Big Fasa 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 2

NAMA

: MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN HASSAN

NO K/P

: 940707-02-5229

NO MATRIK : IPGKB : S05A-1206-0531

Pertamanya, saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana


dengan izin-Nya kami guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 telah berjaya
menyempurnakan pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Bagi
pelaksanaan

BIG

Fasa

ini

kami

dikehendaki

untuk

merancang

dan

melaksanakan dua program berasingan iaitu program ceramah kesedaran


khidmat masyarakat dan juga program khidmat masyarakat. Perancangan dan
pelaksanaan program ini telah dilaksanakan dengan semangat kerjasama
daripada seluruh pelajar PISMP Ambilan Januari 2014.
Program pertama yang dianjurkan ialah sesi ceramah kesedaran dibawah tajuk
Peranan Guru Dalam Komuniti . Ceramah ini telah diadakan pada 24 Ogos 2014
bertempat di Dewan Gerko. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Shaari
bin Nawi iaitu seorang pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman hidup
terutama dalam bidang pendidikan di kawasan luar bandar. Berdasarkan kisahkisah yang disampaikan berdasarkan pengalamannya, saya merasakan bahawa
pentingnya kepada saya untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran, dan juga pengalaman yang cukup untuk menghadapi masa depan
yang lebih mencabar sebagai seorang guru. Persiapan yang cukup ini akan
menjadikan bekalan untuk saya berhadapan dan membangunkan masyarakat
yang bakal saya diami suatu hari nanti.
Selain itu, daripada ceramah yang telah disampaikan saya juga dapat membuka
minda saya tentang profesion keguruan. Profesion keguruan bukan sahaja
menjadikan saya sebagai seorang guru semasa di sekolah bahkan sepanjang
masa. Saya juga menyedari tugas yang amat berat kepada saya iaitu sebagai
pendidik anak bangsa dan juga pendidik kepada komuniti setempat. Oleh itu,
saya perlu menjaga setiap apa yang saya lakukan dan menunjukkan contoh yang
baik sepanjang masa kepada masyarakat. Hal ini amat penting untuk menjaga

nama baik profesion keguruan dan juga sebagai langkah untuk menjadikan guru
sebagai role model dalam masyarakat dan menjadikan masyarakat lebih
menghormati guru.
Antara peranan lain yang dinyatakan semasa ceramah ialah guru mesti menjadi
pemimpin

dalam

masyarakat.

Pemimpin

yang

dimaksudkan

ialah

tidak

semestinya guru mesti menjadi pemimpin yang dilantik dalam kalangan


masyarakat tetapi guru diharapkan menjadi ejen yang membawa masyarakat
kearah yang lebih baik. Sebagai contoh, guru perlu melibatkan diri dalam perihal
keagamaan

dalam

komuniti

kerana

daripada

perihal

keagamaan

dapat

menjadikan guru sebagai pemimpin komuniti dalam aspek-aspek yang lain. Saya
juga bertekad untuk sentiasa mengamalkan dan melibatkan diri dalam apa jua
program keagamaan yang dianjurkan sepanjang latihan saya di IPGKKB. Dengan
adanya latihan sebegini, saya berharap dapat menjadi pemimpin komuniti seperti
yang disampaikan oleh penceramah pada program berkenaan. Ini juga akan
mengangkat martabat saya sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang
hamba di sisi Allah.
Seterusnya, saya juga sedar akan peranan guru sebagai ejen perubahan
terhadap komuniti. Guru perlu bijak untuk menjana perubahan dalam masyarakat
dan meninggalkan satu kesn yang baik terhadap masyarakat. Berdasarkan
perkongsian pengalaman oleh Tuan Haji Shaari, beliau telah berjaya membuat
satu perubahan terhadap masyarakat orang asli di kawasan Gua Musang semasa
berkhidmat sebagai seorang guru. Saya juga akan menjadikan kisah tersebut
sebagai motivasi untuk saya menjadi ejen perubahan terhadap komuniti saya
pada masa hadapan. Saya juga akan berusaha untuk melakukan perubahan
dengan

