Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KESATUAN PEKERJA PEKERJA BANK SWASTA (KPPBSB)

PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN


PERATURAN 1: NAMA DAN PEJABAT YANG BERDAFTAR
(1) Nama Kesatuan yang telah di tubuhkan menurut Peraturan-Peraturan ini ialah KESATUAN
PEKERJA-PEKERJA BANK SWASTA BERHAD (yang disebut 'Kesatuan' di dalam ini).
(2) Pejabat Kesatuan ini yang didaftarkan dan tempat mesyuaratnya ialah di 30, Jalan Liku, Off
Jalan Bangsar, 59100 Kuala Lumpur atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis
Jawatankuasa Agung.
PERATURAN 2 TUJUAN DAN RASIONAL PENUBUHAN
(1) Tujuan Kesatuan ini ialah untuk:
(a) Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3 (1) dan
memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan
ilmu pengetahuan.
(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan
perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta
mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang
berpatutan dan keselamatan pekerjaan.
(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja
atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau di antara pegawai Kesatuan
dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu

dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak
Peraturan 27 dan 28.
(d) Menolong menjayakan, dengan wang atau lain-lainnya kerja atau hasrat sesuatu pertubuhan
atau badan yang sah yang mempunyai tujuan hendak memajukan kepentingan-kepentingan
pekerja, Kesatuan sekerja dan ahli-ahli Kesatuan sekerja, menurut peruntukan- peruntukan
Seksyen 50 dari Akta Kesatuan Sekerja 1959.
(e) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut
undang-undang yang difikirkan munasabah oleh Persidangan Perwakilan atau Majlis
Jawatankuasa Agung.
(f) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika
dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
(g) Memberi bantuan kepada ahli-ahli jika di persetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung seperti
pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.
(h) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dailog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan
ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
(i) Mengendalikan, jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan, urusan mengarang, mencetak,
menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah, surat berita atau lain-lain penerbitan
untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk memajukan kepentingan-kepentingan
ahli-ahli Kesatuan.

(j) Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika di persetujui oleh Persidangan Perwakilan dan
menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang
itu.
(k) Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan sekerja yang sah di sisi undangundang.
(2) Tujuan-tujuan ini hendaklah di laksanakan menurut Peraturan -peraturan ini, Akta Kesatuan
Sekerja 1959 dan undang-undang bertulis yang lain yang ada berkaitan.
PERATURAN 3: PROSES PERUNDINGAN BERSAMA MAJIKAN
2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja
2.1 Pengiktirafan oleh majikan terhadap sesebuah kesatuan
sebelum kesatuan

sekerja merupakan pra-syarat

berkenaan boleh menjemput majikan untuk mengadakan perundingan

kolektif.
2.2 Pengiktirafan ke atas kesatuan sekerja membolehkan sesebuah kesatuan itu berfungsi sebagai
badan atau ejen yang mewakili para pekerja dalam meningkatkan hubungan kerjasama serta
perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif di tempat pekerjaan.
3. Perundangan Mengenai Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja
3.1 Sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut pengiktirafan berkaitan pekerja-pekerja
yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan sekiranya
majoriti daripada keahliannya terdiri daripada pekerja-pekerja yang bukan digajikan dalam
mana-mana kapasiti tersebut.

4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan


4.1 Pengiktirafan kesatuan sekerja melibatkan kriteria- kriteria berikut:4.1.1

Kelayakan (competency) kesatuan sekerja iaitu sama ada kesatuan berkenaan layak

untuk mewakili pekerja-pekerja di sesebuah tempat pekerjaan (establishment) atau di dalam tred
atau jawatan (occupation) atau industri.
4.1.2 Keahlian kesatuan tersebut diliputi oleh skop yang ditetapkan di bawah perlembagaan
kesatuan.
4.1.3 Kekuatan keahlian iaitu sama ada kesatuan tersebut mempunyai majoriti (50% + 1 orang
pekerja) di kalangan pekerja-pekerja yang hendak diwakilinya.
5. Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Pengiktirafan
5.1

Sesebuah kesatuan sekerja berdaftar boleh menuntut

pengiktirafan seperti yang

diperuntukkan di bawah Seksyen 9(2), APP 1967. Tuntutan hendaklah dikemukakan dalam
Borang A.
5.2 Satu salinan asal Borang A berserta satu salinan Perlembagaan Kesatuan hendaklah
dihantar secara

pos berdaftar kepada majikan dan satu salinan kepada Ketua Pengarah

Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM).


6. Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan
(Borang A)
6.1

Majikan hendaklah mengambil satu daripada langkah- langkah berikut dalam tempoh 21

hari dari tarikh notis tuntutan pengiktirafan :-

(i) Mengiktiraf kesatuan sekerja secara sukarela (voluntarily); atau


(ii) Jika pengiktirafan tidak diberi, memaklumkan pihak kesatuan secara bertulis sebab-sebab
mengapa pengiktirafan tidak diberi; atau
6.2 Apabila sesebuah kesatuan sekerja menerima makluman di bawah perenggan 6.1 (ii) atau
majikan gagal memberikan sebarang jawapan, kesatuan hendaklah dalam tempoh 14 hari dari:(i) Tarikh penerimaan maklumbalas majikan di bawah perenggan 6.1 (ii); atau ) Berakhirnya
tempoh 21 hari di bawah perenggan 6.1 mengemukakan aduan secara bertulis kepada KPPPM,
kegagalan kesatuan berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan pengiktirafan ini dianggap
telah ditarik balik.
6.3 Setelah menerima aduan di bawah perenggan 6.2 KPPPM boleh mengambil langkah-langkah
yang dianggap perlu atau wajar bagi menyelesaikan tuntutan pengiktirafan tersebut sejajar
dengan peruntukan Seksyen 9 (4A), APP 1967 seperti berikut:(i) Kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili semua pekerja atau golongan pekerja tertentu
yang menuntut pengiktirafan; dan
(ii) Menentukan peratusan ahli melalui undi sulit (secret ballot).
6.4 Untuk tujuan menyelesaikan kemusykilan di perenggan 6.3 di atas, KPPPM boleh
mengambil langkah-langkah berikut:(i) Meminta pihak majikan supaya mengemukakan senarai nama pekerja pada tarikh tuntutan
pengiktirafan dibuat (Borang B) serta apa-apa maklumat yang dianggap perlu dan relevan.

(ii) Merujuk kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (KPKS) bagi menentukan kelayakan
kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja syarikat;
(iii)Memasuki premis majikan bagi tujuan memeriksa rekod atau dokumen atau mengendalikan
undi sulit.
PERATURAN 4 PERLEMBAGAAN DAN PENTADBlRAN
(1) Kuasa yang tertinggi sekali dalam Kesatuan terletak kepada Persidangan Perwakilan
melainkan kuasa mengenai perkara-perkara yang keputusannya wajib diambil melalui undi sulit
menurut Peraturan 26.
(2) Tertakluk kepada syarat tersebut di atas Kesatuan hendaklah ditadbirkan oleh Majils
Jawatankuasa Agung dan Cawangan-Cawangan oleh Jawatankuasa Cawangan.
Persidangan Perwakilan TlGA-TAHUNAN
(1) Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan Kesatuan ini hendaklah di adakan seberapa segera
selepas 30 Jun dan tidak lewat dari 31 Oktober pada tiap-tiap tiga tahun. Tarikh, masa dan tempat
persidangan hendaklah ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
(2) Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan itu hendaklah dihadiri oleh wakil-wakil cawangan dan
ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung.
(3) Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih oleh semua ahli yang berhak di cawangan masingmasing pada tiap-tiap tiga tahun dengan undi sulit pada Mesyuarat Agung Tiga-Tahunan
cawangan masing-masing. Tiap-tiap cawangan berhak memilih Wakil mengikut jumlah keahlian
cawangan-cawangan seperti berikut :

