Surat Sumbangan Hamper

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Rujukan : SKTMS/60/002/(16)
Tarikh : 15 MAC 2015
Pengetua / Guru Besar
SMK / SABK / SJK(C) / SK
PKG Yan dan PKG Sg Limau

Tuan,
SUMBANGAN HAMPER UNTUK KARNIVAL SEJARAH LETS READ AND ACTION
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Sumber
Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah akan menganjurkan Karnival Sejarah Lets Read and
Action, bertujuan untuk member pendedahan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah tentang sejarah
permainan rakyat yang berkonsepkan Fun In Learning.
3.
Sehubungan itu, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Sejarah Lets Read and
Action yang telah diadakan pada 8 Mac 2015 telah bersetuju dan memutuskan untuk memohon sumbangan hamper
daripada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah dalam kelompok PKG Yan dan Sungai Limau bagi memastikan
kelancaran Program Karnival Sejarah Lets Read And Action yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:Hari
: Khamis
Tarikh
: 30 April 2015
Masa
: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Padang SK Tok Mat Salleh
4.
Untuk makluman pihak tuan, sekolah-sekolah yang terlibat hanyalah sekolah-sekolah di dalam kelompok
PKG Yan dan PKG Sungai Limau sahaja. Sumbangan tuan akan diberikan kepada pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
5.
Sumbangan daripada tuan bolehlah dihulurkan kepada pihak sekolah sebelum 20 April 2015. Sebarang
makluman atau pertanyaan, sila hubungi Encik Shariff Zulkarnain (019-4405272). Kerjasama dan sokongan daripada
pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG
Yang benar,
.
(ISHAK BIN ABDULLAH)
Guru Besar
SK Tok Mat Salleh

You might also like