Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.

0 Pendahuluan
Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam
kata

penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu


murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan,
dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal
untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang
pembelajaran iaitu:
1. Kesihatan Diri dan Keluarga
2. Gaya Hidup Sihat
3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.
Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang
yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup
sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum
Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan
proses

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap

optimum.
( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

2.0 Teks Ceramah Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan Sekolah

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tua Pengurusi Majlis, Yang
Berbahagia Encik Abdul Manap bin Kulup, Yang berusaha Encik Maling Kundang bin
Saari, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, Yang

Dihormati Guru

Penolon Kanan 1, Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, barisan guru,ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan selamat pagi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur
kerana sudi menjemput saya dalam program Sekolah Menjana Modal Insan Terbilang
untuk berkongsi sedikit ilmu yang dipinjamkan kepada saya untuk anda semua. Sebelum
saya meneruskan sesi perkongsian saya, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun.
Pergi ke pasar membeli raga,
Raga dibawa dari Bintulu;
Kebersihan dan keselamatan perlu dijaga,
Supaya hidup bahagia selalu.
Daripada bait-bait pantun yang telah saya bacakan tadi, sudah pasti hadirin sekelian
sudah tahu tujuan saya berdiri di sini. Pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin
menyampaikan sebuah ceramah tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan
di sekolah. Seperti mana yang kita ketahui keselamatan dan kebersihan merupakan dua
buah elemen yang penting dan saling bergantung antara satu sama lain. Agama kita juga
sangat mementingkan kebersihan dan keselamatan. Hal ini dapat dilihat bagaimana Islam
meminta umatya bersuci sebelum melakukan solat. Firman Allah dalam surah Al-Maidah
ayat 6yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka
basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan
(basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka
mandilah.

Hal ini jelas menunjukkan betapa Allah mengasihi hamba-hambanya yang menjaga
kebersihan dan sentiasa mensucikan diri mereka.
Hal ini juga telah menjadi tunjang utama pengenalan program 3k (Keselamatan,
Kesihatan dan Keceriaan) iaitu sebuah program yang diperkeenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia di semua sekolah di Malaysia sejak tahun 1991. Selepas 13 tahun
perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang
menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali
sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif
3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program
Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Sekitar tahun 2006 program ini diubah dan
jatawankuasa 4K pula ditubuhkan. Ini adalah bertujuan agar segala gerak kerja pengurusan
perancangan dan pelaksanaan program peningkatan keselamatan, kebersihan, keindahan dan
keceriaan alam sekitar sekolah (4K) dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan
bersistematik.
Sebelum kita pmelangkah lebih jauh, suka saya memperhalusi apakah yang
dimaksudkan dengan kebersihan dan kelematan itu sendiri. Menurut Kamus Deawan Edisi
ke 3, kebersihan membawa maksud keadaan yang bersih manakala keselamatan pula
bermaksud keadaan yang selamat. Kebersihan menurut Imam al-Ghazali pula terbahagi
kepada empat bahagian iaitu menyucikan zahir dari segala hadas, kotoran dan benda yang
menjijikkan, kedua mensucikan anggota badan dari segala perbuatan jahat dan dosa, ketiga
menyucikan hati dari segala pekerti yang tercela dan keempat menyucikan sirr (rahsia dan
batin) dari sesuatu yang lain, selain daripada Allah. Diaz Corner (2007) pula mengatakan
bahawa Kesehatan sangat berkaitan rapat dengan kebersihan. Seseorang akan sehat, jika
selalu hidup bersih. Prof .Dr. M. Aburrahman MA pula menyatakan bahwa kebersihan
merupakan salah pokok dalam memelihara kelangsungan eksistensinya, sehingga tidak ada
satupun makhluk kecuali berusaha untuk membersihkan dirinya, walaupun makhluk
tersebut dinilai kotor. Keselamatan menurut Simanjuntak (1994) ialah satu keadaan yang
bebas daripada risiko berbahaya dan kerosakan. Kebersihan dan keselamatan di sekolah
pula merujuk kepada suasan dan persekitaran sekolah yang bebas daripada sesuatu yang
boleh memberi risiko kepada warga sekolah dan boleh mewujudkan susana persekolah yang

