Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Perkembangan Pendidikan di Jerman & Perancis

Pengenalan
Perkembangan pendidikan di negara-negara Eropah banyak dipengaruhi oleh
perubahan yang berlaku semasa zaman renaisans. Zaman renaisans
menyaksikan
berlakunya gerakan intelek termasuk di Perancis dan Jerman.
A.

PENDIDIKAN DI PERANCIS

Zaman Pencerahan merupakan permulaan gerakan intelek di Perancis. Revolusi


Saintifik mempergiatkan lagi perkembangan bidang pendidikan. Kemajuan dalam
bidang percetakan telah memberi impak besar kepada kadar celik huruf.
Pendidikan tidak lagi terhad kepada golongan tertentu. Pada tahun 1880, Jules
Ferry [Menteri Pelajaran Perancis] telah memperkenalkan sistem pendidikan asas
kepada semua golongan. Setiap bandar dan kampung dibina sekolah dan
ditempatkan guru yg terlatih. Beliau mewajibkan pendidikan percuma dan bebas
dari kawalan gereja.

Faktor

perkembangan pendidikan di Perancis


i.
Gelombang renaisans iaitu gerakan intelektual yg bermula di Itali
sebelum berkembang ke seluruh Eropah.
ii.
Revolusi sains yg mencetuskan pemikiran saintifik dan meninggalkan
kepercayaan yg dianggap karut.
iii.
Peranan badan keagamaan / gereja / mubaligh
iv.
Pengiktirafan kerajaan yg mula sedar tentang kepentingan dan
manfaat jika rakyat berpendidikan.
v.
Perubahan dalam keperluan kerjaya yg mengkehendaki mereka yg
berpendidikan.
Kekangan bagi wanita Perancis dalam bidang pendidikan;
Berlaku kekangan pengelibatan golongan wanita dalam pendidikan. Hal ini
disebabkan oleh;

i.

Ketaksamaan gender: pendidikan yg diterima oleh kanak2 perempuan


adalah terhad berbanding lelaki.
Contoh 1: kanak2 perempuan tidak dibenarkan mempelajari sains dan
politik.
Contoh 2: Kanak2 perempuan dianggap lemah dan hanya sesuai
mempelajari hal berkaitan rumah tangga.

B.
PENDIDIKAN DI JERMAN
Pada abad ke-18, Raja Frederick II mewajibkan pendidikan rendah. Pendidikan
rendah ini merupakan kursus 8 tahun [kanak2 berumur 5 13 tahun]. Golongan
elit berpeluang mengikuti sekolah swasta selama 4 tahun di peringkat
menengah. Rakyat biasa pula hampir tidak berpeluang mengikuti pendidikan
menengah.
Pada tahun 1819, Jerman memperkenalkan sistem pendidikan 3
peringkat. Pendidikan ini menekankan sistem kawalan pemikiran @ minda.
Antara peringkat pendidikan yg diperkenalkan ialah;
i.
Sekolah realschule: menekankan pemikiran saintifik.
ii.
Sekolah volkschulen: kanak2 diajar tentang keharmonian dan
kepatuhan.
Ciri-ciri sistem pendidikan di Jerman ketika itu;
i.
Sistem pembacaan ayat secara keseluruhan bagi memudahkan ia dihafal.
ii.
Menggantikan sistem abjad pengajaran dengan bunyi @ fonetik. Oleh yg
demikian, kanak2 boleh membaca walaupun tidak memahami maksudnya.
iii.
Menekankan kehadiran wajib dan tadika mandatori, latihan keguruan,
kurikulum kebangsaan dan ujian peringkat nasional.
Pada tahun 1810, Pensijilan guru diperkenalkan untuk menaik taraf pengajaran.
Seterusnya, dalam tahun 1871, peperiksaan akhir, abitur diperkenalkan dan
menjadi syarat dalam profesion yg dipelajari atau perkhidmatan awam.
Selepas Jerman bersatu, persekolahan berpusat diperkenalkan. Lebih banyak
sekolah menengah ditubuhkan untuk melahirkan anak muda yg
berpendidikan. Kerajaan berkuasa mutlak dalam menyelia sekolah2 baru
ini. Terdapat 4 jenis sekolah menengah telah dibangunkan iaitu;

Kesimpulan

Perkembangan pesat pendidikan di Jerman dan Perancis telah melahirkan


masyarakat yang celik huruf dan berpengetahuan. Peningkatan kadar literasi

membolehkan masyarakat Eropah khususnya menguasai banyak bidang


pengetahuan sehingga menjadi negara yang pesat membangun.

You might also like