MINGGU 11 - Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Galurkan proses

pembentukan
perlembagaan Malaysia

Disediakan oleh:
Choo Wan Hwa
Low Jia Yan
Han Ming Hui
Sharon Lai Sin Yee

PENGENALAN
Konsep perlembagaan secara umumnya
merujuk
kepada
satu
dokumen
yang
mengandungi himpunan undang-undang dasar
tentang prinsip-prinsip asas yang dianggap
penting untuk pemerintahan dan pentadbiran
sesebuah negara
Perlembagaan
menyatakan
secara
jelas
pembahagian kuasa antara semua badan
dengan
institusi
yang
terlibat
dengan
pemerintahan dan pentadbiran negara itu,
serta bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan.

JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
bertulis:
undang-undang
perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam
satu kanun atau naskhah. Perlembagaan jenis ini
sukar dipinda, kecuali wujud peruntukan tertentu
dalam perlembagaan itu yang membolehkan pindaan
tersebut dilakukan.
Perlembagaan tidak bertulis: perlembagaan yang
semua prinsip undang-undang perlembagaan tidak
terkumpul dalam satu kaknun atau naskhah, tetapi
terkandung dalam adat resam dan tradisi, keputusan
mahkamah, akta Parlimen dan pandangan para
ilmuan undang-undang yang terkemuka. Contoh
negara ialah United Kingdom

PERANAN PERLEMBAGAAN
Menentukan
cara
pemerintahan
sesebuah
negara
Membataskan bidang kuasa pemerintah
Menetapkan bentuk sistem kerajaan yang
diamalkan
Menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada
rakyat
Perlembagaan digubal untuk menjadi panduan
tentang corak pemerintahan, sistem politik dan
pentadbiran negara, serta memberikan jaminan
perlindungan kepada rakyat.

PROSES KEPADA PEMBENTUKAN


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Cadangan Suruhanjaya Reid 1956


Memorandum Perikatan dan Tolak
Ansur antara Kaum (1956-1957)
Perlembagaan
Melayu 1957

Persekutuan

Tanah

CADANGAN
SURUHANJAYA REID 1956
Sebuah suruhanjaya khas yang
ditubuhkan oleh kerajaan British
pada bulan Mac 1956
Sebagai usaha ke arah kemerdekaan
Tanah Melayu

Dipengerusikan oleh Lord Reid dari


Britain dan dianggotai oleh pakarpakar perlembagaan dari negaranegara Komanwel iaitu Sir Ivor
Jennings, Sir William Mckell, Hakim B.
Malik dan Hakim Abdul Hamid
Tujuan penubuhan suruhanjaya
ini adalah untuk menggubal satu
perlembagaan
bagi
Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka.

Perlembagaan adalah berdasarkan syarat-syarat


berikut:
1. Membentuk sebuah negara persekutuan
dengan kerajaan pusat yang kuat
2. Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja
Melayu sebagai pemerintah berlembagaan di
negeri masing-masing
3. Memelihara
kedudukan
istimewa
orang
Melayu serta hak-hak yang sah kaum-kaum
yang lain
4. Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang
seragam
5. Menubuhkan sebuah negara yang berasaskan
prinsip- prinsip demokrasi

MEMORANDUM PERIKATAN DAN TOLAK ANSUR


ANTARA KAUM 1956-1957

Suruhanjaya Reid telah menerima 131


memorandum secara bertulis yang mewakili
pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.
Dua memorandum yang amat penting
dalam
mempengaruhi
penggubalan
Perlembagaan
Persekutuan
ialah
memorandum daripada Perikatan dan rajaraja Melayu.

Dua ciri penting yang terkandung


dalam Memorandum Parti Perikatan
ialah pengekalan 4 unsur tradisi
Melayu yang diwarisi dari zaman
prapenjajahan, iaitu institusi beraja,
agama Islam, bahasa Melayu dan
kedudukan istimewa orang Melayu
yang diimbangi oleh pengiktirafan hak
kaum bukan Melayu untuk diterima
menjadi
warganegara
Persekutuan
Tanah Melayu yang berasaskan prinsip
jus soli.

