Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Gangga Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak
bagi membentuk Malaysia.
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Brunei (Kurun-15sekarang)
Kesultanan Kedah (1136sekarang)
Kesultanan Melaka (14021511)
Kesultanan Sulu (14501899)
Kesultanan Johor (1528sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)

Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)
Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Patung Buddha abad ke-6 (kiri) dijumpai di Ipoh. Patung sami guru Hindu abad
ke-9 dijumpai di Jalong, Perak.
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang
dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding
dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja
Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai

bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja
Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026.
Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa,
Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja
Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung
atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai
aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas
ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.

Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arcaarca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan
kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di
Beruas.

Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah.
Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Khmers
dari Kemboja.

Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak
lewat dari abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di
daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter )
arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut
kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.

Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabang


Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ),
Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas


dipersetujui penyelidik sejarah pada masa kini. Kedua-dua kerajaan tua yang
dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng
ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah
mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan
Beruas khususnya.

Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium


Beruas.

Isi kandungan [sorokkan]

1 Asal
2 Beruas
2.1 Pokok Beruas
3 Lihat juga
4 Rujukan
5 Pautan luar
Asal[sunting | sunting sumber]

Gambar dari Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 /
8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan 8 dijumpai di lombong bijih
Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ketinggian 79 cm.
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang
dipetik dari Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal.
Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada
asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu,
mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di
lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa,
Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati
pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon
Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan
Kemboja.

Beruas[sunting | sunting sumber]


Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James
Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut
Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan
Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya.
Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah menemui artifak, termasuk
nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan
titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak,
dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh
semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128
kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan
pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa
Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput
merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa
pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara
dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.

Pokok Beruas[sunting | sunting sumber]


Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini
mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh,

Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, Namanya Malik. Sejarah Pasai ada
menyebut mengenai Malik ul Salih yang merupakan raja Hindu tempatan
pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267. Kini pokok beruas telahpun
pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan
Baru dan Batang Kubu.

You might also like