Mengukur Keberkesanan Sekolah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Mengukur keberkesanan sekolah: Satu perspektif daripada kerangka konsep

The Balanced Scorecard


Dr Rusmini bt Ku Ahmad
Pensyarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Abstrak
Perubahan persekitaran yang dinamik serta tuntutan masyarakat yang pelbagai terhadap
sekolah menjadikan pengurusan di sekolah semakin mencabar. Bagi meningkatkan dan
mengekalkan keberkesanan, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan
pengurusan seharian. The Balanced Scorecard merupakan satu daripada kerangka
pengurusan yang begitu meluas digunakan dalam syarikat-syarikat perniagaan dan boleh
juga diaplikasikan dalam sektor awam dan sekolah. Oleh itu artikel ini mencadangkan
penggunaan Balanced Scorecard sebagai alat pengukuran prestasi keberkesanan sekolah
yang lebih praktikal dan seimbang bagi menangani perubahan yang tidak menentu serta
tuntutan masyarakat yang pelbagai.

Pengenalan

Keberkesanan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya konsep ini


bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap
apa yang dikehendaki daripada sekolah. Tinjauan literatur kajian kebanyakannya
memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur utama
keberkesanan sekolah. Namun terdapat juga aspek-aspek lain yang diberi perhatian
mengikut kepentingan golongan masing-masing (Sergiovanni, 2001). Mengikut
pandangan ibubapa selain daripada kecemerlangan akademik, aspek keprihatinan guru
terhadap pelajar, keselamatan di sekolah serta kerjasama antara ibubapa dan sekolah
diberi penekanan. Bagi pelajar, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang
memberikan peluang yang sama, mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan
harmonis serta mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi

pembelajaran dan kreativiti. Pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar


yang seimbang, komunikasi yang baik di kalangan staf, program perkembangan staf
yang berterusan dan persekitaran kerja yang baik (Garbutt, 1996). Daripada
pandangan yang telah dikemukakan, jelas bahawa sekolah mempunyai tuntutan yang
pelbagai daripada masyarakat. Untuk itu sekolah harus berperanan sebagai organisasi
yang dinamik dan menggunakan strategi serta amalan-amalan pengurusan yang
bersesuaian dalam menangani cabaran dan memenuhi tuntutan pelbagai pihak.

Isu-isu sekolah berkesan

Perubahan persekitaran dan ekonomi pada masa kini memerlukan sekolah melahirkan
pelajar-pelajar yang boleh bersaing dan memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat
apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Kesan daripada fenomena ini sistem
pengurusan sekolah mesti mempunyai organizational capacity untuk menentukan
pelajar-pelajar yang dihasilkan dapat mencapai satu tahap piawaian yang tinggi
selaras dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat. Sekolah harus
menyediakan persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang mantap dan amalanamalan pengurusan yang akan membawa kepada kecemerlangan organisasi.
Persoalannya adakah sekolah bersedia dengan strategi-strategi tertentu untuk
meningkatkan keberkesanan dan memperolehi kecemerlangan? Laporan Jemaah
Nazir suku tahun pertama tahun 2000 telah memaparkan realiti bahawa lebih kurang
57% sekolah-sekolah yang mampu mempamerkan pengurusan yang baik serta
menyediakan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran
sementara sekolah-sekolah lain menunjukkan prestasi pada peringkat sederhana dan
selebihnya pada peringkat lemah (Laporan Jemaah Nazir, 2001). Dalam konteks

penguasaan dan pembudayaan ICT, kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik
daripada Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap program rintis
Sekolah Bestari mendapati hanya 23.9% daripada pengetua sekolah bestari
mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perlaksanaan program rintis
Sekolah Bestari (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Dapatan yang sama juga
didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh Baharom Mohamad (2002), yang
meninjau tentang persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan
pengetua dan guru besar dalam celek komputer di sekolah-sekolah di negeri Johor.
Hasil kajian menunjukkan peratusan guru yang mempunyai tahap kepuasan kerja
terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar mereka adalah
rendah iaitu 24% bagi guru sekolah rendah dan 29.4% bagi guru sekolah menengah.
Berdasarkan kepada dapatan-dapatan ini, sekolah perlu banyak memberikan tumpuan
kepada budaya peningkatan ilmu dan kemahiran terkini pemimpin serta guru, strategi
dan amalan-amalan pengurusan yang mempengaruhi perkembangan sosial dan moral
pelajar-pelajar, amalan-amalan guru serta sistem kepercayaan warga sekolah yang
merupakan intipati penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.

