Assignment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TOPIK:

TENAGA DALAM
BIOSFERA

ISU:
ISU KEPUPUSAN IKAN
JERUNG MENJEJASKAN
EKOSISTEM

1.0 Pengenalan
Dalam habitat marin, ikan jerung merupakan pengguna yang berada di tempat tinggi
dalam piramid rantai makanan. Ikan jerung tidak boleh membuat makanan sendiri jadi
mereka bergantung pada organisma lain untuk mendapatkan tenaga. Contoh rantai
makanan yang berkaitan ialah seperti berikut:
Rumpai laut

Udang

Sotong

Ikan besar
Ikan jerung

Organisma di dalam air ini bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan
makanan. Pengurangan bilangan ikan jerung akan mengakibatkan penambahan bilangan
ikan besar kerana kekurangan ikan jerung yang makannya. Oleh itu, bilangan sotong akan
berkurangan kerana penambahan ikan besar yang memerlukan makanan. Sebarang
perubahan pada populasi satu spesies akan mempengaruhi populasi spesies yang lain
dalam satu habitat. Justeru, rantai makanan dan siratan makanan berupaya membantu
mengekalkan bilangan organisma pada setiap peringkat dalam siratan makanan.

2.0 Isu Kepupusan Ikan Jerung Menjejaskan Ekosistem


Berdasarkan surat khabar The Star, Malaysia berada di kedudukan ke 15 dalam
kalangan 20 teratas negara - negara penangkapan ikan jerung. Dan berdasarkan
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), negara kita membekalkan 2.95% ikan jerung
dan tangkapan ray dalam seluruh dunia. Scalloped hammerhead merupakan salah satu
ikan jerung yang menghadapi isu kepupusan berdasarkan laporan kedudukan spesis ikan
jerung yang selalu ditangkap di Malaysia oleh Dermaan Seluruh Dunia untuk Alam Sekitar
dan

Perdagangan

Hidupan

Liar

Rangkaian

Pemantauan

TRAFFIC.

http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Features/2012/10/09/Sharks-not-targetted-fishery-inMalaysia/

Pada kini, kita dapat melihat banyak berita dan isu yang berkaitan dengan kepupusan
ikan jerung. Contohnya pada 12 July 2011, MStar yang merupakan berita online telah
menyatakan bahawa penangkapan ikan jerung yang berlebihan telah menjejaskan
ekosistem dalam kehidupan laut. Perkara ini berlaku kerana manusia ingin mendapatkan
sirip ikan yang dianggap bernilai tinggi. Sebab mendapatkan siripnya ialah untuk
menjadikan makanan yang menguntungkan kerana dipercayai berkhasiat. Tetapi menurut
Penasihat Teknikal bagi Green Connection (Aquarium and Science Discovery Centre) Prof
Steve Oakley mengingatkan bahawa raksa metil yang terdapat pada ikan jerung termasuk
siripnya boleh memudaratkan otak manusia jika mencapai paras tinggi.
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/7/12/mstar_rencana/20110712120558

Lantaran itu, berita dari Astro Awani telah melaporkan bahawa negara kita merupakan
negara mempunyai permintaan sirip ikan jerung tinggi. Hal ini disebabkan menurut Ketua
Pengarah Aquawalk Shd Bhd (Aquaria KLCC) Datuk Simon Foong, Pembelian ini lebih
melambangkan status kemewahan seseorang kerana dilihat mampu membelanjakan
wang yang banyak untuk semangkuk sup sirip ikan yu.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/katakan-tak-nak-sirip-ikan-yu-45243

Sementara itu, RadioTimes yang merupakan media massa talian telah menyatakan
manusia membunuh 100 juta ikan jerung pada tahun 2014 telah menyebabkan spesies
ikan jerung mengalami keadaan hampir pupus. Secara langsung, hal ini telah menjejaskan
kehidupan laut.
http://www.radiotimes.com/news/2015-05-21/last-year-humans-killed-100-million-sharks--heres-why-the-sea-monsters-should-be-scared-of-us

