Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Lagenda

Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai


Oleh : Wan Lokman bin Dato Wan Ibrahim

Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kirakira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu
jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka
Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah
pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama
Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.
Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh
Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah
naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang
sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut
laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).

Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang
kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan
menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan
segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri
kepada Kedah Darul Aman.
Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau

terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik


Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.
Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih
mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling
mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.

Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan
berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung
Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan
sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran
nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar
Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.

Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung


Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara
itu hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia
tidak lama kemudian.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar
mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir
siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para

menteri.
Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh'
sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.

You might also like