Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KITA, NIAH

LAPORAN PROGRAM KEM MEMBACA 2015


Tarikh Perlaksanaan : 21 Hingga 23 April 2015 (3 Hari)
1.0

Pengenalan

Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Abd Wahab Ibrahim berkata
hasil kajian mendapati budaya membaca rakyat negara ini berada pada tahap
memberangsangkan, namun masih belum mencapai sasaran dua puluh buku seorang
setiap tahun. Kajian MBKM mendapati seorang rakyat negara ini hanya membaca sebelas
buku sahaja setahun dan ini adalah normal untuk sebuah negara membangun. Namun
berbanding negara maju, rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan. Dengan itu, sekolah
pemupuk budaya membaca. Proses membaca berlaku di sekolah dan guru merupakan
sumber utama yang mampu memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.
2.0

Objektif
a) Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai penggerak utama dalam
membudayakan amalan membaca.
b) Memudahkan akses bahan bacaan di dalam dan luar pusat sumber.
c) Memupuk budaya membaca dan minat membaca dalam kalangan warga
sekolah.

3.0

Strategi Pelaksanaan

Pada 15 April 2015, Mesyuarat Jawatankuasa Program telah dilaksanakan bagi


mengenal pasti keperluan dan perancangan program. Jawatankuasa Pusat Sumber
Sekolah, ketua panitia subjek Bahasa Malaysia dan Pendidikan Seni Visual telah mengikuti
mesyuarat tersebut bagi mengenal pasti tarikh, aktiviti dan pembentukan jawatankuasa kerja
mengikut keperluan program.
Pada 16 April 2015 kertas kerja telah disediakan dan dihantar kepada GPK 1, Puan
Nur Fathin Nadhirah binti Abdullah bagi mendapat kelulusan. Beberapa pertandingan telah
dianjurkan memastikan objektif-objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya.
Perbincangan dengan penyelaras program, Cik Nur Adibah binti Harun telah diadakan
beberapa kali bagi memastikan program ini berjalan dengan sepenuhnya walaupun di
minggu peperiksaan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:i.
ii.
iii.

Program 10 Minit Cerna Minda ( Tahap 1 dan 2)


Pertandingan Mewarna Kulit Buku ( Tahap 1 )
Pertandingan Mengarang Sinopsis Buku ( Tahap 2 )

Pada 20 April 2015, taklimat tentang pertandingan dan aktiviti yang dijalankan kepada
murid disampaikan secara ringkas di semasa perhimpunan bagi memaklumkan
jawatankuasa kerja serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan kepada guru-guru serta muridmurid. Laporan program disediakan oleh setiausaha untuk diserahkan kepada guru besar
serta penyelaras program. Hal ini bertujuan untuk memaklumkan tentang kekuatan,

kelemahan dan cadangan penambahbaikan bagi setiap aktiviti dan pertandingan yang telah
dijalankan.
PROGRAM 10 MINIT CERNA MINDA
Kekuatan
1) Program ini dapat menyemai amalan membaca dalam kalangan murid dengan
menetapkan masa khas untuk membaca.
2) Selain itu, penggunaan sumber bacaan daripada perpustakaan dapat
dimaksimumkan untuk keperluan murid.
Kelemahan
1) Semasa program ini berlangsung, terdapat murid yang terlupa membawa bahan
bacaan masing-masing dengan alasan tidak ingat.
2) Terdapat kelas yang lewat memulakan program kerana makan terlalu lama.
Cadangan Penambahbaikan
1) Guru-guru mata pelajaran sebelum waktu rehat perlu diingatkan untuk melepaskan
murid tepat pada waktunya untuk melancarkan program ini.
2) Program ini diteruskan pada tahun yang akan datang dengan melibatkan
keseluruhan warga sekolah.

PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU


Kekuatan
1) Guru-guru memperkenalkan kulit buku yang mengandungi tajuk dan nama penulis.
2) Murid-murid berasa seronok dengan aktiviti mewarna dan fokus menyiapkannya.
3) Sambutan yang sangat baik dari guru dan murid-murid menyebabkan objektif
pertandingan ini tercapai.
Kelemahan
1) Kulit buku yang diberikan kurang menarik kerana tidak terdapat banyak gambar yang
boleh diwarnakan.
Cadangan Penambahbaikan
1) Penganjur perlu mencari kulit buku yang mempunyai gambar yang lebih menarik agar
murid-murid ini akan menggunakan pelbagai warna di samping berasa seronok.
2) Dengan itu, cadangan agar membuat salinan berdasarkan kulit buku yang sedia ada di
perpustakaan. Kulit buku tersebut boleh diubahsuai dalam bentuk hitam putih.

PERTANDINGAN MENGARANG SINOPSIS BUKU


Kekuatan
1) Pertandingan ini menguji kemampuan mengarang murid berdasarkan penguasaan
bahasa masing-masing.
2) Murid-murid diterapkan kemahiran menulis sesuai dengan galakkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis.

Kelemahan
1) Murid menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan untuk dikarang kerana bahan
bacaan di kelas terhad.
2) Tempat pertandingan yang berbeza menyebabkan berlakunya banyak kekurangan
informasi mengenai pertandingan.
Cadangan Penambahbaikan
1) Murid-murid Tahun 4 dan 5 dikumpulkan di satu tempat yang sama untuk
pertandingan ini. Ini memudahkan pengurusan pembahagian borang dan
pengumpulan jawapan sinopsis.
2) Guru-guru yang terlibat perlu diingatkan semula dari masa ke semasa mengenai
pertandingan yang dijalankan.

4.0

Kesimpulan

Alhamdulillah, syukur kehadrat Tuhan yang maha Esa kerana program ini telah dapat
dilaksanakan. Walaupun program tidak dapat dijalankan sebaik yang dirancangkan, namun
pihak Pusat Sumber Sekolah telah mendapat kerjasama yang erat daripada guru-guru serta
para pengawas Pusat Sumber Sekolah. Seterusnya, pengalaman dan pengetahuan yang
diperoleh dalam mengendalikan program ini amat bermanfaat untuk program akan datang
kelak.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

___________________________

____________________________

(NUR ADIBAH BINTI HARUN)

(EN. KADIR BIN HJ YAAKUP)

Setiausaha,

Guru Besar,

Program Kem Membaca 2015

SK Kita, Niah

You might also like