Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

8.

Huraikan kesan Revolusi Industri yang tercetus di Jerman dalam bidang politik,
social, dan ekonomi. (20m)

Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman. Ciri utama


Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital
industri. Antara teknologi yang digunakan dalam tahap kedua ialah berasaskan
pelbagai bahan, sumber dan bentuk. Muncul industri baharu seperti elektrik,
kimia dan petroleum di zaman ini. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan
metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan
daripada arang dan besi.
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang
teknologi. Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah seperti tenaga
elektrik digunakan untuk membekalkan caaya dan mengendalikan jentera,
petroleum menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin dan keluli
menggantikan besi sebagai galian utama. Selain daripada itu, kemajuan dalam
teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan. Kilang
membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan mahal untuk
menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang terlatih dan berpengalaman direkrut
untuk menghasilkan barangan baharu. Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan
oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Ciptaan
yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya terkenal dalam bidang
kejuruteraan elektrik. Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara
pertama menghasilkan barangan elektrik di dunia. Di samping itu, kajian tentang
permintaan pasaran dijalankan bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan
kehendak pasaran.
Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengan giat
untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai
jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan. Di samping
itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga perosak
juga dihasilkan.
Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-besaran
berlaku. Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan,
mesin basuh, basikal dan kereta. Pengeluaran secara besar-besaran
menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan gaji
membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli barangan yang
dihasilkan secara besar-besaran.
Revolusi perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan
negara industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini
menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan
pengaruh di Asia dan Afrika. Perkembangan ini menyebabkan lahir satu
fenomena yang dikenali sebagai imperialisme baharu. Imperialisme baharu
menyebabkan negara industri bersaing untuk menguasai Afrika dan
mendapatkan konsesi di China. Negara-negara industri menggunakan teknologi
untuk menghasilkan senjata untuk menguasai negara lain. Menjelang abad ke19, Jerman muncul sebagai sebuah negara industri yang agresif dengan
memulakan Perang Dunia Kedua.

Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan sektor ini


memerlukan sokongan kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi bagi
barangan import. Tujuannya supaya barangan tersebut tidak bersaing dengan
barangan tempatan. Kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal
perniagaan dan buruh, Menyediakan pendidikan untuk melahirkan lebih ramai
golongan professional dan Pasaran baharu dibuka bagi menjamin pembekalan
bahan mentah dan bahan api.
Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah
pertubuhan yang terdiri daripada sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli
perniagaan dan penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan Bismark
supaya meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan
meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman. Desakan perluasan jajahan
menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin
pada tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil alih
bahagian barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai Tanganyika
dan Afrika Timur. Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan
tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan
pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun
1897, Jerman telah meluaskan hubungasn perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut
China.
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dan perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman dikawal
oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman. Tugas D
Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan
perniagaan di Jerman. Di Bank turut menggalakkan hubungan Jerman dengan
Negara-negara luar serta aktif di Timur Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan
Timur Tengah. Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada
kemunculan kelas pengusaha industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana
mereka mendapat bantuan modal bank. Bantuan modal yang dikeluarkan oleh
bank-bank Jerman telah mempercepatkan perkembangan perindustrian di
Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan kartel di Jerman telah banyak
membantu perkembangan perindustrian. Matlamat penubuhan kartel adalah
untuk menguasai bekalan dan harga jualan.
Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga
mahir oleh Negara-negara lain. Bagi memastikan para pekerja mendapat
perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans sosial
yang dikuatkuasakan pada tahun 1883. Fungsinya ialah menjaga kebajikan
pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans
kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat
kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884,
parlimen (reichstag) meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
Pembayaran bagi rawatan perubatan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah
Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.
Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman. Jerman
juga terkenal dalam bidang ketenteraan.
Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan kilang-kilang
menghentikan pengeluaran. Tambahan pula, kilang-kilang perindustrian juga

mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja. Perkembangan ini


menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja mengalami
kesukaran hidup.
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menjaga kebajikan
golongan pekerja. Sebagai contoh, Bismarck telah memperkenalkan Undangundang Insurans Sosial pada tahun 1883. Undang-undang ini bertujuan untuk
menjaga kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.
Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh
Parlimen Jerman. Undang-undang ini membolehkan pekerja mendapat rawatan
perubatan yang ditanggung oleh majikan. Selain itu, pencen diberikan kepada
pekerja industri yang dihentikan kerja akibat penyakit.
Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan
pesat dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api. Jalan
kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig telah
menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan dua jenis kesan
terhadap negara tersebut. Kesan dari segi ekonomi dan sosial. Antara kesan
ekonomi yang dapat dilihat ialah pengeluaran besar-besaran, kemajuan
penyelidikan serta lahirnya kuasa imperialisme baharu. Dari segi sosial pula,
kesan yang dapat dilihat ialah kemelesetan ekonomi akibat pengeluaran yang
berlebihan serta kebajikan pekerja yang dijaga oleh kerajaan Jerman. Kesan yang
berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari semua
aspek. Revolusi perindustrian di Jerman telah menjadikan Jerman sebuah
kerajaan yang maju.

You might also like