Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 1

(27 JULAI 31 JULAI 2015)


Saya berasa sungguh bersyukur kerana saya berjaya melalui minggu pertama
praktikum. Minggu pertama di SK Batu Kawan, banyak perkara yang kami dapatkan
dan pelajari mengenai SK Batu Kawan. Pada hari pertama, kami telah melaporkan diri
di pejabat sekolah, kemudian mengikuti perhimpunan mingguan. Sekolah ini sangat
mementingkan nilai murni. Buktinya ketika perhimpunan mingguan, salah seorang
gurunya telah bercerita mengenai nilai hormat-menghormati. Penerimaan baik yang
diberikan oleh sekolah juga menjadikan saya dan rakan-rakan yang lain rasa dihargai.
Selepas

perhimpunan,

saya

telah

menghadiri

taklimat

bersama

pihak

pentadbiran iaitu guru besar, guru penolong kanan kurikulum, guru penolong kanan
kokurikulum dan guru hal ehwal murid. Guru Besar SK Batu Kawan iaitu En. Mohd Hasli
Bin Mat Hasan berharap saya dan rakan-rakan yang lain dapat menimba pengalaman
di SK Batu Kawan. Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya tidak membawa cerita
yang tidak baik mengenai SK Batu Kawan.
Taklimat yang seterusnya pula diberikan oleh En. Mohd Shukri Bin Awang Yahya
selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum. Beliau memberitahu supaya kami membina
hubungan yang baik dengan komuniti sekolah. Seterusnya pula taklimat mengenai hal
ehwal murid oleh Pn. Norlia Binti Mohd Shahari. Puan Norlia telah mengingatkan kami
supaya tidak mengenakan denda yang boleh mencederakan murid. En. Mohamad Azmi
Bin Abu Bakar selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum pula menceritakan mengenai
perkara-perkara yang perlu kami lakukan sepanjang praktikum serta mengenai bidang
kokurikulum. Harapan mereka semua ialah kami dapat belajar banyak perkara baru di
sini.
Sepanjang seminggu di sekolah ini, saya mendapati budaya pembelajaran di
sekolah ini agak baik. Kebanyakan murid-muridnya tidaklah terlalu nakal. Setiap darjah
di sini mempunyai empat kelas. Setiap kelas mempunyai tahap pembelajaran yang
berbeza. Dari segi komuniti sekolah pula, guru-guru di SK Batu Kawan sangat komited
dengan kerjaya dan merupakan komuniti guru yang mesra. Walaupun baru seminggu di

sekolah ini, namun kami merasakan kehadiran kami sangat diterima. Kami berharap
dapat menjalinkan hubungan yang sangat mesra dengan guru-guru.
Sepanjang minggu ini, saya telah mengambil peluang untuk mengenali guru-guru
dan melihat persekitaran sekolah. Dai segi infrastruktur sekolah, sekolah ini merupakan
antara sekolah yang baru dibina. Oleh itu, bangunan masih elok. Namun begitu,
bilangan murid yang ramai telah menyebabkan setiap kelas mempunyai purata 35
hingga ke 37 orang setiap kelas. Dari segi kemudahan yang lain, sekolah ini agak
lengkap.
Seterusnya, melihat kepada budaya pembelajaran di sekolah ini pula, muridmurid mempunyai latar belakang yang berbeza. Terdapat sesetengah murid yang
berasal dari keluarga yang sederhana dan ada juga yang kaya. Kebanyakan murid di
sini merupakan anak pekerja kilang, pensyarah dan guru. Oleh itu, pendidikan awal
yang diterima mereka juga sudah tentu berbeza.
Selanjutnya, tinjauan saya pula mengenai subjek yang bakal saya ajari iaitu
Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Hampir separuh murid tidak meminati subjek Sejarah
kerana menganggap subjek Sejarah membosankan kerana hanya mengingat fakta dan
membaca cerita. Oleh itu, pandangan murid mengenai subjek Sejarah menjadi satu
cabaran buat saya. Berbanding kepada subjek Pendidikan Jasmani, murid sangat
meminati subjek Pendidikan Jasmani. Oleh itu, dari segi minat murid saya mungkin
tidak menghadapi sebarang masalah, namun dari segi kawalan murid saya perlulah
lebih mempelajarinya.
Kesimpulannya, minggu pertama di SK Batu Kawan berjalan dengan lancar dan
baik. Saya berharap minggu-minggu yang seterusnya juga begitu. Semoga urusan
praktikum kali ini dipermudahkan.

You might also like