Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

1.

0 Pengenalan
Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti
kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya
berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan
Islam mempunyai hak yang tertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi
Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam, Islam
telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini jelas
sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian
etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk
berkonflik tetapi saling mengenali antara satu dengan lain. Justeru, tugasan
ini akan membincangkan pandangan tokoh terhadap hubungan etnik yang
ditinjau dari pelbagai sudut. Turut membincangkan cabaran dalam proses
pemupukan hubungan etnik dan juga implikasinya.

2.0 Tokoh-Tokoh Yang Ditemubual:


Nama
Naim
Nama

: Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd


: Ustaz Zakaria

Nama
:: Dr.
Abdullah
Bin Yusof
Jawatan
Yang
Dipertua
Pertubuhan IKRAM,
Jawatan : Imam Masjid Taman Kurnia Jaya
Malaysia
Jawatan Negeri
: Timbalan
Pengarah Ipg Kampus
Kelantan
Masa
: 9.00 Malam
Kota Bharu
Masa
: 3.30 Petang
Tempat
: Masjid Kurnia Jaya, Kota Nharu
Masa
: 4.53 Petang
Kelantan
Tarikh
: 16 Februari 2015
Tarikh
: 4 Mac 2015
Tokoh
: Agama
Tempat : Kelas P2, Ipg Kota Bharu
Tempat
Bharu
Tokoh

: Bilik Timbalan Pengarah, Ipg Kota


: Non Government Organization

(NGO)
Tokoh

: Pendidik

2.1 Laporan Pendapat Tokoh Berkaitan Dengan Proses Pemupukan


Hubungan Etnik Dalam Konteks Setempat Atau Nasional
2.1.1 Tokoh 1: Tokoh Agama
-

Beliau berpendapat bahawa hubungan antara etnik hanya boleh


dipupuk dengan cara membela agama islam itu sendiri, bukan hanya

membela bangsa ataupun etnik semata-mata.


Beliau juga menerangkan bahawa agama islam mempunyai peraturan
yang sangat lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia
seperti ilmu politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu,
pemupukan antara etnik hanya boleh dilakukan dengan cara yang
diajar oleh islam sahaja.

Antara pendapat beliau yang lain ialah beliau mengatakan bahawa


islam

adalah

cara

hidup,

semua

masalah

yang

berlaku

ada

penyelesaiannya dalam al-Quran. Manakala masjid adalah tempat


yang baik untuk pemupukan hubungan antara etnik terutama bagi
mereka yang beragama islam. Bagi mereka yang bukan beragama
islam

kerja-kerja

pemupukan
mengemas
-

kemasyarakatan

hubungan
kawasan

etnik

masjid,

boleh

contohnya

dilakukan
seperti

gotong-royong

bagi

bagi

tujuan

gotong-royong
majlis

kenduri

kendara dan sebagainya


Tokoh ini juga berpendapat bahawa bagi pemupukan hubungan antara
etnik atau bangsa yang beragama islam dengan yang bukan beragama
islam boleh juga dilakukan dengan mengajak hadir ke majlis-majlis
keramaian seperti tahlil, ataupun mengadakan majlis rukun tetangga
dan sebagainya.

2.1.2 Tokoh 2: Tokoh Pendidikan


-

Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah merupakan senjata

utama ataupun alat bagi proses pemupukan hubungan antara etnik.


Didalam sesi temubual yang dijalankan, beliau berkata bahawa proses
pemupukan hubungan antara etnik berlaku dalam pendidikan apabila
murid belajar di dalam sistem yang sama di negara kita maka sudah
pasti murid akan belajar matapelajaran yang sama iaitu matapelajaran
yang menceritakan hubungan antara etnik. Contohnya matapelajaran

kajian tempatan, geografi dan sebagainya.


Kesemua matapelajaran ini akan menceritakan latarbelakang sesuatu
etnik atau bangsa contohnya cina dan india. Maka secara tidak
langsung murid akan mengetahui cara hidup etnik yang berlainan
dengan mereka. Perkara ini akan menyebabkan jurang perbezaan

antara sesuatu etnik dengan etnik yang lain akan menjadi rapat.
Selain itu, apabila murid belajar dibawah suatu sistem sekolah yang
sama maka sudah pasti akan berlakunya interaksi antara murid dari
3

pelbagai kaum atau etnik untuk memahami sesuatu matapelajaran


tersebut. Ini menjadi serampang dua mata iaitu disamping murid dapat
memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam, proses pemupukan
antara etnik juga akan berlaku.

2.1.3 Tokoh 3: Tokoh Pemimpin NGO


-

Beliau berpendapat bahawa untuk proses pemupukan hubungan


antara etnik boleh dilakukan dengan tiga asas iaitu dakwah, tarbiah
dan kebajikan. Beliau berpendapat sedemikian adalah berdasarkan
pengalaman beliau yang menggunakan tiga prinsip asas ini untuk
turun bercampur dengan masyarakat sekaligus membentuk hubungan

antara etnik.
Prinsip yang paling munasabah dan paling banyak berkisar didalam

proses pemupukan hubungan antara etnik ialah prinsip kebajikan.


Sebagai sebuah badan NGO, beliau juga berkata bahawa prinsip
dakwah juga tidak terlepas daripada digunapakai dalam pemupukan
antara etnik. walaupun fokus sesebuah badan NGO lebih tertumpu

kepada prinsip kebajikan.


Prinsip dakwah ini digunakan kepada kaum, bangsa atau etnik yang

bukan beragama islam.


Beliau yang memegang jawatan Yang dipertua IKRAM negeri Kelantan
iaitu sebuah badan NGO yang berasaskan islam menggunakan konsep
Menuju Negara Rahmah bagi mendekati etnik yang bukan beragama
islam. Beliau ,menjelaskan bahawa islam itu untuk semua dan bukan
untuk bangsa atau etnik tertentu sahaja. Islam mengajar umatnya
untuk

mempunyai

akhlak

dan

tauladan

yang

baik.

