Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Akhbar Harian Metro 25Februari

Cikgu Terlampau Cikgu Cabul 12 Murid


KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi doktor, seorang guru disiplin
sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa
mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan
mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum
merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.
Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat
kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas
sebelum memarahi mereka.
Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar
berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak
mempedulikan

alasan

itu,

sebaliknya

memberitahu

akan

melakukan

pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,


katanya.
Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan
memeriksa tahap degupan jantung mereka.
Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan
mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan.
Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan
pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama, katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan


tindakan guru terbabit.
Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila
dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum
melakukannya sekali lagi.
Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar
perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan
semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan, katanya.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan
mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

You might also like