Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Penghargaan

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan segala berkatnya dan atas
limpah kurnianya , maka kami pelajar PPG Ambilan Feb 2012 iaitu Kelas Sn 2
dapat melaksanakan tugasan Bina Insan Guru ( BIG )
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluaraga kami yang
telah banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini.
Keluarga telah banyak berkorban , memainkan peranan , banyak memberi
semangat , memberi motivasi , memberi nasihat, memberi inspirasi dan memberi
bantuan sepanjang menjayakan tugasan kami.
Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kami iaitu Puan Hajjah Badrul Muin bt Mohammad Adam
daripada Institut Pendidikan Guru Kampus DatoRazali Ismail kerana telah
banyak membimbing , memberi tunjuk ajar , memberi peluang untuk kami
menimba ilmu , sentiasa perihatin dan sentiasa memberi sumbang saran idea
untuk kami menyiapkan tugasan ini.
Selain itu kami juga ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan sekelas , rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan sekeliling kerana
banyak memberi motivasi dan sumbangan maklumat kepada kami semasa kami
menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak
langsung dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Sekian dan terima kasih.

Pengenalan
Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran dalam komponen
Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar Program Pensiswazahan
Guru ( PPG). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam
kampus sepanjang tujuh semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan
kendalian Unit Kokurikulum . Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan memberi
pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul,
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat.
Banyak manafaat dan pengetahuan yang diperolehi oleh Pelajar Program
Pensiswazahan Guru ( PPG ) semasa melaksanakan Prorgam Bina Insan Guru
(BIG) . Antaranya ialah Program Bina Insan Guru (BIG) dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk ;
Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,
amalan atau aktiviti,
Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada
keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza,
Menilai kesesuaian ciri persenoliti kendiri dan kerjaya keguruan serta
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan,
Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan,
Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang
tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai,
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah,
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani
(spiritual) dan sosial,
Memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan,
Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman,
kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan
secara berterusan.
Sistem pendidikan di negara kita terus berkembang pesat selaras dengan
perubahan yang telah berlaku dalam merentasi perubahan zaman. Resolusi
Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan ,pendidikan
guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk
melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu
yang memiliki ketrampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan

diri terpuji selaras dengan hasrat Negara. Semoga dengan terlaksananya Bina
Insan Guru ini dapat melahirkan Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG )
seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang
mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti profesionalismenya,
memiliki daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras
dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru.

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG


KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG-ROYONG
MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

ANJURAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG

2 MAC 2015

NAMA PROGRAM

1.

PROGRAM TOWARDS 1st CLASS

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan


Sekolah Kebangsaan Ladang

Guru Besar

bagi menjalankan Program Gotong-

royong Membersihkan Kawasan Sekolah anjuran Persatuan Ibu Bapa


dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ladang Kuala Terengganu.

2.

LATAR BELAKANG
Program ini dirancang untuk diadakan bagi membersihkan kawasan
sekolah agar lebih kemas dan ceria memandangkan sekolah kekurangan
tenaga Pekerja Rendah Am yang dapat membantu mengekalkan
kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah yang agak luas ini. Di
samping itu, ia diharapkan dapat mengurangkan kemalangan di kalangan
murid-murid Sekolah Kebangsaan Ladang akibat daripada keadaan
persekitaran yang tidak begitu tersusun dan membahayakan.

3.

OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini diharapkan :

3.1

Memupuk kerjasama hubungan mesra dan silaturrahim yang lebih


kukuh di antara para guru dan waris pelajar Sekolah Kebangsaan
Ladang.

3.2

Membersih dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah agar


murid-murid sekolah ini dapat menjalani pembelajaran dengan lebih
selesa.

3.3

Para waris berpeluang memberikan sumbangan tenaga dan buah


fikiran untuk memajukan sekolah.

3.4

Dapat membantu meringankan beban Pekerja Rendah Am yang


hanya terdiri daripada dua orang pekerja sahaja.