Dengan

menunjukkan tauladan yang baik akan menarik minat etnik atau


bangsa yang bukan beragama islam untuk mendalami islam. Dengan
cara ini secara tidak langsung proses pemupukan hubungan antara
etnik telah berlaku.

Tokoh NGO ini beranggapan bahawa seharusnya badan-badan NGO


yang ada menjadi ketua atau mengepalai tugas-tugas yang berkaitan
dengan proses pemupukan hubungan antara etnik.

Khulasahnya, berdasarkan analisis pendapat ketiga-tiga tokoh diatas


dapat saya simpulkan disini pemupukan hubungan etnik adalah satu
usaha yang perlu dilakukan, bukan sahaja melibatkan mana-mana
pemimpin

dan

tokoh

agama

semata-mata,

tetapi

merupakan

tanggungjawab setiap daripada kita rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai


usaha telah diambil seperti yang telah disenaraikan diatas, tanpa ada
kesedaran dalam diri setiap rakyat maka usaha ini akan menjadi sia-sia
ibarat mencurah air ke daun keladi. Perpaduan yang terjalin ini tidak
menguntungkan

pihak

lain

melainkan

kita

sendiri

sebagai

rakyat

Malaysia. jika proses pemupukan hubungn antara etnik ini tidak dilakukan
maka jurang perbezaan antara sesuatu etnik dengan etnik yang lain akan
menjadi semakin ketara dan teruk. Timbulnya masalah ini maka tidak
mustahil pergaduhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei akan berlaku
kembali. Oleh itu, proses pemupukan hubungan antara etnik perlu
dilakukan bagi memastikan keharmonian hidup antara pelbagai etnik di
Malaysia.

3.0 Cabaran Politik, Sosial, Ekonomi Dan Globalisasi Dalam Konteks


Hubungan Etnik Setempat Mengikut Perspektif Tokoh
5

3.1.1 Tokoh 1: Tokoh Agama


-

Beliau menjelaskan bahawa agama Islam diturunkan kepada manusia


keseluruhannya iaitu tidak mengira bangsa ataupun etnik, jadi agama
Islam adalah perantaraan terbaik untuk menyatukan manusia. Namun
begitu, kita di Malaysia terdapat banyak pegangan agama yang
diamalkan oleh sesuatu etnik atau kaum. Oleh itu, cabaran yang paling
kuat ialah dari segi politik iaitu pandangan antara tokoh pemimpin
yang beragama islam dan yang bukan beragama islam contohnya
tokoh politik melayu dan cina. Pendapat yang bercanggah antara tokoh
yang berlainan etnik ini akan mempengaruhi hubungan etnik dalam

kalangan masyarakat setempat.


Selain itu, beliau berkata bahawa sikap segelintir tokoh politik yang
tidak menginginkan agama akan mengenepikan sesiapa yang tidak
sealiran dengan mereka (menyebelahi Islam). Dalam etnik yang sama

dan menganuti agama yang itu sendiri telah wujudnya cabaran.


Manakala bagi tokoh politik yang berlainan agama, beliau memberi
contoh parti DAP yang bersatu dengan parti pembangkang PAS hanya
atas dasar untuk menggulingkan kerajaan sahaja. Apabila matlamat ini
dapat dicapai kedua-dua parti politik ini Akan membawa haluan
masing-masing. Perkara ini akan menyebabkan jurang antara etnik
akan menjadi semakin ketara. Ini adalah cabaran yang besar sekali

dari sudut politik menurut pendapat beliau.


Cabaran dari sudut sosial pula cara hidup sesuatu etnik yang berbeza
sejak dari turun temurun lagi dan pegangan agama yang berbeza juga
menjadi suatu cabaran yang sukar untuk diatasi.

3.1.2 Tokoh 2: Tokoh Pendidikan


6

Beliau berkata bahawa politik lebih kepada kefahaman bagaimana


hendak mengurus atau mentadbir sesebuah negara. Ianya lebih
kepada populariti. Setiap parti mempunyai slogan masing-masing dan
mempunyai wahana tersendiri kemana hendak dituju. Sekiranya
sesuatu parti itu berjuang hanya untuk bangsa atau etnik dia sahaja
maka tidak akan menjadi popular kerana tidak menyuluruh dalam

pemupukan hubungan antara etnik.


Manakala dari segi ekonomi, dan sosial tiada percampuran antara
etnik. Kita lihat dari segi etnik perniagaan dimonopoli oleh kaum cina,
pengurusan dan pentadbiran lebih kepada melayu dan india lebih
kepada profesional. Sekiranya perkara ini berkekalan kemungkinan
akan berlaku konflik. Oleh itu seharusnya ada percampuran dalam

setiap bidang.
Antara konflik yang berlaku contohnya di musim hari raya orang
melayu mengatakan bahawa orang cina sengaja menaikkan harga
barang. Perkara ini akan menyebabkan prasangka antara etnik.

3.1.3 Tokohh 3: Tokoh NGO


-

Cabaran utama adalah dari segi ekonomi. Hal ini kerana badan NGO
tidak mempunyai dana tertentu hanya semata-mata menggunakan
wang poket sendiri untuk melakukan program atau aktiviti untuk

melibatkan pelbagai etnik.


Manakala dari segi politik perbezaan agama tokoh-tokoh politik yang

menjadi penghalang utama.


Cabaran dari segi sosial dan globalisasi beliau berpendapat bahawa
kurang mempunyai cabaran. Beliau berkata semuanya berada dalam
kedaan baik iaitu kehadiran mereka sebagai badan NGO diterima baik
oleh pelbagai etnik.

