Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN PENGLIBATAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

SEMASA KEJOHANAN KOT IPKB 2013.

Pada 13 Mac 2013 bersamaan dengan hari Rabu, Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)
IPG Kampus Kota Bharu telah diadakan di Padang IPKB anjuran guru pelatih PISMP
Semester 5 Ambilan Januari 2011. Semua unit beruniform termasuklah Bulan Sabit
Merah Malaysia (BSMM) telah terlibat bersama dalam menjayakan kejohanan tersebut.

Seramai 33 orang lelaki dan perempuan ahli BSMM telah menyertai


pertandingan kawad kaki unit beruniform yang dianjurkan setiap tahun oleh pihak
penganjur. Kawad kaki BSMM telah diketuai oleh Kem Komanden BSMM iaitu Rafieq
Syazwan Bin Mat Roshid (PISMP TESL 3 Semester 3 Ambilan Januari 2012).
Pertandingan kawad kaki unit beruniform telah disertai oleh 5 unit beruniform yang ada
di IPKB iaitu Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet
Remaja Sekolah (KRS) dan BSMM. Pertandingan kawad kaki unit beruniform ini telah
dimenangi oleh Pandu Puteri (Johan), PPIM (Naib Johan), Pengakap (Ketiga) dan
BSMM (Keempat).

Kawad kaki BSMM yang diketuai oleh Rafieq Syazwan Bin Mat Roshid.

Kawad kaki BSMM semasa lintas hormat.

Kawad kaki Pandu Puteri semasa lintas hormat (Johan).

Kawad kaki PPIM semasa lintas hormat (Naib Johan).

Kawad kaki Pengakap semasa lintas hormat (Ketiga).

Kawad kaki KRS semasa lintas hormat.

Selain daripada pertandingan kawad kaki, BSMM juga terlibat untuk bertugas
dalam bahagian Pertolongan Cemas (PC) di bawah AJK Keselamatan jawatankuasa
KOT 2013 sepanjang latihan rumah sukan, sukantara dan hari kejohanan tersebut.
BSMM bahagian negeri Kelantan juga terlibat bersama semasa kejohanan dan juga
terlibat dalam menjayakan gimik perasmian pembukaan KOT 2013. Pembahagian
jadual bertugas telah dibahagikan dan semua ahli telah bertugas mengikut jadual yang
diberikan iaitu pertukaran tugasan setiap 1 jam. Kebanyakkan bantuan yang diberikan
hanyalah bantuan ringan seperti memapah guru pelatih yang pening di bawah matahari
terik semasa perbarisan ke khemah PC dan kekejangan otot.

Penutup
Sesungguhnya penglibatan BSMM semasa KOT 2013 telah memberikan banyak
manfaat dan pengalaman berguna kepada semua ahli BSMM. Semangat kerjasama
yang ditunjukkan oleh semua ahli dalam penglibatan KOT 2013 ini benar-benar dapat
menambahkan lagi ilmu BSMM dalam diri semua ahli dengan komitmen tinggi yang
ditunjukkan serta menjadikan KOT 2013 lebih lancar dan teratur.

Laporan disediakan oleh,

LIM CHEN CHING


Setiausaha unit beruniform BSMM,
IPG Kampus Kota Bharu,
Kelantan.

JADUAL BERTUGAS PERTOLONGAN CEMAS BSMM


MASA
9.00 PAGI 10.00 PAGI

10.00 PAGI 11.00 PAGI

11.00 PAGI 12.00 T/H

12.00 T/H 1.00 PETANG

PETUGAS
5 ORANG PEREMPUAN (PSV)
5 ORANG LELAKI (TESL 2)
2 ORANG LELAKI (PSV)
4 ORANG PEREMPUAN (PSV)
5 ORANG LELAKI (TESL 3)
2 ORANG LELAKI (PSV)
5 ORANG PEREMPUAN (MT 1)
5 ORANG LELAKI (TESL 2)
2 ORANG LELAKI (PA)
5 ORANG PEREMPUAN (MT 1)
5 ORANG LELAKI (TESL 2)
2 ORANG LELAKI (PA)

You might also like