3.5

Memupuk perasaan cintakan sekolah di kalangan guru dan waris


pelajar SK Ladang.

4.

BUTIRAN PROGRAM:
4.1

Bilangan Peserta
Peserta terdiri daripada lebih kurang 100 orang waris dan 30 orang
guru Sekolah Kebangsaan Ladang.

4.2

Tarikh Cadangan
28 Feb 2015 (Sabtu)

4.3

Aturcara Program

28 Feb 2015 (Sabtu)


8.00 a.m.
- 8.15 a.m.
8.15 a.m.
- 8.30 a.m.
8.30 a.m.

12.00 p.m.

12.00 p.m.

1.00 p.m.

4.4

: Pendaftaran peserta
: Taklimat program dan pembahagian
kawasan
: Aktiviti gotong-royong
: Jamuan makan tengah hari dan
bersurai

Tempat Program
Kawasan Sekolah Kebangsaan Ladang.

4.5

Ahli Jawatankuasa Program


Penasihat

Tn Haji Ghazali b Abd Rahman


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ladang.

Penyelaras

Datuk Hj Mohd Sabri b Alwi


Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Ladang.

Setiausaha

Ahli Jawatan kuasa :

5.

Zoria bt Mat Daud

Ahli Jawatan kuasa PIBG SK Ladang

KEWANGAN
5.1

Sumber Kewangan
Dana PIBG.

Anggaran Perbelanjaan
1. Peralatan membersih
RM 50.00
2. Perbelanjaan jamuan
RM 4.00 x 150 orang
peserta
JUMLAH

6.

RM 50.00
RM 600.00
RM 650.00

PENUTUP
Dengan ini adalah dimohon agar tuan dapat mempertimbang dan
meluluskan usul

Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan

Sekolah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan

Ladang ini. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului
dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................................

........................

(ZORIA BT MAT DAUD)

(GHAZALI B ABD RAHMAN)

Setiausaha

Guru Besar,

Persatuan Ibu bapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Ladang.

Sekolah Kebangsaan Ladang.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONGROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG.
Tarikh

: 11 Februari 20135

Hari

: Ahad

Masa

: 1.15 p.m.

Tempat

:Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Zoria bt Mat Daud

Kehadiran guru

: Semua hadir

Turut hadir

: Tn Hj Ghazali b Abd Rahman (Guru Besar)

1. Ucapan pengerusi Majlis (Datuk Hj Sabri b Alwi, YDP PIBG)

1.1 Pengerusi Majlis

mengucapkan terima kasih kepada semua ahli

jawatankuasa program kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat


pelaksanaan program tersebut.
1.2 Beliau berharap agar segala keputusan dapat dicapai sebulat suara
bagi menjamin kelicinan perjalanan program.
1.3 Beliau juga menjamin bahawa akan sentiasa memberi sokongan dan
sumbangan yang termampu kepada pihak sekolah.

2. Ucapan Tn Hj Ghazali b Abd Rahman (Guru Besar)


2.1 Tn Hj Ghazali mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana
dapat hadir ke mesyuarat pada hari ini.
2.2 Beliau mengulas secara ringkas mengenai keadaan semasa Sekolah
Kebangsaan Ladang yang tidak mendapat tambahan Pekerja Rendah
Am walaupun permohonan sudah dibuat berkali-kali.
2.3 Beliau juga berterima kasih kepada YDP dan AJK PIBG SK Ladang
yang telah merancang untuk mengadakan program ini bagi membantu
menceriakan kawasan sekolah dan menyerahkan agenda seterusnya
kepada Zoria bt Mat Daud selaku penyelaras program.

