Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Penderaan Fizikal

Penderaan fizikal sebagai suatu


fenomena sosial ditakrifkan
sebagai keganasan secara fizikal
terhadap kanak-kanak oleh ibu
bapa, penjaga atau sesiapa saja
yang bertanggungjawab
melindungi kanak-kanak
tersebut. Definisi penderaan
fizikal adalah sukar dan
kompleks kerana pelbagai faktor
yang terlibat dalam perlakuan
seseorang kanak-kanak.

Ammerman dan Hersen


(1990:26) berpendapat bahawa:
Faktor tambahan yang
memainkan peranan dalam
mendisiplinkan penderaan
fizikal termasuk pendekatan
disiplin di kalangan ibu bapa,
kecederaan yang dialami, kesan
pada tingkah laku dan
keseriusan kecederaan kanakkanak. Pemboleh ubah penting
yang perlu diuji adalah bentuk
niat yang menyebabkan mereka
dideraataupun kecederaan
fizikal dan digabungkan dengan

situasi keluarga yang


melakukannya menyebabkan
definisi penderaan fizikal
menjadi kompleks.
Akta Perlindungan Kanakkanak 1991 pula mentakrifkan
bahawa seseorang kanak-kanak
dicederakan daripada segi
fizikal jika ada kecederaan dan
boleh dilihat pada mana-mana
bahagian tubuh kanak-kanak itu
yang didalilkan antara lain,
laserasi, konstusi, lelasan, parut,
patah atau kecederaan tulang
yang lain, dislokasi, seliuh,

pendarahan, pecah viskus, luka


terbakar, melecur, hilang atau
berubah kesedaran atau fungsi
fisiologi seperti gugur rambut
atau patah gigi.
Pakar perubatan juga
mendefinisikan penderaan
fizikal sebagai tindakan yang
boleh menyebabkan kecederaan
seperti pendarahan otak (Birrell
& Birrell 1968), lebam yang
teruk (Silverman 1968 dan
Cafey 1972), kecacatan akibat
penderaan fizikal (Camerin
1972), retak dan patah tulang

(ONeil et al. 1973), bekas


gigitan (Sims et al. 1973), lecur
dan terbakar dicucuh puntung
rokok (Smith & Hanson 1974).
Di samping itu, Oates (1993:57)
membuktikan penderaan fizikal
boleh membawa maut kepada
dua kumpulan kanak-kanak iaitu
kanak-kanak cacat sejak
dilahirkan dan juga kanak-kanak
cacat akibat penderaan tersebut.
Namun begitu banyak lagi cara
dan alat yang digunakan untuk
mendera fizikal kanak-kanak.
Menurut Mohd. Sham Kasim

(1994) cara dan alat yang


digunakan untuk mendera selain
memukul menggunakan tangan,
dirotan, disebat, digigit,
disimbah cecair panas, dicucuh
dengan besi atau benda panas,
puntung rokok atau ubat
nyamuk, dirantai, diikat,
dikurung, dikunci di dalam bilik
atau rumah, ditumbuk, disepak,
diterajang, dicubit, dikepit atau
dipulas dan sebagainya.
Takrif Akta Perlindungan
Kanak-kanak dan diagnosis
pakar perubatan perlu diberi

perhatian bagi menentukan


kanak-kanak tersebut terlibat
dalam kes penderaan fizikal.
Pakar perubatan juga mendapati
kadang kala penderaan fizikal
mempunyai hubung kait dengan
lain-lain jenis penderaan seperti
penderaan seksual, emosional
dan pengabaian kanak-kanak.
Penderaan Seksual
Penderaan seksual merujuk
segala bentuk aktiviti seksual
yang mempunyai tujuan
memenuhi nafsu seks orang

dewasa, melalui pornografi,


gambar, perakam suara, filem,
perakam video atau
mengeksploitasi bahagian sulit
kanak-kanak. Penderaan seksual
melibatkan kanak-kanak adalah
dengan cara mencabul
kehormatannya, dirogol dan
dipaksa melacur.
Akta Perlindungan Kanakkanak 1991 mentakrifkan
bahawa seseorang yang terlibat
dalam kes penderaan seksual
kanak-kanak adalah apabila dia
mengambil bahagian, sama ada

sebagai peserta atau pemerhati


dalam apa-apa aktiviti yang
bersifat seks bagi maksud apaapa bahan, fotograf, rakaman,
filem, pita video atau
persembahan yang bersifat
pornografi, lucah atau
eksploitasi seks oleh manamana orang bagi memuaskan
nafsu seks orang itu atau orang
lain.
Menurut Schechter dan Roberge
(1976), dalam sesetengah hal
kanak-kanak menjadi mangsa
penderaan seksual di dalam

keluarga seperti sumbang


muhrim contohnya atau bagi
upacara ritual tertentu. Menurut
Finkelhor pula (1979:23) faktorfaktor lain yang perlu diberi
perhatian mengenai penderaan
seksual adalah umur pelaku,
bentuk perlakuan atau kejadian,
sama ada mangsa mengizinkan
perlakuan tersebut, umur
mangsa, jantina dan hubungan
mangsa dengan pelaku dan
akibat perlakuan tersebut atau
kejadian terhadap kanak-kanak
tersebut. Beberapa ahli

