Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

DEFINISI REKREASI & KESENGGANGAN

a) Definisi Rekreasi
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan
untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan
minda dan merehatkan badan .
Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii) Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan
b) Definisi Kesenggangan
Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan
dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu.
i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang

JENIS REKREASI & KESENGGANGAN


i)

Rekreasi fizikal cth : berbasikal

ii)

Rekreasi sukan cth : bola sepak, bola jaring

iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka


iv)

Rekreasi mental/linguistik memanah, debat

v)

Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik J-robik, senamrobik

vi)

Gerak tari yoga, tai chi

vii) Drama - teater, pantomin

KONSEP REKREASI & KESENGGANGAN


a) KONSEP REKREASI
Antara konsep-konsep rekreasi :
Kepuasan kendiri (personal fulfillment)
i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika
iii) Hubungan manusia yang demokratik
iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan
b) KONSEP KESENGGANGAN
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i)Senggang sebagai keseronokan
ii)Senggang sebagai kerja
iii)Senggang sebagai aktiviti
iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v)Keseronokan dan kepuasan
vi)Kesukarelaan
vii)Konstruktif

REKREASI DARAT / TERRESTERIAL


Sumber rekreasi darat atau terresterial terbahagi kepada 2 :
Sumber semulajadi
Kawasan hutan tropika
Sungai
Bukit bukau & gunung
Flora & fauna
Gua
Tasik semulajadi
Paya
Sumber buatan manusia
Bekas lombong
Tasik empangan
Taman tema
Taman rekreasi
Litar lumba
Stadium
gimnasium

AKTIVITI-AKTIVITI REKREASI DARAT DI


MALAYSIA
Perkhemahan
Kraf perkhemahan
Outdoor cooking
Survival
Aktiviti tali tinggi
Abseiling
Flying fox
Wall climbing
Orienteering
Jejak rimba jungle tracking
Night walk
Meneroka gua

Ekspedisi pacuan 4 roda


Mendaki gunung
Mountain biking basikal / motosikal
Bird watching
Menunggang kuda

KEPENTINGAN REKREASI DARAT KEPADA


INDUSTRI PELANCONGAN
Aktiviti rekreasi darat di Malaysia dapat menarik perhatian ramai pelancong luar
negara. Ini dapat meningkatkan kemasukan pelancong ke dalam Malaysia.

Aktiviti rekreasi darat yang berkait rapat dengan alam semulajadi di Malaysia
secara tidak langsung mempromosikan sumber khazanah alam semulajadi
kepada negara luar.
Sambutan terhadap aktiviti rekreasi juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada
rakyat di Malaysia. Contohnya pekerjaan seperti jurulatih rekreasi luar.

Rakyat Malaysia juga berpeluang mewujudkan perniagaan berkonsep rekreasi


seperti membuka kem-kem rekreasi, taman-taman ekstreme, perkhidmatan
sewaan peralatan rekreasi seperti basikal dan peralatan aktiviti tali tinggi.
Peningkatan aktiviti rekreasi darat juga dapat mewujudkan konsep atau
pendekatan konservasi di dalam menjaga atau menghargai sumber alam
semulajadi di Malaysia.
Apabila sesuatu lokasi rekreasi darat itu di naiktarafkan maka komuniti setempat
juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan dan ia turut menggalakkan
aktiviti pelancongan domestik.
Kemasukan pelancong ke kawasan-kawasan terpencil atau desa mampu
menaikkan ekonomi penduduk setempat apabila mereka berbelanja.

