Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Penubuhan Unit-unit

Kokurikulum

Faktor-faktor
yang mempengaruhi penubuhan
I. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal
dilantik)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan
sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira
aspek-aspek kepakara sedia ada daripada guru-guru itu
sendiri.
II. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah.
Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi
pelaksanaan program sukan di sekolah. Sekolah yang
mempunyai padang akan mempunyai kelebihan yang
banyak dalam menyusun atur program sukan khususnya
sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah
tersebut.

III. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah.


Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program
sukan di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat secara
menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di
sekolah. Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin
akan dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan
tersebut.
IV. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan
murid di sekolah.
Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah
sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah
berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran
masyarakat dalam komuniti tersebut.

V. Bilangan guru dan bilangan murid.


Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut.
Bilangan guru dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi
oleh bilangan murid yang menyertai kelab sukan tersebut.
Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan juga perlu
dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai.

Penubuhan Unit yang


Mempunyai Badan Induk
Persatuan yang mempunyai badan induk perlu mendapat
kebenaran, pengesahan dan pendaftaran daripada badan
induk persatuan berkenaan;
a. Pengetua, guru besar atau guru penasihat perlu
mengadakan perbincangan awal dengan badan induk
persatuan berkenaan;
b. Mengisi borang permohonan;
c. Menghantar borang permohonan kepada pegawai
yang mengendalikan badan induk berkenaan;
d. Membuat pendaftaran anggota peringkat dalaman
sementara menunggu kelulusan pendaftaran;
e. Memperoleh kelulusan atau sijil pendaftaran.
f. Mendaftar anggota secara rasmi kepada badan induk
berkenaan.

Perlembagaan dan Undang-undang


Setiap persatuan perlu mempunyai perlembagaan dan
peraturan atau undang-undang yang diluluskan dalam
mesyuarat agung.
Persatuan yang mempunyai badan induk menggunakan
perlembagaan yang dibuat oleh badan induk
berkenaan;
Fungsi perlembagaan dan peraturan ialah sebagai
panduan untuk menggerak dan melicinkan perjalanan
persatuan.
Juga sebagai tempat rujukan jika timbul sebagai
masalah.

Secara umumnya, perlembagaan pertubuhan


mengandungi :

Nama dan alamat pertubuhan


Matlamat
Keahlian
Jawatankuasa (bilangan, tugas)
Kewangan

Peranan Guru Penasihat


Memberi nasihat, panduan dan bimbingan;
Melaksana dan menentukan polisi Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah;
Menghadiri
mesyuarat;

dan

memberi

nasihat

dalam

Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada anggota,


terutama dalam badan beruniform; dan
Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah
dengan anggota persatuan.

Bidang Tugas Jawatankuasa


Pengerusi / Ketua Kumpulan :
Mengurus
dan
mentadbir
persatuan
mengikut
perlembagaan persatuan atau melaksanakan keputusan
mesyuarat;
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja;
Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan;
Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan

Naib Pengerusi / Penolong Ketua Kumpulan :


Membantu pengerusi atau ketua kumpulan dalam
pengurusan dan pentadbiran persatuan;
Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas
pengerusi semasa ketiadaan pengerusi;
Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan
diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

yang

Setiausaha:
Menyimpan pendaftaraan keanggotaan;
Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan
badan luar, pentadbir sekolah dan anggota persatuan;
Mengundang dan mengedar surat panggilan mesyuarat;
Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan
mengurus program;
Mencatat minit-minit mesyuarat;
Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan
diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

yang

Penolong Setiausaha:
Membantu
persatuan;
Menjalankan
setiausaha;

setiausaha
tugas

mentadbir

setiausaha

dan

mengurus

semasa

ketiadaan

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan


diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

yang

Bendahari:

Menyimpan rekod dan stok harta persatuan;


Memungut dan menyimpan penyata pembayaran yuran
anggota;

Memungut dan meyimpan penyata keluar masuk wang


persatuan;

Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan


persatuan;
Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan
diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

yang

Ketua Sekawan / Patrol / Biro:

Mengetuai

satu
kumpulan
kecil
anggota
bagi
melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut
sekawan/patrol/biro;

Menjaga kebajikan anak buah dalam kumpulan;


Menjadi perantara antara Pengerusi / Ketua Kumpulan,
Penolong Penasihat dan Guru Penasihat / Jurulatih dengan
anak buah. Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan;

Membantu

pengerusi dan setiausaha persatuan


melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut
perlembagaan persatuan.

You might also like