Natijahnya, segala yang dinyatakan oleh tokoh diatas perlulah dipandang


dengan lebih serius. Suka untuk saya katakan disini bahawa sememangnya
kita tidak boleh menyangkal peranan politik dalam perkara yang melibatkan
hubungan antara etnik. Hal ini kerana bermula daripada politiklah segala
cabaran-cabaran lain akan datang seperti sosial, ekonomi,dan globalisasi.
Politik yang merupakan tulang belakang kepada pentadbiran negara
mempunyai agendanya yang tersendiri sama ada agenda tersembunyi
daripada pemimpin itu sendiri atau dari pihak-pihak lain. Parti politik yang
saling bertikam lidah antara satu sama lain, bukan sahaja menyebabkan
jurang antara etnik, bahkan merencatkan pentadbiran negara. Oleh itu pada
pendapat saya, medium terbaik untuk menyatukan manusia keseluruhannya
adalah melalui agama Islam kerana islam itu sendiri telah merangkumi
semua aspek kehidupan manusia sama ada politik, sosial, ekonomi mahupun
globalisasi.

4.0 Pendapat Tokoh Terhadap Implikasi Cabaran-Cabaran Tersebut


Kepada Proses Hubungan Etnik
4.1.1 Tokoh 1: Tokoh Agama
-

Antara kesan yang diperkatakan oleh tokoh ini ialah sesuatu etnik
dengan etnik yang lain hanya akan dapat bekerjasama dari segi luaran
dan hanya semata-mata untuk mencapai matlamat luaran tanpa ada

persefahaman dalaman.
Permusuhan antara etnik akan menjadi semakin serius.
Nilai-nilai murni yang ada pada diri sesuatu etnik tersebut hanyalah
rekaan semata-mata untuk mencapai matlamat tertentu. Bukan untuk
memperkukuh hubungan antara etnik dengan etnik lain.

4.1.2 Tokoh 2: Tokoh Pendidikan


-

cabaran utama ialah dari segi sosial iatu bagaimana solidariti ataupun
kesepakan kesepaduan antara setiap individu dalam sesebuah negara
tersebut. Kebolehan sesuatu etnik itu bersepadu akan mewujudkan
perpaduan

yang

kukuh

antara

etnik

yang

akan

menghasilkan

kedamaian sesebuah negara.


Beliau berkata bahawa pendidikan adalah alat solidariti. Hal ini kerana
pendidikan akan mencerahkan pemikiran, mewjudkan kesefahaman
antara etnik dengan etnik yang lain.

4.1.3 Tokoh 3: Tokoh NGO


-

Pada pendapat beliau hubungan antara etnik di Malaysia berada pada

tahap yang baik.


Islam diletakkan dihadapan sebagai alat penyatuan ummah ataupun
etnik.

Bukan

meletakkan

sesuatu

bangsa

dihadapan

untuk

menyatukan ummah atau etnik.


Selain itu, beliau juga berkata antara implikasi yang beliau lihat ialah
etnik-etnik di Malaysia kebanyakannya mengamalkan sikap bersangka
baik. Beliau bercakap perkara ini dari sudut bidang beliau sebagai

ketua NGO IKRAM Kelantan.


Mudah untuk difahami ianya bermaksud apabila sesebuah badan NGO
memberikan bantuan, mereka tidak mengamalkan sikap pilih kasih
antara etnik. Bantuan akan diberikan secara sama rata. Perkara inilah
yang menyebabkan wujudnya sikap bersangka baik antara etnik.

Tuntasnya, implikasi pemupukan hubungan etnik di Malaysia adalah


perkara yang sangat baik dan amat diperlukan bagi sesebuah negara. Hal ini
kerana pemupukan hubungan etnik ini adalah salah satu medium bagi
mewujudkan

perpaduan

dalam

kalangan
9

kaum

di

Malaysia.

Apabila

perpaduan dapat diwujudkan maka urusan pentadbiran negara berjalan


dengan lancar. Kesannya, industri pelancongan yang melibatkan aliran
masuk wang asing akan membantu meningkatkan ekonomi negara.. Oleh itu,
setiap lapisan masyarakat dan pemimpin sendiri haruslah bermuafakat dan
berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan yang telah sedia ada
terjalin dalam negara kita.

5.0 Banding Beza Pandangan Tokoh Agama, Tokoh Pendidikan Dan


Tokoh NGO Berkaitan Dengan Proses Pemupukan Hubungan Etnik
Tokoh Agama

Tokoh Pendidikan

Masjid

adalah

senjata

Tokoh NGO

utama

Proses

tempat yang baik

ataupun alat bagi

pemupukan

untuk pemupukan

proses

hubungan

hubungan

pemupukan

etnik

bagi

etnik
mereka

beragama

islam.

hubungan
etnik.

Pendidikan

kerja-kerja

serampang

kemasyarakatan

mata

boleh

disamping

dilakukan

antara
dua
iaitu
murid

antara
boleh

dilakukan dengan
tiga

asas

dakwah,
dan

iaitu
tarbiah

kebajikan.

Prinsip

yang

bagi yang bukan

dapat memahami

paling munasabah

islam.

isi

didalam

contoh

pelajaran

gotong-royong

dengan

mengemas

mendalam

kawasan

masjid,

lebih
bila

proses

pemupukan
hubungan

antara

berbincang,

etnik

gotong-royong

proses

kebajikan.

bagi

pemupukan

seharusnya

antara etnik juga

badan-badan NGO

akan berlaku.

yang ada menjadi

majlis

kenduri kendara.

ialah

ketua tugas-tugas
10

yang

berkaitan

dengan

proses

pemupukan
hubungan

antara

etnik.

6.0 Banding Beza Pandangan Tokoh Agama, Tokoh Pendidikan Dan


Tokoh NGO Berkaitan Cabaran Dari Pelbagai Aspek Seperti Politik,
Etnik
Ekonomi:
Sosial Dan Ekonomii Dalam Usaha Pemupukan Hubungan
Di NGO
Ekonomi:

Malaysia

tidak mempunyai

Penguasaan

dana khas.

ekonomi yang

Menggunakan

tidak sekata

wang sendiri

antara etnik
Politik:
Tokoh Agama
Pendapat
bercanggah
antara tokoh
politik yang
berlainan etnik
Sosial: Ada

dalam kalangan
manusia yang
bersikap iri hati.