psikologi berpendapat bentuk


penderaan ini akan membawa
implikasi buruk kepada
perkembangan emosi seseorang
kanak-kanak yang mangsa
penderaan (Davidson & Nicol,
1993:47). Oleh yang demikian
penderaan seksual mempunyai
kaitan erat dengan penderaan
emosional.
Penderaan Emosional
Penderaan emosi merujuk
kepada bentuk gangguan
psikologi terutama daripada segi

mental dan emosional, sama ada


didera dan dianiayai oleh ahli
keluarga yang terlibat. Emosi
adalah rasa dalaman yang dapat
dilihat sebagai sedih, marah,
meradang, geram, benci, sakit
dan sebagainya (lihat Kieran
O Hagan, 1993:22).
Penderaan emosional
merangkumi tidak memberi
kasih sayang yang cukup atau
membenci kanak-kanak
tersebut, kanak-kanak tidak
dihiraukan, tidak dilayan
karenahnya, pergaulan mereka

disekat misalnya tidak


dibenarkan berkawan atau
bermain sesama mereka, mereka
sering dimarahi, ditengking,
ditakut-takuti dan ahli keluarga
bermusuhan dengan kanakkanak.
Akta Perlindungan Kanakkanak 1991 mentakrifkan
bahawa seseorang kanak-kanak
dicederakan daripada segi emosi
apabila ada gangguan yang
ketara atau boleh dilihat pada
fungsi mental dan emosi kanakkanak itu yang didalilkan antara

lain, kecelaruan mental atau


tingkah laku, termasuk
keresahan, kemurungan,
penyendirian, atau tumbesaran
yang lambat.
Penderaan emosional
diklasifikasikan sebagai
penderaan atau pengabaian
apabila ianya mencapai tahap
ekstrem atau melibatkan bentuk
penderaan yang lain. Menurut
Whiting (1976:3), punca utama
kanak-kanak terganggu secara
emosi adalah disebabkan oleh
ibu bapa; penderaan bentuk ini

berlaku apabila kanak-kanak


tersebut dihalang atau tidak
memberi rawatan yang
sewajarnya oleh ibu bapa atau
penjaganya. Bentuk penderaan
ini sukar dikenal pasti. Ianya
dapat dilihat bertahap-tahap
melalui tingkah laku mengikut
perkembangan umur kanakkanak. Menurut Skuse
(1993:28), penderaan emosi
bermula sejak mangsa berumur
6 hingga 8 bulan, umur prasekolah, umur persekolahan dan
umur remaja. Setiap

perkembangan umur kanakkanak akan menunjukkan


perubahan tingkah laku yang
aneh. Contohnya, pada umur
persekolahan mangsa sering
ponteng sekolah, tidak berminat
terhadap pelajaran, kelihatan
murung, suka mengasingkan
diri dan sebagainya. Implikasi
yang lain dapat dilihat pada kes
penderaan emosi adalah
pengabaian ibu bapa atau
pendera terhadap kanak-kanak
tersebut.
Pengabaian Kanak-kanak

Pengabaian kanak-kanak
merujuk pada pengabaian
terhadap penjagaan kanakkanak daripada segi keperluan
asas seperti keselamatan,
makanan berkhasiat,
pendidikan, rawatan emosi dan
fizikal (Ammerman & Hersen,
1990:28). Salah satu contoh
adalah kanak-kanak yang
dipaksa bekerja.
Akta Perlindungan Kanakkanak 1991 mentakrifkan
pengabaian kanak-kanak
sebagai membiarkan seseorang

kanak-kanak tanpa pengawasan


dan pemeliharaan yang
berpatutan bagi kanak-kanak
itu, termasuk tidak menyediakan
makanan dengan secukupnya,
memberi pakaian, rawatan
kesihatan atau tempat kediaman
yang sempurna. Keadaan ini
menyebabkan kanak-kanak akan
berasa tersisih dan tidak tentu
arah. Oleh itu kanak-kanak
berkenaan mempunyai perasaan
takut apabila berhadapan
dengan orang lain dan mereka
akan berkelakuan ganjil.

Mereka takut menjalani


kehidupan ini dan sentiasa
mengasingkan diri.
Daripada aspek psikologi,
menurut Kieran O Hagan
(1993:101) keadaan seumpama
itu menyebabkan tekanan jiwa
kepada kanak-kanak mangsa
penganiayaan. Kanak-kanak
yang teraniaya terutama yang
berumur 6 hingga 9 tahun ke
atas selalunya mengalami
gangguan emosi dan personaliti.
Kebanyakan pendera adalah ibu
bapa kandung atau penjaga

rapat kepada kanak-kanak yang


menghadapi masalah tekanan
jiwa atau pemabuk.
Pengabaian kanak-kanak bukan
sahaja mengganggu psikologi
kanak-kanak, malah boleh
mengganggu perkembangan
tumbesaran mereka. Menurut
Skuse, (1993:31) kanak-kanak
didera dan diabaikan untuk
jangka masa yang lama akan
membantutkan tumbesaran;
dikenali sebagai disorders of
biological rhythms contohnya
kanak-kanak menjadi pendek

dan kurus. Konsep penderaan


dan pengabaian yang saling
berkait ini dipengaruhi oleh
pelbagai faktor. Runtunan
faktor-faktor itu dapat dikupas
dalam kerangka teori dan ianya
membantu analisis data kajian
penderaan dan pengabaian
kanak-kanak.

You might also like