Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

http://spidergirls2012.blogspot.com/2012/09/analisis-artikel-kebanjiran-guru.

html

Artikel
Kebanjinran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Berita Harian 2 Februari 2010
KUALA LUMPUR Kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah
sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi
subjek dalam sains sosial dan bahasa Melayu. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Sulaiman Wak berkata, seramai 913 GSTT berkhidmat di beberapa buah
sekolah menengah di sini khusus bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa
Melayu.
Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar
sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek dalam sains
sosial selain beberapa subjek lain,. Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa
Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut
mengalami masalah yang sama.
Apabila sebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran
Terlatih. Tetapi apa bezanya? Kalau dilihat daripada ungkapannya sahaja boleh tahu.
Tetapi apa maksud dan peranan kelompok ini pada fahaman dan konteks yang lebih jelas?
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk orang di luar yang berminat jadi guru tapi
tidak ada sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini
akan jadi guru ganti, memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang
tertakluk di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja.
Guru Sandaran Terlatih (GST) adalah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam
proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.
Lagi satu, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bukan sahaja ditawarkan di sekolah
sahaja, jikalau anda mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik,
mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon mana-mana politeknik
di Malaysia.

Sekarang ini guru subjek Bahasa Melayu contohnya tidak cukup. Bukan di Kuala Lumpur
sahaja tetapi di negeri-negeri lain pun mengalami masalah yang sama. Bukan di kawasan
luar bandar sahaja, kawasan bandar juga mengalami tempiasnya. Kalau diikutkan Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) inilah yang sepatutnya diberikan pendedahan terlebih
dahulu dengan cara diberikan subjek seperti Bahasa Melayu untuk diajar kepada muridmurid.
Jikalau mana-mana Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT) hendak menjadi guru tetap
masih mempunyai peluang lagi. Kebiasaanya boleh ajukan kepada pengetua atau pun
guru besar. Mereka-mereka kebiasaanya yang boleh membantu. Itu pun bergantung
kepada budi bicara Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau ada rezeki mungkin kena
melalui Kursus Dalam Cuti (KDC). Jadi tidak perlu melalui Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Analisis Artikel
Tajuk artikel yang saya pilih adalah isu kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih
(GSTT) di ngara kita, terutamanya di sekolah menengah. Sebelum saya mengulas dan
menganalisi artikel yang saya pilih saya ingin menerangkan makna GSTT dengan lebih
teliti dan mendalam lagi. Apakah maksu GSTT? Sebenarnya GSTT dibuka kepada orang
di luar yang berminat untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai sijil, diploma atau
ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan menjadi guru ganti dengan
tujuan untuk memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk di
bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja. Apabila sebut
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih (GST). GST
pula ialah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan
kepada jawatan sebenar.
Artikel ini menyatakan kebanjiran GSTT di beberapa buah sekolah menengah di
Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains
sosial dan bahasa Melayu. Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di
kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek
dalam sains sosial selain beberapa subjek lain. Selain itu, katanya subjek lain seperti
Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK)
turut mengalami masalah yang sama.
Setiap kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru,
termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan

di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian
Pelajaran dengan baik, termasuk mengeluarkan nasihat kepada Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir
dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak
masing-masing di sekolah rendah atau menengah. Bagaimanapun, kelemahan
Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak
tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah
sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi besar. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri
bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan
isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.
Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak
akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan
Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi duri dalam daging selagi soal
penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah
yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada
peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang
mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar kenalan.
Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit
kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap
satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi sandaran tidak terlatih dan
jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan,
guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah
lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya
usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Hakikatnya, soal pendidikan
melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama
baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan
sama ada Tamil atau Cina.
Sedikit masa lalu, timbul ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan
atau jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan
perguruan yang kini melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden
CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas
merasmikan konvensyen CUEPACS, akhir tahun lalu. Walaupun tiada perkhabaran
lanjut mengenainya, cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah
rentetan daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban
tugas guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan
perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik. Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa
mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan
perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan.
Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah kerja berlebihan akan terus menjadi isu
di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri
mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus.
Walau apa pun kerenah pentadbiran yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak
boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Baru-baru ini kerajaan tidak pernah
mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu
melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau
mengakui peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan. Tidak
dinafikan, ada guru bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka
tidak sebesar mana.
Berdasarkan pandangan saya, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam
sistem perjawatan perguruan. Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan
peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di
Malaysia. Di sini, aya ingin mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan
di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada dalam kalangan kita
mengatakan ya tetapi bagi saya tidak. Antara faktornya adalah kerana kehadiran
GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional
seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf sandaran
tidak terlatih? Pernahkah kita mendengar akauntan sandaran tidak terlatih atau doktor
sandaran tidak terlatih?