3. Taklimat ringkas dari penyelaras program


3.1 Tempat

: Kawasan persekitaran Sekolah Kebangsaan Ladang

Tarikh
: 28 Feb 2015
Masa
: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
3.2 Aturcara majlis adalah mengikut draf tentatif program yang diedarkan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian sekiranya ada.
3.3 Pembahagian tugas di buat dengan melantik Ahli Jawatankuasa PIBG
selaku ketua dibantu oleh peserta lain seperti yang dicatatkan di dalam
senarai nama yang diedarkan.

4. Hal hal lain


4.1 En

Zakri

meminta

agar

jawatankuasa

memastikan

segala

perbelanjaan disertakan resit pembayaran untuk memudahkan urusan


audit.
4.2 En

Suhaimi

meminta agar peserta dimaklumkan untuk membawa

peralatan tambahan seperti baldi, kain buruk, sabit atau mesin


pemotong rumput dan sebagainya kerana peralatan sekolah agak
terhad.

5. Perkara berbangkit

Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh,
_____________________________
(ZORIA BT MAT DAUD)

Disahkan oleh,
_________________
(GHAZALI B ABD RAHMAN)

Setiausaha,

Guru Besar,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

Sekolah Kebangsaan Ladang.

Sekolah Kebangsaan Ladang.

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG,


20000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU
TEL/FAX: 09 6221716

Tarikh :8 Feb 2015


Tuan/Puan/Encik/Cik
..

Tuan ,
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONG-ROYONG
MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
Merujuk perkara di atas , mesyuarat tersebut akan di adakan seperti ketetapan
berikut;
Tarikh
Masa
Tempat

11 Februari 2015
: 1.15 petang
: Bilik Mesyuarat SK Ladang

2.
Sehubungan dangan itu, tuan selaku ahli jawatankuasa pelaksana
program adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut bagi membincangkan
perkara-perkara berikut;
Agenda 1
Agenda 2

: Pembahagian tugas
: Tentatif program

3.
Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian Terima Kasih
BERHKIDMAT UNTUK NEGARA
GURU PENYAYANG MURID Berkualiti
Saya yang Menurut Perintah

(ZORIA BT MAT DAUD)


Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

SK. Ladang
Kuala Terengganu.

SENARAI PEMBAHAGIAN KERJA


PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
Penasihat

Pengerusi
N. Pengerusi 1
N. Pengerusi 2
Penyelaras
Setiausaha
Bendahari

:
:
:
:
:
:

Tn HJ Ghazali b Abd Rahman


(Guru Besar)
Toh Puan Faridah bt Arifin (GPK 1)
En. Suhaimi b Samat (GPK HEM)
En Zakri b Haron (GPK KK)
Datuk Hj Sabri b Alwi (YDP PIBG)
Pn Zoria bt Mat Daud
Pn. Rohaiza bt Razak

AKTIVITI MEMOTONG RUMPUT DAN MEMBERSIHKAN


KAWASAN BANGUNAN
BLOK A

EN. BAZLI B HJ AZIZAN


EN. ZAINI B RAZAK
PN. HJH. CHE SOM BT LATEH
PN. NORDIANA BT ZULKIFLI
PN. NAIMAH BT MOHD
SHAHABUDIN
PN. ZURAIDA BT MOHAMAD
PN. BASHIRAH BT MOHD. BASHARI

BIDANG TUGAS

BLOK B

BLOK C

BLOK D

EN. MOHD FAUZI B ABDULLAH


PN. NOORLIZA BT AHMAD
CIK NAILILHUDA BT AHMAD
PN. FARIDAH BT HASSAN
CIK ROHIMAH BT MOHD DAHLAN
PN. ROHAIZA BT RAZAK
PN. QAMARINA BT HJ YAACOB
PN. HJH. KAMARANI BT ABD.
GHANI
PN. NOREHA BT AHMAD NAWAWI
PN. ZUMAIDA BT SHARIFUDDIN
PN. NORAZILA BT MOHD KHOTIB

