Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Hidup Dalam Cuaca Melampau

Haiwan hidup dalam pelbagai habitat. Sesetengah haiwan hidup di habitat yang
mempunyai cuaca yang melampau, sama ada sangat panas atau sangat sejuk.
Bahagian kutub bumi merupakan kawasan yang paling sejuk. Haiwan-haiwan yang
tinggal di sana mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas untuk melindungi diri daripada
cuaca sejuk. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang sejuk adalah seperti beruang
kutub, penguin, singa laut, walrus, musang artik dan ikan paus.

Berbulu Tebal

Beruang kutub dan musang artik mempunyai bulu tebal. Bulu yang tebal ini bertindak
seperti selimut untuk memerangkap lapisan udara yang akan menghalang haba
terbebas ke persekitaran.

Lapisan Lemak Yang Tebal

Singa laut, walrus, ikan paus dan penguin mempunyai lapisan lemak yang tebal di
bawah kulit. Lapisan lemak berfungsi sebagai penebat haba untuk mengurangkan
kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk.

Berhibernasi

Beruang, ular, cicak dan katak tidur sepanjang musim sejuk untuk mengurangkan
penggunaan tenaga.

Berhijrah

Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan seperti burung layang-layang dan
angsa akan berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Tabiat ini dapat mengelakkan diri
mereka daripada cuaca terlalu sejuk di kawasan asal mereka. Selain itu, kesukaran
untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan berhijrah.
Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.

Cuaca melampau boleh menjelaskan aktiviti haiwan. Dalam cuaca panas, masalah
utama yang dihadapi oleh haiwan ialah kehilangan banyak air. Oleh itu, haiwan
mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi diri daripada cuaca panas.

Unta mempunyai bonggol pada belakangnya untuk menyimpan makanan dan


air bagi membolehkannya hidup di gurun yang sangat panas dan kering.

Badak berkubang dalam lubang lumpur semasa cuaca panas.

Musang gurun mempunyai telinga yang panjang. Ciri ini membolehkan haba
terbebas daripada badan dengan mudah.

Kebanyakan haiwan gurun menyorok di tempat teduh atau di dalam lubang


bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik.
Haiwan ini akan keluar mencari makanan pada waktu malam.

Kesimpulannya, setiap haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan berkelakuan khusus


untuk membolehkannya terus hidup.

You might also like