Strategi meningkatkan keberkesanan sekolah

Tinjauan literatur menunjukkan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai


faktor. Daripada kajian awal mengenai keberkesanan sekolah mendapati latar
belakang sosioekonomi keluarga amat mempengaruhi pencapaian akademik murid
(Bloom, 1964; Coleman,1966; Jencks, 1971). Berdasarkan tinjauan kajian-kajian awal
mengenai keberkesanan sekolah, para pengkaji dan penggubal polisi pendidikan
mempunyai pandangan yang pesimis tentang pengaruh sekolah terhadap kejayaan

murid. Namun begitu bermula tahun 1980 an gambaran terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid semakin berubah. Sekolah dianggap mempunyai
hubungan dengan kualiti pembelajaran. Pengkaji-pengkaji sekolah berkesan mula
menggunakan strategi yang lebih baik dan sesuai bagi membuktikan bahawa sekolah
menyumbang kepada kejayaan murid. Kebanyakan dapatan menunjukkan pengaruh
pemimpin sekolah merupakan faktor signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan
sekolah. Di samping faktor kepimpinan, faktor persekitaran dan budaya sekolah,
jangkaan yang tinggi terhadap pencapaian serta penilaian yang kerap dilakukan juga
membantu meningkatkan pencapaian murid. (Brookeover, 1979; Edmonds, 1979;
Mortimore, 1995). Terdapat juga pengkaji yang berpendapat pengaruh persekitaran
atau lokasi sekolah mempengaruhi pencapaian akademik murid (Rozenholtz, 1989;
Ramaiah, 1995). Keberkesanan sekolah juga mempunyai hubungan dengan kebolehan
sedia ada murid seperti sekolah-sekolah berasrama penuh yang mempunyai muridmurid yang terpilih dari segi pencapaian akademik walaupun proses pengajaran dan
pembelajaran kurang berkesan (Sharifah, 2000). Terdapat juga andaian bahawa
budaya sekolah berkesan dipengaruhi oleh perbezaan budaya bangsa seperti budaya
sekolah kebangsaan dan budaya sekolah jenis kebangsaan (Ghazali Othman, 2001).
Para pengkaji juga mendapati sumber-sumber organisasi seperti sumber kewangan,
peralatan komputer serta kemudahan-kemudahan sekolah yang lain mempunyai
korelasi dengan pencapaian murid (Hedges, Laine, Greenwalds, 1994; Tribus, 1996).
Walaupun kecemerlangan dan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor
seperti faktor sosioekonomi, lokasi sekolah, sumber kewangan, peralatan yang
mencukupi serta tahap kebolehan sedia ada murid namun pihak sekolah harus optimis
dalam mengaplikasikan amalan-amalan pengurusan dan strategi sekolah bagi
menjamin keberkesanannya. Antara strategi yang boleh diaplikasikan dalam amalan-

amalan pengurusan ialah pengukuran prestasi sekolah. Menurut Anne Story (2002),
bagi mengekalkan dan meningkatkan keberkesanan sekolah, sistem pengukuran
prestasi harus diamalkan oleh warga sekolah sebagai satu strategi pengurusan.
Matlamat

utama

menggunakan

sistem

pengukuran

prestasi

adalah

untuk

meningkatkan prestasi organisasi. Sistem pengukuran yang baik akan membantu


organisasi mencapai kecemerlangan melalui lima cara (Mike Bourne; Pipa Bourne,
2002).

i. Memantapkan prestasi
Pengukuran prestasi akan dapat memantapkan keberkesanan dan prestasi sekolah.
Melalui sistem pengukuran ini, sekolah dapat menilai prestasi masa lalu, mengenal
pasti prestasi keadaan semasa, kekuatan dan kelemahan serta mensasarkan prestasi
pada masa akan datang. Melalui sistem pengukuran prestasi juga sekolah dapat
mengekalkan kelebihan daya saing serta menjamin kecemerlangan dan memantapkan
prestasi sekolah.