Suruhanjaya Reid telah memperakui


sebahagian besar daripada cadangan
yang terkandung dalam Memorandum
Parti Perikatan itu dalam menggubal
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan itu dianggap terbaik dalam
memenuhi aspirasi penduduk di Tanah
Melayu
yang
dihasilkan
menerusi
rundingan, permuafakatan dan tolak
ansur antara pemimpin yang mewakili
pelbagai kaum.

Memorandum Parti Perikatan yang


lebih dikenali sebagai Pakatan
Murni
dilihat
sejajar
dengan
ketetapan kerajaan British yang
hanya
akan
memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu
jika penduduk berbilang kaum sedia
untuk bekerjasama dan mewujudkan
perpaduan terlebih dahulu.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1957

Struktur kerajaan Persekutuan Tanah


Melayu mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Ketua Negara ialah YDP Agong
yang dipilih dalam kalangan 9 orang
raja-raja Melayu yang memegang
jawatan itu untuk tempoh 5 tahun

2.

Ketua Kerajaan ialah Perdana


Menteri yang
dilantik
dalam
kalangan parti yang mempunyai
bilangan
anggota majoriti dalam
Dewan Rakyat.
Perdana Menteri akan mengetuai
sebuah Kabinet sebagai badan
pemerintah yang tertinggi.

3. Sebuah badan perundangan pada


peringkat pusat yang mengandungi dua
dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
4. Ketua perlembagaan pada peringkat
negeri ialah Sultan atau Gabenor,
manakala Ketua Kerajaan ialah Menteri
Besar atau Ketua Menteri.
5. Setiap negeri mempunyai sebuah Dewan
Undangan Negeri yang dipilih melalui
pilihan raya untuk tempoh 5 tahun

Perlembagaan ini juga memperuntukkan beberapa


syarat untuk membolehkan kaum bukan Melayu
diberi taraf kewarganegaraan, iaitu:
1. Mereka yang telah menjadi warganegara
Persekutuan sebelum Hari Merdeka
2. Mereka yang dilahirkan di Persekutuan pada
atau selepas Hari Merdeka
3.
Mereka yang berumur 18 tahun ke atas,
dilahirkan
di
Persekutuan
dan
telah
bermaustatin selama 5 tahun daripada 7
fffffftahun terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa
ffffffMelayu dan mengangkat sumpah setia.

Mereka yang berumur 21 tahun ke


atas
dan
dilahirkan
di
luar
Persekutuan, tetapi bermaustatin 8
tahun daripada 12 tahun yang
terdahulu, boleh bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengangkat
sumpah taat setia.

Peruntukan
tentang
bahasa
adalah
seperti berikut:
1. Bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan.
Pembelajaran
dan
penggunaan bahasa ibunda kaum-kaum
kk lain secara umumnya tidak dilarang.
2. Bahasa Inggeris terus digunakan dalam
semua urusan rasmi kerajaan untuk
tempoh 10 tahun selepas merdeka.

Berhubung dengan agama Islam dan kedudukan


istimewa orang Melayu, perlembagaan telah
memperuntukakan bahawa:
1.
Agama Islam adalah agama rasmi
Persekutuan,
tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan
dengan
bebas
di
aman-mana
bahagian dalam Persekutuan.
2. Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin
oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan
pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota
dalam perkhidmatan awam dan perkhidmtan lain
serta keutamaan dalam pemberian biasiswa,
lesen perniagaan dan bantuan kerajaan yang lain.

RUMUSAN
Perlembagaan persekutuan telah digubal
berasaskan semangat permuafakatan dan
tolak
ansur
antara
kaum
yang
menggabungkan
unsur-unsur
tradisi
Melayu
sebagai
penduduk
peribumi
dengan
diimbangi
oleh
pemberian
kewarganegaraan kepada kaum-kaum lain,
serta ciri-ciri moden seperti amalan
demokrasi Parlimen yang diterapkan ke
dalam sistem pemerintahan negara.

You might also like