PRA

PN. NORAZIMAH BT SANI


PN. NORITA BT ABDUL RAHIM
PEMBANTU PRA

BILIK KOKURIKULUM

PN. IRMA SURJANI BT MD. NAWAWI


PN. SUHAILA BT KHALID

AKTIVITI MENGECAT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN


TEMBOK DEPAN
DAN PAGAR
SEKOLAH

DATARAN
PERHIMPUNAN

PASU DAN TEMBOK


ANTARA BLOK A
DAN BLOK B
WAKAF BELAKANG
BLOK D

1. Bertindak sebagai
pemudah cara
kepada para waris.
2. Memotong
rumputbahagian
hadapan dan
belakang
bangunan.
3. Membersihkan
sisa-sisa pokok
yang dicantas.
4. Mengumpulkan
rumput sekiranya
perlu untuk
dibuang.
5. Membersihkan
longkang sekitar
kawasan
bangunan.

BIDANG TUGAS

EN. MOHD FADHLI SYAM B ZAKARIA


EN. MUHAMMAD B YAHAYA
PN. MOLIYATI BT MOKHTAR
PN. KABETIAH BT HJ. AHMAD
PN. FADHILAHTON BT SEROJI
EN. MOHD KHOTIB B HJ. MAJID
EN. MUHAMMAD ZAKI B HJ. LATIF
PN. AFIFAH BT. YAHYA
PN. HJH. SYARIFAH BT OTHMAN
PN. HAMIZA BT ABD. RAHMAN

EN. NOR JOHAN AKMAL B IBRAHIM


EN. MOHD HAFIZ B ZAKARIA
EN. RASLI B ISMAIL
EN. MOHD AZHAR B ASUAK
PN. HARTINI BT JOSNI
PN. SITI SARAH BT JEMAN

1. Bertindak sebagai
pemudahcara.
2. Membersihkan
kawasan sekitar.
3. Memastikan
peralatan untuk
aktiviti mengecat
mencukupi; berus,
cat, scrapper,
bekas cat dll untuk
kegunaan waris.

LAPORAN
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG KUALA TERENGGANU
Program gotong-royong ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai
objektif yang telah ditetapkan iaitu untuk membantu membersih dan menceriakan
kawasan sekolah agar dapat memberi keselesaan kepada murid-murid untuk
belajar serta memastikan keselamatan murid dan kaki tangan sekolah sewaktu
berada di sekolah. Di samping itu, ia juga diharapkan akan menjadi platform
kepada pemupukan hubungan yang lebih erat antara warga sekolah dan
komuniti setempat agar dapat menjalinkan kerjasama yang lebih bermakna pada
masa akan datang.
Kekuatan
Beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti hasil daripada perlaksanaan program
ini adalah seperti berikut;
i.

Ia berjaya memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong di


kalangan sesama waris serta waris dan guru.

ii.

Memberi peluang kepada para waris untuk mencurahkan bakti dari


segi tenaga, masa dan buah fikiran kepada sekolah demi
kepentingan bersama.

iii.

Menjadikan

kawasan

sekolah

lebih

terurus

bagi

menjamin

keselesaan warga sekolah.


iv.

Merapatkan silaturrahim di antara warga Sekolah Kebangsaan


Ladang dan masyarakat setempat.

v.

Memperlihatkan PIBG sebagai suatu organisasi yang penting serta


memberi sumbangan ke arah pembangunan modal insan.

Kelemahan
Di samping kekuatan yang dikenalpasti sepanjang sebelum, semasa dan selepas
perlaksanaan program ini, terdapat juga beberapa kelemahan seperti berikut;
i.

Sambutan

ibu

bapa

yang

kurang

menggalakkan

kerana

kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga di pasar dan tidak


dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut.
ii.

Peruntukan waktu program yang terlalu terhad menyebabkan


kebanyakan tugas membersihkan kawasan terbengkalai dan tidak
berjaya disiapkan sepenuhnya seperti yang telah dirancangkan.

