Sejarah Ringkas Polis Diraja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH RINGKAS POLIS

DIRAJA MALAYSIA
Tulisan serba ringkas ini adalah dari nukilan sebuah buku.ianya berkaitan perjuangan Polid DiRaja
Malaysia di dalam memperjuangkan keamanan semasa pra merdeka dan pasca merdeka. Perjuangan
PDRM sudah menjangkau melebihi 200 tahun! Menakjubkan! Jadi, silakan baca.
Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya Charter of
Justice di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam tersebut menjadi asas kepada peraturan dan
undang-undang yang jelas kepada pihak yang dipertanggungjawab menyelenggarakannya dan
menandakan bermulanya penubuhan pasukan polis pertama yang moden di negara ini.
Perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu telah membawa perubahan pada pasukan polis.
Sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali mengalami perubahan sehinggalah membawa
kepada penyatuan pentadbirannya di bawah Panji-Panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September
1963. Selepas Tanah Melayu bebas dari pemerintahan Jepun, pada 1 April 1946 Pasukan Polis NegeriNegeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union di mana pemerintahan
pasukan berpusat di Kuala Lumpur
Pada tahun 1948, pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan untuk
menubuhkan sebuah Republik Komunis di Malaya. Bagi menghadapi ancaman itu, Kerajaan telah
mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948. Semasa perjuangan menentang pengganas komunis
selama 12 tahun, seramai 1,246 orang pegawai dan anggota polis telah terkorban serta 1,447 orang
lagi cedera. Berpunca daripada tindakan berani anggota polis ini seramai 6,711 orang pengganas telah
dihapuskan dan 1,289 lagi berjaya ditawan.
Bagi menghalang orang-orang Asli dipengaruhi oleh anasir komunis, Pasukan Senoi Praaq yang terdiri
dari pemuda Orang Asli telah ditubuhkan pada Mei 1956. Sebagai menghargai kerjasama dan jasa
yang diberikan oleh Senoi Praaq, pasukan Rejiman ke 22, British Special Air Service (SAS) telah
mentauliahkan Beret Merah mereka kepada Senoi Praaq. Beret ini masih menjadi kebangaan Senoi
Praaq sehingga kini.

Perjuangan dan pengorbanan serta hikmat bakti anggota polis dalam mempertahankan negara
dari ancaman dan pemberontakan bersenjata pengganas komunis semasa Darurat 1948 -1960 telah
membawa kepada penganugerahan gelaran DiRaja kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24
Julai 1958.
Pada 11 November 1961, Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong III, Tuanku Syed Putra Ibni AlMarhum Syed Hassan Jamalulail telah berkenan pula menganugerahkan Panji-Panji DiRaja kepada
Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pada 16 September 1963, Pasukan Polis di Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak, dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia
dengan diperintah oleh seorang Ketua Polis Negara.
Pada 2 Disember 1989 Perjanjian Damai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM)
telah ditandatangani di Haadyai, Thailand. Dengan termeterainya perjanjian tersebut PKM telah
meletakkan senjata dan berakhirlah perjuangan parti tersebut. Pada 17 Oktober 1990 pula Perjanjian
Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga telah
ditandatangani di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata oleh Biro Ke -2 PKKU
di Sarawak.

Dengan perletakkan senjata kedua-dua parti komunis tersebut, Malaysia kini bebas daripada ancaman
komunis, yang sering menggugat keamanan dan keselamatan negara ini, perhatian kini lebih banyak
ditumpukan terhadap isu-isu pembangunan.
Polis Diraja Malaysia kini bergerak selari dengan wawasan kerajaan dengan memberi tumpuan kepada
usaha membanteras jenayah dan dadah. Di samping itu PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah
kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras lanun dan pemeliharaan alam sekitar seperti
mencegah pembalakan haram. Pasukan polis juga bertanggungjawab dalam menentukan jalinan
mesra dengan orang ramai terus dipelihara agar kerjasama di antara kedua pihak berjalan lancar di
samping menonjolkan imej polis sebagai sahabat yang mesra dan bertimbang rasa.
Penutup
Pelbagai onak dan duri besulamkan keringat dan air mata terpaksa dilalui oleh anggota pasukan polis
dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keharmonian
rakyat pelabagai kaum dan kemakmuran Negara dipertahankan.
Kini, pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menginjak usia dua abad meneruskan kesinambungan
usahanya dengan menumpukan perhatian kepada usaha membenteras kegiatan jenayah yang boleh
mengancam kesejahteraan umat sejagat.
Selari dengan peredaran masa dan globalisasi, pasukan polis kini telah dilengkapi dengan kemahiran
untuk menangani sebarang permasalahan bagi mendukung tugas utamanya, iaitu menjaga
ketenteraman Negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, segala perjuangan dan pengorbanan
anggota pasukan polis dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan akan tetap terus dikenang
dan dijulang sebagai wira-wira penegak undang-undang negara.

You might also like