Definisi SPSS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

1.0

Pendahuluan
SPSS ialah sebuah perisian yang digunakan untuk menganalisis data
penyelidikan yang telah siap ditadbir dan dikumpulkan. Sebelum memulakan
proses penganalisisan data menggunakan SPSS, pengetahuan secara
ringkas bagaimana data kajian yang akan dianalisis ini mulamula direka
bentuk perlu diketahui. Ini adalah kerana, reka bentuk kajian mempunyai
implikasi terhadap data yang akan dimasukkan ke dalam perisian SPSS ini.
1.1

Apakah Itu Statistik

Statistik merupakan satu cabang ilmu yang diperoleh dari data. Ia


merangkumi segalanya dari perancangan untuk mengumpul data,
pengurusan data semasa dan selepas mengumpul data hinggalah ke aktiviti
seperti membuat kesimpulan dari fakta numerik dan persembahan dapatan
dari data yang telah dianalisis. Statistik adalah berhubung rapat dengan fitrah
manusia yang ingin tahu sesuatu dalam ketidakpastian.
1.2

Kepentingan Statistik.

Data merupakan apa yang boleh di peroleh dan simpan. Data menjadi
maklumat apabila ia diolah sehingga mampu menyelesaikan sesuatu
maklumat. Maklumat menjadi fakta apabila data yang diperoleh dapat
menyokong maklumat tersebut. Fakta seterusnya menjadi ilmu apabila
pengetahuan mengenainya digunakan untuk proses membuat keputusan.
1.2.1 Konsep Asas
Beberapa konsep asas mengenai beberapa istilah perlu diketahui
sebelum ke aktiviti pemasukan data. Antara istilahistilah penting yang perlu
ketahui disenaraikan seperti berikut dengan definisinya:
1.2.2 Populasi
Satu koleksi entiti yang menjadi tumpuan kajian kita. Misalnya, dalam
kajian ini yang menggunakan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan
Bukit Raya (SKBR)
1.2.3 Sampel
Sebahagian atau subset daripada populasi. Misalnya daripada semua
murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya (SKBR), kajian ini hanya
tertumpu kepada murid-murid tahun 5 SKBR

1.2.4 Data
Data merupakan bahan atau unit asas dalam statistik. Data boleh
diperoleh dalam bentuk ukuran atau bilangan. Contoh data dalam
1

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

bentuk ukuran adalah suhu, ukuran tinggi, ukuran berat, markah


pencapaian murid dan sebagainya. Data dalam bentuk bilangan boleh
diperoleh melalui rekod sekunder atau melalui soal selidik atau
eksperimen.
1.3

Pemboleh ubah
Umumnya jika ciriciri yang ingin dikaji misalnya ciri modul yang
memudahkan pemahaman pelajar adalah berbeza dalam kalangan
pelajarpelajar atau sekumpulan responden yang dikaji maka ciriciri
tersebut mewakili satu pembolehubah. Dalam contoh ini
pembolehubah bagi modul yang memudahkan pemahaman pelajar
mempunyai 9 ciriciri iaitu mudah, langkahdemilangkah, latihan
formatif, analogi bergambar, softcopy, hardcopy, multimedia, latihan
sumatif. Bidang statistik berkisar tentang pembolehubah. Pelbagai
perisian atau alat statistik yang wujud hari ini adalah bertujuan untuk
melihat perkaitan antara pembolehubah.
Jenisjenis Pembolehubah
Terdapat beberapa jenis pembolehubah seperti mana yang dijelaskan
dalam bahagian seterusnya:
1.3.1 Kuantitatif
Pembolehubah kuantitatif: satu istilah yang digunakan untuk
menerangkan ciriciri sesuatu yang boleh diukur misalnya berat,
tinggi, suhu dan sebagainya.
1.3.2 Kualitatif
Pembolehubah kualitatif: satu istilah yang digunakan untuk
menerangkan ciriciri sesuatu yang tidak boleh diukur misalnya
agama, jantina, bangsa, kaum dan sebagainya
1.3.3 Diskrit
Pembolehubah diskrit: satu istilah yang digunakan untuk
sesuatu yang boleh diwakili oleh nombor integer seperti
bilangan anak,
bilangan rumah, bilangan murid yang membuat pendaftaran
awal dan sebagainya.
1.3.4 Berterusan
Pembolehubah berterusan: mewakili satu nilai dalam sesuatu
skala atau interval pengukuran seperti tinggi, berat atau nilai
ukuran tekanan darah.

