Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan, kaedah pertama yang
digunakan ialah memerhati tayangan gambar situasi bergotong-royong yang ditunjukkan oleh
saya, saya telah meminta murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam gambar tersebut.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam langkah perkembangan, kaedah soal-jawab
telah dilaksanakan di mana, murid dan guru bersoal-jawab mengenai kepentingan kerjasama.
Selain itu, dari segi kekuatan bahan bantu pengajaran yang saya hasilkan, saya dapati murid
telah tertarik dengan gambar yang besar, jelas dan realistik ini. Melalui aktiviti tersebut, muridmurid telah dapat berkongsi pengalaman mereka yang berkaitan dengan nilai kerjasama
berkenaan.
Seterusnya, saya mengarah murid bergerak dan duduk dalam kumpulan yang telah
diketahui oleh murid. Kemudian, setiap kumpulan perlu melakonkan aktiviti yang diarah
berdasarkan kad arahan yang diserah oleh saya. Murid-murid kelihatan teruja dan gembira
dengan mangadakan aktiviti lakonan ini. Ini secara tidak langsung murid telah mengetahui cara
kerjasama dan kepentingannya.
Terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang timbul berlaku dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya ialah saya menghadapi masalah sebilangan murid di dalam kelas
saya tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu. Ini menyukarkan untuk melaksanakan aktiviti
kerana ada arahan berbentuk penulisan tidak dapat difahami kerana tidak tahu membaca dalam
Bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah murid yang tidak tahu membaca dalam Bahasa
Melayu, saya telah mengagihkan kumpulan, di mana setiap ahli kumpulan diagihkan sama rata
iaitu mempunyai murid yang tahu membaca dalam Bahasa Mealayu dan tidak tahu membaca
dalam Bahasa Melayu. Ini memudahkan aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
Seterunya, terdapat kelemahan dari sesi pengajaran dan pembelajaran, di mana saya
terlepas pandang terdapat sebilangan kecil murid tidak menumpukan perhatian mereka di
dalam kelas ketika saya sedang mengajar. Ini menyebabkan mereka akan ketinggalan
pelajaran berbanding dengan rakan yang lain. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya
mengarahkan murid yang tidak menumpukan perhatian mereka semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku, duduk di barisan hadapan sekali supaya mudah untuk saya memantau
pergerakan mereka ketika saya sedang mengajar.

Walaupun saya telah lama berkecimpung di dalam bidang pendidikan ini, tidak
bermakna saya mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam. Saya juga perlu memperbaharui
ilmu-ilmu di dalam bidang pendidikan mengikut peredaran zaman supaya saya tidak
ketinggalan. Dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapatlah saya gunakan dan membuat
penambahbaikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah pada masa akan
datang, serta secara tidak langsung juga dapat menarik minat murid dan memantapkan lagi
kefahaman mereka.

Disediakan oleh:
Lee Boon Chuan
PPG PSV Ambilan Feb 2012

You might also like