Cadangan Penambahbaikan
Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang diperolehi daripada
perlaksanaan program ini beberapa perkara didapati perlu diberi perhatian
khusus. Terdapat beberapa cara yang didapati sesuai untuk memberikan
penambahbaikan serta penyelesaian kepada permasalahan yang timbul agar

program yang seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa
akan datang. Di antaranya adalah seperti berikut;
i.

Memilih masa yang lebih sesuai agar lebih ramai waris dapat hadir
sama, contohnya dijalankan pada waktu petang di mana ia tidak
mengganggu waktu kerja kebanyakkan mereka.

ii.

Memanjangkan lagi tempoh masa program agar tugasan dapat


dilaksanakan dengan sempurna, misalnya dilanjutkan beberapa hari
atau dibuat pada ketika yang berlainan dengan mengecilkan
kawasan target untuk dibersihkan pada suatu masa.

Penutup
Walaupun tidak berjaya disiapkan sepenuhnya, program ini telah memberi makna
yang amat besar kepada pihak sekolah kerana keadaan menjadi lebih baik dari
sebelumnya. Ia banyak membantu guru dalam menjalankan aktiviti terutamanya
yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah serta
kegiatan ko-kurikulum. Di samping itu adalah dipercayai bahawa ia juga
memberikan suatu kepuasan kepada ibu bapa pelajar Sekolah Kebangsaan
Ladang kerana dapat bersama-sama menggembeling tenaga untuk memberi
keselesaan belajar kepada anak-anak mereka di sekolah. Adalah diharapkan
agar program seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan bukan
sahaja oleh PIBG, malahan oleh organisasi lain bagi mewujudkan kerjasama erat
serta menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar sekolah ini.

REFLEKSI KENDIRI
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG KUALA TERENGGANU
Secara jujurnya, selaku pendidik yang telah berkhidmat menjangkau dua puluh
tahun serentak dengan amanah selaku Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Ladang sejak tahun 1996, ini bukanlah kali pertama
saya menggerakkan program gotong-royong seperti ini. Ia telah menjadi agenda
wajib bagi PIBG sekolah ini untuk menganjurkan program gotong-royong bagi
membantu membersihkan kawasan sekolah memandangkan hanya terdapat dua
orang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk memstikan kebersihan dan
keceriaan kawasan sekolah yang agak luas dan mempunyai banyak bangunan
ini. Tugasan yang telah saya laksanakan ini bukanlah sekadar untuk memenuhi
tuntutan kerja kursus kerana menyambung pelajaran di bawah Program

Pensiswazahan Guru di IPGKDRI sahaja tetapi ia telah menjadi kebiasaan bagi


diri saya dan program ini dilaksanakan lebih dari sekali dalam setiap tahun di
Sekolah Kebangsaan Ladang.

Walau

bagaimanapun,

terdapat

kelainan

yang

saya

rasakan

dalam

menggerakkan program ini pada kali ini di mana prosedur yang saya lakukan
adalah lebih teliti dan persediaan saya lebih terperinci. Saya lebih menghargai
amanah yang saya sempurnakan pada kali kali ini kerana saya pasti saya telah
melakukannya dengan cara ya g lebih baik berbanding sebelum ini dan sudah
pastilah saya akan terus mengamalkan cara yang lebih efektif ini pada setiap kali
saya

diamanahkan

untuk

melaksanakan

tugasan

seumpama

ini

demi

kecemerlangan anak-anak didik saya.

Justeru, saya amat berterima kasih kepada para pensyarah pembimbing kursus
Bina Insan Guru, Pn Hjh Badrul Muin bt Muhammad Adam kerana telah
memberikan

suatu

tugasan

yang

amat

berfaedah

kepada

saya

bagi

membolehkan saya mendapat pengalaman yang berguna ini. Selain itu, segala
bimbingan dan buah fikiran yang telah diberikan sepanjang perlaksanaan
tugasan ini amat bermakna kepada saya.