ii. Menjelaskan hala tuju


Melalui pembinaan set kriteria pengukuran, semua warga sekolah akan dapat
menyedari perkara-perkara penting dan patut diberi perhatian serta usaha. Sistem
pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai
pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik sekolah.
Melalui komitmen pihak sekolah terhadap pengukuran ianya akan dapat membentuk
satu budaya yang mementingkan pencapaian iaitu setiap individu tidak lagi bekerja
tanpa hala tuju tetapi tahu apa yang diharapkan daripada mereka dan dapat melihat
peningkatan prestasi sekolah hasil daripada sumbangan mereka.

iii. Memfokuskan tindakan dalam bidang yang penting


Sistem pengukuran prestasi merupakan sistem yang membantu sekolah dalam
menentukan tindakan yang perlu diambil. Sistem pengukuran merupakan sesuatu
yang dinamik. Pengukuran secara tekal akan dapat membantu sekolah mengenal pasti
perkara-perkara yang menjadi menghalang kepada keberkesanannya. Oleh itu
tumpuan dapat diberikan kepada perkara-perkara penting yang menjadi teras kepada
kecemerlangan sekolah dan keberkesanan sekolah.

iv. Membantu pembelajaran


Mengaplikasi sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah mengenal
pasti kesesuaian strategi yang telah diimplementasikan dan tindakan yang perlu
diambil. Pengukuran seharusnya memberikan maklumat mengenai strategi yang telah
dijalankan akan tetapi ianya harus dilihat semula dan menggunakan pengukuran untuk
membantu pembelajaran.

v. Mempengaruhi tingkah laku


Bagi mempengaruhi tingkah laku staf, sistem pengukuran prestasi yang sesuai harus
dibina. Ini dapat memotivasikan staf ke arah matlamat organisasi. Kegagalan
menghasilkan sistem pengukuran yang betul akan memberikan kesan yang tidak baik
kepada prestasi organisasi. Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada
perkara-perkara yang tidak produktif dan merugikan masa.

Keseluruhannya sistem pengukuran prestasi akan memberikan kesan kepada


organisasi. Ianya dapat membantu dan menumpukan perhatian terhadap matlamat,
membina budaya mementingkan pencapaian, menentukan pemacu-pemacu kepada

prestasi organisasi, memberikan fokus kepada pemacu prestasi dan mengenal pasti
lebih awal faktor-faktor yang menghalang kepada keberkesanan organisasi. Oleh itu
bagi menjamin keberkesanan sekolah sistem pengukuran prestasi harus dilakukan.
Sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah memantapkan prestasi
serta berupaya memenuhi kehendak pelbagai pihak.

Kerangka konsep The Balanced Scorecard

Matlamat

utama

menggunakan

sistem

pengukuran

prestasi

adalah

untuk

meningkatkan keberkesanan sekolah. Pengukuran prestasi sekolah harus dijadikan


amalan dalam pengurusan. Kaedah ini boleh diimplementasikan dalam bidang
akauntabiliti kewangan, pencapaian akademik pelajar, pengurangan masalah disiplin,
proses pengajaran dan pembelajaran, peningkatan profesionalisme guru dan
sebagainya. Bagi memudahkan pengukuran prestasi sekolah dilakukan, strategistrategi yang dirancang untuk mencapai misi dan visi oleh pihak sekolah mestilah
dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur. Satu pendekatan yang dapat membantu
pengurus sekolah mengukur dan menukarkan strategi kepada tindakan adalah melalui
penggunaan kerangka konsep The Balanced Scorecard. Konsep ini telah
diperkenalkan oleh Robert Kaplan dan David Norton dalam Harvard Business Review
pada tahun 1992. The Balanced Scorecard merupakan kerangka pengurusan yang
telah diperkenalkan kepada organisasi-organisasi perniagaan sebagai satu pendekatan
untuk mengukur prestasi organisasi. Kerangka Balanced Scorecard ini memberikan
fokus kepada empat perspektif utama iaitu perspektif kewangan, perspektif
pelanggan, perspektif proses dalaman dan perspektif pembelajaran dan pertumbuhan
seperti rajah 1:

Perspektif
Kewangan

Perspektif
Pelanggan

Visi
&
Strategi

Perspektif Proses
Dalaman

Perspektif
Pembelajaran dan
Pertumbuhan

Rajah 1: Empat Perspektif Asas Konsep Balanced Scorecard

Perspektif-perspektif di dalam kerangka ini bertujuan untuk menghubungkait antara


kawalan operasi jangka pendek dengan strategi dan visi jangka panjang organisasi
perniagaan. Melalui pendekatan ini tumpuan organisasi perniagaan hanya kepada
beberapa perspektif utama. Walaupun fokus utama organisasi perniagaan ialah kepada
perspektif kewangan namun perspektif penentu-penentu yang lain seperti perspektif
pelanggan, proses dalaman dan inovasi diberi tumpuan yang sama bagi menjamin
keberkesanan organisasi pada masa akan datang (Hassan Jantan 2002). Kerangka
konsep The Balanced Scorecard menjelaskan bahawa pengukuran kewangan tidak
memberikan gambaran sebenar mengenai faktor-faktor yang membawa kepada
keberkesanan organisasi. Oleh itu model ini adalah sesuai untuk diimplementasikan
pada organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Menurut Niven (2003),
perbezaan yang jelas bagi kerangka konsep The Balanced Scorecard organisasi
bukan berasaskan keuntungan dengan organisasi perniagaan ialah kedudukan

perspektif pelanggan pada bahagian atas kerangka konsep The Balanced Scorecard
seperti rajah 2.

Misi

Perspektif
Pelanggan

Perspektif
Kewangan

Strategi

Perspektif Proses
Dalaman

Perspektif
Pembelajaran dan
Pertumbuhan

Rajah 2: Perspektif Konsep Balanced Scorecard bagi Sektor Awam

Dengan memenuhi kehendak pelanggan, misi organisasi akan tercapai. Berbeza pula
dengan sektor perniagaan, iaitu kewangan menjadi indikator kepada stakeholder
mengenai prestasi organisasi. Namun begitu tiada organisasi yang akan beroperasi
dengan cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan tanpa faktor kewangan.
Ukuran kewangan bagi sektor awam dan organisasi bukan keuntungan dapat dilihat
sebagai pemangkin atau sebaliknya sebagai kekangan. Organisasi awam akan dilihat
sebagai organisasi yang berjaya mengurus kewangan apabila membelanjakan

peruntukan yang diberikan tanpa berlebihan ataupun memberikan perkhidmatan


dengan melibatkan kos yang sedikit dan menghasilkan kecekapan yang tinggi akan
menarik perhatian dan sumbangan pihak awam. Kunci kepada kejayaan kerangka
Balanced Scorecard terletak pada pemilihan dan pengukuran proses-proses yang
memberikan nilai kepada pelanggan. Proses yang difokuskan bermula daripada
objektif dan pengukuran yang dipilih daripada perspektif pelanggan dan
dihubungkaitkan dengan perspektif-perspektif lain di dalam kerangka ini.

Organisasi awam dan bukan keuntungan yang berasaskan misi bergantung


sepenuhnya kepada kemahiran, dedikasi dan keselarasan staf untuk mencapai
matlamat. Kompetensi staf dan infrastruktur organisasi terjalin melalui semua
perspektif dalam kerangka The Balanced Scorecard. Kejayaan dalam peningkatan
proses, beroperasi dalam mengurus kewangan dan memenuhi kehendak pelanggan
bergantung kepada kebolehan pekerja dan amalan-amalan pengurusan dalam
mencapai misi organisasi. Kerangka The Balanced Scorecard yang dibina harus
menggambarkan strategi melalui objektif dan pengukuran yang telah dipilih. Ukuran
ini harus mempunyai hubungkait antara satu sama lain (cause and effect relationships)
daripada perspektif pembelajaran dan pertumbuhan untuk menambahbaikkan
keperluan pelanggan contohnya seperti rajah 3.

