Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TAJUK

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA

TARIKH

11 MAC 2015

MASA

9.40 PAGI

TEMPAT

SMK (LKTP) CHEMOMOI

Pada 11 Mac yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Chemomoi telah
mengadakan siri pertama latihan kebakaran. Latihan bermula jam 9.40 pagi dan berakhir sekitar
jam 10.20 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun sebagai
persediaan dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran di sekolah. Pada tahun ini, pihak
sekolah telah merancang mengadakan 2 siri latihan kebakaran. Semua warga SMK (LKTP)
Chemomoi terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberi
kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
Setelah loceng panjang dibunyikan, semua pelajar bergegas untuk ke tempat yang telah
ditetapkan untuk berkumpul. Guru Perhubungan Polis & Keselamatan telah menetapkan bahawa
pengumpulan pelajar pelajar ketika berlaku kebakaran adalah di padang sekolah dan tapak
perhimpunan. Pergerakan pelajar pelajar dikawal oleh guru subjek semasa. Masa yang
dicatatkan adalah 4 minit di padang dan 4 minit 30 saat di tapak perhimpunan. Masa maksimum
untuk mengosongkan bangunan adalah 7 minit.
Guru kelas masing masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang pun
pelajar yang tertinggal di dalam kelas atau di dalam sekolah. Hanya seorang pelajar sahaja yang
tidak turut serta dalam latihan ini iaitu Abdul Syafiq()()() dari kelas 4 Perdagangan kerana
masalah dari segi pergerakan. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah
pada setiap tahun bagi memastikan pelajar dan kakitangan SMK (LKTP) Chemomoi sentiasa
dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Tahniah kepada semua warga
sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

LAMPIRAN

Disediakan oleh,
(MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA)
GURU PERHUBUNGAN POLIS & KESELAMATAN

You might also like