Ekonomi:
Tokoh Pendidikan
Jurang ekonomi
antara etnik
terlalu berbeza
Politik; Sesuatu
parti berjuang
hanya untuk
etnik sendiri
Sosial: Tiada
percampuran
antara etnik
contohnya
dalam
perniagaan .

bagi melakukan
Tokoh
NGO
program
melibatkan
pelbagai etnik.
Politik:
Perbezaan
agama tokoh
politik yang
menjadi
penghalang
utama.
Sosial:
penempatan
penduduk
terpisah
mengikut etnik

11

7.0 Banding Beza Pendapat Tokoh Mengenai Implikaksi Cabaran Kepada Proses
Hubungan Setempat

12

Tokoh Agama: sesuatu


etnik dengan etnik yang
lalin hanya akan
bekerjasama untuk
kepentingan luaran sahaja
tanpa ada persefahaman
dalaman.

Tokoh Pendidikan:
bagaimana solidariti
ataupun kesepakatan
kesepaduan antara setiap
individu dalam sesebuah
negara tersebut.

Tokoh NGO: Islam dapat


diletakkan dihadapan
sebagai alat penyatuan
antara etnik. Bukannya
meletakkan sesuatu
bangsa sebagai alat
penyatuan.

13

8.0 Penulisan Ilmiah: Proses Pembentukan Hubungan Antara Etnik


Malaysia merupakan sebuah yang kini sedang pesat membangun. Berbagai
perancangan dan tindakan telah dilakukan oleh mereka yang bergelar
pemimpin negara bagi memastikan kemajuan dan dan pembangunan negara
dapat dilaksanakan dengan sistematik. Kunci keamanan sesebuah negara
bergantung kepada solidariti dan kerjasama masyarakat malaysia itu sendiri.
Pelbagai cabaran dan halangan harus ditempuhi bagi mewujudkan suasana
yang

harmoni

khususnya

di

malaysia

sebagai

sebuah

negara

yang

mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa, dan budaya cabaran ini tidak
dapat dielakkan lagi.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo
ketika itu didominasi oleh orang asli. Berlaku juga migrasi daripada luar
tetapi jumlahnya terhad. Selain itu terdapat juga pendatang daripada
sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu
kerana kaum pendatang itu adalah daripada rumpun bangsa yang sama.
Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh
fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di
bumi Malaysia sendiri ataupun faktor penolak di Negara asal masing-masing.
Kegiatan ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti
migrasi daripada luar terutamanya dari China dan India.
Setelah

kemasukan

migran

daripada

luar,

bermulalah

proses

pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.


Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan
mengikut garisan pemisah ras bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja
buruh dari luar dibuat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah
sosio ekonomi dan politik.
14

Setelah kemasukan migran dari luar juga akhirnya lahirnya kelompok


dari keturunan cina dan india yang berasimilasi dengan budaya tempatan
seperti kelompok baba dan nyonya yang berketurunan cina dan kelompok
chitty yang berketurunan india. Asimilasi juga turut berlaku apabila
perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok
peranakan, kelompok syed dan lain-lain. Kini kebanyakkan penduduk
Malaysia mempunyai darah kacukan melayu-arab, melayu-india, melayu-cina
dan lain-lain.
Natijahnya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula
apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan british di tanah melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang
kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam,
bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
Oleh kerana terdapat pelbagai etnik di Malaysia, maka pelbagai
langkah dan dasar telah diambil bagi proses pemupukan hubungan antara
etnik. Antaranya ialah Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini dilakukan
sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kelompok
etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya dalam pendidikan
usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum
dan kokurikulum sekolah. Matlamat penting dalam dasar ini adalh memupuk
solidariti dna integrasi nasional melalui elemen penggunaan bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan isntitusi pengajian tinggi,
seterusnya elemen yang kedua ialah menyediakan sukatan pelajaran yang
sama kandungannya. Elemen yang kedua ini telahpun dijelaskan oleh tokoh
pendidikan yang ditemubual diatas iaitu Doktor Abdullah bin Jusoh iaitu
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
15

Dasar yang kedua yang dilakukan bagi proses pemupukan hubungan


antara etnik ialah Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini termaktub dalam Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama. Dasar ini merupakan satu ukuran
jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. Dasar ini bermula
sejak tahun 1970 lagi. Beberapa matlamat utama dasar ini dalam membantu
pembentukan integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti
berikut yang pertama, penyusunan semula masyarakat majmuk untuk
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi. Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi contohnya
seperti kaum cina memonopoli perniagaan, kaum melayu lebih kepada
pengurusan dan pentadbiran manakala kaum india lebih kepada pekerjaan
profesional seperti doktor, peguam. Yang kedua ialah membasmi kemiskinan.
Ketidakseimbangan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah dan
perintah inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah
menyebabkan interaksi etnik melayu, cina serta india kurang berlaku.
Seterusnya, mengurangkan ketdakseimbangan dalam guna tenaga supaya
penyertaan etnik adalah seimbang.
Kini Malaysia akan mencapai kemerdekaan untuk kali yang ke 58. Ini
merupakan

suatu

tempoh

yang

cukup

mematangkan

dalam

proses

pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari ini adalah


disebabkan oleh wujudnya persefahaman dan toleransi dalam kalangan etnik
berbilang bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan
kesinambungan program pembangunan negara telah banyak membantu
dalam

membentuk

Pelaksanaan

dan

hubungan

penguatkuasa

erat

dikalangan

undang-

undang

etnik
,

di

negara

pelaksanaan

ini.
misi

wawasan 2020 dan rancangan-rancangan pembangunan banyak membantu


dalam membentuk dan mengekalkan hubungan etnik yang baik dikalangan
masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama.