050 hingga 100 ahli = 2 orang wakil


101 hingga 200 ahli = tambah 1 orang wakil
201 hingga 300 ahli = tambah 1 orang wakil
301 dan keatas = tambah 1 orang wakil
Jumlah Wakil bagi setiap cawangan mestilah tidak melebihi 5 orang. Ahli di sini bermakna ahli
yang berhak mengundi pada masa pengundian wakil-wakil itu dijalankan.
(4) Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung tidak boleh dipilih menjadi wakil.
(5) Hanya wakil-wakil sahaja yang boleh mengundi di dalam Persidangan Perwakilan. Pengerusi
Persidangan Perwakilan boleh memberi undi pemutus kecuali perkara-perkara dibawah
Peraturan 26. Persidangan itu boleh mengadakan Aturan Tetap untuk mengawal perjalanan
mesyuarat bagi semua Persidangan Perwakilan dan cara-cara mengundi dalam persidanganpersidangan itu.
(6) Setiausaha Agung hendaklah mempelawa pencalunan pegawai-pegawai tiga tahun sekali
dengan secepat mungkin selepas 31hb Mac bagi Ahli-Ahli Majlis Jawatankuasa Agung, WakilWakil dan AhIi-ahli Jawatankuasa Cawangan.
(7) (a) Apabila menerima pelawaan yang dinyatakan di ceraian (6) di atas, semua Setiausaha
Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan masing-masing untuk
menetapkan tarikh pencalunan supaya membolehkan mereka menghantarkan kepada Setiausaha
Agung pencalunan-pencalunan tersebut tidak lewat dari duapuluh satu (21) hari selepas
menerima pelawaan tersebut.

(b) Semua pencalonan hendaklah di buat di atas borang yang di sediakan oleh Kesatuan dan
mengandungi butir-butir yang berikut : Nama jawatan yang ditandingi, Nama calon, Nombor
Ahli, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Kerakyatannya /
Taraf Kerakyatan dan tempoh pekerjaan dalam sesuatu syarikat seperti yang di tentukan di
bawah Peraturan 3(1). Sesuatu pencalonan itu tidak sah kecuali (a) ia ditandatangani oleh
seorang pencadang dan seorang penyokong yang merupakan ahli-ahli berhak dan (b) ia
mengandungi persetujuan calon yang hendak bertanding itu secara bertulis.
(c) Apabila menerima borang-borang pencalunan daripada Setiausaha-Setiausaha Cawangan,
Setiausaha Agung hendaklah menyusun nama-nama calun mengikut nama jawatan yang
ditandingi dan menyediakan kertas-kertas undi dan sampulnya yang secukupnya seperti yang
diperlukan dibawah Peraturan 26 dan mengirimkannya kesetiap cawangan sekurang-kurangnya
60 hari sebelum Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan beserta dengan notis permulaan dengan
menyatakan tarikh, masa dan tempat Persidangan Perwakilan dan mempelawa usul-usul untuk
dibincangkan.
(d) Apabila menerima kertas undi dan notis permulaan bagi Persidangan Perwakilan TigaTahunan, Setiausaha-Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung TigaTahunan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan kertas undi mengikut Peraturan 33.
(8) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan dan WakilWakil Persidangan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh persidangan suatu agenda yang
mengandungi usul-usul untuk perbincangan, penyata Tiga (3) tahunan dan penyata kewangan
(jika ada).