selesa kepada semua warga sekolah. Berdasarkan definisi yang telah saya sebutkan, jelaslah
kepada kita bahawa kebersihan dan keselamatan berkait rapat dalam meahirkan sebuah
persekitaran yang sihat dan selesa.
Di atas kesedaran tersebut, kerajan telah memperkenalkan jawatankuasa 4K yang
bertanggungjawab memastikan keselamatan, kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah
sentiasa terjaga. Program ini dilihat dapat memberikan banyak faedah kepada sekolahsekolah dinegara kita samada untuk jangka masa pendek dan panjang khasnya. Antara
faedah yang dapat diperolehi melalui pelaksanaan program ini ialah, kita dapat mewujudkan
suasana institusi persekolahan yang baik, murid dapat menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran disamping membanu mereka dalam kemahiran bersosial dengan baik.
Suasana yang indah dan cantik mampu memberi keyakinan dalam diri pelajar dan juga para
guru dalam memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan baik.
Selain itu, dengan adanya program Sekolah Dalam Taman yang diperkenalkan di dalam
program 4K juga mampu menjadikan sesebuah sekolah lebih kondusif sekali gus menarik
minat murid untuk ke sekolah. Hal ini juga sekaligus dapat menambahkan keyakinan pihak
sekolah dalam melaksanakan Dasar Falsafah Pendidikan Negara.
Hadirin yang saya hormati sekilian,
Seharusnya kita merafakkan setinggi kesyukuran terhadap Sang Pencipta kerana
dilahirkan sebagai makhluk terhebat di bumi pinjamannya. Seperti mana yang kita ketahui
manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T. Hal ini jelas dinyatakan di dalam
surah Al Isra ayat yang ke 70 yang bermaksud :
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di
daratan dan dil autan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami
lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang
telah Kami ciptakan.
Manusia merupakan satu mekanisme yang kompleks dan mengagumkan. Oleh itu kita
sebagai manusia perlu bersyukur dengan menjaga kesihatan diri kita khususnya kesihatan
fizikal yang merangkumi fungsi fisiologi dan anotomi badan. Kesihatan badan juga bukan
hanya merangkumi kesihata fizikal malahan juga kesihatan mental, rohani, emosi dan

sosial. Justeru itu, bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum kita perlulah mengamalkan
gaya hidup yang sihat sekali gus dapat menjamin kesejahteraan hidup.
Di sekolah, perkara ini amat diambil perhatian secara serius. Hal ini terbukti dengan
pelaksaan Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam
tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah
mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan
perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan
kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan
Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor,
Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS"
yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa
Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara
Kementerian

Kesihatan

Malaysia

dan

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program
Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan
menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Hadirin yang saya hormati,
Dalam kerangka gaya hidup sihat, komponen utama yang harus dititikberatkan ialah
pemakanan yang seimbang. Secara amnya, makanan berfungsi sebagai pembekal tenaga dan
berperanan dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Diet yang seimbang
mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul sejajar dengan
keperluan tubuh manusia. Namun, implikasi pengambilan makanan yang berkolestrol dan
berparas glukosa tinggi secara berlebihan pula ialah penyakit-penyakit popular pada masa
kini. Contohnya, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Ekoran daripada itu, kita perlu
peka dan mengamalkan sikap berwaspada dalam pemilihan barangan makanan. Aspekaspek mikro seperti pengambilan makanan secara teratur serta mengelakkan makanan
ringan tidak harus dipandang enteng terutamanya bagi pelajar yang kurang mengamalkan
pengambilan makan yang seimbang.

Hal ini termasuklah penyediaan makanan kepada murid dan guru di sekolah. Seperti
mana yang kita ketahui kebanyakan sekolah mempunyai kantin yang menyediakan khidmat
penyediaan makanan kepada warga sekolah. Di samping itu, kerajaan juga telah
menyediakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada pelajar yang tidak
berkemampuan. Makanan yang disediakan perlulah memenuhi piaiwaian

yang telah

disediakan bagi memastikan makan yang disediakan selamat dan berkhasiat. Bahan-bahan
yang digunakan juga perlulah daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak
rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang bersih.
Bilik penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan
makanan. Kebersihan alatan juga perlu dititik beratkan, seperti menggunakan kain yang
bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah
retak atau sumbing untuk menghidang makanan. Simpan makanan di tempat yang sesuai,
misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk.
Hadirin sekelian,
Di samping itu juga, kebersihan diri dan persekitaran pelu diberi perhatian. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini jelas menunjukkan peranan ibu
bapa dalam memupuk tabiat cintakan kebersihan sejak anak-anak masih kecil. Hal ini akan
melahirkan masyarakat madani yang sentiasa cintakan kebersihan dan mampu
menjadikannya sebagai satu amalan dalam khidupan seharian. Ibu bapa perlulah menjadi
role model kepada anak-anak dalam memastikan perkara ini boleh menjadi kenyataan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak
kamu ke atas kamu ada hak
Hal ii jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh ibu bapa terhadap anak mereka. Mana
mungkin seorang anak akan menjadi seorang yang pembersih sekiranya tempat tinggal
mereka sendiri tidak terurus. Pelbagai jenis penyakit dapat dielakkan jika amalan ini telah
dibudayakan. Semua hal ini membuktikan kepentingan menjaga kebersihan diri dan alam
sekitar demi menyejahterakan hidup.