1.4

Pengukuran dan Skala Pengukuran

objek atau acara berdasarkan satu set peraturan. Umumnya, terdapat


empat jenis skala pengukuran iaitu nominal, ordinal, interval dan ratio atau
2

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

nisbah. Nominal: klasifikasi data kepada kategori tertentu yang tiada nilai
sepunya misalnya mengkategorikan responden mengikut kategori tertentu
misalnya mengikut:
(i) Jantina : perempuan dan lelaki.
(ii) Bangsa : Cina, Melayu, India dan Lainlain
Data nominal adalah ukuran yang paling sederhana, di mana angka
yang diberikan kepada objek mewakili satu label sahaja, dan tidak
menunjukkan sebarang pemeringkatan. Misalnya perempuan diberi nilai=0
manakala lelaki=1. Angkaangka ini tidak boleh dimanipulasikan lagi hanya
sekadar member makna bahawa data yang diisi dengan nilai 1 mewakili
jantina
perempuan.
Ordinal: Pada asasnya sama seperti nominal
pemeringkatan yang penting dan harus diambil kira misalnya:

tetapi

wujud

(i) Gred Akhir: Cemerlang, Sederhana, Gagal


(ii) Saiz Baju : XXXL, XXL, XL, L, M, S, XS, XXS
Data ini, diwakili oleh nama atau atribut yang memiliki pemeringkatan
atau urutan. Angka, huruf atau label yang diberikan mengandungi
pemeringkatan. Ia digunakan untuk mengurutkan objek dari yang paling
rendah
sehingga yang paling tinggi atau sebaliknya. Ukuran ini tidak memberikan
nilai tepat terhadap objek, tetapi hanya memberikan peringkat sahaja. Bagi
sesuatu pembolehubah yang diberi nilai pemeringkatan misalnya 1, 2, 3, 4, 5
dan seterusnya; bila dinyatakan dalam skala, maka jarak antara satu data
dengan yang lain adalah tidak sama. Data ini hanya akan memiliki urutan
mulai dari yang paling tinggi hingga yang paling rendah atau sebaliknya. Jika
menggunakan skala Likert maka pemeringkatan data mungkin dari sangat
setuju, setuju, agak setuju, tidak setuju hinggalah sangat tidak setuju. Alat
analisis untuk menguji pertalian menggunakan statistik non-parametrik yang
lazim digunakan untuk data ordinal adalah Spearman Rank Correlation dan
Kendall Tau.
Interval: Data yang boleh diatur mengikut sesuatu pemeringkatan
dengan jarak yang sama antara satu ukuran dengan yang sebelum atau
selepasnya dan seterusnya bagi membolehkan pengiraan dibuat. Dalam kata
lain, jarak antara satu pengukuran dengan yang lain boleh diukur walaupun
antara yang pertama dan kedua atau kedua dan ketiga tidak semestinya pada
darjah pemeringkatan yang betulbetul sama. Misalnya ukuran suhu bilik
pada suhu 25C dan 35C. Datadata ini merupakan data interval kerana
wujud pemeringkatan iaitu 25C lebih rendah dari 35C dan (ii) pengiraan
perbezaan antara dua suhu tersebut boleh dibuat iaitu suhu 25C lebih
rendah dari 35C sebanyak 10C .

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Ratio: Data yang yang ada pemeringkatan dan boleh diukur dari aspek
nisbah dan interval iaitu jarak antara dua ukuran. Terdapat kiraan sifar yang
nyata. Misalnya tinggi Ariff 80cm dan tinggi Ummi 160cm dari titik ketinggian
0cm. 80cm adalah kurang dari 160cm (ada pemeringkatan) dan beza antara
dua ukuran ini adal 80cm (boleh diukur). 160cm adalah dua kali ketinggian
80cm.
1.5

SPSS Windows

Data yang dikumpul melalui instrumen seperti soal selidik perlu


diproses untuk memberi makna. Terdapat beberapa pakej statistik untuk
tujuan ini misalnya SPSS iaitu Statistical Package for Sosial Science atau
SAS iaitu Statistical Analysis System. Contoh yang digunakan untuk
perbincangan dalam buku ini ialah SPSS.
SPSS for Windows menyediakan alat menganalisis statistik yang
sangat berguna. Data boleh di manipulasi dalam satu sistem pengurusan data
bergrafik menggunakan menu deskriptif dan kotak dialog mudah untuk
melaksanakan kerjakerja atas arahan pengguna. Segala arahan boleh
dilaksanakan hanya dengan menggunakan klik tetikus. Langkahlangkah
yang perlu untuk menganalisis data menggunakan SPSS adalah seperti
berikut:
1.
2.
3.
4.

5.
6.

Beri definisi kepada semua pemboleh ubah terlibat bagi setiap item
dalam soalselidik.
Masukkan data ke dalam perisian SPSS melalui Data Editor.
Pilih satu prosedur dari menu sama ada prosedur membuat graf atau
prosedur menganalisis data bergantung pada kehendak kajian anda.
Pilih pembolehubah. Pastikan prosedur yang dipilih sesuai untuk
pemboleh ubah tersebut. Pembolehubah kesemuanya akan
ditunjukkan dalam kotak dialog. Anda hanya pelu pilih dan klik masuk
pembolehubah ke dalam kotak dialog yang berkenaan.
Jalankan prosedur dengan mengklik ok. Keputusan akan ditunjukkan
dalam OUTPUT VIEWER dalam bentuk carta, statistik deskriptif atau
statisti inferensi.
Buat kesimpulan berdasarkan output yang diberi.

