Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

EDU 3093 1

GURU DAN CABARAN SEMASA

2. Penulisan Esei Pendek


iii. Muat turunkan laporan media dan jurnal berkaitan dengan kes stress
dalam kalangan guru sekolah. Beri pendapat dan hujah anda mengenai isu
stres.
Apakah itu stres? Menurut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada
pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan,
kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai guru ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah
Sted Ahmad & Zuraidah A.Majid, 2010). Setiap pekerjaan sedikit sebanyak mesti
akan terdapat tekanan kerja atau stres kerja sendiri. Guru merupakan satu
pekerjaan yang mempunyai tekanan kerja yang agak tinggi di Malaysia. Satu
hasil kajian telah menunjukkan bahawa kadar stres pekerjaan guru merupakan
pekerjaan yang keempat tinggi di Malaysia. Angka itu menunjukkan polis berada
di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3
peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7
peratus).
Faktor-faktor berlakunya stres dalam kalangan guru
Setiap perkara yang wujud mestilah ada sebab-sebabnya, apakah sebabsebab yang menyebabkan para guru di sekolah menghadapi stres? Menurut
Kamaruzaman Kamaruddin (2007), Basinun (1995) menyatakan antara masalah
utama guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban
kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid-murid, guruguru perlu berdepan dengan karenah disiplin murid yang menambahkan lagi
beban kerja guru. Muhamad (1995) memetik laporan Kongres Kesatuan GuruGuru Malaysia menyatakan bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan
kerja-kerja persediaan mengajar seperti menyediakan perancangan tahunan,
penggal, mingguan dan harian. Di dalam bilik darjah, guru juga menghadapi
tekanan dengan karenah dan bilangan murid yang ramai. Faridah dan Zubaidah
(1999) juga mengakui profesion guru amat mencabar kerana mereka bukan

EDU 3093 2
GURU DAN CABARAN SEMASA

setakat mengajar, malah terpaksa menangani masalah pelajar nakal dan kerjakerja perkeranian yang menuntut masa yang banyak untuk diselesaikan .
Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan
berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan
penghargaan, kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Kamaruzaman
Kamaruddin (2007), didapati bahawa terdapat konsistensi daripada segi dapatan
kajian di antara penyelidik dengan pengkaji-pengkaji lepas berkenaan tekanan
kerja di kalangan guru ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah
tekanan kerja yang dihadapi oleh para pendidik pada hari ini berada pada tahap
yang agak serius. Hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar daripada
responden mengalami tekanan kerja pada tahap yang sederhana manakala
sebilangan kecil sahaja yang mengalami tekanan pada tahap yang tinggi atau
serius. Apa yang ditakuti ialah sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan tanpa
ada usaha-usaha pencegahan dengan seberapa segera, besar kemungkinan
semakin ramai guru akan mengalami tekanan pada tahap yang tinggi pada suatu
ketika nanti.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa faktor salah laku pelajar
merupakan faktor dominan berbanding faktor-faktor lain seperti kekangan masa
dan sumber, beban tugas, perhubungan interpersonal dan penghargaan, yang
menyebabkan tekanan kerja di kalangan guru-guru. Kajian ini mendapati bahawa
daripada lima faktor utama yang dikaji didapati faktor salah laku pelajar
merupakan

faktor

yang

paling

mempengaruhi

(skor

min

3.54)

yang

menyebabkan tekanan kerja guru-guru. Ini diikuti pula dengan faktor kekangan
masa dan sumber (skor min 2.97), faktor penghargaan (skor min 2.81), faktor
perhubungan antara rakan setugas (skor min 2.66) dan faktor beban tugas (skor
min 2.64). Kajian ini menyokong dapatan kajian Boyle et al. (1995) yang juga
mendapati faktor salah laku pelajar dan kekangan masa adalah faktor penting
yang mempengaruhi tekanan kerja guru.

