Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Format Menulis Memo

a) Perkataan Memo
-

Ditulis pada bahagian tengah atau atas borang


Akan ditulis dengan huruf besar dan dihitamkan

b) Logo atau lambang organisasi atau syarikat


-

Penggunaan logo atau lambing dibenarkan


Nama penuh prganisasi dan nombor telekomunikasi boleh disertakan
sekali
Perlu diletakkan pada bahagian tengah memo berkenaan
Penggunaan adalah tidak diwajibkan tetapi lebih baik digunakan bagi
menarik perhatian kumpulan sasaran untuk membaca

c) Maklumat daripada siapa memo berkenaan


-

Memuatkam maklumat siapakan yang mengeluarkan memo berkenaan.


Contoh: Ketua jabatan

d) Maklumat kepada siapa memo ditujukan


-

Maklumat mengenai siapakah yang akan menerima memo berkenaan

e) Tarikh
-

Mencatatkan tarikh memo dikeluarkan

f) Perkara
-

Mencatat tajuk memo berkenaan

Dua jenis bentuk memo

1. Memo bentuk borang


SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU
G 6.9
TESL 211
BM KOMUNIKATIF

Semua maklumat dicatatkan dalam borang tersebut


Penulis hanya samada perlu mengisi atau menandakan maklumat di
ruangnya
Ruang catatan tambahan juga disediakan
Akhirnya: tandatangan dan tarikh di bahagian bawah

MEMO
Kepada:
Daripada:
Sila uruskan
Untuk kelulusan
Sila bercakap
Untuk makluman
Sila taip
Untuk pandangan
Sila cetak
Untuk Difailkan
Catatan:

Tandatangan:
Tarikh:

2. Memo bentuk terbuka


-

Sama seperti surat rasmi tetapi lebih ringkas dan padat


Tujuan: saluran perhubungan alternative selain surat rasmi

SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU


G 6.9
TESL 211
BM KOMUNIKATIF

Digunakan antara jabatan dan unit dalam sesebuah organisasi


Reka bentuk dan cara persebahan memo tidak ada ketetapan
Matlamatnya: memudahkan urusan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS
5600 CHERAS, KUALA LUMPUR
MEMO ANTARA JABATAN
Kepada

: Cik. Jalilah binti Abu


Pn. Adibah binti Abdullah
Daripada : Cik. Siva Rubini a/p S Sivaguru (Ketua Jabatan Pendidikan Sosial)
Ruj Kami : IPIK 02/22 Jld. 10 (16)
Perkara
: Lantikan Sebagai Hakim
_______________________________________________________________________
Tuan/ Puan,
Dengan hromatnya dimaklumkan bahwan, IPG Kampus Ilmu Khas akan mengadakan
Sukan Tahunan 2015 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh
Tempat
Masa

: 25 Jun 2015 (Khamis)


: Padang IPG Kampus Ilmu Khas
: 8.00 pagi hingaa 5.00 petang

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak JawatankuasaPerasmian Pembukaan dan Penutupan


majlis tersebut, dengan berbesar hati melantik tuan/puan sebagai hakim pertandingan bagi
acara perbarisan dan hiasan rumah sukan yang akan diadakan semasa temasya sukan
tersebut berlangsung.
4. Segala butiran tentang pemarkahan akan diberikan pada hari sukan tersebut
berlangsung. Kerjasama tuan/puan amat diharapkan dan diucapkan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Majulah Sukan Untuk Negara
Saya yang menurut perintah,
(SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU)
Ketua Jabatan Pendidikan Sosial
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa,
Perasmian Pembukaan dan Penutupan,
Sukan Tahunan IPg Kampus Ilmu Khas 2015
SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU
G 6.9
TESL 211
BM KOMUNIKATIF

s.k: i. Fail berkaitan


Format menulis ucapan
1. Pendahuluan
-

Kata-kata aluan
Contoh:
Yang dihormati Saudara Pengerusi Majlis, Pengai Polis Bhagian Trafik
IPD Raub, para pensyarah dan para pelajar sekalian. Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana member kesempatan untuk menyampaikan ucapan
dalam majlis ini.

