Contoh Proposal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 58

CONTOH PROPOSAL (KAJIAN PENYELIDIKAN)

CADANGAN KAJIAN:

SEJAUH MANA FAKTOR DEMOGRAFI MENJADI PENYEBAB


KONFLIK YANG MEMBAWA KEPADA PENCERAIAN DALAM
KALANGAN PASANGAN ISLAM DI DAERAH ALOR SETAR, KEDAH.
Oleh: Mohd Suhadi Mohamed Sidik
(mohdsuhadimohamedsidik@yahoo.com)

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1.

Pengenalan.
Kadar penceraian dalam kalangan pasangan Islam dari semasa
ke semasa dijangka semakin memperlihatkan peningkatan.
Secara umumnya, peningkatan jumlah penceraian adalah selari
dengan peningkatan jumlah perkahwinan manakala peningkatan

dalam jumlah perkahwinan pula selalunya dikaitkan dengan


peningkatan jumlah penduduk
Muhammad Ali Quthb (1993)

bersumberkan firman-firman Allah Taala dan

sabda-sabda Nabi Muhammad SAW telah menggariskan


beberapa tanggungjawab yang wajib dipenuhi sama ada oleh
suami atau isteri (rujuk kepada lampiran 2). Keingkaran oleh
mana-mana pihak dalam memenuhi hak-hak isteri atau suami
akan menyebabkan perselisihan antara mereka. Perselisihan ini
jika tidak ditangani dengan betul dan tidak dilakukan
pembetulan akan menyebabkan berlaku konflik yang akhirnya
menyebabkan penceraian dalam kalangan pasangan berkenaan.
Lorna L. Hecker, Joseph L. Wetchler (2003)
bukunya yang bertajuk `An Introduction to Marriage
Family Therapy

dalam
and

telah menghimpunkan model-model terapi

keluarga dan pasangan, antaranya adalah model Sistem Terapi


Bowen yang diperkenalkan oleh Murray Bowen pada 1970-an.

Murray Bowen dalam modelnya telah memberi penekanan


kepada corak

perhubungan antara ahli keluarga seperti ibu,

bapa, anak-anak dan datuk atau nenek. Model ini juga telah
memberi penekanan kepada nilai, emosi dan kaedah mengatasi
konflik yang diwarisi daripada keluarga yang terdahulu sebagai
kunci

kepada

penyelesaian konflik manakala Salvador

Minuchin melihat kepada penstrukturan peranan, hirarki dan


persempadanan interaksi antara pasangan sebagai asas dalam
terapi untuk penyelesaian masalah. Berdasarkan model-model
yang diperkenalkan oleh

ahli-ahli terapi perkahwinan dan

keluarga di atas didapati bahawa antara punca sesuatu


permasalahan terutamanya di negara barat adalah disebabkan
oleh masalah perbezaan nilai, emosi, kaedah komunikasi dan
juga permasalahan struktur dalam sesebuah keluarga itu.
1.2.

Latar belakang Masalah.

Senario yang mempengaruhi pelbagai faktor ke atas penceraian


dijangka berbeza mengikut agama, bangsa dan lokasi. Di Kedah,
majoriti penduduknya yang berbangsa Melayu dan beragama
Islam, didapati mempunyai pola hubungan antara pernikahan
dan penceraian yang tersendiri. Contohnya, kadar penceraian
dalam kalangan pasangan Islam di daerah Alor Setar dari tahun
2003 hingga 2012 menunjukkan peningkatan dari setahun ke
setahun (Rujuk jadual 1.1 : Taburan Data Perkahwinan Dan
Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10 Tahun
Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar).
Kiraan purata kadar penceraian antara tahun 2003 hingga
2012 mendapati berlaku peningkatan kadar penceraian sebanyak
88.5% berbanding kadar perkahwinan yang berlaku penurunan
sebanyak 4% dalam tempoh yang sama. Dari segi purata
tahunan bagi tempoh antara 2003 hingga 2012 pula didapati
bahawa kadar penceraian adalah pada kadar 8.8% setiap tahun

berbanding perkahwinan yang menunjukkan kadar penurunan


purata sebanyak -3.7 % setiap tahun bagi tempoh yang sama.
Jadual 1.1 : Taburan Data Perkahwinan Dan Penceraian Bagi
Pasangan Islam Dalam Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012
Di Daerah Kota Setar.