EDU 3093 3
GURU DAN CABARAN SEMASA

Bagi faktor salah laku murid, pada pendapat saya, guru kena memikirkan
cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah salah laku murid-murid
yang pelbagai terutamanya sekolah-sekolah menengah yang murid-muridnya
yang ramai berada di peringkat kebalighan (rebellious phase). Hal ini akan
memberi tekanan kepada guru-guru kerana guru akan bimbang bahawa tidak
dapat menyelesaikan masalah murid dan guru-guru kena berdepan dengan
masalah murid-murid setiap hari telah menjejaskan emosi dan membuat guru
rasa tertekan. Selain itu, sikap murid-murid yang tidak mengambil berat,
kekurangan passionate terhadap pembelajaran mereka akan menyebabkan
guru-guru berasa tertekan.
Faktor yang menduduki tempat kedua adalah faktor kekekangan masa
dan sumber. Untuk faktor kekekangan masa, guru kena menyiapkan tugas-tugas
yang banyak dalam masa terhad, hal ini menyebabkan guru kena mengejar
masa untuk membuat dan menyelesaikan kerja-kerja yang banyak dalam masa
yang telah ditetapkan. Saya berpendapat bahawa kekekangan masa ini adalah
berkaitan dengan faktor bebanan kerja yang akan saya bincangkan nanti, sebab
saya mengatakan begitu kerana dengan adanya kerja-kerja yang banyak dan
dalam masa yang had, barulah guru akan menghadapi stres akibat kekekangan
masa dan bebanan kerja. Bagi sebahagian sekolah yang menghadapi
kekurangan sumber pengajaran atau kemudahan juga akan menyebabkan stres.
Hal ini adalah kerana dengan tidak mempunyai sumber yang mencukupi telah
membawa banyak kesukaran untuk melakukan sesuatu kerja. Sebagai contoh,
pada

zaman

modenlisasi

ini,

kemudahan

multimedia

merupakan

satu

kemudahan asas bagi sesebuah sekolah dan ia dapat memudahkan pdp serta
memudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu isi pelajaran, jika sesebuah
sekolah kekurangan alat multimedia seperti projector, otp, guru kena memikirkan
cara yang lebih kreatif bagi memudahkan pemahaman murid.
Faktor yang menduduki tempat ketiga dalam kajian ini adalah faktor
penghargaan. Faktor penghargaan dianggap penting kepada guru-guru untuk
menarik motivasi yang tinggi dalam pekerjaan mereka. Faktor kekurangan

EDU 3093 4
GURU DAN CABARAN SEMASA

penghargaan ke atas kerja yang dilakukan oleh guru menyebabkan guru itu
tertekan. Hal ini berlaku kerana apabila prestasi dan sikap seseorang atau
sekumpulan murid telah dipertingkatkan atas usaha guru yang bersungguhsugguh tetapi tidak mempunyai sebarang penghargaan yang dapat , akan
menimbulkan rasa ketidakseimbangan hati dalam seseorang guru.
Sehubungan dengan itu, faktor interpersonal juga merupakan faktor
menyebabkan stres. Faktor interpersonal adalah perhubungan antara rakan
setugas. Menurut hasil kajian yang telah dijalankan, faktor ini berada pada
kedudukan keempat. Keadaan ini menunjukkan bahawa faktor hubungan antara
rakan setugas tidak merupakan satu perkara yang terlalu serius terhadap
tekanan kerja guru-guru di sekolah. Pada pendapat saya, sebab-sebab wujudnya
masalah perhubungan antara rakan-rakan setugas adalah kerana guru-guru di
sesebuah sekolah adalah berasal daripada latar belakang yang berlainan, oleh
demikian, mungkinlah berlaku percanggahan pandangan terhadap sesuatu
perkara seperti cara menyelesaikan sesuatu masalah murid dan perancangan
sesuatu aktiviti. Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1993 telah mewujudkan persaingan antara guruguru. Guru-guru berusaha untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang demi
mendapat APC dan hal ini telah menyebabkan persaingan antara para guru serta
menjejaskan hubungan antara guru. Kalau seseorang guru bekerja dalam satu
situasi yang mempunyai hubungan yang tidak baik antara rakan sekerja, pastilah
rasa tertekan.
Beban tugas yang terlalu berat juga merupakan satu faktor dan saya
berasa ini merupakan faktor yang paling utama menyumbang kepada stres
kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab sebagai seorang pembimbing,
pendidik dan pengajar, guru juga kena berperanan sebagai seorang agen
perubahan, pembinaan modal insan dan lain-lain lagi.

Tetapi mengikut hasil

kajian yang ditunjukkan, faktor ini menduduki tempat yang terakhir iaitu tempat
yang kelima.