(9) Cukup kuorum jika wakil-wakil yang hadir, dengan tidak kira bilangan orangnya, mewakili
lebih daripada setengah dari jumlah bilangan cawangan-cawangan Kesatuan.
(10) Jika satu jam kemudian dari masa yang di tentukan itu bilangan wakil yang hadir (atau
kuorum) tidak mencukupi maka persidangan itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lewat dari 60 hari kemudian) yang akan di tetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
(11) Dalam persidangan yang ditangguhkan itu, jika tidak juga didapati kuorumnya pada masa
yang ditentukan maka wakil-wakil yang hadir berkuasa menjalankan persidangan itu akan tetapi
tidak berkuasa meminda Peraturan-Peraturan Kesatuan.
(12) Urusan Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan antara lain-lain ialah :
(a) menerima dan meluluskan penyata-penyata daripada Setiausaha Agung, Setiausaha
Kewangan dan Majlis Jawatankuasa Agung ;
(b) membincang dan memutuskan sebarang perkara atau usul mengenai kebajikan ahli-ahli dan
kemajuan Kesatuan ;
(c) melantik :
(i) Pemegang Amanah, jika perlu ;
(ii) Ahli Jemaah Penimbangtara, jika perlu ;
(iii) Juruaudit Dalam ; dan
(iv) Pemeriksa Undi.

(d) meluluskan perlantikan pegawai atau pekerja sepenuh masa Kesatuan sekiranya perlu dan
menetapkan skel gaji mereka serta syarat-syarat pekerjaannya ;
(e) membincang dan memutuskan perkara-perkara lain yang terkandung di dalam agenda ; dan
(f) menerima penyata Pemeriksa Undi berkenaan dengan pemilihan Ahli-Ahli Majlis
Jawatankuasa Agung.
(13) Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan kepada semua Setiausaha Cawangan dan
Wakil-Wakil Persidangan satu salinan deraf minit Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan dalam
tempoh tidak melebihi 60 hari selepas persidangan itu.
(14) Tertakluk kepada Peraturan 26, keputusan-keputusan yang diambil didalam Persidangan
Perwakilan Tiga-Tahunan bolehlah dibuat dengan tunjuk tangan atau undi tertutup (Closed
Voting).
PERATURAN 5 PENDAFTARAN AHLI KESATUAN
(1) Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada semua pekerja yang di gaji oleh :i) Bank- Bank Swasta ; atau
ii) sebarang anak syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan penjanaan,
penghantaran atau pembahagian elektrik atau sebarang aktiviti-aktiviti yang ada hubungkait
dengan operasi Bank- Bank Swasta, kecuali mereka yang digaji dalam jawatan pengurusan,
eksekutif, sulit atau keselamatan. Mereka itu hendaklah berumur lebih dari 16 tahun dan
mempunyai tempat kerjanya di Semenanjung Malaysia : dengan syarat seseorang yang masih di
beri pelajaran menurut Akta Pelajaran 1961, tidak boleh menjadi ahli kecuali jika sekiranya ia :

(a) sebenarnya seseorang pekerja menurut takrif Akta Kesatuan Sekerja 1959 ;
dan
(b) berumur lebih dari 18 tahun.
(2) Seseorang ahli Kesatuan yang belum berumur 18 tahun tidak berhak mengundi atas perkaraperkara tersebut di bawah ini :
(a) pemogokan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya ;
(b) mengenakan kutipan khas ;
(c) pembubaran Kesatuan atau sebarang Persekutuan Kesatuan Sekerja yang Kesatuan ini
menjadi anggotanya; dan
(d) pindaan Peraturan-peraturan Kesatuan jika pindaan itu akan menambah beban tanggungan
ahli-ahli untuk mencarum atau mengurangkan faedah-faedah yang dinikmatinya.
(3) Seseorang ahli Kesatuan yang belum mencapai umur 21 tahun tidak boleh menjadi Pegawai
atau Pemegang Amanah Kesatuan.
(4) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah di lakukan dengan mengisi borang yang di
tentukan oleh Kesatuan dan menyampaikannya kepada Setiausaha Cawangan.
Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan permohonan itu kepada Majlis Jawatankuasa
Agung untuk kelulusan. Majlis Jawatankuasa Agung boleh menolak sebarang permohonan untuk
menjadi ahli mengikut budibicaranya tanpa memberi sebarang alasan.