2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
Purata
peningkat
an
setahun
Kadar
Peningkat

Peratus
Peratusan
Jumlah
Jumlah
Peningkat
peningkat
Perkahwin an
Pencerai
an
an
an
%
%
3351
N/A
270
N/A
3495
4.3
414
53.3
3813
9
405
-2.17
4003
5
480
18. 5
4291
7.2
390
-18.75
3016
-29
434
11.3
2814

-6.7

514

18.4

2877

2.2

525

2.2

2133

-25.8

505

-3.8

3217

50.8

509

0.8

-3.75 %

8.8

- 4.0 %

88.5

an 2003
hingga
2012
Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Kedah 2013
Merujuk kepada sumber yang lain iaitu sepertimana kenyataan oleh

Datuk Siti Aishah Ghazali

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan


Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah bahawa
purata perceraian bagi tahun 2010 adalah 317 sebulan. Jumlah
permohonan cerai yang diterima bagi keseluruhan mahkamah
rendah syariah bagi tiga bulan pertama tahun 2010 adalah
sebanyak 412 permohonan. Di mahkamah syariah seluruh negeri
Kedah sehingga bulan Disember 2009, kes yang melibatkan
konflik suami isteri yang masih tertangguh adalah seperti
berikut:i.

Jumlah kes permohonan cerai yang tertangguh sehingga bulan


Mac 2010 adalah sebanyak 203 kes.

ii.

iii.

Jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah anak yang masih


tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 71 kes.
Jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah isteri yang masih
tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 18 kes.
(Sumber : Warta Darul Aman -Keluaran April/Mei 2010. m.s 6)

Di peringkat nasional pula, perangkaan yang dikeluarkan


oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan
kes penceraian sebanyak 80,564 dari tahun 2005 hingga 2008
berbanding 491,470 perkahwinan yang didaftarkan. Malah
setiap tahun graf penceraian menunjukkan peningkatan iaitu
daripada

17,749

pada

2005

kepada

19,475

(2006);

21,051(2007); dan 22,289 dalam tahun 2008. Aliran yang sama


juga diperlihatkan pada 2009 apabila mencatatkan 27,116
penceraian berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan.
Perkembangan ini sememangnya membimbangkan kerana ia
mencerminkan keadaan institusi keluarga Islam di negara ini

yang agak rapuh. Lebih membimbangkan apabila kumpulan usia


terbesar pasangan yang bercerai dari sehari ke sehari adalah
terdiri daripada golongan muda.
(Sumber Utusan Malaysia ; 1 Disember 2011)
Jadual 1.2 juga menggambarkan peratusan penceraian dalam kalangan penganut agama Islam berbanding
bukan Islam. Data menunjukkan peratusan penceraian yang lebih tinggi dalam kalangan pasangan Islam iaitu antara
14.47 hingga 15.53% dari tahun 2000 hingga 2005 berbanding pasangan Bukan Islam yang peratusan penceraian
jauh lebih kecil iaitu antara 2.63% hingga 7.19% bagi tempoh yang sama.
Jadual 1.2. : Taburan Kadar Penceraian di Malaysia tahun 2000-2005

Golongan
Islam

2000
14.72%

2001
14.47%

2002
14.53%

2003
15.26%

2004
14.75%

2005
15.51%

Bukan Islam

2.63%

5.89%

6.40%

5.59%

6.57%

7.19%

Sumber : Samuel Chan Hsin Chlen, Mohamed Sarif Mustaffa , Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2008

1.3.