3.0 Kesan

4.0 Pihak pihak yang Bertanggungjawab


Persoalannya, mengapakah isu-isu ini sering timbul dalam akhbar dan laman
sesawang pada kebelakangan ini? Siapakah yang mendorong keadaan ini berlaku?
Sebab yang utama adalah disebabkan kelakuan manusia. Menurut Rosmidzatul
(2015), pemahaman yang cetek dan kurangnya kesedaran mengenai aspek penjagaan
dan pemeliharaan alam sekitar khususnya ekosistem marin di kalangan masyarakat kita
lebih memburukkan lagi keadaan. Hidupan dalam ekosistem marin semakin terancam dan
terpaksa berjuang serta bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan dalam
persekitaran yang kian tercemar. Akibat daripada pencemaran ekosistem marin yang
semakin tidak terkawal, ia telah menyumbang kepada kemerosotan mutu air dan habitat
hidupan marin yang seterusnya telah memberi kesan buruk kepada pelbagai jenis hidupan
marin, yang mana terpaksa berhadapan dengan ancaman kepupusan. Situasi ini berlaku
semuanya angkara amalan tidak adil manusia yang tidak pernah sedar akan bahana yang
terpaksa dihadapi di kemudian hari akibat daripada keterlanjuran sikap manusia terhadap
alam sekitar.
Menurut berita Astro Awani, ketamakan dan kekejaman telah

5.0 Cara cara Mengatasi Masalah

Pada masa kini, banyak pihak telah mengambil peranan dan langkah untuk mengatasi
masalah yang kritikal ini. Yang pertama ialah pihak kerajaan, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia telah menjalankan kempen pengharaman sajian sup sirip ikan
yu dalam semua acara rasmi Kerajaan. Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mei 2014. Kempen pengharaman sajian sup sirip ikan
yu dengan moto Tak Nak Sirip Ikan Yu (Say No To Shark Fin) adalah langkah proaktif
Kerajaan untuk membuktikan bahawa Malaysia turut prihatin terhadap konservasi ikan yu
di arena nasional, serantau dan antarabangsa. Usaha ini juga selaras dengan Kod Amalan
untuk Perikanan yang Bertanggungjawab (Code of Conduct for Responsible Fisheries)
dan Pelan Tindakan Antarabangsa bagi Ikan Yu [International Plan of Action for the
Conservation and Management of Shark (IPOA Shark)] yang disarankan oleh Food and
Agriculture Association (FAO).
Rajah: Keratan Akhbar Berita Harian 4 Oktober 2014

Yang kedua ialah Syarikat pengurusan Aquaria KLCC bekerjasama dengan kerajaan,
serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menangani ancaman kepupusan
populasi ikan jerung di negara Malaysia. Pada November 2011, pihak Aquaria telah
menganjurkan sebuah kempen untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk
memelihara populasi sumber marin khususnya ikan yu. Kempen tersebut berjaya
mengumpul lebih 60,000 tandatangan para pengunjung yang menyokong pengharaman
sajian sup sirip ikan yu dan membantah pemburuan dan pembunuhan ke atas spesies itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aquawalk, Datuk Simon Foong, kempen kali ini akan
digerakkan dalam tempoh setahun dan pihaknya akan bergerak dari sekolah ke sekolah
untuk membantu kerajaan bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan mengurus
hidupan ikan yu.
http://www.karangkraf.com/mobile/berita/tangani-ancaman-populasi-ikan-yu-dari-awal1.322667

Di samping itu, taman-taman laut di Terengganu, Pahang, dan Kedah seperti


Underwater World Langkawi telah menjalankan peranan dalam memelihara ikan jerung
secara ex-situ. Malah, pulau-pulau di Terengganu dan Pahang adalah pemuliharaan
secara in-situ yang berusaha menjaga ikan jerung.

Selain itu, Dr Mabel B. Manjaji-Matsumoto, seorang pensyarah di BMRI berkata


menyenaraikan spesies yu pada Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna
dan Flora Liar Diancam Kepupusan (CITES), satu perjanjian antarabangsa antara
kerajaan-kerajaan boleh merupakan langkah berkesan dalam melarang perdagangan sirip
yu dan dengan itu dapat membantu mengurangkan pembunuhan yu untuk mendapatkan
siripnya. Beliau berkata Senarai Merah IUCN bagi Spesies-spesies Terancam telah
diiktiraf sebagai yang paling menyeluruh, selain pendekatan global yang objektif bagi
menilai status pemuliharaan spesies tumbuhan dan haiwan.

Tambahan lagi, pada masa ini terdapat 27 buah negara dan Kesatuan Eropah telah
mengharamkan kegiatan "shark-finning" dan tidak membenarkan aktiviti perdagangan

produk berkenaan. Beberapa negara di dunia juga telah mengambil tindakan proaktif
dalam menangani kemerosotan populasi ikan jerung dengan mengharamkan sajian sup
sirip ikan yu dalam semua majlis rasmi. Larangan itu terbukti berjaya mengurangkan
sebanyak 30% permintaan terhadap sup sirip ikan yu sekali gus memberi impak besar
kepada masyarakat dunia.

You might also like