Para hadirin yang mulia,


Selain itu, kita perlulah sentiasa pea terhadap perubahan fizikal anak-anak. Untuk itu
kita perlulah sentiasa menjalani rawatan di hospital secara berkala. Hal ini penting bagi
memastikan kita dan anak-anak bebas daripada penyakit. Rawatan gigi juga perlu dilakukan
dalam enam bulan sekali bagi memastikan kesihatan gigi anak-anak terjaga. Sesungguhnya,
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, kita harus membuat rawatan untuk
mengenal pasti lebih awal akan penyakit yang kita hidapi. Kemudian, barulah kita dapat
mengawal penyakit tersebut.
Para hadirin yang dihormati,
Kesimpulannya, saya ingin mengingatkan kepada hadirin sekalian agar
mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kebersihan, keselamatan, keceriaan dan
keindahan dalam hidup yang lebih baik. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin
mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari , memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan dalam penyampaian ceramah
saya untuk kali ini.
Akhir kata, sekian terima kasih.

3.1 Borang senarai semak pemantuan kantin sekolah dan senarai semak pemantauan
kesihatan sekolah
Kendiri 1A
LAPORAN HARIAN PEMERIKSAAN KENDIRI KANTIN SEKOLAH
Tarikh

: ....

Hari

: .

BIL

PERKARA
Pengendali Makanan
Semua pengendali makanan sihat dan tiada luka terdedah
Memakai pakaian, penutup kepala, apron dan kasut yang bersih dan sesuai
Pengendali makanan bersih dan berkuku pendek
Amalan Pengendali Makanan
Mencuci tangan sebelum mengendali makanan / selepas ke tandas
Menanggalkan apron apabila ke tandas
Tidak batuk / bersin ke arah makanan
Tidak menyentuh makanan sedia dimakan dengan tangan
Bahan Mentah
Segar, berkualiti dan selamat
Bahan mentah disediakan di tempat yang bersih, tinggi dan kalis air.
Makanan
Makanan masak atau dimakan terus diasing daripada bahan mentah.
Makanan yang dimasak disimpan / dihidang di dalam keadaan bertutup
Makanan masak tidak disimpan pada suhu bilik melebihi 4 jam
Baki makanan tidak dibawa ke hidangan seterusnya
Makanan dari pembekal luar bersih dan selamat
Bekalan Air
Bersih dan mencukupi
Bekas simpanan bersih dan tertutup
Pengendali dan penyimpan ais adalah bersih dan selamat
Penstoran
Bersih dan tersusun / teratur serta bebas dari bahan kimia / racun
Peti Sejuk
Suhu 'Chiller' ( 0C hingga 4C )
Suhu 'Freezer' ( < -18C )
Makanan disimpan dalam bekas tertutup, teratur dan bersih

9
10

Peralatan / Perkakas
Peralatan / perkakas sentiasa bersih, mudah dicuci, kalis air dan sempurna
Gunakan peralatan berasingan untuk bahan mentah dan makanan sedia
dimakan
Papan dan pisau pemotong bersih
Meja penyediaan bersih
Kain lap yang digunakan bersih dan khusus
Pinggan mangkuk dan lain-lain pekakas dicuci di tempat yang tinggi( melebihi 1
meter dari lantai )
Tandas dan Sinki Mencuci Tangan
Tandas dibersihkan dengan sempurna
Kemudahan mencuci tangan bersih dan berfungsi serta mempunyai sabun
cecair dan tisu tangan
Tong Sampah

*Status
Ya

Tidak

**
Markah
Demerit

2
3
3
4
2
3
1
5
5
5
5
5
5
5
2
2
5
2
2
2
1
4
4
1
2
2
2
3
2

Ulasan/Tindakan

11

Tong sampah mempunyai beg plastik dan bertutup


Kawalan Serangga dan Haiwan Lain
Ada kawalan makluk perosak (Lalat, Lipas & Tikus ) dan berfungsi dengan baik
Tiada anjing, kucing dan haiwan peliharaan yang lain