2.0

Prosedur Ujian Antropometri dan Prestasi Motor

2.1

Ketinggian Berdiri
2.1.1 Ujian 1 : Ketinggian Berdiri (Standing Height)

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

1. Definisi : Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling

atas

kepala

semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki (tidak memakai kasut dan stokin) .
2. Rasional : Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap
sesuatu jenis sukan atau permainan. Contoh :-

Atlet bola keranjang, bola

jaring, pendayung dan perenang mempunyai kelebihan dari ketinggian


manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.
3. Objektif : Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi berdiri.
4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter) ,Pita penanda, Papan klip A4 atau Sesiku
L panjang.
5. Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesen:
Prosedur (Pegawai yang menilai perlakuan peserta)
Penguji (Membaca ukuran)
Pencatat
2.1.2 Prosedur
1. Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi
dua (2) meter.
2. Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan
tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengahtengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.
3. Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak
tangan mesti rapat di sisi paha.
4. Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang
5.

kehadapan.
Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian
paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4
(bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak

mengangkat tumit semasa ukuran diambil).


6. Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.
2.2

Ukuran Berat Badan


2.2.1 Ujian
1. Definisi : Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan berpakaian sukan
lengkap tanpa beralas kaki.
2. Rasional : Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian sukan
dan permainan tertentu. Contoh : Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh
memerlukan berat badan yang ringan.
3. Objektif : Untuk mendapat bacaan berat badan.
4. Peralatan : Alat penimbang berat yang standard.
5

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

5. Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesen:


Prosedur (Pegawai yang menilai perlakuan peserta)
Penguji (Membaca ukuran)
Pencatat
2.2.2 Prosedur :
1. Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.
2. Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).
3. Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak di
tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan.
(Pastikan murid memakai pakaian yang ringan)
2.3

Indeks Jisim Badan


1. Tujuan: Menilai komposisi badan
2. Jantina: Lelaki dan Perempuan
3. Alatan dan kemudahan:
a. Pengukur tinggi
b. Penimbang berat
c. Borang skor
d. Kalkulator
4. Pengurusan dan organisasi:
a. Pengukuran ini hendaklah dilakukan sebelum bateri ujian kecergasan di
laksanakan
2.3.2 Prosedur:
1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dan mengukur ketinggian dalam
ukuran metrik.
2. Kiraan indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti indeks jisim badan dan risiko yang
berkaitan.

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

(Rujukan: National Centre For Chronic


Disease Prevention And Health Promotion, 2000)
2.4

Prosedur Ujian Prestasi Motor


2.4.1 Lari Ulang-Alik 10m (Aahperd Shuttle Run By Aahpeard 1976)
2

Definisi : Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari ulang alik 10

meter.
Rasional : Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap pencapaian dalam
beberapa sukan dan permainan tertentu. Contohnya : bola sepak, olahraga,

4
5
6
7

badminton dan lain-lain.


Objektif : Untuk mengukur tahap ketangkasan dalam catatan masa

yang

paling singkat.
Kebolehpercayaan : tidak dinyatakan di dalam ujian AAHPERD.
Kesahan : tidak dinyatakan di dalam ujian AAHPERD.
Peralatan :
Pita Ukur, Kon, Pita Penanda, Lantai bersimen , Wisel, Jam Randik dan
Bongkah kayu (3 tinggi x 2 tapak x 1 lebar) 2 unit
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai perlakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

2.4.2 Prosedur :
1. Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter.
2. Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10 meter. Jarak selepas garisan
30 cm. Jarak antara dua (2) bongkah kayu 30 cm.
3. Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang
diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

4. Apabila isyarat mula diberikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang
telah diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu
tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu
yang pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm di luar garisan
permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi
bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan
lari ulang alik 10 meter.
5. Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan semasa mengambil dan
meletakkan bongkah kayu.
6. Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyarat mula
sehingga torso murid melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah
kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)

NORM UJIAN LARI ULAG ALIK 10m

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

2.5

Lompat Menegak ( Sargent Jump By Sargent 1921)


3
4
5
6
7
8

Definisi : Catatan lompatan yang paling tinggi menggunakan kuasa kaki.


Rasional : Tahap kuasa menentukan prestasi atlet di dalam sesuatu sukan.
Objektif : Untuk mengukur kuasa kaki semasa melakukan lompatan menegak.
Kebolehpercayaan : r dilaporkan adalah .93
Kesahan : Kesahan dilaporkan sebanyak .78
Peralatan :
Pita Ukur ( 12 kaki), dinding dan kapur.

2.5.1 Prosedur :
1. Peserta berdiri menghadap dinding.
2. Peserta diminta melompat dan menyentuh pita pengukur pada ketinggian paling
maksimum yang boleh dicapai.
3. Peserta diminta untuk melompat menggunakan kedua-dua belah kaki tanpa
memakai alas kaki seperti kasut dan sebagainya.
4. Peserta dibenarkan membengkokkan lutut dan mengayunkan tangan semasa
melompat.
5. Sebanyak 3-5 percubaan dibenarkan.
6. Rekodkan percubaan murid yang paling tinggi nilainya.
NORM UJIAN LOMPAT MENEGAK
AGE

SCORE

4
3
2
1
9-11
220-240
200-220
180-200
160-180
Source : Harold T. Friermodd (1921) US Volleyball Association Berne.