Menyedari realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat
tinggi dan kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion
dengan perguruan. Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah
Memartabatkan Profesion Perguruan dan mengikut teras ini jugalah satu daripada
pengisiannya sifar GSTT. Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi perjalanan
operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana
masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.

Saya menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan


kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka
memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar.
Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru
untuk mengajar. Kita harus ingat bahawa Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI),
Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan
Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas manamana pihak. Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion
perguruan. Kalau sesiapa yang ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu
terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai
seorang guru.

Didapati bahawa terdapat punca-punca yang mengakibatkan berlakunya


kebanjiran GSTT di sekolah negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem
GSTT begitu unik dan jarang terdapat di negara lain. Oleh sebab itu, sistem ini
mempunyai pengaruh yang penting terhadap sistem pendidikan di negara kita. Sistem
pendidikan negara dan sukatan pelajaran telah diselaraskan dan disistematikkan, tetapi
sistem pengambilan guru masuk ke institusi perguruan masih tidak dilaksanakan dengan
sistematik. Sistem pengambilan guru baru bagi kursus perguruan yang tidak
disistematikkan ini telah memberikan beban bagi aliran sekolah tertentu di negara ini
terutamanya SJK (C) dan SJK (Tamil) kerana kekurangan guru tetap dan berikhtisas.

Sehubungan itu, dalam pengambilan guru baru bagi kursus perguruan di Malaysia,
adakah jumlah pengambilan calon guru ditetapkan berdasarkan kadar persaraan guru?
Adakah pengambilan guru kursus perguruan ini mencerminkan kadar kekurangan guru di
semua aliran sekolah rendah dan menengah? Jika statistik menunjukkan persaraan 500
orang guru, adakah KPM akan mengambil 500 orang guru kursus perguruan mengikut
keperluan dalam semua aliran sekolah? (Sekolah Cina dan Tamil memerlukan guru yang
mahir dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina/Bahasa Tamil, tetapi
pengambilan calon kursus perguruan hanya menumpukan dalam pengambilan guru yang
hanya mahir dalam Bahasa Malaysia?) Hakikatnya, jumlah pengambilan calon guru
adalah tidak sekadar dengan kadar persaraan guru. Oleh itu, berlakunya kekurangan guru
di banyak sekolah disebabkan pengambilan calon guru yang tidak mencukupi oleh
kerajaan.

Selain itu, GSTT mengharapkan kursus perguruan akan dianjurkan setiap tahun
sebab ia satu-satunya cara untuk GSTT menjadi seorang guru tetap dan berikhtisas.

Malangnya, kadar pengambilan calon kursus perguruan pada setiap tahun kurang
daripada kadar guru yang telah bersara. Akibatnya, sekolah rendah Cina menghadapi
kekurangan guru tetap pada tahap yang serius sehingga 2,000 orang. Sehubungan itu,
adakah KPM mempunyai perancangan untuk membantu GSTT yang sedia ada, misalnya
bagi GSTT yang telah berkhidmat lebih tiga tahun, untuk diberikan keutamaan dalam
pengambilan dalam permohonan kursus perguruan.

Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai rancangan untuk GSTT di


SJK(C) yang tidak berpeluang untuk memasuki institusi perguruan walaupun mereka
telah banyak kali memohon kursus perguruan? Syarat KPM menetapkan bahawa GSTT
mestilah tidak melebihi umur 35 tahun bagi siswazah dan umur 30 tahun bagi bukan
siswazah. Ia tidak adil bagi para GSTT yang telah bertungkus-lumus dalam bidang
pendidikan. Walaupun mereka mempunyai pengalaman untuk mengajar, mereka tetap
tidak diterima oleh institusi perguruan hanya kerana umur mereka melebihi had usia yang
disyaratkan. Jika tidak diberi peluang untuk menjadi guru yang berikhtisas, mereka
terpaksa menceburi bidang lain dan susulan itu, sekolah-sekolah akan kehilangan guru
yang berpengalaman dan penuh dedikasi.

Saya mendapati bahawa kebanyakan GSTT rajin mencurahkan khidmat dan


dedikasi untuk pendidikan megara tetapi negara kita tidak menghargai sumbangan GSTT.
Kebajikan tidak dijaga dan kerja sebagai GSTT tidak terjamin. Sekiranya terdapat guru
tetap yang baru diagih masuk ke sekolah, perkhidmatan GSTT akan dihentikan. Kejadian
ini menyebabkan semua GSTT berasa kecewa dan terasa tidak diberikan
jaminan. Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap
di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak
menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT
amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia.