4
2
1

Lain-lain

Lantai, dinding dan siling hendaklah sentiasa bersih

Kepala paip dan pemegang pintu hendaklah sentiasa bersih

Perlimbahan dan perparitan sentiasa diselenggara

12

Nota :

JUMLAH DEMERIT
JUMLAH MARKAH 100( ) ***
*
Sila tandakan ( X ) pada ruangan tarikh penilaian markah mengikut status kepatuhan.
** Markah dimerit sekiranya satus TIDAK ditanda (X)
*** Jumlah markah dimerit

Markah

Status Keselamatan Makanan

90 -100

Baik

80 - 89

Memuaskan

70 - 79

Berisiko

<70

Bahaya

Nota : Sekiranya mendapat markah kurang daripada 70, Holding sample sebanyak 250 gram/sample perlu
diambil dan disimpan pada suhu 4C/72 jam.
Sample perlu dilebelkan mengikut tarikh pensempelan. Sample perlu dilupuskan selepas 72 jam
sekiranya tiada keracunan makanan.
Maklumat sampel makanan yang diambil
Bil
Jenis Makanan
1
2
3
4
5
Tandatangan: .
Pengusaha Kantin :
ULASAN GPK HEM
Maklumat mengenai makanan rosak / basi ( sekiranya ada )

Bil
1
2
3
4
5

Jenis Makanan

Terdapat makanan yang telah rosak/basi

YA

Tindakan pelupusan

YA

TIDA
K
TIDA
K

Sila bulatkan yang


berkenaan
Sila bulatkan yang
berkenaan

Jenis makanan ( nyatakan ):


Tarikh makanan disediakan:
Ulasan keselurhan tahap keselamatan makanan

Tandatangan dan cop :


..
( GPK HEM )

Tarikh

Kendiri 2
BORANG PENILAIAN BULANAN KEBERSIHAN KANTIN SEKOLAH

Bulan

BIL

Nama Sekolah

Daerah

: .
: ...

PERKARA

MAKANAN
Ramuan & makanan mentah berkualiti, label mematuhi peraturan, pembungkusan
01
sempurna dan disimpan ditempat yang sesuai.
02
Makanan masak, sedia dimakan dan bahan mentah diasingkan.
03
Peti sejuk teratur, bersih dan berfungsi dan suhu bersesuaian.
04
Makanan ysng dimasak disimpa dalam bekas tertutup dan suhu bersesuaian.
05
Penyediaan makanan dilakukan ditempat yang bersih, tinggi dan kalis air.
PENGENDALI MAKANAN
Menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapat pelalian anti-taifoid dan mengikuti
06
kursus pengendalian makanan.
07
Memakai pakaian penutup kepaladan apron yang bersih dan sesuai.
08
Memakai kasut bersesuaian semasa mengendalikan makanan.
09
Mengamal kebersihan diri yang betul.
PERALATAN DAN PERKAKASAN
10
Bersih, sempurna dan diasingkan antara bahan mentah dan makanan bermasak

Maklumat Am
Bil Pekerja
Bil Pelalian Typhoid

Markah
Demerit *

13
8
8
8
3
8
4
4
4
5

11

Dikeluarkan dari premis sekiranya tidak digunakan

12

Pencucian dilakukan ditempat yang tinggi

KEMUDAHAN PENCUCIAN TANGAN


Sinki dan sabun cecair disediakan, bilangan mencukupi dan dalam keadaan
13
sempurna
BEKALAN AIR
14
Sumber dari air yang dirawatdan tidak menggunakan sambungan paip getah

2
4

Ulasan/Tindakan

PERLIMBAHAN DAN PERPARITAN


15
Pengaliran air limbah lancar dan dilupuskan dengan sebaiknya
16
Longkang bersih dan sempurna
KEMUDAHAN TANDAS
17
Tandas berkadaan bersih, bilangan mencukupi dan berfungsi dengan baik
18
Sabun cecair dan alat pengering disedikan dan berfungsi
PERLUPUSAN SAMPAH DAN SISA MAKANAN
Tong sampah mencukupi, dilengkapi beg plastik, bertutup dan diselenggara dengan
19
sempurna
20
Sisa makanan dikumpulkan dan dilupuskan dengan sempurna
LANTAI, DINDING DAN SILING
21
Lantai sentiasa bersih, tidak licin, tidak telap air dan tidak rosak
22
Dinding serta sililing premis sentiasa bersih dari habuk dan sawang dan tidak rosak
LAIN-LAIN
23
Tiada kehadiran tanda-tanda kehadiran lalat, tikus dan binatang peliharaan
24
Jadual pembersihan disediakan dan dipatuhi
25
Kain bersih dan untuk kegunaan khusus
JUMLAH MARKAH (DEMERITS) **
MARKAH PENILAIAN K
ESELURUHAN = 100 ( ) ***
Nota :

2
1
2
2
3
2
2
2
4
1
1

*
Bulatkan markah demerit sekiranya terdapat kepatuhan.
** Jumlah markah demerit yang dibulatkan.
*** Jumlah markah demerit

GPK HEM : ...............................


