Membina Perenggan Isi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cara membina perenggan isi.

Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua
terletak pada perenggan yang ketiga, dan seterusnya. Dari segi isi, pelajar-pelajar
dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walau
bagaimanapun, pelajar-pelajar boleh mengemukakan isi-isi sampingan
untuk memperkuat hujah atau huraian.
Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya
mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan seperti yang
dinyatakan di bawah ini:

(a)
(b)
(c)
(d)

Ayat judul;
Ayat Huraian;
Ayat Bukti/Contoh; dan
Ayat penegas.

Ayat judul ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang
menjawab pokok persoalan karangan. Ayat judul ini boleh diletakkan di bahagian
awal, di tengah atau di hujung sesuatu perenggan. Hal ini bergantung pada
huraian yang dilakukan oleh pelajar.
Ayat huraian pula ialah huraian lanjut tentang isi utama yang
dikemukakan bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang
diperkatakan atau menyokong isi-isi utama. Karangan yang baik akan
mengemukakan satu (1) ayat huraian sekurang-kurangnya.
Ayat bukti atau ayat contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandungi bukti
atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan untuk memperkuat
hujah. Bukti dan contoh yang dikemukakan mestilah bukti yang sahih dan bukan
bukti atau contoh yang sengaja diada-adakan.
Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan
huraian yang dikemukakan. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti
"tegasnya", "oleh itu", dan "sehubungan dengan itu".
\\\

JAWAPAN CONTOH UNTUK PERENGGAN ISI


(1) Satu daripada langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah
mengenakan denda yang lebih berat terhadap pengguna-pengguna jalan raya
yang cuai dan tidak bertimbang rasa. (2) Denda yang dikenakan ini sekurangkurangnya akan menakutkan atau memberikan kesedaran kepada penggunapengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan bersopan di jalan raya.
(3) Sebagai contohnya, cadangan untuk menaikkan denda maksimum
daripada RM300 kepada RM600 bagi sebarang kesalahan di jalan raya
serta cadangan untuk mengenakan hukuman penjara bagi kesalahan
memandu ketika mabuk dan mengadakan perlumbaan haram di jalan raya
hendaklah disokong oleh semua pihak. (4) Tegasnya, denda yang berat
akan memberikan kesedaran kepada pengguna supaya sentiasa berhati-hati di
jalan raya.
Dalam contoh jawapan di atas, ayat (1) ialah ayat judul, ayat (2) ialah ayat
huraian, ayat (3) ialah ayat contoh, dan ayat (4) ialah ayat penegas.

You might also like