CUACA & ALAM SEKITAR DI MALAYSIA


Malaysia terletak di garisan khatulistiwa, Malaysia menikmati iklim tropika cuaca
panas dan lembap sepanjang tahun. Kedudukan - hampir dengan garisan
khatulistiwa (menerima pancaran matahari yang banyak).
Suhu purata ialah 27 darjah Celcius. Kawasan tanah rendah boleh mencapai 12
hingga 32 darjah Celsius dan kawasan tanah tinggi (Highland) 16 hingga 23
darjah Celsius

Malaysia menerima hujan tahunan


melebihi 2000mm.
Malaysia turut mengalami 2 musim angin
monsun:
Monsun Barat Daya - Mei hingga Sept.
Monsun Timur Laut Nov. Hingga Mac.
Monsun Timur Laut membawa hujan yang
lebih banyak berbanding kepada Monsun
Barat Daya
Namun kini bumi semakin tua, perubahan
cuaca boleh berlaku secara tiba-tiba
disebabkan secara semulajadi atau pun
oleh kerana perbuatan manusia seperti
masalah jerebu.

KEPENTINGAN CUACA & ALAM SEKITAR DALAM


AKTIVITI REKREASI DARAT
Cuaca & alam sekitar memainkan peranan penting di dalam pengendalian aktiviti
rekreasi darat di Malaysia.
Ini adalah kerana kebanyakan aktiviti rekreasi darat di Malaysia melibatkan
lokasi outdoor yang memerlukan peserta rekreasi mempunyai direct contact
dengan alam semulajadi.
Perancangan terperinci adalah penting apabila melibatkan aktiviti rekreasi darat.
Persediaan untuk menghadapi risiko-risiko yang berkaitan dengan cuaca & alam
sekitar di Malaysia perlulah ditekankan.
Sebagai seorang penggiat aktiviti rekreasi, anda perlulah mengetahui bagaimana
untuk mencari maklumat berkaitan cuaca & alam sekitar di Malaysia sebelum
merancang sesuatu aktiviti.
Sesetengah aktiviti rekreasi darat berkemungkinan tidak dapat dijalankan jika
cuaca hujan. Contohnya seperti aktiviti tali tinggi dan mendaki gunung kerana ia
boleh mendatangkan risiko yang tinggi.

Keadaan cuaca yang berjerebu akibat kesan pembakaran hutan pula boleh
menyekat apa sahaja jenis aktiviti rekreasi outdoor daripada di jalankan kerana
ia boleh memudaratkan kesihatan.

KEADAAN CUACA & BENCANA ALAM


SEMULAJADI YG BOLEH MENYEKAT AKTIVTI
REKREASI DARAT
Hujan lebat beserta kilat
Ribut
Berjerebu
Tanah runtuh
Gempa bumi
Banjir

Kebakaran di hutan
Gunung Berapi meletus
Tsunami
Fenomena air pasang

RAMALAN KAJI CUACA


Maklumat ramalan kaji cuaca adalah amat penting kepada seorang penggiat
aktiviti rekreasi darat.
Maklumat yang diterima boleh membantu penggiat aktiviti rekreasi darat
merancang aktiviti dan secara tidak langsung mengurangkan segala risiko yang
berkaitan dengan cuaca & alam sekitar.
Ramalan kaji cuaca di Malaysia boleh dirujuk di Portal Rasmi Jabatan
Meteorologi Malaysia (JMM) di www.met.gov.my

PENGURUSAN REKREASI DARAT : SEBELUM,


SEMASA & SELEPAS
SEBELUM
Penentuan tarikh aktiviti.
Mengenalpasti lokasi dan disusuli dgn tempahan lokasi

Mengenalpasti aktiviti yang terlibat


Membuat jadual aktiviti
Pengurusan peserta : jumlah, jantina, peringkat umur, agama
Pengurusan tempat penginapan dan makanan

Pengurusan jumlah jurulatih dan kepakaran yang diperlukan


Pengurusan logistik : pergerakan dan kenderaan
Pengurusan kewangan : yuran
Pengurusan peralatan : pengendalian dan sewaan
Pengurusan risiko , insuran & keselamatan

SEMASA

Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual


Menyelia & memantau semua aktiviti yang dijalankan.
Mengurus perkara berkaitan kebajikan peserta
Memastikan Briefing dan debriefing dilakukan