Besar : ..............
ULASAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH :
..
..................................................
..
...
Tandatangan Cop Pegawai Kesihatan Daerah

Disahkan oleh Pengetua/Guru

PROGRAM SEKOLAH CEMERLANG (PSC)


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU TERENGANU
INSTRUMEN PEMANTAUAN

PENGURUSAN PRASARANA & PENYELENGGARAAN SEKOLAH


Indikator

1 Pejabat

2 Bilik
Pengetua &
Pembantunya

3 Bilik
Mesyuarat

Butiran Penyeliaan
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding
bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Peralatan pejabat berfungsi dengan baik
v. Kaunter ceria dan kemas
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding
bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Papan kenyataan berfungsi dengan baik
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding
bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Papan kenyataan berfungsi
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding

Skor

Catatan

4 Bilik Guru

bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Peralatan khas guru disediakan
v. Bilik ceria, kemas dan teratur
vi. Papan kenyataan kemas dan berfungsi

5 Pusat
Sumber
Sekolah /
Perpustakaan

i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding


bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori

Indikator

Butiran Penyeliaan
iv. Peralatan PSS berfungsi dengan baik
v. Kaunter ceria dan kemas
vi. Carta organisasi, peraturan dan senarai AJK
dipamerkan.

6 Bilik Darjah
(75% dari
keseluruhan)

7 Makmal /
Bilik Sains

8 Bengkel KH
dan
Pendidikan
Seni / Muzik

i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding


bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Bilik ceria kemas dan teratur
v. Bilik bernombor/ berlabel
vi. Carta orgnisasi & sudut pembelajaran diurus
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding
bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Bilik ceria, kemas, berlabel dan peraturan am ditampal
pada umum
v. Kit keselamatan dan kebakaran disediakan
vi. Bilik persediaan dan stor bahan kimia diselenggara
dengan baik.
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding
bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
vi. Perlabelan dan peraturan penggunaan dipamerkan
v. Kii keselamatan dan kebakaran disediakan
vi. Stor & bahan keperluan diselenggara dengan baik
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding

Skor

Catatan

9 Bilik
Kaunseling/
Kesihatan/
SPBT/
Koperasi/
Bilik
Persatuan /
Kelab

10 Tandas
Guru

Indikator

bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Bilik ceria, kemas dan teratur
v. Dilabel dengan jelas dan kemas serta menarik
vi. Keperluan keselamatan disediakan
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, sinki dan mangkuk
tandas bersih dan tidal berbau
ii. Siling, lampu dan paip berfungsi
iii. Tandas kelihatan kemas dan menarik
iv. Kemudahan tambahan disediakan
v. Bilangan tandas mencukupi

Butiran Penyeliaan
vi. Tanda dan perlabelan disediakan

11 Tandas
Pelajar

11 Kantin
Sekolah

12 Dewan

13 Surau

i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, sinki dan mangkuk


tandas bersih dan tidal berbau
ii. Siling, lampu dan paip berfungsi
iii. Tandas kelihatan kemas dan menarik
iv. Kemudahan tambahan disediakan
v. Bilangan tandas mencukupi
vi. Tanda dan perlabelan disediakan
i. Lantai, kaunter, ruang makan dan dapur bersih
ii. Peralatan berfungsi dan dijaga rapi
iii. Pinggan, cawan dan alatan untuk pelajar bersih
iv. Menu, senarai harga, sijil dan peraturan dipamerkan
v. Tempat penyimpanan makanan dan pembuangan
samapah diselenggara dengan baik
vi. Kantin ceria dan menarik
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir dan dinding
bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Peralatan dewan dijaga dan berfungsi
v. Dewan kelihatan ceria dan menarik
i. Lantai, pintu, cermin/ tingkap, langsir, tempat wuduk
dan dinding bersih
ii. Siling, kipas, lampu/ hawa dingin bersih dan boleh
berfungsi
iii. Perabot bersih, lengkap & kemas dan bermaklumat
inventori
iv. Carta organisasi, petugas dan aktiviti harian,
mingguan atau bulanan dipamerkan
v. Bahan dan alatan disusun kemas dan terjaga
vi. Hiasan menarik dan sesuai

