Kertas Kerja Pembelian Pakaian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PEMBELIAN PAKAIAN KADET BOMBA

SMK TUN MUTAHIR


Pendahuluan
Kadet Bomba Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir merupakan salah satu kelab
yang berdaftar dalam unit ko kurikulum sekolah. Aktiviti yang dijalankan dalam kelab adalah
bertujuan mengcungkil dan mengasah bakat ahli kelab. Selain itu, kelab ini turut terlibat dalam
aktiviti rasmi sekolah seperti pertandingan peringkat daerah dan lain-lain. Bagi menjayakan
aktiviti kelab, kami mengharapkan sokongan daripada unit ko kurikulum untuk membeli pakaian
seragam ahli. Dengan adanya pakaian seragam, dapat menyokong penglibatan ahli sama ada
dalam pertandingan atau persembahan rasmi sekolah.
Objektif
1. Merangsang penglibatan ahli dalam aktiviti rasmi sekolah dan pertandingan.
2. Melahirkan lebih ramai ahli dengan potensi yang pelbagai
3. Menjayakan program sekolah dengan ketrampilan yang menarik.
4. Menarik minat ahli untuk terlibat dengan aktif .
Sasaran
20 pasang kasut kawad, seluar bomba, tali pinggang dan berey bersaiz M, L dan XL
Pelaksanaan
Diguna pakai oleh murid yang terlibat dengan persembahan dan pertandingan.

Anggaran Perbelanjaan
20 pasang kasut kawad x RM60 = RM 1200
20 pasang seluar bomba x RM30 = RM 600
20 pasang tali pinggang x RM 20 = RM 400
20 set berey x RM10 = RM 200
Penutup
Kadet Bomba SMK Tun Mutahir amat berharap permohonan ini mendapat sokongan dan
kelulusan daripada unit ko kurikulum dalam menjayakan aktiviti kelab sama ada dalam
menyertai pertandingan atau persembahan rasmi sekolah. Seterusnya dapat meransang potensi
pelajar dan membina keyakinan diri dalam semua aktiviti.

Disediakan oleh,
..
(YUSSUP BIN ISMAIL)
Guru Penasihat Kadet Bomba
SMK Tun Mutahir

You might also like