16

Cabaran Pembentukan Hubungan Etnik


Dalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia, terdapat bebrapa
cabaran yang perlu dilalui. Sekiranya cabaran-cabaran ini gagal dihadapi
dengan sempurna maka proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia
amat suskar untuk dilakukan. cabaran-cabarannya seperti cabaran dari segi
politik, ekonomi, sosial dan globalisasi.
Cabaran yang pertama ialah cabaran dari segi politik. Kita sedia
maklum bahawa setiap daripada etnik di Malaysia diwakili oleh parti politik
maisng- masing. Perkara politik ini juga telah dibicarakan oleh Doktor
Abdullah bin Jusoh iaitu sesuatu parti berjuang hanya untuk etnik sendiri
bukan menyeluruh. Contohnya Umno Dan Pas untuk etnik melayu, manakala
MCA dan DAP untuk etik cina dan MIC pula mewakili etnik India. Keadaan
seperti

akan

menimbulkan

masalah

politik

perkauman

menimbulkan masalah perkauman yang menebal dalam

yang

boleh

kalangan rakyat

Malaysia. Masalah ini telahpun berlaku sedikit demi sedikit pada hari ini.
Yang menjadikan keadaan lebih parah lagi apabila isu-isu perkauman seperti
bahasa, pendidikan, agama, kebudayaan dan ekonomi dipergunakan untuk
tujuan politik. Perkara ini akan menyebabkan lagi jurang antara etnik
semakin ketara.
Seterusnya cabaran yang kedua ialah dari segi sudut ekonomi. Sudah
menjadi kebiasaan bahawa kebanyakan etnik di Malaysia menjalankan
bidang pekerjaan yang berbeza. Perkara ini adalah hasil daripada dasar
pecah dan perintah Inggeris suatu ketika dahulu. Dengan kata lain, akan
berlaku

kecenderungan

penguasaan

ekonomi

oleh

sesebuah

kaum.

Contohnya, kebanyakannya bangsa melayu bekerja sebagai petani di sawah


dan kebun atau sebagai nelayan di laut. Manakala, bangsa cina cenderung
kearah pelombongan biji timah dan peniagaan di Bandar. Kaum india pula
bekerja sebagai penoreh getah dan pekerja lading kelapa sawit.. Akibatnya,
berlakulah jurang yang ketara bagi setiap kaum iaitu kurangnya interaksi
17

antara kaum. Mereka lebih cenderung kepada interaksi dikalangan kaum


mereka sendiri sahaja lalu menyebabkan semangat perkauman menjadi
semakin kuat dan sukar untuk dihakis. Jurang yang luas dari segi
penguasaan ekonomi ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
pendapat antara kaum. Oleh itu, setiap kaum akan berusaha mendapatkan
hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan
peluang

ekonomi

yang

wujud.

Akhirnya

berlaku

persaingan

untuk

kepentingan kaum masing masing. Ini adalah satu situasi yang perlu diatasi
dengan segera bagi menjamin kesejahteraan hidup berbilang kaum di
Malaysia kini.
Cabaran yang seterusnya ialah dari segi sudut sosial. Hari ini kita
dapat melihat sendiri bagaimana terdapatnya pemisahan penempatan
antara kaum. Kebanyakan bangsa melayu tinggal di kawasan perkampungan
nelayan serta sawah padi, manakala bangsa cina pula tinggal di kawasan
perlombongan bijih timah serta bandar, dan kaum india pula kebanyakannya
tinggal di estet getah dan ladang kelapa sawit. Sebenarnya, keadaan ini juga
hasil daripada dasar pecah dan perintah british sewaktu era penjajahan
mereka dahulu. Ia bertujuan untuk menjauhkan hubungan dan interaksi
antara pelbagai kaum. Kesannya, sifat dan perasaan kekitaan dalam
kalangan anggota menjadi semakin kuat dan perkara ini boleh menimbulkan
prasangka di kalangan kaum terhadap kaum yang lain. Kesan pemisahan ini
dapat kita lihat dengan jelas dari segi pakaian, agama, bahasa dan
pendidikan. Dari aspek pendidikan pula, sistem persekolahan memisahkan
pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Akibatnya, terbentuklah
semangat

perkauman

yang

mendalam

dan

menimbulkan

prasangka.

Interaksi juga akan berkisar di kalangan etnik yang sama. Namun perkara ini
telah diatasi oleh pemimpin negara kita masa kini. Setiap persekolahan di
Malaysia pada hari ini telah menggunakan sistem yang sama dan satu
bahasa sahaja telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan iaitu bahasa

18

melayu. Pendidikan seharusnya menjadi senjata soladiriti utama bagi proses


pemupukan hubungan antara etnik.
Cabaran

yang

terakhir

ialah

dari

sudut

globalisasi.

Globalisasi

membawa maksud proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti


ekonomi,

kebudayaan

dan

sebagainya

disebarkan

atau

diperluas

ke

peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya


kemudahan sistem komunikasi serta dasar terbuka Tetapi dalam konteks
masyarakat Malaysia pula, globalisasi boleh ditarifkan sebagai proses
perubahan kearah cara hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat.
Walaupun negara kita berada di sebelah timur, tetapi pengaruh dapat dilihat
dengan ketara. Memanglah diakui bahawa globalisasi membawa pengaruh
positif seperti negara bergerak maju melalui pendedahan menggunakan
teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik. Tetapi, ia juga
memberikan pelbagai pengaruh negatif. Pengaruh barat dari segi ideologi,
budaya dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang
memusnahkan serta sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua
manusia telah dibawa masuk ke dalam masyarakat Malaysia yang murni.
Implikasinya ialah globalisasi menjadi faktor perubah budaya yang kuat dan
mengakibatkan nilai-nilai luhur secara tidak kita sedari dan pemikiran barat
semakin diterima secara luas ke dalam masyarakat kita pada hari ini.