(5) Apabila permohonan seseorang itu di luluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung dan yuran
masuk serta yuran bulanan yang pertama telah di jelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan
dalam Daftar Ahli/Yuran sebagai ahli.
(6) Seseorang yang di terima masuk menjadi ahli dan kemudian berhenti dari pekerjaannya
seperti di tentukan dalam peruntukan Peraturan 3(1) akan dengan sendirinya terhenti dari
menjadi ahli Kesatuan. Namanya hendaklah di keluarkan dari Daftar AhIi/Yuran, tertakluk pada
peruntukan di bawah Peraturan Tambahan Tabung Kebajikan (jika ada).
(7) Setiap ahli hendaklah diberikan senaskah buku Peraturan-peraturan Kesatuan dengan
percuma apabila di terima sebagai ahli.
(1) Yuran Kesatuan adalah seperti berikut :
Yuran masuk - RM 5.00
Yuran bulanan - RM 5.00
Sebarang kenaikan yuran hendaklah di putuskan dengan undi sulit menurut Peraturan 26.
(2) Yuran bulanan hendaklah di jelaskan sebelum 7 haribulan pada tiap-tiap bulan.
(3) Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama tiga bulan akan dengan sendirinya terhenti
daripada menjadi ahli Kesatuan. Haknya dalam Kesatuan akan hilang dan namanya hendaklah
dipotong dari Daftar Ahli/Yuran.
(4) Seseorang yang terhenti dari menjadi ahli kerana tunggakan yuran boleh memohon menjadi
ahli semula menurut Peraturan 3.

(5) Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa menetapkan kadar bayaran yuran bulanan yang kurang
atau mengecualikan buat sementara waktu ahli-ahli daripada membayar yuran bulanan atau
sebarang kutipan atau yuran khas (jika ada) :
(a) jika mereka jatuh sakit teruk atau ditimpa kesusahan yang berat ;
(b) jika mereka dibuang kerja, diberhentikan atau diketepikan dan masih menunggu keputusan
sesuatu perundingan atau perbicaraan mengenai pembuangan kerja, pemberhentian atau
pengenepian itu ; atau
(c) kerana sebarang sebab lain yang difikirkan mustahak dan wajar oleh Majlis Jawatankuasa
Agung.
PERATURAN 6 PERMOHONAN UNTUK BERHENTI MENJADI AHLl
(1) Ahli yang ingin berhenti dari menjadi ahli Kesatuan hendaklah memberi notis sekurangkurangnya tiga (3) bulan dengan bersurat kepada Setiausaha Cawangan dan hendaklah
menjelaskan terlebih dahulu semua tunggakan yuran dan hutang.
(2) Sebarang notis yang memenuhi kehendak tersebut hendaklah di luluskan oleh Majlis
Jawatankuasa Agung dan nama orang yang berkenaan hendaklah dipotong dari Daftar
Ahli/Yuran.
PERATURAN 7 HAK AHLl
Semua ahli Kesatuan mempunyai hak yang sama dalam Kesatuan kecuali dalam perkara-perkara
tertentu yang di nyatakan di dalam Peraturan-Peraturan ini.

PERATURAN 8 KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLl-AHLl


(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap ahli menjelaskan yurannya dengan tepat pada masa dan
mendapatkan resit rasmi bagi pembayaran itu. Pembayaran yuran bulanan dalam tempoh masa
yang di tetapkan menjadi tanggungjawab ahli-ahli dan bukanlah tanggungjawab pegawaipegawai Kesatuan.
(2) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap ahli untuk memberitahu Setiausaha Cawangan dengan
segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja.
(3) Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat Kesatuan atau menggunakan pejabat/rumah
Kesatuan hendaklah ber kelakuan baik, jika tidak ia akan diarah keluar oleh seorang pegawai
Kesatuan yang bertanggungjawab.
(4) Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sebarang dokumen atau surat pekeliling mengenai
Kesatuan melainkan dokumen atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa
Agung. Seseorang ahli juga tidak boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan atau hal ehwal Kesatuan
kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain pertubuhan atau pihak akhbar tanpa
mendapat izin Majlis Jawatankuasa Kerja.
(5) Seseorang ahli tidak di benarkan menjadi ahli sebarang Kesatuan sekerja yang lain kecuali
dengan izin Majlis Jawatan kuasa Agung.