Saya juga amat menghargai segala kerjasama yang saya perolehi dari rakanrakan sejawat di SK ladang dan rakan-rakan Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK
Ladang. Kami telah bersama-sama berusaha bagi menjayakan program ini. Ia
telah menjadikan kami semua lebih memahami dan saling menghargai antara
satu sama lain. Semangat bekerjasama dan saling membantu ini akan terus
diamalkan di kalangan warga sekolah dan penduduk setempat di kawasan ini.

Selain

itu, tugasan ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk

mempelajari cara-cara komunikasi yang berkesan dengan pihak-pihak tertentu


terutamanya dengan pihak pentadbir sekolah dalam urusan-urusan rasmi.
Sesungguhnya, komunikasi yang berkesan adalah amat penting dalam
memastikan kejayaan sesuatu program yang ingin dilaksanakan.

Harapan saya adalah agar saya dapat berkongsi pengalaman menggerakkan


program seperti ini dengan rakan-rakan guru yang memerlukannya serta
menurunkan ilmu yang saya perolehi ini kepada anak-anak didik saya pada masa
hadapan agar mereka menjadi generasi yang serba boleh.
Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan rakan-rakan dalam
menjayakan program ini.

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG,


20000 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
TEL/FAX: 09 6221716

Tarikh :20 Februari 2015


Tuan/Puan/Encik/Cik
.
JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN lADANG

Merujuk perkara di atas , Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ladang akan
menganjurkankan Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah
seperti ketetapan berikut;
Tarikh
:
Masa
:
Tempat berkumpul :

28 Feb 2015 (Sabtu)


8.00 pagi
Perkarangan Sekolah Kebangsaan Ladang

2. Sehubungan dangan itu, tuan/puan/Encik/Cik berbesar hati menjemput tuan


hadir selaku peserta dalam program tersebut.
3. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi respon segera kepada
pihak kami dengan menyatakan sama ada bersetuju untuk hadir ataupun tidak di
dalam borang yang dilampirkan di sini dan memulangkannya kepada pihak kami
agar kami dapat menguruskan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Segala
kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan setinggitinggi terima kasih.
Sekian Terima Kasih
BERHKIDMAT UNTUK NEGARA
GURU PENYANYANG MURID BERKUALITI
Saya yang Menurut Perintah

(ZORIA BT MAT DAUD)


Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK. Siong, Baling, kedah.
Saya

,.

............

waris
.pelajar

kepada
tahun

dengan ini ***bersetuju / tidak bersetuju untuk hadir sebagai peserta


di

dalam

Program

Gotong-royong

Membersihkan

Kebangsaan Ladang.

Yang benar,
............................................................................
(

Kawasan

Sekolah

*** sila potong bahagian yang tidak berkenaan.

BORANG PENDAFTARAN PESERTA


PROGRAM GOTONG ROYONG
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG
(WARIS)
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

NAMA PESERTA

TANDA TANGAN

14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63

64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(DENGAN KEPUJIAN)

NAMA

ZORIA BT MAT DAUD

NO. KAD PENGENALAN :

720317 11 5064

NO.TELEFON

013 9059603

UNIT

SAINS 2

KOD / KURSUS

WAJ 3143 / BINA INSAN GURU

NAMA PENSYARAH

PN HJH BADRUL MUIN BT


MUHAMMAD ADAM

TARIKH SERAHAN

28.MAC. 2015

KERTAS KERJA

SURATMENYURAT

LAPORAN
DAN
REFLEKSI

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

KAIN RENTANG KEMPEN GOTONG-ROYONG

GOTONG ROYONG BILIK PSS

MURID, IBU BAPA DAN PEKERJA AM


MEMBERSIHKAN KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH

MENGHIAS PENTAS DEWAN

SEBELUM GOTONG ROYONG

SEMASA GOTONG ROYONG

PENTAS DEWAN SELEPAS GOTONG-ROYONG

You might also like