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

3.0

Analisis Dan Penulisan Laporan

3.1

Analisis Deskriptif
3.1.1 Min Berat, Tinggi dan BMI bagi subjek kajian.
Analisis (berdasarkan jadual 3.1):
1. Berat minimum bagi perempuan ialah 22kg manakala berat
maksimum ialah 55kg. Purata berat bagi perempuan ialah 35.47kg
10

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

2. Tinggi minimum bagi perempuan ialah 127cm manakala tinggi


maksimum ialah 156cm. Purata tinggi bagi perempuan ialah
140.97cm
3. BMI minimum bagi perempuan ialah 11.9 manakala BMI maksimum
bagi perempuan ialah 25.1. Purata BMI perempuan ialah 17.71.
Descriptive Statisticsa
N

Minimum

Maximum

Mean

Std. Deviation

BERAT

30

22

55

35.47

8.407

TINGGI

30

127

156

140.97

7.527

BMI

30

11.9

25.1

17.711

3.2414

Valid N (listwise)

30

a. JANTINA = PEREMPUAN

Jadual 3.1
Analisis (berdasarkan jadual 3.2) :
1. Berat minimum bagi lelaki ialah 24kg manakala berat maksimum
ialah 70kg. Purata berat bagi lelaki ialah 36.40kg.
2. Tinggi minimum bagi lelaki ialah 126cm manakala tinggi maksimum
ialah 159cm. Purata tinggi bagi subjek ialah 138.77cm
3. BMI minimum bagi lelaki ialah 14.0 manakala BMI maksimum bagi
lelaki ialah 31.1. Purata BMI bagi lelaki ialah 18.
Descriptive Statisticsa
N

Minimum

Maximum

Mean

Std. Deviation

BERAT

30

24

70

36.40

11.734

TINGGI

30

126

159

138.77

8.089

BMI

30

14.0

31.1

18.595

4.4849

Valid N (listwise)

30

a. JANTINA = LELAKI

Jadual 3.2
Laporan :
1. Murid perempuan mempunyai purata tinggi yang lebih rendah
berbanding murid lelaki
2. Murid perempuan mempunyai purata berat yang lebih tinggi daripada
purata berat lelaki.
3. Secara keseluruhannya murid perempuan mempunyai purata indeks
jisim berat badan(BMI) yang lebih rendah berbanding murid lelaki.

11

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

3.1.2 Min dua komponen prestasi fizikal ke atas subjek


Analisis (berdasarkan jadual 3.3)
1. Ketinggian minimum lompat menegak bagi murid perempuan ialah
133cm manakala ketinggian maksimum ialah 240cm. Purata
ketinggian lompat menegak bagi perempuan ialah 218.6cm
2. Masa minimum bagi lari ulang alik untuk muri perempuan ialah
12.13saat manakala masa maksimum bagi lari ulang-alik ialah
18.58saat. Purata lari ulang-alik bagi perempuan ialah 14.56saat.
Descriptive Statisticsa
N

Minimum

Maximum

Mean

Std. Deviation

L.MENEGAK

30

188

240

218.57

13.457

L.U.A10

30

12.13

18.58

14.5633

1.48476

Valid N (listwise)

30

a. JANTINA = PEREMPUAN

Jadual 3.3
Analisis (berdasarkan jadual 3.4)
1. Ketinggian minimum lompat menegak bagi

murid lelaki ialah

182cm manakala ketinggian maksimum ialah 238cm. Purata


ketinggian lompat menegak bagi perempuan ialah 215.4cm
2. Masa minimum bagi lari ulang alik untuk murid lelaki ialah
11.53saat manakala masa maksimum bagi lari ulang-alik ialah
16.34saat. Purata masa lari ulang-alik bagi lelaki ialah 13.55saat

Descriptive Statisticsa
N

Minimum

Maximum

Mean

Std. Deviation

L.MENEGAK

30

182

238

215.40

17.182

L.U.A10

30

11.53

16.34

13.5497

1.20282

Valid N (listwise)

30

a. JANTINA = LELAKI

Jadual 3.4
Laporan :

12

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

1. Murid perempuan mempunyai purata lompat menegak yang lebih


tinggi berbanding murid lelaki
2. Murid perempuan mempunyai purata masa lari ulang-alik yang
lebih perlahan daripada purata masa lari ulang-alik untuk murid
lelaki.
3.1.3 Frekuensi Skor Indeks Jisim Berat Badan Keseluruhan Subjek
Analisis (berdasarkan jadual 3.5)
1. Terdapat 11 orang murid (18.3%) yang dikategorikan dalam
kumpulan kurang berat badan manakala 32 orang murid (53.3%)
dalam kategori berat badan normal. 13 orang murid (21.7%) berada
di dalam kategori kumpulan risiko lebih berat badan dan 4 orang
murid (6.7%) dalam kategori lebih berat badan ataupun obesiti.