Memastikan keselamatan dan disiplin terkawal


Memastikan semua peserta patuh kepada apa sahaja prosedur dan undangundang yang wujud.
Memastikan semua objektif aktiviti tercapai

SELEPAS
Memastikan peralatan telah disimpan semula
Memastikan semua aspek yang berkaitan pembayaran selesai
Memastikan mendapat maklum balas dari peserta utk tujuan penambahbaikan

Mengadakan mesyuarat post morterm

PERSEDIAAN AWAL DALAM AKTIVITI REKREASI


DARAT
Bajet
Anggaran bajet perlu disediakan bagi mengenalpasti jumlah kewangan sebenar
yang terlibat. Penentuan bajet boleh diperolehi melalui maklumat jumlah caj
yang dikenakan untuk makanan, penginapan, sewaan peralatan, jenis aktiviti,
bayaran jurulatih, pengangkutan dan caj masuk sesuatu lokasi.
Insuran
Persediaan insuran untuk peserta perlulah disediakan awal. Jumlah bayaran
insuran adalah berbeza bergantung kpd syarikat insuran. Faktor penentuan
bayaran insuran adalah bergantung kepada jenis polisi (coverage), berkumpulan
@ individu, aktiviti yang dilakukan, jumlah hari yang terlibat, umur peserta dan
latarbelakang kesihatan.
Peserta juga mempunyai pilihan untuk tidak membayar apa-apa caj insuran,
tetapi mereka dikehendaki mengisi dan menandatangani borang lepas tanggung
yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Peralatan Yang Diperlukan


Persediaan awal peralatan yang diperlukan adalah bergantung kpd jenis aktiviti
yang dijalankan dan jumlah peserta yang terlibat. Sewaan peralatan perlu
dilakukan jika pihak pengurusan tidak memiliki atau jumlahnya tidak mencukupi.
Pemeriksaan terhadap peralatan adalah penting sebelum aktiviti dijalankan bagi
memastikan keselamatan peserta dan aktiviti berjalan dengan lancar.

Bekalan Perubatan
Pastikan bekalan perubatan adalah lengkap dan masih boleh digunapakai.
Bekalan perubatan di dalam first aid box hendaklah sentiasa diperiksa sebelum
aktiviti dijalankan. Ubat-ubatan seperti pil paracetamol dan acticid perlulah
diperiksa supaya tidak tamat tarikh. Namun demikian jurulatih adalah tidak
digalakkan untuk memberi pil-pil tersebut kepada para peserta utk dimakan.
Para peserta dinasihatkan membawa sendiri bekalan perubatan personal untuk
kegunaan mereka.
Kesihatan & Kecergasan
Sebelum sesuatu aktiviti rekreasi dijalankan tahap kesihatan & kecergasan
peserta perlu dikenalpasti. Ini adalah kerana terdapat aktiviti-aktiviti rekreasi
yang memerlukan tahap kesihatan & kecerdasan yang tinggi. Pihak jurulatih
perlu mengenalpasti tahap kesihatan & kecerdasan peserta melalui maklumat
yang diterima dari peserta secara bertulis atau pun verbal. Tahap kesukaran
aktiviti yang dijalankan perlulah bersesuaian dgn tahap peserta.
Pengangkutan
Jenis pengangkutan boleh ditentukan berdasarkan kpd jumlah peserta dan jenis
aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan pengangkutan seperti ekspedisi
pacuan 4 roda.

Pemilihan Peralatan & Pakaian Yang Sesuai Untuk Setiap Aktiviti


Senarai peralatan & pakaian yang sesuai untuk setiap aktiviti perlulah
disediakan oleh jurulatih untuk rujukan dan persediaan peserta. Kegagalan
peserta mengikut check list yang disediakan akan mengganggu perjalanan
aktiviti dan menambahkan risiko kpd peserta.

You might also like