10

Peningkatan prestasi
sekolah

Perspektif
Pelanggan

Menghasilkan kaedah
P&P yang inovatif

Perspektif
Proses dalaman

Meningkatkan latihan
kemahiran dan teknik
P&P terkini

Perspektif
Pembelajaran dan
Pertumbuhan

Mendapatkan bantuan
kewangan

Perspektif
Kewangan

Rajah 3: Pendekatan strategik melalui hubungkait Cause and Effect

Rajah 3 menunjukkan contoh cause and effect pendekatan strategik dalam bidang
pendidikan. Bagi menghasilkan peningkatan prestasi sekolah seperti peningkatan
dalam peperiksaan, pengurangan kadar ponteng, kepuasan kerja yang tinggi serta nilai
tambah dalam pendidikan, sekolah harus mengenal pasti proses dalaman yang
meningkatkan prestasi seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif.
Kaedah inovatif ini pula dapat diperolehi melalui program latihan kemahiran dan
teknik pengajaran dan pembelajaran terkini. Untuk menjayakan program latihan
kemahiran dan teknik P&P ini, bantuan kewangan tambahan diperlukan contohnya
untuk mendapatkan bantuan pakar dan juga tambahan alat bantu mengajar yang
sesuai. Menurut Nils-Grovan & Wetter (1998), kelebihan kerangka The Balanced

11

Scorecard berbanding dengan kerangka pengurusan yang lain adalah berfokus kepada
cause and effect. Objektif dan pengukuran yang dipilih bagi strategi The Balanced
Scorecard harus dijalinkan bersama melalui empat dimensi bagi menunjukkan
pertalian dalam perancangan strategik.

Kerangka The Balanced Scorecard dalan konteks sekolah

Kerangka konsep The Balanced Scorecard dapat diaplikasikan dalam konteks


sekolah sebagai kerangka pengukuran bagi memacu sekolah ke arah kecemerlangan.
Beberapa kelebihan penggunaan kerangka ini telah dikenal pasti antaranya ialah:

i. Menjana dan menterjemahkan strategi kepada tindakan

Menggunakan

kerangka

The

Balanced

Scorecard

dapat

menghubungkan

perancangan strategik jangka panjang dengan aktiviti tindakan seharian. Melalui


pendekatan empat dimensi dan cause and effect ini, kemahiran dan ciri-ciri guru
serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan
dengan misi sekolah. Ianya menggambarkan penambahbaikan untuk menjadikan
sekolah berkesan dan menentukan keutamaan strategik.

ii. Mempamerkan akauntabiliti dan hasil

Untuk mempamerkan hasil, sekolah harus mengukur prestasi organisasi. Dengan


hanya memperbanyakkan bilangan program-program sekolah, perbelanjaan yang
dikeluarkan yang menyokong akademik belum menunjukkan sesebuah sekolah itu

12

berkesan tetapi sebaliknya menunjukkan objektif dan misi sekolah seperti yang telah
dinyatakan telah tercapai. Melalui penggunaan The Balanced Scorecard fokus
sekolah tertumpu kepada misi dan strategi.

iii. Membina perancangan yang rapi


Kerangka The Balanced Scorecard yang digunakan dalam bidang perniagaan
sebagai business planning boleh digunapakai untuk perancangan dalam bidang
pendidikan. Contohnya perancangan dalam pengurusan kewangan. Sekolah harus
membelanjakan waran peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, SUWA, asrama dan
lain-lain derma daripada PIBG dan sebagainya ke arah merealisasikan misi dan visi
sekolah. Dalam proses perancangan membina The Balanced Scorecard penglibatan
semua staf adalah perlu bagi menentukan keutamaan strategi sekolah, menyatakan
jenis aktiviti, sasaran serta bentuk ukuran yang sesuai.

iv. Mengukuhkan kepercayaan pelanggan


Menggunakan kerangka konsep The Balanced Scorecard dapat mempamerkan
akauntabiliti dan prestasi sekolah. Melalui pencapaian yang telah dibuktikan, sekolah
dapat menyakinkan stakeholder dan pelanggan serta semua warga sekolah. Keadaan
ini dapat meningkatkan motivasi ibu bapa dan komuniti untuk memberikan
sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun kepakaran bagi meningkatkan
lagi keberkesanan sekolah.

v. Memacu perubahan
Menurut Charles Darwin The survivor of any species are not necessarily the
strongest. And they are not necessarily the most intelligent. They are those who are

13

most responsive to change. Kata-kata ini boleh diaplikasikan dalam organisasi


dengan merujuk kepada hanya organisasi yang mampu berubah sahaja yang dapat
meneruskan

kesinambungan

keberkesanan

dan

kecemerlangannya.

