Faktor

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1895http://www.panduanmalaysia.com/2015/06/faktor-faktor-dan-kesan-perjanjianpersekutuan-1895.

html#ixzz3egjxMdWG
Faktor-Faktor Dan Kesan Perjanjian Persekutuan
Faktor-faktor Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesan-kesannya. Berikut
disertakan faktor-faktor termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesankesannya terhadap Negeri-negeri dan sultan.
Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895:
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
Residen menjadi terlalu berkuasa
Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Reside
(ii) Krisis Kewangan Pahang
Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak
hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor
masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan
Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri
Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan

Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1895

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport

Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai


British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan
dan Perkhidmatan Awam

Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad

Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal


(kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)

Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

Sultan-sultan NNMB tidak puas hati

Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan RajaRaja Melayu bagi mengatasi masalah

Ahli-ahli Durbar ialah;

i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak

Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur

Jawapan cadangan:

Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank


Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang
menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di
bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang
ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan
sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh
kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan,
diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895
merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan
mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa
faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkan Persekutuan 1896 dan
penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.

Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah


kewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri
itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah menduduki
Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang
yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh
(November hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat
kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa. Selain itu, Pahang tidak mempunyai
hasil bijih timah yang banyak. British mendapati hasil emas sudah habis kerana
telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula,
tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang
mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan arak.
Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah
menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak
untuk membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam
wang daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892,
hutang Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi
pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami
zaman kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang
daripada Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila
terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan
masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato Bahaman. Walaupun menghadapi
masalah kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri
dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa
Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan
Persekutuan, diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri
Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan
cara ini, masalah kewangan Pahang dapat diatasi.
Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti
kelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan
mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat
tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu, kemajuan
setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang
berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami
banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan
seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan kuasa
Residen.
Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan
ekonomi di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk
kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak
dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri

tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis


Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat
kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat
mengurangkan kuasa mutlak residen.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan
menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen
mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak
menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah
ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya
dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri
bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan
keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan,
perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu.
Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem
pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang
pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan
perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak
berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan, diharapkan sistem
pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat
sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu
yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan
dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.
Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga
memperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan
satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri
Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku
penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta
bantuan tentera daripada Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British
terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut. Kewujudan
pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana
tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan
negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.
Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesankesan pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral.
Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang
mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB. Residen jeneral akan
membuat semua keputusan-keputusan penting terutamanya dalam soal kewangan.
Sultan-sultan dan residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen
jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan
soal pentadbiran. Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan
kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik

pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem


Persekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara kerajaan
Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyai kuasa
penuh.

Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis


Mesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa
raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan
bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap
kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas
beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa
kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di tangan residen
jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal
pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan
tidak mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya berperanan
menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh residen jeneral
sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa menerima semua
arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan kepada
Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak berfungsi
sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh
residen di Kuala Lumpur.
Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan
pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang
pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan
adanya sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini
telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam perusahaan bijih
timah dan getah.Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan
Pahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga
untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan
1896 turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan
pembesar Melayu dikurangkan.

: http://www.panduanmalaysia.com/2015/06/faktor-faktor-dan-kesan-perjanjianpersekutuan-1895.html#ixzz3egjxMdWG
Rumusan

Secara keseluruhannya, pengajaran yang boleh didapati dalamPesetiaan


Persekutuan 1895 ini adalah, pentingnya kebijaksaan pemimpin dalam mentabir
negeri ataupun negara. Jika pemerintah mentadbir dengan teratur dan sistematik,
nescaya kuasa luar tidak akan campur tangan dalam urusan pemerintah.
Memberikan kepercayaan kepada orang luar untuk menguruskan hal ehwal dalam
negeri merupakan satu keputusan yang tidak bijak. Orang luar akan sedaya upaya
untuk menjadikan mereka di pihak yang beruntung manakala satu pihak lagi dalam
keadaan rugi.
Sebagai contoh, apabila raja-raja melayu bersetuju menerima seorang Residen
Jeneral dari British , maka bermulanya era kuasa sultan berkurangan dan sultan
tidak lagi dapat mentadbir secara keseluruhan.
Moga-moga dengan peristiwa persekutan 1895 ini dapat memberi iita pengajaran
agar pemimpin memainkan peranan bijak dalam mentabidr negara dan tidak
membiarkan kuasa luar untuk campur tangan dalam segala urusan pemerintahan
seterusnya akan terus mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.
http://babab.net/out/rumusan-persetiaan-persekutuan-1895-pt3-sejarah.html

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):


(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
Residen menjadi terlalu berkuasa
Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii)Krisis Kewangan Pahang
perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak
hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor
masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan
sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri
Melayu dapat dimajukan.

(v)

Faktor Keselamatan

mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan


Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:
Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895.NNMB atau Persekutuan
1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan
pada 1 Julai 1896
pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur.
Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri.
Ia diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:

Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah


persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB.

Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen


Jeneral.

Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara


kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu

Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan


mengikut nasihat kerajaan British

Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang


juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)


Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral

(berpusat diKuala Lumpur-tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak Selangor N9 Pahang
2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
(Teks m/s: 47-48)
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896
*

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport

kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai


British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan
dan Perkhidmatan Awam

Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad

Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal


(kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)

Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan


sultan-sultan NNMB tidak puas hati
tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja
Melayu bagi mengatasi masalah
ahli-ahli Durbar ialah;
Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv.4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

-Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak


-Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur
-Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur

Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;


Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii.Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan
dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv.Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
kesan-kesan desakan;
British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
iii.British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat
Negeri
iv.Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham

You might also like