Skor BMI Subjek


Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

KURANG BERAT BADAN

11

18.3

18.3

18.3

NORMAL

32

53.3

53.3

71.7

13

21.7

21.7

93.3

6.7

6.7

100.0

60

100.0

100.0

RISIKO LEBIH BERAT


Valid

BADAN
LEBIH BERAT BADAN
(OBESITI)
Total

Jadual 3.5

13

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Carta 3.1
Laporan :
1. Secara keseluruhannya murid dalam kategori berat badan normal
adalah lebih tinggi berbanding murid di dalam kategori berat badan
yang lain
3.1.4 Frekuensi Skor Indeks Jisim Berat Badan Subjek Mengikut Jantina
Analisis (berdasarkan jadual 3.6)
1. Terdapat 5 orang murid perempuan ataupun 16.7% berada di
dalam kategori kurang berat badan manakala 18 orang murid
perempuan ataupun 60.0% di dalam kategori berat badan normal. 6
murid perempuan (20.0%) berada di dalam kategori risiko lebih
berat badan manakala seorang (3.3%) di dalam kategori lebih berat
badan ataupun obesiti.

14

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Skor BMI Subjeka


Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

KURANG BERAT BADAN


NORMAL
RISIKO LEBIH BERAT
Valid

BADAN
LEBIH BERAT BADAN
(OBESITI)
Total

16.7

16.7

16.7

18

60.0

60.0

76.7

20.0

20.0

96.7

3.3

3.3

100.0

30

100.0

100.0

a. Jantina Subjek = PEREMPUAN

Jadual 3.6

Carta 3.2

15

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

3.1.5 Frekuensi Skor Indeks Jisim Berat Badan Subjek Mengikut Jantina
Analisis (berdasarkan jadual 3.7)
1. Terdapat 6 orang murid lelaki ataupun 20.0% berada di dalam
kategori kurang berat badan manakala 14 orang murid lelaki
ataupun 46.7% di dalam kategori berat badan normal. 7 orang
murid (23.3%) berada di dalam kategori risiko lebih berat badan
manakala 3 orang (10.0%) di dalam kategori lebih berat badan
ataupun obesiti.
Skor BMI Subjeka
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

KURANG BERAT BADAN

20.0

20.0

20.0

NORMAL

14

46.7

46.7

66.7

RISIKO LEBIH BERAT BADAN

23.3

23.3

90.0

10.0

10.0

100.0

30

100.0

100.0

LEBIH BERAT BADAN


(OBESITI)
Total

a. Jantina Subjek = LELAKI

Jadual 3.7

Carta 3.3
16

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Laporan :
2. Secara keseluruhannya murid lelaki dalam kategori berat badan
normal adalah lebih rendah berbanding murid perempuan di dalam
kategori berat badan normal.
3. Secara keseluruhannya murid lelaki dalam kategori berat badan
lebih(obesiti) lebih ramai daripada jumlah murid perempuan dalam
kategori lebih berat(obesiti)
3.1.6 Frekuensi bangsa subjek di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya(SKBR)
Analisis (berdasarkan jadual 3.8)
1. Terdapat 35 orang murid (58.3%) berbangsa Melayu manakala
terdapat 16 orang murid (26.7%) berbangsa Cina dan selebihnya
seramai 9 murid (15.0%) adalah berbangsa India.
Bangsa Subjek
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

MELAYU

35

58.3

58.3

58.3

CINA

16

26.7

26.7

85.0

INDIA

15.0

15.0

100.0

Total

60

100.0

100.0

Jadual 3.8

Carta 3.4
Laporan

17

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

1. Secara keseluruhannya majoriti murid di SKBR adalah terdiri


daripada murid berbangsa Melayu.
3.1.7 Frekuensi Skor Lari Lari Ulang-alik Keseluruhan
Analisis (berdasarkan jadual 3.9)
1. Terdapat 7 orang murid (11.7%) mendapat skor 2 dalam ujian lari
ulang-alik manakala 28 orang murid (46.7%) mendapat skor 3
manakala selebihnya iaitu 25 orang murid (41.7%) mendapat skor 4
dalam ujian lari ulang-alik
Skor Lari Ulang Alik Subjek
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

11.7

11.7

11.7

28

46.7

46.7

58.3

25

41.7

41.7

100.0

Total

60

100.0

100.0

Jadual 3.9

Carta 3.5
Laporan :

18

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

1. Secara keseluruhannya murid yang mendapat skor 3 adalah lebih


tinggi berbanding murid yang mendapat skor 2 dan 4.
3.2

Analisis Inferensi
3.2.1 Menentukan kolerasi dan hubungan antara berat dengan keputusan

lari
ulang-alik dan lompat menegak.
Analisis (Berdasarkan Jadual 3.10)
1. Tidak terdapat hubungan signifikan antara berat badan murid
dengan ujian lari ulang-alik pada aras kesignifikanan melebihi 0.05
2. Terdapat hubungan signifikan antara berat badan murid dengan
ujian lompat menegak pada aras kesignifikanan di bawah 0.05.
Correlations
Berat Subjek

