainan tradisional rakyat ini tidak mempunyai asal usul tetapi ramai
anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain teng-teng.
Teng-teng sebenarnya mudah hendak dimain.
Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di
atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada
di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman
bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang
dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga
empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain
bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu
gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk
berteng teng.
Permainan teng-teng tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang
boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah
atau tua. Permainan ini boleh dimain secara individual ataupun berkumpulan.
Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh dicapai sehingga empat orang atau
lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh empat orang supaya mereka tidak
keliru apabila giliran mereka tiba.

Teng-teng sekurang-kurangnya mempunyai sembilan rumah yang dilukis


sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke
dalam rumah bermula daripada kotak pertama.
Jika campakan itu kena, pemain boleh lompat ke lapan kotak yang lain dan
tidak boleh memijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki
sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan
seterusnya sehingga habis satu pusingan.

TUJUAN PERMAINAN
Permainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mengagak jarak
dengan menggunakan kaki sambil mengimbang badan. Permainan ini lebih
digemari oleh kanak-kanak perempuan.

JENIS-JENIS PERMAINAN TENG-TENG (KETINTING)


1) Ketinting Kapal Terbang

Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.

Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas


permukaan tanah.

Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masingmasing.

Melakukan penentuan giliran.

Pemain pertama memulakan ting-ting.

Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak


kedua.

Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus


'mati'.

Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai


pemenang.

You might also like