Pernyataan Masalah
Berdasar pada perangkaan dalam Jadual 1.3 mengenai taburan
penceraian bagi pasangan Islam dalam tempoh 10 tahun
berakhir 2012 bagi daerah Kota Setar dan di daerah-daerah lain
di negeri Kedah, menunjukkan bahawa kadar penceraian di
daerah Kota Setar mencatatkan jumlah bilangan tertinggi jika
dibandingkan dengan daerah-daerah lain. Berada di kedudukan

kedua adalah daerah Kuala Muda manakala daerah Kubang Pasu


mencatatkan kadar penceraian yang ketiga tertinggi berbanding
daerah-daerah lain .
Jadual 1.3: Taburan Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10
Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar Dan DaerahDaerah Lain Di Negeri Kedah.
200
3
270

200
4
414

200
5
405

200
6
480

200
7
390

200
8
434

200
9
514

201
0
525

201
1
505

201
2
509

JUM

131

76

255

255

280

278

299

310

328

306

2518

159

149

214

274

420

458

544

589

533

656

3996

90

205

136

157

215

247

271

237

159

279

1996

BALING

117

91

124

165

254

189

405

210

205

220

1980

PENDANG

35

98

107

125

115

158

127

138

141

146

1190

P.TERAP

37

66

104

106

119

122

97

106

128

134

1019

YAN

51

86

85

68

90

105

99

89

110

110

893

SIK
BANDAR
BAHARU
LANGKAW
I
JUMLAH

64

106

82

121

91

115

102

112

168

168

1129

32

28

39

33

82

62

47

64

58

51

496

99

155

186

222

132

239

244

243

263

277

2060

108
5

147
4

173
7

200
6

218
8

240
7

274
9

262
3

259
8

285
6

2172
3

Daerah
K SETAR
KUBANG
PASU
KUALA
MUDA
KULIM

4446

Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal


Agama Islam Negeri Kedah 2013.
Bagi

aspek

perkahwinan

pula

perangkaan

turut

memaparkan angka yang selari dengan jumlah penceraian

(Rujuk : Jadual 1.3: Taburan Pernikahan Bagi Pasangan Islam


Dalam Tempoh 10

Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota

Setar Dan Daerah-Daerah Lain Di Negeri Kedah).

Kadar

perkahwinan atau pernikah daerah lain.


Jadual 1.4 : Taburan Pernikahan Bagi Pasangan Islam Dalam
Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar
Dan
Daerah-Daerah Lain Di Negeri Kedah.
Daerah
K
SETAR
KUBAN
G PASU
KUALA
MUDA
KULIM

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

JUM

3351 3495 3813 4003 4291 3016 2814 2877 2133 3217

33010

2228 2354 1422 1487 3016 1656 3003 1691 1794 1833

20484

2799 2483 2787 2829 3433 2390 2642 2122 2377 1328

25190

1232 1414 1438 1502 1656 1028 1096 1229 1275 1451

13321

BALING
PENDA
NG
PADAN
G
TERAP
YAN

1545 1720 1776 1405 2124 2014 2446 2914 1416 1539

18899

1573 1522 1792 1723 1780 1406 846

988

1214 1037

13881

825

SIK
BANDA
R
BAHAR
U
LANGK
AWI

812

887

958

978

684

931

963

1112

687

8837

1077 937

991

1025 1096 756

883

624

734

717

8840

914

933

1082 1015 1150 718

731

722

737

782

8784

619

474

489

416

580

366

316

313

358

385

4316

572

607

670

795

795

616

574

821

646

666

6762

JUMLA
H

1673 1675 1714 1715 2088 1475 1628 1529 1379


5
1
7
8
9
0
2
4
6

13
69
2

Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Agama


Islam Negeri Kedah 2013
Berdasarkan tempoh yang sama juga, kadar perkahwinan
kedua tertinggi adalah daerah Kuala Muda manakala kadar
perkahwinan ketiga tertinggi adalah daerah Kubang Pasu.
Sementara itu, berdasarkan jadual 1.4 dan jadual 1.5,
jumlah penduduk paling ramai di negeri Kedah pada tahun 2010
adalah daerah Kuala Muda, diikuti oleh daerah Kota Setar dan
daerah yang ketiga mempunyai penduduk yang paling ramai
adalah daerah Kubang Pasu. Secara amnya, semakin tinggi
jumlah penduduk bagi sesebuah tempat, semakin tinggi jumlah
pasangan yang mendirikan rumahtangga. Berdasarkan data
tersebut dapat diperkatakan bahawa, dalam konteks negeri
Kedah jumlah penduduk