Implikasi Pembentukan Hubungan Etnik


Di dunia ini memang sudah lumrah manusia bermula daripada Adam dicipta
dan kemudian Hawa untuk menjadi teman kepada Adam dan mereka hidup
dengan berkongsi kehidupan. Adam dan Hawa diperintah menghuni bumi
dan fitrah berkongsi kehidupan yang ada pada mereka terus kekal menjadi
kekal dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini. Hasilnya, wujudlah
semangat perkongsian antara kaum yang telah membina kekuatan hasil
daripada perkongsian hidup dan membentuk bangsa Malaysia yang maju
19

yang kita lihat pada hari ini. Terdapat banyak impak yang positif hasil
daripada pembentukan hubungan antara etnik.
Manusia

secara

fitrahnya

telah

dijadikan

tuhan

dalam

bentuk,

kelompok dan budaya yang berbeza-beza. Hasil daripada pembentukan


hubungan antara etnik telah menyebabkan kita saling mengenali antara satu
sama lain. Kita dapat mengenali cara hidup dan budaya etnik lain dengan
lebih mendalam. Hal ini kerana, pluraliti bukan faktor yang menyebabkan
kita untuk bermusuhan tetapi saling mengenali dan membantu antara satu
sama lain untuk kemakmuran hidup bersama. Tanpa adanya pembentukan
hubungan antara etnik nescaya kita tidak akan dapat mengenali mereka
yang berlainan etnik dengan kita. Perkara ini samalah maksudnya seperti
katak dibawah tempurung. Malah menjadi kerugian pada kita sekiranya kita
tidak mengenali etnik lain walhal kita hidup didalam negara yang sama,
dibawah pentadbiran yang sama.
Selain itu, hasil daripada pembentukan hubungan etnik ini kita dapat
menyemai, memupuk beberapa unsur sepunya didalam diri setiap rakyat
yang terdiri dari pelbagai etnik. Antara unsur sepunya yang dapat kita
terapkan ialah Bahasa Melayu dijadikan sebagai alat komunikasi sepunya
bagi setiap rakyat Malaysia. Tidak kira etnik apa sekalipun secara majoritinya
telah

menggunakan

bahasa

melayu

untuk

berkomunikasi.

Dengan

menggunakan satu bahasa sahaja untuk berkomunikasi akan menyebabkan


kesefahaman yang lebih tinggi antara kita. Unsur sepunya yang kedua ialah
segala nilai murni yang universal yang terdapat dalam sesebuah etnik
tersebut dapat dikongsi bersama oleh semua etnik lain tidak kira agama dan
budaya. Perkara ini bermaksud etnik India tidak hanya bertolak ansur
dengan etnik mereka sendiri sahaja. Malah nilai tolak ansur itu juga dapat
diaplikasikan kepada etnik Melayu, Cina dan sebagainya.
Tambahan pula, kesan daripada pembentukan hubungan etnik juga
dapat

mengelakkan

unsur

extremism,
20

fanaticism,

prasangka

dan

mengherdik budaya etnik lain. Semua sifat buruk ini telah digantikan dengan
prinsip keseimbangan, kesederhanaan, toleransi, baik sangka dan hormat
menghormati antara satu sama lain. Semua nilai ini jelas adalah hasil
daripada kesan pembentukan hubungan etnik. Namun, sekiranya perkara ini
tidak wujud dalam diri rakyat Malaysia hari ini nescaya pergaduhan antara
kaum akan berlaku yang menyebabkan keamanan negara tidak akan stabil
kerana dipenuhi dengan pergolakan antara kaum. Malah tidak mustahil
peristiwa 13 Mei yang lepas akan berlaku sekali lagi. Kesan daripada rusuhan
ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam
peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pembentukan hubungan etnik ini perlu
dilakukan agar kejadian yang sama tidak akan berulang.
Jika kesan ini dilihat pula dari segi agama, orang islam dan orang
bukan islam dapat berdialog secara sopan dan beradab antara satu sama
lain terutama sesama warganegara dengan kepelbagaian ( pluraliti ) agama,
etnik dan budaya terutamanya di Malaysia negara kita hari ini. Hasil
daripada ini juga dapat menarik minat orang bukan islam untuk memahami,
mendalami dan mempelajari agama islam dengan lebih mendalam. Perkara
ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej agama islam hasil daripada
sifat

islam

memulaukan

itu

sendiri

mereka

iaitu
yang

mengharmonikan
bukan

beragama

bukan
islam.

memencil

dan

Dengan

sifat

keharmonian islam ini, maka dapat mengelakkan berlakunya cemuhan


budaya, etnik dan agama yang lain. Hubungan etnik yang dipupuk
menggunakan acuan islam akan menyebabkan orang bukanislam menyedari
bahawa islam adalah agama yang sanagt mementingkan perpaduan.
Disamping itu, pembentukan hubungan etnik ini dapat menjamin
keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi pada masa
sekarang dan akan datang dapat dikekalkan sekiranya ianya berlaku secara
berterusan. Negara yang mempunyai solidariti kaum yang kuat akan
menyebabkan unsur-unsur negatif yang menyebabkan peperangan dari
negara luar sukar untuk diresap masuk. Hal ini kerana pembentukan etnik
21

tadi telah menyebabkan lahirnya masyarakat dari pelbagai etnik yang cinta
akan tanah air dan lahirnya masyarakat pelbagai etnik yang sanggup
bekorban untuk

keselamatan

negara. Oleh itu,

proses

pembentukan

hubungan etnik ini haruslah dilakukan secara berterusan bagi menjamin


keamanan hidup masyarakat berbilang kaum dan menjamin keselamatan
negara kita ini. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan
kestabilan politik jika kejadian perang dan sebagainya tidak berlaku hasil
daripada masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik
yang tinggi.
Di negara Malaysia kita ini, industri pelancongan adalah merupakan
salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan
negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancong ke Malaysia ialah
dengan rakyat Malaysia yang mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan
kaum hanya akan terbentuk dengan adanya pembentukan hubungan antara
sesuatu etnik dengan etnik yang lain. Perpaduan yang wujud ini akan
menarik minat pelancong asing untuk melihat sendiri perpaduan kaum yang
menjadi pegangan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu wajarlah proses
pembentukan hubungan etnik dilakukan bagi memastikan perpaduan antara
kaum dapat disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Secara