mengutarakan

idea-idea

yang

baik

dan

juga

bersedia

untuk

menggunakan segala kemampuan yang ada agar saya dapat meninggalkan


kesan positif dalam komuniti tersebut.
Maka, dengan adanya penganjuran ceramah kesedaran Peranan Guru Terhadap
Komuniti ia banyak membina jati diri saya sebagai seorang bakal guru. Saya
menyedari banyak perkara tentang apa yang tidak pernah saya fikirkan sebelum
ini. Saya juga sudah bersedia untuk membesar dan mematangkan diri dengan
dunia pendidikan supaya saya dapat menunaikan segala tanggungjawab saya
terhadap murid dan juga komuniti setempat. Saya juga berharap agar mampu
untuk menjadi seorang warga pendidik yang mampu untuk membentuk murid-

murid sebagai pelapis kepimpinan negara dan juga membangunkan masyarakat


untuk menjadi masyarakat yang baik.
Bagi program kedua dibawah Program Bina Insan Guru Fasa 2, kami telah
menjalankan aktiviti khidmat masyarakat iaitu gotong-royong membersihkan
rumah anak yatim dan juga masjid. Saya dan rakan-rakan sekelas yang lain telah
ditugaskan untuk menjalankan program BIG di Masjid Assolihin IPGKKB. Antara
tugasan yang telah diberikan kepada kami seperti membersihkan tandas masjid,
membersihkan longkang dan sistem saliran masjid, menanam pokok, dan juga
menceriakan dalaman masjid.

Sepanjang

menjalani

aktiviti

khidmat

masyarakat

ini,

saya

sedar

akan

kepentingan semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan dan


pekerjaan.

Dalam

melakukan

kerja

secara

berkumpulan,

sememangnya

semangat kerjasama menjadi perkara terpenting yang perlu diberikan perhatian


oleh semua ahli kumpulan. Semangat kerjasama akan menyebabkan kerja
menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Dalam pada itu, semangat kerjasama juga
menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.
Suasana bekerja juga akan menjadi lebih harmoni kerana tidak timbul perkaraperkara yang tidak diingini seperti curi tulang dan sebagainya. Suasana kerja
yang harmoni amat penting dalam mengekalkan semangat berkumpulan. Saya
juga akan berusaha untuk terus mengukuhkan semangat kerjasama dalam diri
untuk memudahkan saya bergaul dan melakukan kerja secara berkumpulan pada
masa hadapan.
Selain itu, saya juga sedar akan kepentingan untuk menjaga kebersihan.
Kebersihan adalah perlu di semua tempat tidak kira dimana kita berada. Kita juga
perlu menjaga dan memastikan kebersihan alam sekitar terjaga. Apabila kita
semua menjaga kebersihan, maka ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah
dalam kehidupan dan juga dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai.
Sebagai contoh, kebersihan tandas adalah perkara yang seringkali menjadi topik
kempen untuk mendidik masyarakat. Apabila adanya masyarakat yang menjaga
kebersihan seperti kebersihan tandas, maka ia dapat memberikan keselesaan
terhadap semua pengguna dan juga dapat menjimatkan kos kerana tidak wujud
sebarang kerosakan yang memerlukan kepada pembaikan. Maka disini, saya
akan menjaga kebersihan tempat sekeliling dan juga kebersihan alam sekitar.

Akhir sekali, program khidmat masyarakat juga menjadikan saya sebagai seorang
insan yang meletakkan diri di posisi orang lain. Sebagai contoh, semasa
menjalani program khidmat masyarakat, saya telah mencuci tandas bagi
menggantikan posisi pekerja yang telah ditugaskan untuk melakukan kerja
tersebut. Apabila saya berada di posisinya, timbul di dalam hati saya perasaan
agar dihargai oleh masyarakat sekeliling.
menghormati

dan

menyanjung

Oleh

pekerja-pekerja

itu,
yang

saya akan sentiasa


telah

sekian

lama

berkhidmat untuk memastikan kebersihan dan memberikan keselesaan kepada


kami di sini.
Sebagai penutup, saya merasakan pelaksanaan program Bina Insan Guru amat
perlu untuk pembentukan jati diri sebagai seorang guru. Saya akan berusaha
untuk menerapkan segala ilmu, kemahiran, dan nilai yang diperoleh melalui
program ini. Penerapan ini amat penting untuk saya meningkatkan kualiti diri
sebagai seorang warga pendidik yang berkualiti dan mampu untuk menjadi
sumber pembangunan masyarakat dan juga negara.

You might also like