Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

PENGURUSAN PERNIAGAAN
DIPLOMA
SEMESTER 2
BPP 601
STAFF ADMINISTRATION
LAPORAN
STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE
PERMOHONAN CUTI
HAZIRA BINTI HASHIM
970804 10 6538
ENCIK MOHD HANAFI BIN JUNOH
29 JULAI 2015

PROFIL SYARIKAT
NATURAL FUEL SDN. BHD.

1.0 Penerangan Syarikat


Syarikat Natural Fuel Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang menjual makanan
serta barangan kesihatan yang telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan merupakan salah
satu kedai runcit yang menyediakan makanan serta barangan kesihatan yang pertama
di Malaysia.
Natural Fuel adalah sejenis kedai runcit yang terutamanya menjual makanan
kesihatan, makanan organik, makanan hasilan tempatan dan kadangkala pil - pil
suplemen. Kedai runcit Natural Fuel menawarkan pilihan yang lebih luas dan lebih
khusus bagi makanan berkhasiat daripada kedai-kedai runcit konvensional bagi para
pelanggan seperti atlet atlet dan para pembina badan, pelanggan yang mempunyai
keperluan pemakanan khas, seperti yang mempunyai alah kepada Gluten dalam
gandum atau beberapa bahan lain, atau mempunyai kencing manis, dan untuk sesiapa
yang memelihara diet diet seperti vegetarian, vegan, makanan mentah, organik, atau
diet alternatif serta cara pemakanan yang lain.
Syarikat kami beroperasi melalui kedai runcit. Pada tahun 2015, terdapat
sebanyak 102 kedai runcit Natural Fuel yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia
dan sebanyak 20 kedai runcit yang akan dibuka pada masa akan datang.

2.0 Objektif Syarikat


2.1 Membantu rakyat Malaysia bagi mempunyai gaya hidup yang sihat.
2.2 Mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran para pelanggan tentang cara dan
kebaikan pengambilan makanan makanan yang berkhasiat.
2.3 Mewujudkan industri makanan dan barangan kesihatan.
2.4 Menjadi alternatif penyelesaian kepada masalah masalah kesihatan yang
sederhana.

3.0 Visi Syarikat


3.1 Menjadi sebuah syarikat yang berkeuntungan lumayan dan berada di antara syarikat
pengeluaran makanan berkhasiat yang terbesar di Malaysia.
3.2 Dapat menampung pelbagai keperluan pelanggan pelanggan yang memelihara dan
mementingkan kesihatan serta membantu sesiapa sahaja yang mempunyai penyakit
atau masalah kesihatan dalam menjaga dan mengawalinya.
3.3 Memperkembangkan lokasi kedai kedai runcit Natural Fuel ke serata negara agar
setiap rakyat Malaysia mempunyai akses dan peluang kepada produk produk
kami.

4.0 Misi Syarikat


4.1 Sentiasa berusaha hari demi hari untuk menambah dan mempelbagaikan barangan
dan makanan berkhasiat.
4.2 Mengoperasi setiap kedai runcit Natural Fuel dengan sempurnanya dengan
menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan produk produk yang bermutu tinggi.
4.3 Menambah bilangan pelanggan dengan sering mengadakan promosi dan jualan
murah serta meletak harga yang berpatutan pada produk produk.

Syarikat Natural Fuel Sdn. Bhd.


Standard Operational Procedure
Permohonan Cuti

1.0 Tujuan
Tujuan penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) Permohonan Cuti
adalah sebagai panduan kepada pegawai dan kakitangan Syarikat Natural Fuel Sdn.
Bhd. dalam membuat permohonan cuti secara rasmi kepada bahagian sumber manusia
syarikat.

2.0 Terma & Syarat Permohonan Cuti


2.1 Semua anggota kerja akan diberi cuti bergaji penuh pada semua hari kelepasan am
yang diwartakan atau diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
di mana anggota kerja berkenaan ditempatkan;
2.2 Anggota kerja adalah dikehendaki bertugas pada hari kelepasan am atau hari rehat
sekiranya diperlukan oleh syarikat. Anggota kerja yang bekerja pada hari kelepasan
am atau hari rehat akan mendapat gantian seperti berikut:a. Anggota kerja diberi cuti tanpa rekod mengikut jumlah hari kelepasan am
atau hari rehat anggota kerja bekerja;
b. Cuti tanpa rekod bagi menggantikan jumlah hari kelepasan am atau hari
rehat anggota kerja berkenaan bekerja, boleh diambil pada hari bekerja
berikutnya. Penyelia atas budibicaranya boleh membenarkan anggota kerja
berkenaan mengambil cuti tanpa rekod tersebut pada hari lain; dan
c. Anggota kerja Kumpulan Bukan Eksekutif boleh memilih untuk cuti tanpa
rekod atau bayaran elaun lebih masa pada tarikh yang berkenaan.
2.1 Kelulusan bagi cuti kelepasan am yang tidak diwartakan adalah atas budibicara
Natural Fuel Sdn. Bhd. Semua anggota kerja akan dimaklumkan tentang cuti
tersebut;
2.2 Sekiranya sesuatu hari kelepasan am itu jatuh pada hari seseorang anggota kerja itu
sedang dalam cuti tahunan, anggota kerja berkenaan akan menerima satu hari cuti
tambahan bagi setiap hari kelepasan am dan akan dikira sebagai tambahan kepada
cuti tahunannya dan;
2.3 Jika sesuatu hari kelepasan am jatuh pada off day, tiada gantian bagi hari kelepasan
am tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya sesuatu hari kelepasan am itu jatuh
pada hari rehat anggota kerja, hari kerja berikutnya adalah hari kelepasan am bergaji
sebagai menggantikannya.