Melalui

pengukuran daripada kerangka The Balanced Scorecard dapat menggerakkan dan


memacu perubahan yang dikehendaki dalam organisasi. Contoh dimensi pembelajaran
dan perkembangan staf. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran dan
pembelajaran terkini perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah dan guru dalam
memastikan kecemerlangan kurikulum sesuai dengan kehendak semasa. Bilangan
latihan yang telah dijalankan, tahap penguasaan ilmu ICT dikalangan guru harus
diukur bagi menjamin keberkesanan proses dalaman dan seterusnya memberikan
kepuasan kepada pelanggan iaitu pelajar dan ibubapa serta misi dan visi sekolah.

Bagaimana membina kerangka konsep The Balanced Scorecard di sekolah?


Kerangka konsep The Balanced Scorecard boleh digunakan dalam aspek pengurusan
dan pentadbiran di sekolah contohnya seperti rajah 4. Apa yang penting ialah pihak
sekolah harus memahami bahawa kerangka ini merupakan kerangka yang menjadi
pelengkap kepada amalan-amalan pengurusan di sekolah. Oleh kerana fokus utama
kerangka The Balanced Scorecard ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan
melalui pengukuran maka langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ini ialah:
i.

Kenal pasti kehendak stakeholder, ibubapa, dan komuniti. Ini kerana


strategi, misi dan visi sekolah harus selaras dengan kehendak
pelanggan.Lakukan analisis mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman sekolah. Analisis ini merupakan langkah yang penting untuk
menghasilkan strategi yang sesuai dengan kehendak misi dan visi sekolah.

14

ii.

Janakan strategi. Daripada analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan


ancaman, strategi organisasi dapat dihasilkan daripada keempat kerangka
The Balanced Scorecard iaitu perspektif pelanggan, proses dalaman,
kewangan dan perbelanjaan dan pembangunan staf. Strategi dijalinkan
melalui keempat-empat dimensi ini bagi mencapai misi sekolah.

iii.

Bina peta strategik melalui pendekatan hubungkait Cause and Effect.


Hubungkait antara komponen strategi digunakan untuk mengenal pasti
pemacu prestasi bagi strategi yang menghasilkan kejayaan.

iv.

Bina pengukuran bagi strategi yang dipilih. Bagi memantapkan dan


merealisasikan strategi yang telah dibina, setiap strategi perlu dinyatakan
kepada bentuk yang boleh diukur. Melalui pengukuran ini ianya dapat
menterjemahkan strategi kepada tindakan dan hasil seperti yang telah
dinyatakan di dalam keempat-empat kerangka The Balanced Scorecard.

Kewangan

Objektif

Pengukuran

Target

Inisiatif

Meningkatkan

Penggunaan wang

Aktiviti

pengurusan kewangan

perkapita

peningkatan kaedah

dengan cekap

grant

pengajaran dan
penggunaan bahan

Pelanggan

Dalaman

Meningkatkan tahap

Pencapaian

kepuasan pelanggan

peperiksaan

Meningkatkan

Kadar pusing ganti

kepuasan kerja

95%

P&P terkini
Program
peningkatan

Kurang 5% staf

prestasi
Program Job

yang memohon

Rotation

bertukar

Pembelajaran

v.

Memperkembangkan

Sasaran kerja

kemahiran staf

tahunan

95%

Latihan dalaman

Sokongan dan komitmen warga sekolah. Pembinaan strategi sekolah serta


penggunaan kerangka The Balanced Scorecard memerlukan sokongan
15

daripada pihak pentadbir dan komitmen keseluruhan warga sekolah. Bagi


merealisasikan misi dan visi sekolah semua staf harus faham kerangka
konsep The Balanced Scorecard dan hubungkait antara tindakan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, disiplin sekolah, amalanamalan pengurusan dengan kerangka konsep ini. Oleh itu kerjasama yang
erat dan komitmen yang bersungguh-sungguh adalah perlu untuk
menjayakan penggunaan kerangka ini.