khulasahnya,

implikasi

pembentukan

hubungan

etnik

di

Malaysia adalah perkara yang sangat baik dan amat diperlukan bagi
sesebuah negara. Hal ini kerana pembentukan hubungan etnik ini adalah
salah satu medium bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum di
Malaysia. Apabila perpaduan dapat diwujudkan, maka urusan pentadbiran
negara berjalan dengan lancar. Kesannya, industri pelancongan yang
melibatkan aliran masuk wang asing akan membantu meningkatkan ekonomi
negara. Selain itu, apabila wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang agama, bangsa, etnik dan ras di Malaysia, maka kesannya kita
boleh hidup aman dan damai serta menjalani kehidupan seharian dengan
barakah dan harmoni. Dalam Islam juga sangat dianjurkan untuk mencapai
22

perpaduan yang nyata boleh memberi kesan positif kepada negara,


masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat
dan pemimpin sendiri haruslah bermuafakat dan berganding bahu dalam
mengekalkan perpaduan yang telah sedia ada terjalin dalam negara kita.
9.0 Refleksi
Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinnnya akhirnya tugasan hubungan etnik ini dapat saya siapkan dalam
masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat
banyak cabaran yang saya tempuhi, namun dengan kekuatan yang telah
diberikan oleh Allah SWT dapat juga saya siapkan dengan jayanya. Saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hartini selaku pensyarah bagi
subjek ini kerana telah memberikan saya panduan untuk menghasilkan kerja
kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang lain, kerana
telah memberikan komitmen dan tnjuk ajar kepada saya berkaitan dengan
apa yang tidak saya fahami.
Dalam tugasan ini saya perlu mengkaji pendapat beberapa orang
tokoh berkaitan dengan pemupukan hubungan etnik di Malaysia. di samping
itu saya juga perlu menganalisis cabaran-cabaran yang dihadapi dalam
proses pemupukan hubungan etnik tersebut berdasarkan pendapat tokoh
yang

dipilih.

Saya

juga

telah

menyiapkan

penulisan

ilmiah

secara

menyeluruh berkaitan dengan pemupukan hubungan etnik, cabaran serta


implikasi pembentukan hubungan etnik tersebut.
Melalui segala tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati secara
tidak langsung telah banyak perkara baru yang telah saya pelajari.
Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan
dengan cara hidup sesebuah etnik yang terdapat di Malaysia. Walaupun saya
telah mempelajarinya serba sedikit semasa sekolah dahulu, namun tugasan
ini telah memberikan pendedahan dan gambaran yang lebih luas kepada
saya terhadap hubungan antara etnik yang terdapat di Malaysia. di samping
23

itu dapat juga saya mengingat kembali apa yang telah saya pelajari
disekolah dahulu.
Umumnya, tugasan kerja kursus ini memberi gambaran jelas tentang
susur galur sebenar pembentukan etnik di Malaysia melalui perkembangan
sejarah

sejak

zaman

penjajahan

lagi.

Selain

itu,

saya

juga

dapat

menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik dinegara


kita. saya juga dapat mempertingkatkan elemen pengajaran mengenai
keadaan hubungan rakyat Malaysia melalui kerja kursus ini. Langkah
menerapkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam
kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan beberapa
penambahan agar cita-cita murni setiap rakyat dapat dilaksana. Saya juga
secara tidak langsung dapat memahami serta mengetahui tentang corak dan
dan bentuk hubungan etnik yang selama ini dijalankan dan dipraktikkan oleh
rakyat Malaysia. yang pastinya seharusnya rakyat Malaysia berusaha
mengekalkan keutuhan, keeratan, dan kesinambungan ini agar tetap kekal
dan terpelihara identitinya yang bercorakkan acuan Malaysia.
Perkara yang paling penting yang saya pelajari sewaktu penghasilan
tugasan ini ialah, saya telah mendapat suatu pendedahan baru mengenai
suasana sebenar politik, sosial, ekonomi dan juga keadaan masyarakat di
Malaysia. sebelum ini saya tidak mengambil peduli tentang perkara ini,
tetapi sekarang saya menajdi lebih peka dengan situasi yang bermain di
Malaysia. Melalui kerja kursus ini juga saya telah membuatkan saya sedar
akan situasi masyarakat Malaysia sekarang terutamanya kaum pendatang
seperti kaum cina dan india yang seakan akan lupa daratan. Mereka semakin
berani untuk mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.
Mereka juga semakin ghairah menyentuh hal-hal sensitif yang berkaitan
dengan orang Melayu dan agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara
kita ini. Sedangkan mereka hanyalah pendatang yang telah diterima atas
belas kasihan orang Melayu untuk menjadi warganegara suatu ketika dahulu.
Oleh itu, perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana mereka
24

patut sedar akan kedudukan mereka sebagai bangsa yang bukan asalnya
dari tanah Melayu. Tambahan pula, perkara-perkara yang mereka persoalkan
oleh mereka adalah perkara yang akan menyebabkan rapuhnya hubungan
antara

etnik

di

Malaysia.