EDU 3093 5
GURU DAN CABARAN SEMASA

Pada pendapat saya, terdapat dua aspek yang menyebabkan guru


memikul bebanan kerja yang berat. Pertama sekali, kesukaran tugas-tugas yang
dipikul telah melebihi kemampuan diri sendiri. Ramai guru memikul bebanan
tugas yang berat kerana terlalu mementingkan keputusan peperiksaan pelajarpelajar sekolah mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan stres
diri sendiri dalam guru-guru. Aspek yang kedua, guru kena menyelesaikan kerjakerja yang terlampau banyak dalam masa yang singkat ,hal ini telah
menyebabkan guru-guru susah untuk menyelesaikan kerja mereka dengan
lancar dalam syarat masa dan kemampuan diri yang terlalu had. Ini juga boleh
diklasifikasikan ke dalam faktor kekekangan masa.
Sebagai contoh, bagi seorang guru kelas murid, beliau juga sebagai
seorang guru panitia mata pelajaran, dan juga kena mengajar mata pelajaran
lain untuk kelas yang lain. Selain mengajar dan menyediakan pdp, guru juga
kena mengajar kokurikulum, menyemak buku-buku latihan dan lain-lain lagi.
Kerja-kerja yang begitu banyak telah membawa tekanan kerja pada guru-guru.
Bukan itu sahaja, pada kebelakangan tahun ini, guru-guru perlu berhadap
dengan komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data
dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM,
SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan,
PEKA dan lain-lain lagi. Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah
tanggungjawab guru-guru. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan
kerapkali menghadapi internal error.
Dengan adanya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula,
beban tugas guru semakin bertambah. Kerja-kerja PBS seperti membina
instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan
memasukkan data ke dalam sistem. Selepas dimasukkan dalam sistem, guruguru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar.
Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk
menyiapkannya.

EDU 3093 6
GURU DAN CABARAN SEMASA

Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja kokurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program,
menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa
disambung sampai ke pagi. Selain daripada itu, guru-guru juga kena menghadiri
kursus-kursus, mesyuarat, melatih murid-murid untuk pertandingan-pertandingan
seperti

pertandingan

syarahan,

bercerita,

melatih

murid-murid

untuk

persembahan aktiviti rasmi di sekolah , menjadi guru pengiring dan lain-lain lagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
serta Penjabat Pendidikan Daerah (PPD) selalu mengadakan seminar-seminar,
kursus-kursus serta taklimat bagi meningkatkan mutu dan kualiti pendidik,
setelah itu LADAP kena dijalankan,
Isu kekurangan guru di sekolah rendah jenis kebangsaan cina juga masih
belum disesaikan lagi, dengan bebanan kerja atau tugas-tugas yang begitu
banyak,

bagaimanakah

guru

akan

mendapat

masa

yang

lebih

untuk

menyediakan pengajaran dan pembelajaran sebelum masuk ke dalam kelas?


Tugas-tugas yang begitu banyak secara langsung telah menambah tekanan atau
stres kerja guru-guru serta boleh menyebabkan guru fobia dengan kerja-kerja
mereka.
Selain daripada kelima-lima faktor di atas, saya berasa terdapat faktorfaktor lain yang telah menyumbang kepada stres dalam kalangan guru. Pertama
sekali adalah sistem penilaian pendidikan yang tidak saintifik. Dalam banyak
sekolah,

kemajuan

keputusan

peperiksaan

pelajar

ditakrifkan

sebagai

kemampuan mengajar atau prestasi guru tersebut, ini bermakna jika keputusan
peperiksaan

murid

meningkat,

menunjukkan

bahawa

guru

tersebut

berkemampuan tinggi atau sebaliknya. Hal ini telah memberi tekanan kepada
guru-guru. Dalam pada itu, pengajaran mata pelajaran yang tidak sesuai juga
akan menyebabkan stres seperti seseorang guru yang baru keluar mengajar
yang kurang pengalamanan sukar untuk mengajar kelas tahun enam, atau
membiarkan guru bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran matematik, ini akan
menambah beban guru kerana mata pelajaran bukan bidang pengajian atau

EDU 3093 7
GURU DAN CABARAN SEMASA

kekuatan mereka . Pada zaman era globalisasi ini, masyarakat telah menyedari
betapa pentingnya pendidikan, ibu bapa amat berharap anak-anak mereka dapat
mencapai

pencapaian

akedemik

yang

cemerlang.