Skor

Catatan

14 Pagar dan
Pintu Masuk
Utama

15 Padang

16 Dataran

Indikator
Kejat

17 Keceriaan
Sekolah

18 Bekalan
Air, Elektrik
dan
Kemudahan
Awam

19 Prasarana
Lain

i. Pintu pagar berfungsi


ii. Nama Sekolah jelas dan menarik
iii. Papan tanda arah disediakan
iv. Papan amaran (DILARANG MASUK) disediakan
v. Jalan masuk utama bersih dan menarik
vi. Pemandangan pertama menarik dan kemas
i. Keadaan padang dan rumput baik dan kemas
ii. Alatan dan bangunan astaka selamat
iii. Padang, alatan dan persekitaran bersih dan selamat
iv. Landskap menarik dan diurus
i. Dua/ tiga tiang bendera dengan bendera yang betul
ii. Keadaan persekitaran bersih dan kemas
iii. Ruang yang sesuai dan menarik

Butiran Penyeliaan

Skor

Catatan

iv. Landskap persekitaran kreatif


i. Keseluruhan bangunan dan tangga kemas, bersih dan
dijag dengan baik
ii. Kawasan persekitaran dijaga dan dihias dengan
menarik dengan tumbuhan dan landskap
iii. Mural di dinding sekolah diselenggara dengan baik
dan menarik
iv. Sistem perparitan dan saliran kemas dan baik
v. Tumbuhan dan tanaman dijaga dan diselenggara
dengan baik dan kemas
vi. Bangunan tambahan kemas dan bersih
i. Sistem paip berfungsi dengan baik
ii. Sistem takungan air bersih dan selamat
iii. Sistem pendawaian elektrik baik dan selamat
iv. Alatan dan kemudahan awam berfungsi
i. Gajah menyusur dan laluan kemas dan bersih
ii. Garaj & tempat basikal kemas dan bersih
iii. Tempat pembuangan sampah sesuai dan selamat
iv. Kebun pertanian dan ternakan dijaga baik
v. Kolam dan air pacutan dijaga dan berfungsi
vi. Struktur binaan tambahan kemas dan menarik

JUMLAH SKOR
Nama Sekolah :
Kod Sekolah: ..............................
Pemeriksaan dan penyeliaan dilakukan oleh :
1. .
Tanda tangan

Tarikh :

Nama : .
Jawatan :
2.
Tandatangan

Kumpulan : .
Tarikh :

Nama : .
Jawatan :

Kumpulan : .

Disemak dan disahkan oleh :


.
Tandatangan

Tarikh : ..

Nama :

Jawatan :

4.0 Analisis Dan Laporan Lengkap Hasil Pemantauan Dan Pemeriksaan Kebersihan
Dan Keselamatan Di Sekolah

LAPORAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT (4K) 2014


TARIKH
16 Jun 2015
HARI
Selasa
MASA
8.30 12.00 tengahari
POPULASI/SASARAN
Kebersihan Sekolah (Bilik Darjah/Kantin atau ruang makan/Tandas)
Keselamatan Sekolah (Pagar Sekolah/Pendawaian Elektrik/Bangunan Sekolah)
Kebolehgunaan Peralatan PdP (Peralatan ICT/Peralatan Sukan)