Misi
Sekolah

Perspektif Pelanggan
Sekolah pilihan
Prestasi peperiksaan
Kadar kehadiran
Tinjauan kepuasan kerja dan
sikap
Aktiviti kokurikulum
Nilai tambah
Perspektif Kewangan
Mengurus kewangan sekolah
dengan cekap
Mendapatkan bantuan sumber
kewangan

Perspektif Proses Dalaman


Meninggikan tahap kepuasan
kerja
Menjadikan sekolah pilihan
staf
Mengurangkan kadar pusing
ganti
Meningkatkan tahap
keselamatan
Perspektif Pembelajaran dan
Inovasi
Mengadakan sistem dan proses
perkembangan staf
Meningkatkan pedagogi
Menambahkan kemahiran
kepimpinan
Aplikasi ICT
Sokongan teknikal

16

Strategi

Rajah 4: Kerangka konsep Balanced Scorecard dalam konteks sekolah.


Gabungan daripada kerangka konsep BSC oleh Niven (2003) dan Anne Storey (2002)

17

Bagi kerangka konsep Balanced Scorecard yang telah dicadangkan, setiap strategi
yang akan diterjemahkan kepada tindakan perlu diperincikan kepada objektif yang
boleh diukur melalui penyediaan pelan taktikal dan operasional.

Kesimpulan

Bagi meningkatkan dan menjamin keberkesanan sekolah serta memenuhi tuntutan


pelbagai pihak, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan
seharian. Satu daripada kerangka pengurusan yang diguna pakai dalam bidang
perniagaan dan boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan ialah The Balanced
Scorecard. Kerangka ini mempunyai empat dimensi yang penting yang mengandungi
strategi yang menjurus kepada kejayaan misi dan visi sekolah. Fokus utama kerangka
The Balanced Scorecard ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan melalui
pengukuran prestasi. Namun begitu penggunaan kerangka ini dalam konteks sekolah
harus mendapat kerjasama dan komitmen seluruh warga sekolah bagi menjamin
keberkesanan sekolah.

18

Rujukan
Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd
Rahman.. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan
Pacific pada 16 19 Disember 2002.
Bloom (1964). In Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice
perspective.Texas:Allyn and Bacon.
Bourne, M & Bourne, P. (2002). Balanced scorecard in a week.London:
Hodder&Stoughton.
Brookover, W.B. and Lezotte, L. W. (1979). Changes in School Characteristics
Coincidence with Changes in School Achievement. East Lansing: Institute for
research on Teaching, Michigan University.
Coleman J.S. (1966). The international handbook of school effectiveness research. In
Tedllie, C. Reynolds, S. (2000). The international handbook of school
effectiveness research. London and New York: Falmer Press.
Edmonds, R. (1979). Some Schools Work and More Can. Social Policy 9(2), 28-32.
Garbutt, S. (1996). The transfer of TQM from industry to education. Education +
Traning, 38, 16-22.
Ghazali Othman (2001). http://www.chs.usm.my/education/publication/jemputan.htm.
Hassan Jantan. (2002). Menggunakan Balanced Scorecard sebagai alat pengukuran
prestasi organisasi sector awam. Pengurusan Awam: Penerbitan Jabatan
Perkhidmatan Awam, 2, 43-53.
Hedges,P., Laine, S., Greenwalds, (1994). In Mortimore, P. (1995). Key
characteristics of effective schools: A review of school
Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education
Jencks, C.(1971). The Coleman report and the conventional wisdom in Mosteller, F.
and Moynihan, D.P.(ed) On Equality of Educational Opportunity. New York:
Vintage Book, pp 69-115
Kaplan, R.S. & Norton, D. P. (1996). The balanced scorecard: Translating strategy
into action. Boston: Harvard Business School.
Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan
pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional
Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 19
Disember 2002.

19

Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school


Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education.
Nils-Grovan, R.J.& Wetter, M. (1998). Performance driven: A practical guide to
using the balanced scorecard. New York: John Wiley & Son Inc.
Niven, P.R. (2003). Balanced scorecard step by step for government and non profit
agencies. San Diego: John Wiley & Don.Inc.
Ramaiah, A.L. (1995). Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan
Metodologi. Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Rosenholtz, S.J.(1989). Teachers workplace: The social organization of school. New
York: Longman.
Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice
perspective.Texas:Allyn and Bacon.
Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan Sekolah. Satu perspektif sosiologi.Serdang:
UPM.
Story, A. (2002). Performance management in schools: could the balanced scorecard
helped? School Leadership and Management,22, p321-338.

20

You might also like