Perkara-perkara

seperti

inilah

yang

akan

menyebabkan berlakunya perpecahan antara kaum. Perkara yang telah lama


selesai tetapi dibangkitkan semula hanya semata-mata untuk kepentingan
kaum sendiri sahaja.
Selain daripada itu, kita dapat lihat negara kita hari ini yang mana
perpaduan antara kaum telah semakin pudar. Perkara ini berlaku angkara
faktor-faktor tertentu seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Saya lebih
fokuskan kesedaran saya hasil daripada tugasan ini terhadap faktor politik.
Hal ini kerana dari politiklah akan memberi kesan kepada faktor lain. Dari
segi

politiknya,

kuasa

etnik

Melayu

hanyalah

bergantung

kepada

perlembagaan yang telah dipersetujui oleh semua ketua kaum suatu ketika
dahulu. Sekiranya tiada lagi perlembagaan dan perpaduan antara kaum,
maka orang melayu bakal merempat dibumi sendiri. Oleh itu, bagi
mengelakkan perkara ini berlaku, kita perlu menjaga hubungan dengan
etnik-etnik yang lain seperti cina dan india agar kuasa negara ini terus
dipegang oleh orang Melayu. Hal ini kerana jika dibandingkan penguasaan
bangsa bumiputera dalam sektor-sektor lain seperti ekonomi, akademik dan
teknologi, kaum kita masih ketinggalan di belakang kaum lain. Kekuatan kita
hanyalah berpegang kepada politik. Jika bidang ini juga dikuasai oleh kaum
lain maka masa depan kaum kita bakal goyah. Oleh itu, setiap daripada kita
harus menjaga hubungan dan perpaduan dengan etnik lain agar perkara ini
tidak berlaku.
Hasil daripada tugasan ini juga telah menyedarkan saya mengenai
aspek ekonomi dalam proses pemupukan hubungan etnik. Selama ini saya
merasakan bahawa ekonomi di Malaysia ini dimonopoli oleh kaum melayu
kerana kebanyakkan yang berniaga dipasar-pasar adalah terdiri daripada
kaum melayu. Namun tanggapan saya salah dan perkara sebaliknya telah
25

berlaku. Sistem pecah perintah yang telah dilakukan semasa penjajahan


British dahulu telah membahagikan tiga kelompok kaum utama di Malaysia
kepada ekonomi yang berbeza iaitu orang Cina, Melayu dan India masingmasing dengan ekonomi yang baik, sederhana dan agak mundur. Kesannya,
ekonomi Malaysia sekarang dimonopoli oleh kaum Cina. Senarai 10 jutawan
terkaya di Malaysia yang berada ditempat yang pertama, ketiga, keempat,
kelima, keenam, kelapan, kesembilan dan kesepuluh dimiliki oleh orang Cina,
manakala orang India berada ditempat yang kedua dan orang Melayu hanya
berada ditempat yang ketujuh.
Hal ini cukup membuktikan bahawa aspek ekonomi sukar untuk
dijadikan sebagai medium penyatuan hubungan etnik. Walau bagaimanapun,
kesalahan 100% peratus tidak boleh diletakkan pada bahu orang Cina
semata-mata. Saya mula sedar bahawa keadaan ini berlaku disebabkan oleh
orang Melayu sendiri yang malas untuk menceburkan diri dalam bidang
perniagaan. Dalam al-Quran telah dinyatakan bahawa 9/10 daripada rezeki
adalah daripada bidang perniagaan. Jadi, perubahan dalam kalangan orang
Melayu dan India perlu ada supaya aspek ekonomi sama-sama boleh
dikuasai secara sama rata sekaligus menjadikan aspek ini sebagai medium
terbaik dalam misi meningkatkan hubungan etnik di Malaysia.
Melalui tugasan ini juga saya sedar akan kepentingan pendidikan yang
boleh menjadi medan perpaduan antara kaum di Malaysia ini. Dengan
adanya sistem pembelajaran yang sama diseluruh Malaysia dapat memupuk
perpaduan antara kaum dengan lebih mudah. Melalui matapelajaran sivik
contohnya,

semua

murid

diseluruh

Malaysia

akan

belajar

mengenai

perpaduan antara rakyat. Selain matapelajaran sivik, kita juga mempunyai


matapelajaran

sejarah.

Antara

perkara

yang

dibincangkan

di

dalam

matapelajaran ini ialah perpaduan kaum yang telah wujud sejak zaman
dahulu lagi telah menjadi kunci kemerdekaan negara. Dengan adanya
perkara demikian pastinya murid dapat memupuk perpaduan antara kaum

26

sekaligus dapat menjamin keselamatan negara dari sebarang persengketaan


antara kaum.
Sebagai bakal guru suatu hari nanti saya juga mula sedar akan
kepentingan peranan seorang guru dalam proses memupuk perpaduan di
kalangan murid merupakan langkah pertama dalam membentuk ideologi
Pembinaan Negara Bangsa. Untuk membina masyarakat dan negara yang
utuh, guru merupakan agen perpaduan yang berperanan membentuk satu
masyarakat yang bersifat satu rupa bangsa yang perlu bersatu padu dan
taat setia kepada negara. Jelasnya di sini, sekiranya perpaduan di negara ini
tegap melalui pendidikan, maka hala tuju unutk mencapai aspirasi Wawasan
2020 bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Oleh itu, hubungan antara kaum yang kompleks perlu diurus dengan
betul bagi membendung sebarang persengketaan yang membawa kepada
kerugian kepada semua pihak. Berteraskan semangat perkongsian kuasa,
semua kaum di Malaysia menikmati hak hak yang adil dan saksama melalui
Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh kaum Melayu dan bukan Melayu.
Berdasarkan persetujuan tersebut, perpaduan antara kaum masih lagi
releven untuk dipertahankan meskipun ada anasir anasir jahat yang cuba
memecah belahkan rakyat Malaysia

Kesimpulannya,

perpaduan

merupakan

elemen

penting

kepada

pembangunan masyarakat dan negara dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza


budaya,

pegangan

dan

agama

namun

dengan

sikap

saling

hormat

menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan


manfaat yang optimum kepada semua kaum di Malaysia. Masa hadapan
Malaysia yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan pasti dapat diharungi

27

dengan berkesan melalui perpaduan negara dalam mencapai aspirasi


Wawasan 2020.

28

You might also like