Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Cara Guru Novis Menguruskendalikan Dan Menangani Isu-Isu Semasa Dalam Pengurusan Bilik

Darjah Berpandukan Teori Kepimpinan Yang Sesuai

Pengurusan bilik darjah merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai
aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi pembelajaran seperti
diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam
kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur
dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya penyusunan
suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar
serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin
akan timbul.
Manakala, Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran
pada seseorang guru yang selain daripada mengajar, ada mempunyai pengaruh yang
diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan
guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai guru novis telah cuba mengaplikasikan
kemahiran kepimpinan yang diajar dalam menyelesaikan masalah atau isu yang timbul semasa
di sekolah.
Sepanjang sesi praktikum yang lepas, saya telah melalui pelbagai masalah yang
melibatkan isu isu semasa dalam bilik darjah dan telah cuba untuk menyelesaikan masalah
berikut mengikut masalah yang dihadapi. Antara isu yang dihadapi ialah masalah disiplin
pelajar. Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan
pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana
sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Dengan ini segala aktivit pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur dan licin. Tetapi salah satu masalah
yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin. Ini bermakna segala apa yang dijelaskan
di atas menjadi sebaliknya. Sebagai contoh, pelajar selalu lewat masuk kelas apabila habis
waktu rehat dan ponteng kelas. Saya mendapati pelajar yang menghadapi masalah ini
disebabkan oleh mereka kurang motivasi atau dorongan untuk berada di dalam kelas dan
mengikuti kelas seperti pelajar lain.

Sebagai guru, saya perlu mengambil berat mengenai perkara ini. Hal ini kerana,
masalah yang ditimbulkan oleh segelintir pelajar mampu mengganggu kelancaran perjalanan
pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menggunakan Teori X dan Y bagi menyelesaikan
masalah disiplin pelajar ini. Menurut Douglas McGregor (1960) , Teori Y lebih bercirikan
motivasi dan pengiktirafan manakala Teori X menyatakan bahawa pekerja hanya mahu bekerja
kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja. Oleh
itu, saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan motivasi pelajar dengan sentiasa memberi
penghargaan dalam bentuk pujian ataupun memberi tunjuk ajar sekiranya pelajar melakukan
kesalahan. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar akan merasa bosan dan kurang minat untuk
belajar sekiranya mereka tidak faham serta tidak mendapat perhatian secukupnya daripada
guru. Jadi, amat penting bagi saya untuk meningkatkan motivasi mereka supaya tiada lagi
perasaan kurang berminat untuk belajar dalam diri mereka. Saya juga akan kurangkan
perasaan takur kepada saya semasa di dalam kelas dengan mengurangkan dendaan,
sebaliknya banyak menggunakan nasihat dan peneguhan.
Selain itu, saya juga telah menggunakan Teori Situasi bagi menyelesaikan masalah
disiplin pelajar saya. Menurut Fieldler (1967), tidak terdapat suatu cara terbaik dalam memimpin
sesuatu organisasi. Ia mungkin berkesan dalam satu situasi, namun kurang berkesan dalam
situasi lain. Teori ini saya dapati sangat sesuai digunakan dalam isu yang sedang saya hadapi
keran saya dapati bahawa timbulnya masalah disiplin dalam kalangan pelajar saya adalah
disebabkan oleh beberapa faktor, bukan hanya tertumpu kepada kurang minat untuk belajar
sahaja.

Faktor lain ialah strategi dan kaedah pengajaran saya yang kurang sesuai atau

menarik. Menurut, Mok Soon Sang (2003), diantara punca timbulnya masalah disiplin di dalam
bilik darjah yang berlaku adalah disebabkan penggunaan pendekatan dan strategi mengajar
yang kurang sesuai. Pelajar mudah merasa bosan hingga mereka memberontak dan
mencetuskan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah
yang berlainan dalam pengajaran saya bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dengan pnp
saya.
Isu lain yang saya hadapi semasa di sekolah ialah pelajar yang degil dan tidak
mendengar arahan. Secara umumnya, sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru dalam
kalangan murid kerap kali dilihat dalam senario bilik darjah walaupun tidak semua murid.
Menurut Omardin Ashaari (1999), golongan murid bersikap degil ini gemar menentang guru dan
apa yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan diri semata-mata. Mereka mempunyai
nilai yang berlainan dalam hidup mereka. Sifat ini mungkin berpunca daripada salah didikan dan