yang tinggi semata-mata tidaklah

menjadi penentu kepada jumlah perkahwinan dan kadar


penceraian yang tinggi dalam sesuatu jangkamasa.
Jadual 1.5 : Jumlah Penduduk Mengikut Daerah Negeri
Kedah
Tahun 2010
Daerah
K SETAR
KUBANG PASU
KUALA MUDA
KULIM
BALING
PENDANG
PADANG TERAP
YAN
SIK
BANDAR BAHARU
LANGKAWI
POKOK SENA
JUMLAH

2010
366,787
220,740
456,605
287,694
135,646
94,962
62,896
68,319
67,378
42,341
94,777
49,506

1,947,651

Jadual 1.6 : Perbandingan Jumlah Penduduk Berbanding Jumlah


Pernikahan Dan Penceraian Di Tiga Daerah Utama Di Negeri
Kedah Tahun 2010

2010
Daerah

Pendu
duk

Nikah

Cerai

KOTA SETAR

366,787

2877

525

KUBANG PASU

220,740

1691

310

KUALA MUDA

456,605

2122

589

Justeru, selain mengetahui mengenai punca-punca yang


membawa

kepada

penceraian,

pasti

terdapat

beberapa

perbahasan yang menarik perhatian mengenai pola penceraian


itu sendiri. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan kepada
pengkaji untuk mengetahui punca-punca utama kepada kadar
penceraian yang agak tinggi di daerah Alor Setar berbanding
dengan kadar penceraian di daerah-daerah utama yang lain atau
daerah-daerah kecil yang lain. Faktor-faktor demografi akan
menjadi ukuran bagi melihat sama ada faktor-faktor ini menjadi

pengaruh utama kepada fenomena penceraian dalam kalangan


pasangan Islam di daerah Kota Setar.
Secara ringkasnya kajian dijalankan untuk menjawab

(i)

beberapa persoalan berikut:Adakah zon tempat tinggal pasangan menjadi faktor yang

(ii)

mempengaruhi penceraian dalam kalangan pasangan Islam?


Adakah tahap pendidikan pasangan menjadi faktor yang

(iii)

mempengaruhi penceraian dalam kalangan pasangan Islam?


Adakah perbezaan sektor pekerjaan suami dan isteri memainkan

(iv)

peranan dalam aspek penceraian?


Adakah terdapat hubungan antara tahap pendapatan pasangan

(v)

dengan fenomena penceraian dalam kalangan pasangan Islam?


Adakah terdapat hubungan yang rapat antara kategori pekerjaan

(vi)

pasangan dengan penceraian dalam kalangan pasangan Islam?


Adakah terdapat hubungan antara cara pemilihan pasangan
dengan penceraian?

1.4.

Matlamat Kajian.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui hubungan


antara faktor-faktor demografi dengan penceraian yang berlaku
di daerah Alor Setar, Kedah.
1.5.
(i)

Objektif Kajian
Mengenal pasti sama ada faktor zon kediaman adalah faktor
yang mempengaruhi penceraian dalam kalangan pasangan

(ii)

Islam.
Mengenal pasti sama ada

(iii)

pemilihan pasangan dengan penceraian.


Mengenal pasti tahap kekuatan hubungan antara kategori

(iv)

pekerjaan pasangan dengan penceraian.


Mengenal pasti kaitan antara sektor pekerjaan dengan

(v)

penceraian.
Mengenal pasti kaitan antara

(vi)

penceraian.
Mengenal pasti hubungan antara tahap pendapatan pasangan

terdapat hubungan antara cara

tahap pendidikan dengan

dengan fenomena penceraian dalam kalangan pasangan Islam.


