Abdul Aziz Bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

7/26/14

Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Abdul Aziz bin Sattar


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai


Aziz Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014) merupakan
salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit
dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem,
pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Datuk Aziz Sattar

Isi kandungan
1 Biografi
2 Filem lakonan
3 Filem arahan
4 Sitkom
5 Drama
6 Siri Animasi
7 Pencapaian dan Anugerah
8 Profesional/ahli persatuan
9 Meninggal dunia
10 Rujukan
11 Pautan luar

Datuk Aziz bin Sattar


Kelahiran

Biografi
Beliau dilahirkan di Desa Pakalongan, Pulau Bawean
(Boyan), Kabupaten Gresik (Masa itu: Soerabaja)
Provinsi Jawa Timur, Indonesia pada 8 Ogos 1925.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota
Raja, Singapura.
Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika
berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar
Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura
pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di
situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut
menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan
Allahyarham Shariff Dol.

Abdul Aziz bin Sattar


8 Ogos 1925
Pakalongan (sebuah kampung di
Pulau Bawean,melayu
memanggilnya BOYAN), Surabaya
Daerah (Kini: Gresik),
Indonesia

Meninggal
dunia

6 Mei 2014 (umur 88)


Kajang, Selangor,
Malaysia

Warganegara Malaysia
Pekerjaan

Penyanyi, Pelakon

Tahun aktif

1950-an - 2010-an

Ketokohan

Lawak

Agama

Islam

Pasangan

4 kali: Hashimah Delan, Siti Rumina


Ahmad, Dayang Sofia dan ?

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga


darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya
7 orang
Anak
ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur
seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis
perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji
ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar

1/5

7/26/14

Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

sebanyak RM150.
Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah
merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki
terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September
1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak
dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja
sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya
sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan
dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri
Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara versi 1990-an, bersama
Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir
P Ramlee.
Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu
bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit.
Bilangan Anak :7 orang
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ruzaiman
Ruzaidah
Ruzainah
Zainuddin
Dahlia
Dalina
Sandakiah

Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin


Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah,
Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan
mas kahwin RM100.

Filem lakonan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Putus Harapan (1953)


Mangsa (1953)
Hati Iblis (1953)
Jasa (1954)
Arjuna (1954)
Kipas Hikmat (1955)
Ribut (1956)
Putera Bertopeng (1957)
Bujang Lapok (1957)
Hantu Jerangkong (1957)
Hantu Kubur (1958)

ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar

Persandingan Datuk Aziz Sattar dan


Datin Hashimah Delan
2/5

7/26/14

12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.

Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Filem Anak Pontianak (1958)


Nujum Pak Belalang (1959)
Raja Laksamana Bentan (1959)
Pendekar Bujang Lapok (1959)
Sumpah Wanita (1960)
Ali Baba Bujang Lapok (1961)
Seniman Bujang Lapok (1961)
Siti Muslihat (1962)
Labu Labi (1962)
Nasib Labu Labi (1963)
Pilih Menantu (1963)
Siapa Besar (1964)
Mambang Moden (1964)
Takdir (1965)
Pusaka Pontianak (1965)
Sri Andalas (1966)
Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)
Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
Da Di Du (1981 Indra Film Production)
Darah Satria (1983)
Bujang Lapok Kembali Daa (1986)
O.K Orang Kampung Otak Kimia (1990)
Filem Queen Control (1992)
Tarik-Tarik (1993)
Abang 92 (1993)
Simfoni Duniaku (1994)
Suami, Isteri dan .....? (1996)
Layar Lara (1997)
Jibon (1998)
Embun (filem) (2002)
Soalnya Siapa? (2002)
Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
Filem Father (2004)
Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
Cicak-Man (2006)
Anak Halal (2007)
Setem (2009)
Momok The Movie (2009)
Kecoh Betul (2010)

Filem arahan
1.
2.
3.
4.

Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)


Si Badol (1979 Sabah Film Production)
Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)

ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar

3/5

7/26/14

5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.

Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Da Di Du (1981 Indra Film Production)


Setinggan (1982)
Darah Satria (1983)
Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)
Bujang Lapok Kembali Daa (1986)
Perawan Malam (1986)
Tak Kisahlah Beb (1988)
Filem O.K. (Orang Kampung Otak Kimia) (1989)
Filem Adik (1990)
Simfoni Duniaku (1994)
Gelora Cinta
Filem Father (2004 Pengarah bersama S Baldev Singh)
Filem Maaria (2005 Pengarah bersama S Baldev Singh)
Stok Lama (2008) bersama S. Shamsuddin

Sitkom
1. Kelas Malam (2000)

Drama
1. Manjalara (2007)
2. Bujang Sepah Lalalitamplom (2012)
3. Tanah Kubur Musim Ke-9 (2014)

Siri Animasi
1. Abang Sidi
2. Budak Lapok (2007)
3. Upin & Ipin dalam episod Kenangan Mengusik Jiwa (2012)

Pencapaian dan Anugerah


Tarikh Anugerah/Penghormatan
1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.
2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Mizan Zainal Abidin[1]

Profesional/ahli persatuan
Bendahari, Persatuan SENIMAN.
1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar

4/5

7/26/14

Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.


... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)

Meninggal dunia
Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat
Perubatan KPJ Kajang akibat penyakit jantung.[2]

Rujukan
1. Datuk Aziz Sattar (http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Abdul_Azez_Bin_Satta_2310)
Sinemamalaysia.com.my: 2013: Anugerah artis lelaki sepanjang hayat (Anugerah Bintang Popular Malaysia)
2. Niezam Abdullah. "Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia (http://www.mstar.com.my/hiburan/beritahiburan/2014/05/06/aziz-sattar-meninggal-dunia/)", 6 Mei 2014. Dicapai pada 6 Mei 2014.

Pautan luar
Artis : Info Datuk Aziz Sattar - Cinema Malaysia (http://cinemamalaysia.com.my/artist/info/?
id=abdul_azez_bin_satta_2310)
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abdul_Aziz_bin_Sattar&oldid=3465902"
Kategori: Kelahiran 1925 Kematian 2014 Melayu Malaysia Muslim Malaysia Pelakon lelaki Malaysia
Pelawak Malaysia Pelakon Melayu Pelawak Melayu Pelakon lelaki Singapura Kelahiran Indonesia
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 19:10, 19 Julai 2014.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma
tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar

5/5

You might also like