Ibu

bapa

terlalu

mengutamakan keputusan anak-anak mereka dan menaruh harapan dan


permintaan yang tinggi pada guru-guru sekolah, ada juga ibu bapa yang
menggangap bahawa mendidik anak-anak mereka dengan baik dari segi
personaliti

dan

sikap

adalah

tanggungjawab

guru

sahaja

dan

bukan

tanggungjawab ibu bapa. Guru-guru juga kena sentiasa berhati-hati semasa


menguruskan sesuatu kes murid-murid, menyemak buku, kerana sikap ibu bapa
yang suka mengadu pada masa sekarang. Sikap ibu bapa ini juga menjurus
kepada stres guru.
Pengaruh personaliti terhadap stres kerja dapat dilihat menerusi pelbagai
model yang meletakkan personaliti sebagai peramal atau penentu utama bagi
stres kerja. Menurut Matthews, et al. (2003), tret personaliti mempunyai unsur
genetik yang menyebabkan perbezaan individu dalam menghadapi reaksi
psikologikal. Contohnya, individu yang mempunyai ciri neurotik akan bertendensi
hidup dalam kesalahan mereka, mudah kecewa dan berkecenderung mengalami
stres kerja serta kurang berkebolehan untuk menanganinya. Menurut satu hasil
kajian yang telah dijalankan oleh Azlina Mohd.Kosnin & Tan Sew Lee (2008)
mengenai pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru
dari sepuluh buah sekolah menengah kebangasaan, dapatan menunjukkan
hanya tret agreeableness dan tret neuroticism mempunyai hubungan yang
signifikan dengan stres kerja. Guru yang tinggi dalam tret agreeableness
mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap stres kerja, manakala guru yang
tinggi dalam tret neuroticism pula mudah mengalami stres kerja yang tinggi.
Menurut McAdams (2005), individu yang memiliki tret agreeableness yang tinggi
akan lebih senang untuk menyayangi orang lain. Sifat tersebut membolehkan
stres kerja yang dihadapi dipersepsikan ke tahap yang minimum. Manakala, guru
yang guru-guru yang mempunyai tret neuroticism rendah mempunyai emosi
yang stabil dan lebih berkeyakinan serta bersikap positif terhadap apa-apa

EDU 3093 8
GURU DAN CABARAN SEMASA

cabaran dalam kerjaya profesionnya.Oleh itu, seseorang guru yang rendah


dalam tret neuroticism dan tinggi dalam tret agreeableness mampu menangani
stres dengan mudah.
Kesan-kesan akibat stres dalam kalangan guru
Stres dalam kalangan guru adalah disebabkan pelbagai faktor, apakah
kesan-kesan yang telah wujud akibat stres ini? Mengikut Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP), ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit
barah payu dara, darah tinggi, sakit jantung, malah sedang mendapat rawatan
psikiatri kerana semakin stres akibat bebanan tugas yang kian meningkat
(Sapora Sipon, 2006) . Satu sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi
Great Life Physio and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan
beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit
belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga
boleh berlaku serangan jantung serta obesiti. Dari petikan akhbar Utusan Melayu
pada 12 Disember 2012, seramai 530 guru iaitu mewakili 0.128 peratus daripada
jumlah guru di seluruh negara menghadapi masalah gangguan mental
berdasarkan proses intervensi yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran tahun
ini. Terdapat 12 sebab yang menjadi punca gangguan mental dalam kalangan
guru dan stres organisasi merupakan salah satu sebabnya iaitu sebanyak 23.52
peratus. Jika guru menghadapi gangguan mental, kita tidak dapat ramal apa
yang akan guru tersebut akan lakukan.
Sebagai seorang bakal pendidik, saya pernah memasuki kelas untuk
mengajar dan menjalankan aktiviti di sekolah semasa praktikum atau internship.
Saya juga mengalami stres dan saya fahami kesan-kesan yang akan dibawa.
Selain daripada penyakit-penyakit yang telah disebutkan tadi, guru-guru juga
akan mengalami gangguan emosi dan perasaan yang negatif seperti emosi atau
perasaan dukacita, kesedihan, kemarahan, kekecewaan, kemuraman, ketakutan,
kebimbangan, kekesalan, kemaluan akibat daripada sesuatu kegagalan