1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut :(i)

HA1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara zon tempat tinggal

(ii)

dengan penceraian.
HA2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara cara pemilihan

(iii)

pasangan dan penceraian.


HA3: Terdapat hubungan yang signifikan antara kategori pekerjaan

(iv)

suami isteri dengan penceraian


HA4: Terdapat hubungan yang signifikan antara sektor pekerjaan

(v)

suami isteri dengan penceraian.


Terdapat hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan

(vi

HA5:

suami isteri dengan penceraian.


HA6 : Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendapatan
suami isteri dengan penceraian.
Berdasar hipotesis-hipotesis di atas, ringkasnya berikut adalah
cadangan kerangka konseptual kajian iaitu sebagaimana
gambarajah di bawah:-

Pemboleh ubah bersandar

Penceraian
Pemboleh ubah tidak bersandar
Tempat tinggal
Taraf pendidikan
Kategori pekerjaan
Sektor pekerjaan
Cara pemilihan pasangan
Tahap pendapatan
Rajah 1 : Kerangka Secara Konseptual Kajian Yang Akan
Dijalankan
1.7

Kepentingan Kajian.
Kajian ini penting khususnya untuk memberi maklumat dan
kesedaran kepada umum mengenai punca-punca penceraian
dalam kalangan pasangan Islam supaya langkah yang proaktif
dapat diambil.

Antara

langkah proaktif yang boleh

dipertimbangkan ialah meningkatkan usaha seseorang itu dalam


membuat persiapan jangkamasa pendek dan jangka masa
panjang

untuk

mendirikan

rumahtangga.

Faktor-faktor

demografi yang mempunyai kesan ke atas penceraian adalah


antara pemboleh ubah yang boleh dikawal oleh seseorang. Oleh
itu, seseorang yang mempunyai kesedaran dalam

hal ini

seharusnya mampu untuk merancang kehidupan masa hadapan


mereka terutamanya dalam soal perkahwinan agar tidak
terperangkap dalam permasalahan yang kritikal yang boleh
membawa kepada penceraian.
Maklumat yang diperoleh

hasil kajian ini dapat

membantu pihak pejabat agama khususnya dalam membuat


persiapan yang rapi menyediakan perunding-perunding cara
yang bukan hanya mahir menggunakan skil-skil kaunseling
tetapi juga memahami faktor-faktor demografi dan multi budaya
(multicultural). Perunding-perunding cara yang mempunyai
kemahiran ini akan dapat bertindak dengan lebih baik dan lebih
berkesan

ketika

melayani

klien-klien

yang

permasalahan yang berkaitan dengan penceraian.

mempunyai

Adalah penting untuk kaunselor atau perunding cara


dapat memahami punca-punca utama konflik keluarga yang
membawa kepada penceraian dan membuat langkah persediaan
yang rapi untuk melaksanakan intervensi bagi penyelesaian
masalah yang dihadapi oleh klien yang dilihat sebagai
bertambah kompleks.
Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat menimbulkan
kesedaran bahawa peranan sesi kaunseling adalah mustahak
kepada pasangan-pasangan yang berkonflik dalam usaha
membantu

pasangan

ini

meleraikan

permasalahan

atau

sekurang-kurangnya mereka berada di tahap` celik akal untuk


menghadapi kesan-kesan selepas penceraian agar kesan-kesan
negatif akibat penceraian dapat diminimumkan.
Hasil kajian ini juga membolehkan pihak-pihak
berkuasa tempatan mempertimbangkan untuk mengambil kira

dapatan kajian ini ketika merangka dan melaksanakan polisi


pembangunan dan sosio-politik di kawasan setempat agar
masalah penceraian akibat daripada faktor-faktor demografi
dapat diminimumkan.
1.8

