Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Bab 3

Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia
Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan merupakan dua elemen
penting dalam sistem pemerintahan di
Malaysia.
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara.
Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara
yang telah diperuntukkan oleh
Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh

Konsep Demokrasi
Berparlimen
Kerajaan Demokrasi Berparlimen bermaksud pemerintahan
demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Perwakilan
dilakuan melalui proses pilihanraya.
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan
Negara dan Dewan rakyat.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna
negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan
konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan


sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan,
pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti
mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia
yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara
yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan
kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan,
maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri
dan Majlis.
Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara
adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di
negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negerinegeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi
Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut

Konsep Raja Berpelembagaan


Raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut
perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut
nasihat Jemaah Menteri, manakala raja sesebuah negeri
bertinfak mengikut Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
Yang di-Pertuan Agong ialah ketua Negara manakala Perdana
Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat negeri pula
Sultan / Yang di-Pertuan Negeri ialah Ketua Negeri, manakala
Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah Ketua Kerajaan
Negeri.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan
Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Semasa menjalankan
tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali
dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda
untuk membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan
orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu
secara bergilir-gilir.

Yang di-Pertuan Agong


Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai
bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan
dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai
peranan dan fungsi dalam tiga cabang kerajaan
iaitu Ekeskutif, Perundangan dan Kehakiman.
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutaun
menyatakan:Maka hendaklah ada Kepala Utam
Negara bagi Persekutuan yang diberi gelaran
Yang di-Pertuan Agong yang mengambil
keutamaan mengatasi segala orang dalam
Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan
dakwa dalam apa-apa jau perbicaraan dalam
mana-mana mahkamah kecuali dalam mahkamah
khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

You might also like