2. Isi kandungan ucapan


-

Perlu dikembangkan dengan baik supaya pendengar tidak berbosan


Contoh:
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kes kemalangan jalan raya terutamanya menjelang hari raya semakin
meningkat dari tahun ker tahun. Pada tahun-tahun lepas kadar
kemalangan pada musim perayaan khususnya Hari Raya Adilfitri tidak
sebanya pada tahun lepas.

3. Sisipan kata
-

Penggunaan kata-kata sapaan di tengah-tengah ucapan


Contohnya: tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirit sekalian dan
sebagainya

4. Mempunyai penutup
-

Kata-kata bagi mengakhiri sesuatu ucapan


Contoh:
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada
sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika
memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi
seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undangundang jalan raya kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari
semasa ke semasa.

UCAPAN HARI GURU


SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU
G 6.9
TESL 211
BM KOMUNIKATIF

Yang Berusaha Puan Naaimah Bt Ismail,Pengetua SMK Taman Desa,Yang


Dihormati Puan Rojmah Bt Abdullah,Guru Penolong Kanan,Puan Maimunah Bt
Abdul Ghani,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Berbahagia Encik
Muhammad Johari Bin Mustafa,Yang Dipertua PIBG,guru-guru,para pengawas dan
rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Salam Satu Malaysia dan Salam Mercu di Hari
Guru.
Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada pihak majlis yang telah
memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada hari yang mulia
ini. Alhamdulillah,saya ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnianya serta inayahnya dapat kita bersama sama meraikan sambutan hari
guru yang sungguh bermakna dan penuh erti pada hari ini.
Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana
kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita dan inilah waktu
yang terbaik untuk meluahkan setinggi tinggi rasa terima kasih,penghargaan,dan
penghormatan terhadap mereka yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti
kepada agama,bangsa,dan negara.
Pepatah Melayu ada berkata, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk
menerangi orang lain,menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah
payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Sememangnya tugas
sebagai seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah. Tugas guru semakin
mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru sebagai penjana
transformasi pendidikan perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah
dirancang oleh kerajaan. Selain itu, guru juga mendepani pelbagai onak dan
cabaran terutamanya dalam melayani kerenah anak-anak muridnya. Antaranya, ada
saja dalam kalangan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin malah guru guru
juga terpaksa berhadapan dengan segelintir ibu bapa yang menuding jari ke arah
guru apabila timbul sebarang masalah.
Hadirin sekalian,
SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU
G 6.9
TESL 211
BM KOMUNIKATIF

Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu
aspirasi negara ke arah Wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah
penyemai perpaduan. Guru- guru bertanggungjawab menanam sifat perpaduan
dalam jiwa generasi muda.
Bersempena dengan Hari Guru ini, saya mewakili semua pelajar ingin
merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah bertungkus
lumus mendidik dan mengajar kami agar menjadi manusia yang berguna kepada
agama, bangsa dan tanah air. Jasa guru-guru demi memakmurkan murid dan
memajukan sekolah amat dihargai. Semoga Allah S.W.T.akan membalas segala jasa
dan bakti guru guru terhadap kami.
Harapan saya kepada rakan-rakan dan adik-adik sekalian, hormatilah dan
dengarlah nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus berjaya. Hargailah jasa
dan sumbangan guru dengan menghadiahkan prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum.
Akhir sekali,saya mewakili semua pelajar SMK Taman Desa ingin memohon
maaf atas kesilapan yang pernah kami lakukan. Segala nasihat dan teguran yang
diberikan guru guru akan kami sematkan dalam sanubari. Jasa guru terhadap kami
tidak akan kami lupakan selagi hayat dikandung badan. Kami juga berharap agar
guru guru yang disayangi akan sentiasa mendoakan kejayaan kami pada masa
hadapan.
Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU


G 6.9
TESL 211
BM KOMUNIKATIF

You might also like