TEMPAT
SK Bukit Gemuruh
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Bukit Gemuruh dengan kerjasama Ahli
jawatankuasa 4K (KESELAMATAN, KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KECERIAAN)
telah mengadakan satu Program Sekolah Selamat seperti ketetapan di atas. Dalam
menjayakan program ini, seramai 4 orang guru mengambil bahagian dalam memberikan
penerangan dan menjadi fasilitator berkenaan pemantauan dan penilaian tahap kebersihan
serta keselamatan Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh. Beberapa buah bangunan termasuk
lah bangunan akademik, bangunan pentadbiran dan kantin telah menjadi sasran bgi program
ini.
Tepat jam 7.30 pagi semua warga sekolah yang terlibat mula berkumpul di padang
sekolah. Majlis bermula tepat jam 8.30 pagi dengan ucapan daripada Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Gemuruh iaitu Encik Encik Maling Kundang bin Saari. Beliau
merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan pihak sekolah dan memberikan taklimat,
pesanan dan ingatan yang berguna terutama berkaitan aspek kebersihan dan keselamatan di
sekolah. Di samping itu, beliau juga memberi panduan dan tips-tips yang berguna kepada
semua warga sekolah bagaimana mengindari penyakit yang berbahaya yang berpunca
daripada tahap penjagaan kebersihan dan keselamatan yang tidak diuruskan dengan betul
dan cara bagaimana menanganinya dengan betul. Program diteruskan lagi dengan ucapan
daripada Penyelaras Program 4K, Encik Radzi bin Abdul Kadir. Beliau telah
memperincikan taklimat berkenaan program yang akan dijalankan.
Bermula jam 9.00 pagi program dimulakan dengan memantau kawasan bangunan
akademik Tahap. Beberapa orang guru ikut serta dalam mengiringi kawasan pemeriksaan
dan membuat penilaian terhadap hasil pemantauan di dalam borang yang telah disediakan.
Hasil daripada pemantauan bilik darjah didapati terdapat beberapa peralatan yang sudah
uzur dan tidak boleh digunakan masih disimpan didalam bilik darjah. Hal ini dilihat dapat
mendatangkan risiko dan membahayakan keselamatan para murid. Maka dengan itu,
peralatan tersebut dipindahkan ke kawasan yang selamat serta-merta untuk mengelakkan

sebarang kecederaan daripada berlaku. Namun tahap kebersihan ketiga-tiga bilik darjah
tahap satu berada dalam keadaan yang bersih dan selesa.
Seterusnya,Pasukan pemantau terus ke kawasan kantin. Pemantau di kantin bagi
memastikan kebersihan dan keselamatannya terutamanya dari segi pembekalan bahan
mentah untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sekolah rendah. Pelbagai
alatan dan kemudahan diperiksa terutamanya kawasan singki, tong sampah, tempat
pembuangan bahan sisa makanan, tandas pekerja dan meja makan. Hasil pemantauan
mendapati keadaan sekeliling bersih dan tidak ada sebarang haiwan perosak seperti tikus
dan lipas didapati merayap disekeliling kawasan kantin kecuali lalat yang didapati
berterbangan dan tindakan yang dibuat ialah menutup semua makanan dan minuman yang
hendak dihidangkan dengan penutup saji agar makanan dan minuman yang dihidangkan
kepada para pelanggan bersih dan tidak tercemar daripada ketiga-tiga haiwan perosak dan
berbahaya ini LILATI. Disamping binatang perosak, ada juga haiwan-haiwan lain yang
berada di kantin seperti kucing. Kucing mencari makanan daripada sisa yang ditinggalkan
dan tidak diurus dengan baik. Sisa makanan yang diurus dengan tidak betul akan menarik
perhatian haiwan-haiwan ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana haiwan-haiwan seperti
ini juga boleh menjadi pembawa penyakit kepada warga sekolah.
Pemeriksaan yang dijalankan terhadap bangunan pentadbiran pula mendapati secara
keseluruhannya memuaskan. Namun masih ada beberapa perkara yang masih perlu dibaiki.
Antaranya jika dilihat pada item bilik pengetua atau guru besar, item i iaitu lantai, pintu,
cermin, langsir dan dinding bersih hanya mencatatkan skor 3. Ini menunjukkan bahawa item
ini masih perlu dibaiki. Begitu juga pada item-item yang lain yang skornya bawah daripada
skor 5. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu mengambil tindakan segera bagi
memastikan perkara ini dapat diatasi. Disamping itu beberapa tingkap juga telah pecah di
beberapa tempat seperti di pusat sumber dan pondok pengawal. Selain itu, hasil penyeliaan
juga menunjukkan kebanyakan bangunan mempunya masalah dimana lampu dan kipas yang
tidak berfungsi seperti di pejabat, bilik guru, pusat sumber dan bilik darjah. Hal ini akan
menjejaskan keselesaan warga sekolah. DIbilik mesyuarat pula, papan kenyataan hanya
dibiar begitu sahaja tanpa sebarang hiasan dan info-info yang baik. Hal ini akan
mencacatkan pemandangan di dalam bilik tersebut.

