Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan Dutch Lady
Pengenalan Dutch Lady
0 PENGENALAN
Perniagaan tenusu bermula apabila peladang bersepakat untuk berganding bahu untuk
berkerjasama dan mewujudkan masyarakat yang komited dalam bidang pertanian yang
berterusan bagi mengeluarkan produk tenusu yang berkualiti pada tahun 1871. Mereka
berkembang dengan lebih kukuh dari tahun ke tahun. Kini, mereka mempunyai lebih dari 19,000
orang peladang di Belanda, Belgium, dan German dimana peladang ini telah bersama mereka
sejak zaman datuk nenek atau moyang mereka.
Hasil daripada dedikasi penternak susu tersebut selama beberapa genersi, mereka berjaya
mengumpul pengalaman, kemahiran,dan pengetahuan untuk hasilkan produk tenusu yang
berkualiti sekaligus mengekalkan kelazatan dan nilai-nilai khasiat susu untuk manfaat keluarga
di seluruh dunia. Komuniti mereka dinamakan Friesland Campina, iaitu salah satu koperasi
tenusu terbesar di dunia dimana mereka diselia dan dimiliki oleh peladang. Mereka berpendapat
bahawa pakar susu bertanggungjawab untuk menghasilkan susu kepada orang ramai.
(http://www.dutchlady.com.my/bm/heritage.php,2015)
Dutch Lady Malaysia pada awalnya bermula sebagai pacific Milk Industries Sdn.Bhd.
pada 1963 dan menjadi syarikat susu pertama di Malaysia yang disenaraikan di Bursa Saham
KualaLumpur dan Singapura. Syarikat ini kemudiannya menukar nama kepada Dutch Baby Milk
Industries Berhad pada 1975, dan sekali lagi pada tahun 2000 kepada namanya sekarang iaiu
Dutch
Lady
Malaysia
Industries
Berhad
atau
DLMI.
(http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kualiti-hasil-dedikasi-penternak-susu-1.406031,2015)
Pada tahun 1960-an, Dutch Lady Malaysia bermula sebagai pengeluar produk susu pekat
manis di Petaling Jaya. Mereka telah beroperasi lebih dari 50 tahun dan mereka juga sentiasa
meningkatkan kualiti dan menghasilkan produk tenusu yang lazat. Syarikat Dutch Lady Malaysia
dimiliki sepenuhnya oleh syarikat induk di Belanda dengan nama Royal Friesland Campina. 600
orang tenaga kerja telah berganding bahu dalam mencapai misi utama perniagaan iaitu
membantu Malaysia bergerak maju dengan nutrisi tenusu yang dipercayai. Tambahan lagi,
mereka sentiasa membuat pembaharuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai
peneraju
syarikat
tenusu
negara.
(http://www.dutchlady.com.my/bm/aboutus.php#sthash.8coQ2w40.dpuf, 2015)
2013 - Menyambut ulangtahun ke -50 di Malaysia. DLMI juga telah merangkul Anugerah
Keselamatan Negara dari Jabatan Kesihatan & Keselamatan, Kementerian Sumber Manusia
sempena acara Kesihatan & Keselamatan Perkerjaan Kebangsaan 2013.
2014 - DLMI telah mendapat anugerah Best Performing Stock (pulangan tertinggi
pelabur) selama tiga tahun berturut turut dalam senarai syarikat dengan luas pasaran melebihi
RM1 bilion. Selain itu, DLMI juga telah memenangi anugerah Company Of The Year 2014
daripada "The Edge Billion Ringgit Club (BRC)" yang mempunyai lebih 177 syarikat lain
sebagai ahli dan DLMI turut memenangi Anugerah Emas dalam Anugerah Jenama Putra 2014
dalam
kategori
minuman
tenusu.
(http://www.dutchlady.com.my/bm/aboutus.php#sthash.8coQ2w40.dpuf,2015)