PERATURAN 9 TANGGUNG JAWAB YANG PERLU DIPIKUL OLEH KESATUAN


SEKERJA BAGI MENYELESAIKAN SESUATU ISU YANG TIMBUL DI ANTARA
AHLI-AHLI KESATUAN DENGAN MAJIKAN .
Tanggungjawab Kesatuan Sekerja
a. Untuk mematuhi semua undang-undang, khususnya peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.
b. Untuk menghalang mana-mana ahlinya daripada melaksanakan apa-apa tindakan yang salah di
sisi undang-undang, sebagai contoh, mogok, kerja perlahan (go-slow), memboikot kerja lebih
masa, dll.
c. Untuk mentadbir dana Kesatuan dalam cara yang betul dan mengikut peraturan Kesatuan.
d. Untuk tidak memulakan, menggalakkan atau menganjurkan apa-apa mogok atau tindakan
perusahaan dalam bentuk yang lain tanpa mendapat persetujuan terdahulu, melalui undian rahsia,
sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahlinya yang berhak mengundi.
Di negara ini, kesatuan sekerja telah memainkan peranannya dengan agak berkesan
dalam membela nasib pekerja-pekerja. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan
Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), misalnya, buat pertama kali dalam sejarahnya telah
berjaya dalam usaha memperolehi penyelarasan gaji dalam tempoh tiga tahun berbanding
sebelum ini yang mengambil masa hampir lima tahun. CUEPACS juga telah mengesyorkan
supaya mulai 1996, kerajaan mengenakan tindakan terhadap ketua-ketua jabatan yang
membenarkan terlalu banyak kakitangan bercuti panjang semasa musim perayaan hingga
menjejaskan urusan pejabat. Turut menjadi harapan CUEPACS ialah tuntutan supaya jadual gaji
matriks yang dilaksanakan di bawah skim Sistem Saraan Baru (SSB) dimansuhkan. Namun, di

sebalik kejayaan yang sedikit ini, masih banyak lagi ruang di mana kesatuan sekerja boleh
berperanan dengan lebih aktif. Isu mengenai hak-hak sama rata pekerja wanita, misalnya masih
belum dapat ditangani dengan sewajarnya.

KESIMPULAN
Kesatuan sekerja ini akan sentiasa membela hak pekerja-pekerja Bank swasta agar mereka
mendapat hak yang setimpal dan tidak ditindas oleh majikan mereka berlandaskan perlembagaan
di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Rujukan
Dokumen Kerajaan
Labour Ordinance (Sabah Cap 67.) Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Kelab Kebajikan dan
Sosial.

Buku
A. I. Marsh & E.O. Evans. 1973. The Dictionary of Industrial Relations. London.
Hutchinson
Education Ltd

Abdul Razak Omar & Zainal Ariffin Ahmad. 1999. Perhubungan Industri di Malaysia.
Kota
Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

Ahmad Mahdzan Ayob. 2002. Kaedah Penyelidikan Sosisoekonomi (Edisi Kedua).


Kuala
Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anantaraman , V. 1997. Malaysian Industrial Relations, Law and Practice. Serdang


Univesiti
Putra Malaysia

Balakrishnan Parasuraman . 2006. Hubungan Industri di Malaysia : Pendekatan dan


Amalan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balakrishnan Parasuraman, Dzurizah Ibrahim & Rosazman Hussin. 2000. Hubungan


Industri dan

Sumber Manusia: Isu dan Perspektif. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia


Sabah.

You might also like