Keputusan Lari

Keputusan

Ulang Alik

Lompat

Subjek

Menegak
Subjek
.193

.468**

.139

.000

60

60

60

Pearson Correlation

.193

-.065

Sig. (2-tailed)

.139

Pearson Correlation
Berat Subjek

Sig. (2-tailed)
N

Keputusan Lari Ulang Alik


Subjek

N
Pearson Correlation

Keputusan Lompat

60

60

60

**

-.065

.000

.620

60

60

.468

Sig. (2-tailed)

Menegak Subjek

.620

60

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 3.10
Laporan
1. Berat badan tidak mempengaruhi prestasi ketangkasan murid
dalam ujian lari ulang-alik 10meter.
2. Berat badan mempengaruhi prestasi kuasa kaki di dalam ujian
lompat menegak.

19

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

3.2.2 Menentukan kolerasi dan hubungan antara tinggi dengan keputusan


lari
ulang-alik dan lompat menegak.
Analisis (Berdasarkan jadual 3.11)
1. Tidak terdapat hubungan signifikan antara tinggi badan murid
dengan ujian lari ulang-alik pada aras kesignifikanan melebihi 0.05
2. Terdapat hubungan signifikan antara berat tinggi murid dengan
ujian lompat menegak pada aras kesignifikanan di bawah 0.05
Correlations
Tinggi Subjek

Keputusan Lari

Keputusan

Ulang Alik

Lompat

Subjek

Menegak
Subjek

Pearson Correlation
Tinggi Subjek

Sig. (2-tailed)

Keputusan Lari Ulang Alik


Subjek

Keputusan Lompat
Menegak Subjek

.161

.692**

.221

.000

60

60

60

Pearson Correlation

.161

-.065

Sig. (2-tailed)

.221

60
**

.620
60

60

-.065

Pearson Correlation

.692

Sig. (2-tailed)

.000

.620

60

60

60

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 3.11
Laporan
1. Tinggi badan tidak mempengaruhi prestasi ketangkasan murid
dalam ujian lari ulang-alik 10meter.
2. Tinggi badan mempengaruhi prestasi kuasa kaki di dalam ujian
lompat menegak.

20

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

3.2.3 Mengenal pasti perbezaan ujian antoprometri antara murid lelaki dan
perempuan tahun 5
Analisis (berdasarkan jadual 3.12 dan 3.13)
1. Purata tinggi perempuan adalah lebih tinggi berbanding purata
tinggi lelaki.
2. Purata berat perempuan adalah lebih rendah berbanding purata
berat bagi lelaki
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan
murid perempuan dalam ujian antoprometri pada aras signifikan
melebihi 0.05.

Group Statistics
Jantina Subjek
Tinggi Subjek

Berat Subjek

Mean

Std. Deviation

Std. Error Mean

PEREMPUAN

30

140.97

7.527

1.374

LELAKI

30

138.77

8.089

1.477

PEREMPUAN

30

35.47

8.407

1.535

30

36.40

11.734

2.142

LELAKI

Jadual 3.12

21

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Independent Samples Test


Levenes Test for

t-test for Equality of Means

Equality of
Variances
F

Sig.

df

Sig. (2-

Mean

Std. Error

95% Confidence Interval

tailed)

Difference

Difference

of the Difference

Lower
Equal variances

.131

Tinggi

assumed

Subjek

Equal variances not

.719

assumed
Equal variances

2.011

Berat

assumed

Subjek

Equal variances not

.161

assumed

Upper

1.091

58

.280

2.200

2.017

-1.838

6.238

1.091

57.702

.280

2.200

2.017

-1.838

6.238

-.354

58

.725

-.933

2.635

-6.209

4.342

-.354

52.561

.725

-.933

2.635

-6.220

4.354

Jadual 3.13
Laporan :
1. Berdasarkan analisis menunjukkan bahawa berat dan tinggi murid
lelaki dan perempuan tiada perbezaan.
3.2.4 Mengenal pasti perbezaan ujian prestasi motor (ujian lari ulang-alik
dan lompat menegak) antara murid lelaki dan perempuan tahun 5
Analisis (Berdasarkan jadual 3.14 dan 3.15)
1. Purata masa lari ulang-alik bagi murid perempuan adalah lebih
perlahan daripada murid lelaki
2. Purata tinggi lompatan murid perempuan adalah lebih tinggi
daripada murid lelaki
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan
murid perempuan dalam ujian prestasi motor lompat menegak pada
aras signifikan melebihi 0.05.
4. Terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan murid
perempuan dalam ujian prestasi motor lari ulang-alik pada aras
signifikan 0.05.
Group Statistics
Jantina Subjek

22

Mean

Std. Deviation

Std. Error Mean

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Keputusan Lari Ulang-alik

PEREMPUAN

30

14.5633

1.48476

.27108

Subjek

LELAKI

30

13.5497

1.20282

.21960

Keputusan Lompat

PEREMPUAN

30

218.57

13.457

2.457

Menegak Subjek

LELAKI

30

215.40

17.182

3.137

Jadual 3.14

Levenes Test
for Equality of
Variances
F
Sig.