pengaruh persekitaran. Namun begitu, pada saya, ia merupakan tanggungjawab seorang guru
dalam memastikan pelajar mendengar arahan atau tidak.
Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah menggunakan Teori Kepemimpinan Moral.
Menurut Sergiovanni (1992), beliau mendefinisikan kepemimpinan moral sebagai suatu bentuk
bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip dan pegangan hidup yang terpuji.
Oleh itu, sebagai guru, sebelum saya memberikan arahan kepada pelajar, saya sendiri perlu
memperbetulkan diri terlebih dahulu dan memberi contoh baik kepada pelajar. Saya juga perlu
menjaga hubungan yang baik dengan pelajar supaya mereka berasa selesa dan menghormati
saya. Perasaan hormat yang ada dalam diri mereka serta hubungan yang mesra membuatkan
mereka lebih senang untuk menerima sebarang arahan daripada saya. Pelajar juga tidak akan
merasa terbeban dengan setiap arahan daripada saya, malah merasa senang untk
melaksanakannya.
Di samping itu, antara isu lain yang saya hadapi ialah masalah kebergantungan pelajar
terhadapa orang lain atau kurang keyakinan diri. Menurut Tiwi Kamidin (2004), tingkah laku
bermasalah juga mungkin berbentuk pergantungan berlebihan yang menunjukkan murid tidak
dapat berdikari, sebaliknya amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Tingkah laku
bermasalah ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke
bawah, namun ada kalanya berlarutan sehingga usia remaja. Mereka mudah berasa cemas,
takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya jika tidak berada disamping
orang yang diharapkan. Antara simptom-simptom yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai
tingkah laku masalah bergantung adalah seperti sukar untuk membuat keputusan seharian
tanpa mendapatkan nasihat dan jaminan dari orang lain, memerlukan orang lain untuk
bertanggunjawab ke atas kebanyakan perkara dalam kehidupan, tidak berani untukmengambil
sesuatu tindakan kerana kekekurangan keyakinan diri dan tidak yakin akankebolehan diri.
Mereka juga mengambil langkah yang berlebihan untuk mendapatkan sokongan dari orang lain
sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia sesuatu yang tidak baik, merasa
tidak selesa atau lemah apabila bersendirian kerana takut tidak dapat menjaga diri sendiri dan
sebagainya.
Bagi menghadapi masalah seperti ini, saya telah menggunakan Teori Transformasi
dengan meningkatkan motivasi diri pelajar dan keyakinan mereka. Perkara ini disokong oleh
Burn (1978), yang

mentakrifkan teori ini sebagai memotivasikan orang bawahan melalui

pemberian habuan atas apa yang mereka lakukan. Saya sentiasa mendekati murid tersebut

dan cuba untuk mendalami masalahnya. Apa yang saya faham mengenai maslaah yang
dihadapi pelajar ini ialah, mereka terlalu kurang keyakinan diri, pemalu dan menganggap diri
mereka lemah. Oleh itu, saya telah berusaha untuk melibatkan pelajar tersebut dalam setiap
pengajaran saya dengan bertanya soalan, memberi peluang untuk bercakap dan senantiasa
memberi bimbingan. Saya juga sentiasa memberi penghargaan serta hadiah kepada mereka
apabila menjawab soalan dengan betul dan sekiranya salah, saya akan memberi tunjuk ajar
serta dorongan kepada mereka. Di samping itu, saya juga cuba mengawal pelajar lain dan
menggalakkan mereka untuk bergaul dengan cara baik. Dengan ini, ia secara tidak langsng
akan menimbulkan suasana kelas yang selamat dan membuatkan pelajar tersebut merasa
selesa untuk berada di dalam kelas.
Isu seterusnya ialah pergaduhan. Pergaduhan merupakan salah satu isu yang tidak
pernah selesai dan sentiasa ada di mana mana sekolah. Saya menghadapi masalah ini sejak
praktikum fasa satu lagi sehingga praktikum fasa ke tiga. Oleh kerana sentiasa berhadapan
dengan masalah ini, saya telah terbiasa dan telah mengetahui cara berkesan untuk mengatasi
isu pergaduhan antara pelajar. Saya mendapati, kebiasaan sebab atau punca berlaku
pergaduhan ialah ejek mengejek ataupun salah faham. Bagi mengatasi masalah ini, saya sekali
lagi mengaplikasikan Teori Situasi di mana tindakan saya berdasarkan sebab berlaku
pergaduhan. Bagi kes terbaru yang saya lalui semasa praktikum fasa tiga ialah, pergaduhan
disebabkan ejekan kawan. Saya telah memanggil kedua dua orang pelajar yang terlibat dan
memberi nasihat mengenai keburukan pergaduhan. Saya juga menjelaskan kepada kedua-dua
murid terbabit bahawa kita tidak seharusnya melihat kekurangan seseorang itu lalu
menjadikannya bahan ejekan kerana bagaimana kita mengguris perasaan seseorang itu,
perkara yang sama boleh berlaku terhadap kita sedangkan perkara tersebut langsung tidak
mendatangkan apa-apa manfaat kepada kita. Di samping itu, saya juga menggunakan kaedah
dendaan sekiranya perkara tersebut berulang lagi. Perkara ini telah dijadikan sebagai contoh
supaya murid-murid lain turut mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.
Sebagai kesimpulan, kita sebagai guru hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi
sebarang isu semasa apabila berada di sekolah kelak. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu supaya apabila berdepan
apa sahaja situasi yang tidak dijangka, kita dapat mengendalikannya dengan berkesan.

You might also like