EDU 3093 9
GURU DAN CABARAN SEMASA

mencapai sesuatu gol atau menyelesaikan sesuatu tugas, perhubungan yang


tidak baik antara rakan sekerja, beban tugas yang berat dan lain-lain lagi.
Jika seseorang guru berada dalam keadaan stres dalam satu tempoh
masa yang panjang, lama-kelamaan mungkin guru akan berasa keletihan
ataupun burnout. Guru yang menghadapi burnout akan bersikap sambil lewa
dengan pengajaran di kelas seperti tidak menyediakan satu pdp yang
bermatlamat dan kurang perancangan. Selain itu, guru akan bersikap sambil
lewa terhadap muridnya, sebagai contoh seseorang guru yang burnout akan
kurang mengambil berat atau tidak bertanya dengan masalah muridnya sendiri,
dan juga tidak akan cuba membantu murid menyelesaikan masalah yang mereka
sedang hadapi.
Lain daripada itu, guru juga mungkin akan mempunyai masalah kelakuan
diri akibat stres. Guru-guru mungkin akan menghina murid mereka dengan
perkataan yang tidak baik apabila murid melakukan kesalahan dan hal ini akan
menjejaskan harga diri dan melukakan hati murid. Guru-guru juga akan
melakukan dendaan fizikal ke atas murid mereka disebabkan guru tidak dapat
mengawal emosi mereka akibat stres. Stres ini juga telah menyebabkan ramai
guru ingin bersara awal atau meletakkan jawatan disebabkan stres pekerjaan
dan paling serius sekali adalah guru akan mempunyai motif membunuh diri.
Langkah-langkah membanteras masalah stres dalam kalangan guru
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan bebanan kerja yang terlalu
berat ini? Antara yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran ialah penglibatan ibu
bapa dalam aspek pendidikan selain penyertaan pihak ketiga (Sapora
Sipon,2008). Pelbagai program boleh dilaksanakan dalam menyemarakkan
hubungan guru dengan ibu bapa dan juga pihak ketiga. Sokongan yang
diberikan

dapat

membantu

mengurangkan

bebanan

kerja

dan

juga

mengurangkan tahap stres yang dihadapi guru. Sokongan sosial yang kuat boleh
mengurangkan tahap tekanan. Ini kerana sebagai makhluk sosial, manusia hidup
saling memerlukan diantara satu sama lain. Keperluan di antara satu sama lain

EDU 3093 10
GURU DAN CABARAN SEMASA

ini membawa kepada sikap memberi sokongan sesama sendiri dalam


mengurangkan tekanan.
Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che
Kamaruddinata (2012), telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas
untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh Negara. Program itu disediakan
khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan
bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.
Jadi guru yang mengalami stres kerja boleh menerima rawatan fisioterapi ini
sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.
Sebagai seorang pendidik yang cinta belajar, kita haruslah mencari
pelbagai

altenatif

dan

tahu

pengetahuan

mengenai

cara-cara

untuk

mengurangkan stres. Guru-guru boleh megamalkan gaya hidup sihat seperti


bersenam, pemakanan yang seimbang, pengurusan masa yang baik dan lainlain lagi. Guru juga haruslah cuba membina pemikiran kendiri yang positif dan
membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja.
Kesimpulan
Secara konklusinya, stres dalam kalangan guru adalah sukar untuk
dihindari, pelbagai pihak kena berganding bahu dalam menangani masalah stres
dalam kalangan guru kerana guru penting dalam membawa mutu pendidikan
yang tinggi di negara. Tidak dapat dinafikan, tugas guru adalah amat kompleks
dan mencabar, oleh itu guru kena bijak menguruskan stres mereka.
Sebelum ini saya pernah membaca satu ayat : menterbalikan perkataan
stressed (stres) akan menjadi desserts (pencuci mulut) . Sebenarnya, stres
boleh memberi kesan yang positif sekiranya individu yang mengalami akan
berdaya tindak secara positif. Akhir kata, kalau kita pandang stres dari perspektif
yang lain, stres boleh betukar menjadi pencuci mulut kita!

EDU 3093 11
GURU DAN CABARAN SEMASA

BIBIOGRAFI
Azlina Mohd. Kosnin, Tan Sew Lee, (2008). Pengaruh Personaliti Terhadap
Kepuasan Kerja Dan Stres Kerja Guru. Jurnal Teknologi. 48(E) Jun:33-47.
Kamaruzaman Kamaruddin, (2007). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah
menengah. Jurnal kemanusiaan. Bil 10:104-118.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Sted Ahmad & Zuraidah
A.Majid.2010.Guru dan cabaran semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noor Hamizah Abu Bakar. (24th April 2012). Guru Lebih Stres. Utusan Online.
Retrieved 28 Ogos 2014, from
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebihstres#ixzz3BkEYIfVb
Sapora Sipon. (31st March 2006). Guru Stres Jejas Produktiviti. Utusan Online,
Retrieved 28th Ogos 2014, from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz3Bk
FfqBBl
Sapora Sipon. (24th Januari 2008). Sokongan sosial bantu kurangkan beban
guru. Utusan Online, Retrieved 28th Ogos 2014, from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0124&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz3Bk
FZyi1q
530 Guru Dikenal Pasti Berdepan Masalah Mental. (13th Dicember 2012).
Utusan Online. Retrieved 28 Ogos 2014, from
http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121213/pa_03/530-guru-dikenalpasti-berdepan-masalah-mental#ixzz3BkEJLq8i

You might also like