Keputusan Lari
Ulang-alik Subjek

Keputusan Lompat
Menegak Subjek

Equal
variances
assumed
Equal
variances
not
assumed
Equal
variances
assumed
Equal
variances
not
assumed

.864

.880

.357

.352

Independent Samples Test


t-test for Equality of Means

df

Sig. (2tailed)

Mean
Difference

Std. Error
Difference

95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower
Upper

2.906

58

.005

1.01367

.34887

.31533

1.71200

2.906

55.605

.005

1.01367

.34887

.31469

1.71264

.795

58

.430

3.167

3.985

-4.809

11.143

.795

54.850

.430

3.167

3.985

-4.819

11.152

Jadual 3.15
Laporan :
1. Tidak terdapat perbezaan keupayaan kuasa lompatan bagi murid
lelaki dan perempuan dalam ujian lompat menegak. Kuasa
lompatan lelaki dan perempuan adalah sama.
2. Terdapat perbezaan ketangkasan bagi murid lelaki dan perempuan
dalam ujian lari ulang-alik. Lelaki mempunyai ketangkasan yang
lebih tinggi daripada perempuan dalam ujian lari ulang-alik.

4.0

Refleksi
Semasa menjalankan amalan profesional praktikum fasa 2 selama dua
bulan bermula 15 Julai 2013 hingga 20 September 2013 semua pelajar
23

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Pendidikan

Jasmani

Ambilan

Januari

2011

telah

ditugaskan

untuk

menyiapkan satu tugasan berkaitan subjek Pengukuran dan Penilaiaan untuk


dijalankan di sekolah melibatkan murid-murid tahap dua di sekolah masingmasing. Sehubungan itu saya telah memilih murid-murid tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Bukit Raya sebagai subjek kajian saya kerana merasakan usia
kematangan mereka sesuai dengan ujian yang akan saya jalankan.
4.1

Kekuatan
Dalam melaksanakan tugasan ini saya telah memperoleh pelbagai
manfaat dan kebaikan hasil tugasan yang dilaksanakan antaranya ialah
pengumpulan maklumat di mana subjek pengukuran dan penilaian ini adalah
satu subjek yang baru bagi saya dan mencabar kerana memerlukan
perancangan yang teliti dan teratur. Ini secara tidak langsung dapat melatih
diri saya melakukan sesuatu tugasan yang diberikan dengan terperinci dan
sistematik di mana kelak apabila ditempatkan di sekolah kelak, saya pasti
akan dibekalkan dengan pelbagai tugasan yang memerlukan perancangan
yang teliti dan teratur bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.
Perancangan yang dilakukan juga memerlukan beberapa ujian awal bagi
memastikan ujian yang dijalankan mendapat hasil yang memuaskan.
Perjumpaan dan perbincangan dengan pensyarah terlibat juga telah
melicinkan lagi proses pelaksanaan tugasan ini.
Selain itu kajian yang dijalankan juga memberi manfaat bukan sahaja
kepada penyelidik malah kepada semua pihak terlibat. Implikasi yang besar
akan berlaku dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian
yang dijalankan. Sebagai contoh ujian yang dijalankan kepada murid-murid
atau subjek yang terlibat telah memberi saya gambaran awal tentang
kemajuan dan prestasi murid di sekolah tersebut seterusnya saya terus boleh
berkongsi hasil kajian yang dijalankan dengan subjek yang terlibat di mana
saya boleh menasihati atau mencadangkan sesuatu kepada mereka dalam
meningkatkan keupayaan mereka dalam ujian yang dijalankan. Ini secara
tidak langsung dapat melatih saya untuk menyelesaikan masalah yang di
alami oleh mereka dalam meningkatkan keupayaan dalam ujian yang di
laksanakan.
Hasil daripada kajian yang dijalankan juga saya secara tidak langsung
mendapat motivasi untuk menjadi pendidik yang mempunyai nilai tambah
24

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

yang baik. Hasil pengalaman melakukan tugasan ini dapat saya gunakan di
masa akan datang apabila ditempatkan di sekolah. Cabaran yang saya alami
dari segi pelaksanaan projek dapat saya jadikan panduan kepada dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah kelak. Selain itu saya juga
dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan murid yang memenuhi
kehendak falsafah pendidikan kebangsaan melalui hasil kajian yang
dijalankan di mana pihak sekolah boleh mengambil tindakan sewajarnya
untuk meningkatkan keupayaan murid dalam ujian yang dijalankan supaya
aktiviti pendidikan jasmani benar-benar memberi kesan kepada diri mereka.
Selain itu kajian yang dijalankan juga dapat memberi kesedaran
kepada diri saya akan kepentingan melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani
mengikut kehendak sukatan di mana pelaksanaan aktiviti fizikal di sekolah di
lihat masih longgar di mana kebanyakan murid tidak dapat melepasi tahap
yang sepatutnya untuk usia seperti mereka. Ini secara tidak langsung
menyediakan diri saya dengan langkah yang dapat saya lakukan jika
berdepan situasi seperti ini di sekolah yang bakal saya berkhidmat kelak.
Pelaksanaan tugasan ini juga secara tidak langsung memberikan saya
pemahaman lebih jelas tentang SPSS di mana jika saya ingin melakukan
rujukan ilmiah ke atas jurnal ataupun kajian pihak lain,