Di sini, saya mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil


pensyarah dari universiti tempatan sebagai pensyarah kontrak dalam institusi pendidikan.
Langkah ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan pensyarah yang
serius dalam institusi pendidikan, malah mengurangkan perbelanjaan pihak kementerian.
Dengan adanya bilangan pensyarah yang mencukupi, kementerian boleh melatih GSTT
untuk menjadi guru secara kumpulan. Cara ini bukan sahaja boleh menyelesaikan
masalah kekurangan guru yang serius di seluruh negara, malah para GSTT dapat
memberi sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan tidak
perlu berasa risau untuk mencari jalan demi menjadi seorang guru berikhtisas.

Saya berharap kerajaan dapat memahami nasib GSTT di SJK(C) dan boleh
membantu kita mendapatkan peluang temuduga terbuka (walk-in interview) bermaksud
semua GSTT kini terus diterima masuk KDPM-KDC dan KPLI-KDC (mod Bahasa Cina)
seperti mana program ini pernah dilaksanakan oleh bekas timbalan menteri pelajaran. Ia
membuka lebih peluang kepada para GSTT agar dapat menyelesaikan masalah
kekurangan guru SJK(C) berikhtisas di seluruh Malaysia. Sistem Pelajaran yang mantap
adalah asas pembanguan negara.

Sebagai menyambut slogan kerajaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan


pencapaian diutamakan. Oleh itu, kerajaan harus mengambil kira kesan negatif jika janji
terhadap GSTT ini tidak ditunaikan. Antaranya ialah GSTT yang diberhentikan kontrak
mengalami kemerosotan nilai ekonomi kerana mereka sukar mendapatkan pekerjaan lain
memandangkan mereka hanya mempunyai pengalaman kerja sebagai guru. Tambahan
pula kebanyakan majikan tidak mahu mengambil bekas GSTT 2010 bekerja dengan
mereka kerana beranggapan GSTT akan dipanggil berkhidmat dalam masa terdekat
seperti yang dijanjikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keadaan ini menyebabkan
GSTT sukar meneruskan kehidupan harian dengan bebanan hutang dan komitmen yang
semakin bertambah. Seperti orang lain yang telah lama bekerja, GSTT juga mananggung
liabiliti yang besar seperti ansuran kereta, rumah, kos sara hidup rumah tangga dan juga
hutang PTPTN. Lebih memeritkan lagi ada di antara GSTT yang ditamatkan kontrak ini
telah kematian suami dan terpaksa menyara 5 orang anak.
Di samping itu, dalam kesukaran GSTT meneruskan hidup selepas ditamatkan
kontrak, wujud pula golongan yang mengambil peluang dan kesempatan ke atas mereka.
PGM menerima banyak rungutan daripada GSTT seluruh negara bahawa mereka perlu
membayar RM 200 seorang untuk mendapatkan tawaran mengajar di sekolah swasta.
Kami sangat bimbang sekiranya ia melibatkan sendikit penipuan dan semakin berleluasa
serta agresif. Misalnya jika melibatkan sendikit pelacuran, pengedaran dadah dan lainlain lagi.
Tambahan lagi, PGM juga bimbang sekiranya janji terhadap GSTT tidak
ditunaikan. Ini adalah kerana ia akan menyebabkan terhakisnya kepercayaan yang kami
pupuk terhadap kerajaan yang memerintah. Sudah pasti keadaan ini akan diterjemahkan
dalam pilihanraya. Sangat rugi jika pucuk pimpinan yang banyak berjasa dan
berkebolehan seperti dalam pemerintahan negara kita pada hari ini terpaksa ditukar hanya
kerana rasa tidak puas hati sesama kita akibat janji yang tidak ditunaikan. Ini memang

merupakan perkara yang tidak patut berlaku di negara kita yang begitu menekankan
kepentingan pendidikan.
Kesimpulannya, saya berharap bahawa semua pihak dapat berganding bahu dan
bekerjasama supaya masalah ini dapat ditangani demi masa depan serta kebaikan muridmurid.Sekolah bertujuan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada murid-murid
dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan aspirasi kebangsaan.
Dalam konteks negara Malaysia, sistem pendidikan mempunyai matlamat utama iaitu
perpaduan kaum dan pembangunan negara. Oleh itu, sekolah dan guru memainkan
peranan yang amat penting untuk memastikan negara kita terus maju ke depan. Saya
berharap kerajaan akan memberi perhatian dan prihatin terhadap isu ini.

You might also like