3.0 Jadual Proses Tindakan Permohonan Cuti

Langkah

Tindakan

Tanggungjawab

Permohonan cuti oleh anggota kerja melalui


Leave Management System (LMS)

Langkah 1

a) Anggota kerja seksyen berkenaan perlu


membuat permohonan Cuti Tanpa Gaji/
Separuh Gaji / Cuti Menjaga Anak melalui
Sistem Pengurusan Cuti (LMS). Sekiranya
LMS tidak boleh digunakan pada masa cuti
diperlukan,
anggota
kerja
perlu
mengemukakan permohonan menggunakan
borang Permohonan Cuti Tanpa Gaji /
Separuh Gaji (QSF15-424-01).

Anggota Kerja

Penerimaan permohonan

Langkah 2

a) Ketua menerima permohonan Cuti Tanpa


Gaji/Separuh Gaji dan Cuti Menjaga Anak
beserta dokumen sokongan. Permohonan
mestilah disokong oleh Pengurus /
Pengurus Kanan / Pengurus Besar /
Pengurus Besar Kanan pemohon.

Ketua Unit

Semakan Permohonan

Langkah 3

a) Eksekutif/Pembantu Tadbir menyemak


maklumat berkaitan Cuti Tanpa Gaji/Cuti
Separuh Gaji dan Cuti Menjaga Anak yang
dipohon dan pembiayaan (jika ada). Semak
dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan
Natural Fuel Sdn. Bhd serta lain-lain
panduan yang berkaitan untuk memastikan
kelayakan cuti yang boleh diluluskan.

Eksekutif / Pembantu
Tadbir

Penyediaan dokumen kelulusan cuti


Pembantu Tadbir menyediakan dokumen untuk
kelulusan cuti seperti berikut :

Langkah 4

a) Perkiraan Cuti Tanpa Gaji untuk


menyemak kelayakan Cuti Tanpa Gaji dan
memastikan samada pemohon telah
mengambil
cuti
tahunan
melebihi
kelayakan ataupun tidak.
b) Surat jawapan permohonan.
c) Penyata Perubahan Gaji bagi Cuti Tanpa
Gaji / Cuti Separuh Gaji yang diluluskan.
Sekiranya pemohon telah mengambil cuti
tahunan melebihi kelayakan, Penyata
Perubahan Gaji yang berkaitan juga perlu
disediakan.
Semakan dan kelulusan cuti
a) Eksekutif menyemak dokumen kelulusan

Pembantu Tadbir

4.0 Action Steps Table

Langkah

Tindakan

Anggota kerja memohon cuti melalui LMS

Ketua unit menerima permohonan cuti tersebut

Eksekutif/Pembantu tadbir menyemak permohonan cuti tersebut

Pembantu tadbir menyediakan dokumen kelulusan cuti

Ketua/Eksekutif menyemak dan meluluskan cuti tersebut

Pembantu tadbir menyalin dan mengedarkan dokumen cuti

Pembantu tadbir merekod maklumat cuti tersebut

Pembantu tadbir memfailkan dokumen cuti

5.0 Carta Alir


Tanggungjawab

Prosedur

Dokumen/Rujukan

Mula

Memohon cuti melalui LMS


Anggota Kerja

Ketua Unit

Eksekutif/Pembantu
Tadbir

Pembantu Tadbir

Ketua/Eksekutif

Pembantu Tadbir

LMS
/
Borang
Permohonan
Cuti
Tanpa Gaji / Separuh
Gaji (QSF15-424-01)

Menerima permohonan cuti

Menyemak permohonan cuti

Menyediakan dokumen kelulusan


cuti

Menyemak dan meluluskan cuti

Menyalin dan mengedarkan


dokumen cuti

Terma dan syarat


perkhidmatan Syarikat
Natural Fuel Sdn. Bhd.

Merekod maklumat cuti

Pembantu Tadbir

Memfailkan dokumen cuti

Fail Cuti Pemohon


Natural Fuel Sdn. Bhd
103//2
Fail Cuti Tanpa Gaji
HR 424/1/9

Pembantu Tadbir

Fail Cuti Separuh Gaji


HR 424/1/10
Fail Peribadi Pemohon
Natural Fuel Sdn. Bhd.
Service 103//1

Tamat

6.0 Penafian
This manual is the sole property of Natural Fuel Sdn. Bhd and all or any part of this manual
shall not be copied, reproduced, stored in any retrieval system, transmitted in any
form or by means of electronic or system without prior approval
from the Management of the company.

7.0 Perakuan
Butiran
Nama
Jawatan
Tandatangan
Tarikh

Disediakan oleh

Diluluskan oleh

Hazira Hashim

Mohd Hanafi bin Junoh

Pegawai Sumber Manusia

Ketua Sektor

You might also like