Keselamatan Mesin

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PKE 3023

PENDIDIKAN KESELAMATAN

TAJUK :
KESELAMATAN MESIN/ ALAT
SELENGGARA
PENSYARAH : En. Syed Idrus Bin Syed Mudayah
DISEDIAKAN OLEH : Anny Tang Siew Ung
Wong Siew Jiun

Surat pekeliling
SPA BIL_1 TAHUN 1993.pdf

PENGENALAN
Keadaan persekitaran/cara kerja sentiasa
berubah. Kerja baru, produk, bahan, alat dan
cara kerja sentiasa diperkenalkan dari masa ke
semasa.
Piawaian keselamatan dan prosedur-prosedur
keselamatan perlu sentiasa dikaji.
Penggunaan peralatan secara merbahaya dan
kerosakan peralatan/mesin adalah juga antara
punca utama kemalangan.

PENYEBAB UTAMA KEMALANGAN MESIN


Keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai
digunakan lagi.
Orang tidak kompeten mengguna atau
menyelenggara mesin
Penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak
teratur.

Peraturan Asas Keselamatan Mesin ( mengikut akta OSHA


1994 bahagian V, kewajipan am perekabentuk, pengilang,
dan pembekal).
Mesin dan peralatan perlu dibina, ditempatkan dan
digunakan supaya tidak menyebabkan risiko kepada
kesihatan atau penyebab kemalangan.
Semua panduan dan arahan penyelenggaraan dan
keselamatan dalam mengendalikan mesin mesti sentiasa
mudah didapati untuk rujukan.
Mesin mestilah selamat, walaupun tumpuan operator mesin
terleka seketika atau beliau membuat pergerakan refleks.
Pelindung atau penutup yang boleh dibuka/dialih semasa
mesin beroperasi mesti mempunyai suis keselamatan yang
boleh mematikan mesin melalui pemutus bekalan.

Tips Keselamatan Alat Dan Mesin Di Tapak Pembinaan

1. Alat-alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan


terlebih dahulu sebelum disimpan supaya tidak mudah
berkarat dan rosak.
2. Alat-alat hendaklah disimpan pada tempatnya selepas
digunakan. Jangan biarkan alat bersepah dan
berselerak di atas lantai.
3. Apabila menghulurkan alat tajam kepada orang lain,
halakan pemegangnya dan bukan bahagian hujung yang
tajam.
4. Bagi sesuatu kerja tertentu, gunakanlah alat yang
sesuai.

5. Pastikan semua alat elektrik dibumikan


sewajarnya dan apabila menggunakan mesin,
pastikan peraturan keselamatan bagi mesin
tersebut dipatuhi.
6. Sebelum kayu diketam, pastikan terlebih dahulu
tiada paku dan kecacatan padanya, terutama
kayu-kayu yang telah dipakai dan yang lama.
7. Tutupkan suis penyambung elektrik apabila
mesin tidak digunakan.
8. Apabila membuat sebarang tanda atau ukuran
pada bahan yang sedang dikerjakan tutupkan
suis mesin terlebih dahulu.

9. Jangan berbual-bual atau bergurau-senda


semasa membuat kerja dengan menggunakan
mesin.
10. Tutup suis mesin terlebih dahulu apabila
hendak membuat sebarang pindaan dimensi
atau menukar bahagian ganti mesin.
11. Sebelum memulakan sesuatu kerja, tunggu
sehingga mesin tersebut mencapai tahap
kelajuan yang cukup dan ditetapkan. Jangan
sekali-kali dibebankan mesin itu melebihi
daripada had kuasa yang sepatutnya.

12. Jangan gunakan mesin apabila berasa badan


kurang sihat.
13. Hanya pekerja yang membuat kerja pada
mesin sahaja dibenarkan menghidupkan suis
dan mengawal mesin tersebut.
14. Jangan biarkan saki-baki potongan kayu
berselerak di sekeliling mesin.
15. Pastikan kawasan kerja yang mencukupi bagi
sesebuah mesin.
16. Gunakan alat pelindung mata, penutup hidung
dan mulut, dan lain-lain apabila pekerjaan itu
mengeluarkan habuk, debu dan sebagainya.

17. Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan


KEBENARAN terlebih dahulu sebelum
menggunakan mesin.
18. Pastikan bahawa SEMUA bekalan kuasa
elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan
bengkel atau tempat bekerja.

TERIMA
KASIH

You might also like