saya akan lebih

memahami kajian dan hasil kajian yang dijalankan sebagai maklumat


tambahan kepada saya sebagai bakal guru kelak. Selain itu ini secara tidak
langsung memudahkan saya membantu rakan-rakan yang kurang mahir
tentang SPSS jika mereka ingin melakukan kajian ataupun mendapatkan
maklumat daripada hasil kajian pihak lain.
4.2

Kelemahan dan Penambahbaikan


Antara kelemahan yang saya dapati hasil pelaksanaan tugasan ini
ialah dari segi memahami SPSS itu sendiri di mana saya menghadapi sedikit
kesulitan dalam mengendalikan perisian SPSS di dalam windows pada
awalnya dan dapat diatasi setelah saya membuat rujukan dan tunjuk ajar
daripada mereka yang mahir. Kefahaman saya boleh ditingkatkan lagi dengan
melakukan latihan berterusan dengan perisian SPSS supaya saya dibiasakan
dengan istilah, ikon dan langkah dalam melakukan dapatan kajian yang
dijalankan.

25

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Selain itu masalah lain yang saya alami ialah tiada alat yang sesuai
untuk

saya

gunakan

dalam

kajian

yang

saya

lakukan.

Sebagai

penambahbaikan saya telah beberapa kali menukar ujian agar kajian dapat di
suaikan dengan alat dan sumber yang daya ada di sekolah.

Saya juga

menghadapi masalah untuk mendapat kan waktu di mana subjek kajian saya
dapat melakukan ujian yang dijalankan. Disebabkan saya hanya mengajar
tahap satu dan kelas saya sering kali bertembung dengan waktu yang sesuai
untuk dijalankan ujian, saya telah bertindak berjumpa guru mata pelajaran lain
untuk saya pinjam dan gunakan murid-murid yang terlibat melakukan kajian
yang saya lakukan.
Selain itu kawalan kelas semasa melakukan kajian juga perlu
ditingkatkan kerana bagi mengawal kelas dengan lebih baik dan mengelakkan
masa terbuang untuk menegur dan membetulkan kesalahan murid. Sebagai
penambahbaikan

penegasan

dalam

bentuk

berhemah

di

samping

mendapatkan pandangan daripada guru-guru berpengalaman dengan lebih


lanjut akan dapat memastikan kawalan kelas yang lebih berkualiti. Selain itu,
pendedahan dan sentiasa mendampingi murid-murid ini akan mewujudkan
hubungan ataupun rapport

yang positif dan dapat meningkatkan kawalan

kelas dan melicinkan proses kajian yang dilakukan melalui hubungan mesra
antara guru dan murid
Sebagai kesimpulannya, aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan ini
telah banyak memberi pendedahan yang bernilai kepada diri saya dalam
menjadi seorang guru yang serba lengkap dengan pengetahuan tidak hanya
di dalam aktiviti fizikal malah bagaimana melakukan kajian dan mendapatkan
keputusan yang signifikan. Selain itu ilmu dan pengetahuan yang diperoleh
telah banyak membuka minda dan persepsi saya tentang SPSS, kajian,
artikel kajian, jurnal dan sebagainya yang dapat menyediakan diri saya
sebagai guru yang serba lengkap dengan pengetahuan yang terkini dan
berguna.

5.0

Rujukan
26

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Buku :
Barry L. Johnson & Jack K. Nelson(1986). Praktikal Measurements For Evaluation In
Physical Education. London : Macmillan Publishing ompany.
Internet :
i.

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&ved=
Hubungan_Tingkah_Laku_Kesediaan_Pensyarah_Dengan_Tahap_Motivasi_

ii.
iii.
iv.
v.

Pelajar
http://kiwil-wahyuariyadi90.blogspot.com/2010/01/apa-itu-spss.html
http://suicidealone.wordpress.com/2008/05/14/hello-world/
http://eigtyfive.blogspot.com/2013/01/apa-itu-spss.html
http://hiereonly.wordpress.com/2008/05/13/apakah-spss-itu/

6.0

Lampiran

27

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Gambar 6.1 : Menyediakan Kawasan Ujian

Gambar 6.2 : Menyediakan kawasan ujian lompat menegak

28

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Gambar 6.3 : Murid-murid berbaris sebelum memulakan ujian

Gambar 6.4 : Murid-murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru

29

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Gambar 6.5 : Mengambil BMI murid

Gambar 6.6 : Ujian Lompat menegak

30

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

Gambar 6.7 : Ujian Lari ulang alik

Gambar 6.8 : Ujian lari ulang-alik( Permulaan)

31

You might also like