Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BULI

Pendahuluan
Jenayah dalam kalangan remaja belasan tahun di Malaysia bukan perkara baru, malah wujud
sejak berpuluh tahun yang lampau. Antaranya ialah kegiatan samseng. Walau bagaimanapun,
sejak kebelakangan ini timbul fenomena baru,iaitu mereka bukan sahaja berani membelasah dan
membuli , tetapi juga nekad membunuh.
Apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka yang disyaki ialah seseorang yang sememangnya
dikenali oleh mangsa.
KPJS mengupas Isu ini.
Fakta Kes
Berikut, dipaparkan beberapa Fakta Kes Belasah, Buli dan Bunuh yang pernah mengisi muka
depan akhbar-akhbar tempatan dan menjadi tajuk-tajuk utama siaran berita di kaca TV.
Kes 1 : (Nak Tunjuk Hero)
Pada 7 Julai 2004, polis telah menahan 15 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Pendang,
Kedah dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerara disyaki merusuh dan
membelasah dengan teruk Mohd. Isa Nayan, seorang pelajar sekolah sama. Mangsa dipercayai
mengalami lebam di bahagian belakang, dada, dan pinggang, serta sukar untuk berjalan dan
menerima rawatan di Hospital Alor Setar.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa dibelasah di dalam sebuah bilik di asrama
sekolah berkenaan selepas berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan 15 orang pelajar
terbabit. Selepas kejadian itu kumpulan 15 orang pelajarterbabit mengugut mangsa agar tidak
melaporkan kejadian itu kepada guru atau warden, asrama.
Siasatan awal kes ini mendapat bahawa kumpulan 15 orang pelajar terbabit cuba menjadi
dominan atau 'nak tunjuk hero' di sekolah yang baru dibuka dengan jumlah pelajar yang sedikit
iaitu seramai 300 orang.
Tindakan awal yang telah diambil terhadap kumpulan pelajar terbabit. Selain disiasat mengikut
Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana disyaki merusuh dan membelasah, mereka juga telah
digantung sekolah selama 14 hari.
Kes 2 : (Gara-Gara Sebuah Cerek)
Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana
Petra Maamor, Ampangan Seremban Negeri Sembilan, dibelasah hingga mati di antara pukul
10.30 pagi dan 4.15 petang, pada 28 Mac 2004 di Dorm Osman, Tingkat 2, Asrama Putera

sekolah berkenaan oleh 8 orang rakan seasramanya akibat mangsa tidak meminjamkan cereknya
kepada tertuduh.
Kelapan-lapan tertuduh sudahpun dihadapkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban
Negeri Sembilan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan dibaca
bersama dengan Seksyen 149 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum
mati.
Persoalan :
Berdasarkan paparan beberapa fakta kes yang telah saya utarakan tadi, kami benar-benar
mengharapkan agar kes-kes seumpama ini tidak wujud dan tidak akan wujud di sekolah kita.
Namun sebelum mengakhiri slot ini, KPJ S meninggalkan beberapa persoalan untuk sama-sama
kita hayati dan fikirkan;
Perlukah kita mengambil tindakan Buli, Belasah dan Bunuh terhadap rakan kita sebagai
jalan penyelesaian masalah yang kita hadapi ?
Tidak ada cara lainkah yang lebih bermoral dan berakhlak yang boleh kita gunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi ?,
Sudah tidak adakah Guru-guru Pengawas atau Guru Kaunseling tempat kita mengadu,
berkongsi masalah atau melaporkan segala masalah yang kita hadapi ?
Adakah kita akan hanya menyesali dan menginsafi perbuatan negatif kita setelah kita
dikenakan hukuman berat seperti hukuman sebatan rotan, penjara dan hukuman mati ?
Fikir-fikirkan, Renung-renungkan, tepuk dada tanya iman.
Penutup :
Berdasarkan beberapa persoalan tadi, carilah jawapannya. Saya pasti hanya diri kita sahaja yang
dapat memberikan jawapan yang terbaik.
INGAT
JANGAN BULI KAWAN,
JANGAN BELASAH RAKAN,
JANGAN SEKALI-KALI BUNUH KAWAN,
TETAPI, JADIKAN PEDOMAN, PERKUKUH IMAN !

You might also like