Kawasan Pondok Jaga tidak terlepas daripada program pemantauan ini dan beberapa
pemerhatian telah pun dibuat dan mendapati kawasan persekitaran pada tahap yang
memuaskan dan mempunyai kemudahan dan peralatan yang cukup untuk memastikan
keselamatan warga sekolah terjamin setiap masa. Seterusnya, kawasan tandas sekolah juga
turut diperiksa dan didapti berada pada tahap yang bersih dan terkawal manakala tahap
kebersihan pelajar tahap 1 didapati hanya sebahagian sahaja murid yang kurang
mempraktikkan amalan kebersihan dari segi penjagaan kuku, kebersihan hidung dan telinga
serta rambut.
Program ini ditamatkan pada tepat jam 11.30 pagi dengan aktiviti gotong royong
secara besar-besaran untuk mempromosikan lagi tahap kesihatan dan amalan gaya hidup
sihat sepanjang masa.
Laporan disediakan oleh,
(Mohd Radzi bin Abdul Kadir)
Ketua Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling,
SK Bukit Gemuruh
5.0 Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan pada 4.0, penulis telah menyenaraikan
beberapa cadangan penambahbaikan. Cadangan penambahbaikan ini bertujuan untuk
membantu pihak pengurusan dalam proses penyelenggaraan. Perkarana ini ada dipaparkan
di dalam Jadual 1 di bawah.
Indikator
Pejabat

Butiran Penyeliaan
Cadangan Penambahbaikan
Beberapa kipas dan lampu di pejabat tidak Menggantikan alatan yang
berfungsi dengan baik.

rosak

bagi

memastikan

keselesaan warga sekolah.


Kaunter pejabat dilihat tidak begitu kemas Menetapkan jadual bagi
dengan barangan yang tidak tersusun.

memastikan kekemasan dan


kecerian
terjamin.

kaunter

sentiasa

Bilik

Guru Beberapa cermin tingkap dilihat pecah di Cermin perlu diganti bagi

Besar

dalam bilik Guru Besar.

memastikan

Bilik

Papan kenyataan tidak dihias dengan baik.

bilik tersebut.
Mewujudkan

Mesyuarat
Bilik Guru

untuk

keselamatan
jawatankuasa

memastikan

papan

keyataan dijaga dengan baik.


Beberapa kipas dan lampu di bilik guru tidak Menggantikan alatan yang
berfungsi dengan baik.

rosak

bagi

memastikan

Pusat

keselesaan guru.
Beberapa kipas dan lampu di perpustakaan Menggantikan alatan yang

Sumber

tidak berfungsi dengan baik.

rosak

bagi

memastikan

keselesaan guru.
Beberapa perabot yang tidak digunakan Memindahkan perabot yang
masih lagi disimpan di dalam perpustakaan.

sudah uzur dan rosak ke


tempat yang sepatutnya bagi
menjamin

keselamatan

murid.
Bilik Darjah

terdapat beberapa peralatan yang sudah uzur Memindahkan perabot yang


dan tidak boleh digunakan masih disimpan sudah uzur dan rosak ke
didalam bilik darjah

tempat yang sepatutnya bagi


menjamin

keselamatan

murid.
Beberapa kipas dan lampu di bilik darjah Menggantikan alatan yang
tidak berfungsi dengan baik.
Kantin

rosak

bagi

memastikan

keselesaan murid dan guru.


Terdapat serangga perosak iaitu lalat yang Memasang perangkap lalat
banyak di sekitar kantin.
Kehadiran
kucing.

haiwan-haiwan

elektrik bagi mengurangkan


lain

kehadiran lalat.
seperti Mengetatkan

peraturan

tentang cara membuangan


sisa makan yang betul. Murid
yang

tidak

mengikut

peraturan perlu di denda.

Pondok

Beberapa biji tingkap bilik pengawal telah Perlu

Pengawal

pecah.

digantikan

bagi

menjamin keselamatan dan


keselesaan pekerja.
Jadual 1

6.0 Rujukan
Mohd Noorazam Abdul Razak.et al.(2011).HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Healthy

Lifestyle

Campaign

(1990).

Healthy

Eating

Manual

Prime

and

SupportiveMessage.Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia


Abdullah Sani Yahya (2003). Mengurus Sekolah. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
Barbara A. Lewis.(2012).The Kids Guide to Social Action.Minneapolis USA. Free Spirit
Publishing Inc.

Khairulsham.(2003).Polisi

Keselamatan

Kegiatan

Kokurikulum

Sekolah

from

http://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luarbilik.html-

Syamddin S.(2002).Interpretasi Pendidikan Kesihatan dan Program Yang Boleh


Dilaksanakan di Sekolah from
https://www.academia.edu/6011134/INTERPRETASI_PENDIDIKAN_KESIHA
TAN_DAN_PROGRAM_YANG_BOLEH_DILAKSANAKAN_DI_SEKOLAH

Chew Y.(2007). Kanak-kanak belajar melalui kehidupan mereka from


http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7552.html

7.0 Lampiran

You might also like