Skop Kajian
Kajian tertumpu hanya dalam kalangan pasangan yang membuat
aduan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Pejabat
Agama Kota Setar

atau

pasangan yang sedang dan telah

menjalani prosiding di Mahkamah Rendah Syariah, Alor Setar


tetapi telah diarahkan untuk mendapatkan khidmat kaunseling
dari jabatan agama.
Sesuai dengan objektif kajian ini , kajian hanya dibuat di
daerah Kota Setar dan sampel-sampel yang diambil juga adalah
mereka yang tersebut di atas. Pasangan ini semuanya adalah
mereka yang tinggal di daerah Kota Setar sama ada mereka yang
tinggal di pusat bandar dan pinggir bandar mahupun mereka

yang tinggal di luar bandar. Kajian yang dilakukan adalah


berdasarkan maklumat-maklumat yang dilengkapkan oleh
pengadu seperti mana yang tercatat dalam borang aduan Pejabat
Agama Kota Star.(rujuk lampiran 1).
Kajian juga dibuat dengan mengambil kira pendapat atau
penilaian oleh para perunding cara yang telah bertugas di
Pejabat Agama Kota Setar yang telah melengkapkan borang soal
selidik untuk membuat penilaian tentang sejauh mana hak-hak
suami dan isteri dipenuhi oleh pasangan masing-masing.
1.9

i.

Batasan Kajian.
Berikut adalah batasan-batasan kajian iaitu;Kajian ini hanya melibatkan pasangan yang beragama Islam
dan

ii.

oleh

itu,

hasil

atau

dapatan

kajian

tidak

dapat

digeneralisasikan kepada pasangan yang bukan beragama Islam.


Kajian ini juga terbatas dengan kaedah pengambilan data
daripada rekod kes dan pandangan atau penilaian daripada para

perunding cara yang menjalankan tugas melayani pasangan yang

iii.

bermasalah.
Kajian ini juga mengabaikan pengambilan data secara langsung
daripada pasangan terbabit. Walau Bagaimanapun sekiranya
tempoh masa yang mencukupi dan

peruntukan

belanjawan

yang memadai , usaha mengambil data langsung dari pasangan

iv.

dijangka dapat dilakukan.


Kajian ini juga terbatas kepada pasangan yang tinggal di daerah
Kota Setar sahaja. Ini kerana wujud perbezaan ciri-ciri atau
faktor-faktor demografi antara daerah.

1.10.

Definisi Konseptual Dan Operational


Bagi penetapan matlamat kajian ini berada dalam skopnya,
beberapa pendefinisian konseptual dan operational akan
dijelaskan terhadap beberapa item seperti berikut:1.10.1. Penceraian.
1.10.2. Demografi
1.10.3. Zon Kediaman
1.10.4 Pola Kecenderungan Atau Cara
Pemilihan Pasangan Suami Atau Isteri.
1.10.5.
Jenis Pekerjaan.

1.10.6

Sektor Pekerjaan

BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan.
Bab ini akan membincangkan literatur yang merangkumi
penjelasan dan pandangan daripada tokoh-tokoh tertentu serta
kajian yang telah dibuat oleh sarjana dan pengkaji-pengkaji
terdahulu tentang faktor-faktor yang menyebabkan penceraian.
Ia meliputi konsep-konsep dalam penceraian serta model terapi
pasangan yang menghadapi permasalahan yang berkaitan
penceraian. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara akan
dinyatakan dalam bab ini .
2.2

Punca-Punca Penceraian.

Salts dan Smith Jr. (2003) mengatakan bahawa penceraian


adalah jalan penyelesaian akibat perkahwinan yang bermasalah

atau perkahwinan yang tidak memuaskan salah seorang


pasangan atau kedua-duanya. Umumnya, penceraian ini adalah
sebagai manifestasi daripada kegagalan pasangan untuk
meleraikan atau menguruskan konflik yang timbul antara
mereka. Akhirnya mereka telah memutuskan untuk berpisah atau
bercerai.
Textor (1989) mengatakan bahawa keperluan emosi yang
tidak dipenuhi, kewangan dan masalah yang berkaitan
pekerjaan, penglibatan pihak ketiga, perbezaan nilai dan
matlamat, kesukaran dalam komunikasi, tingkahlaku pasangan
yang

buruk,

pendekatan

keibubapaan

yang

berbeza,

penyalahgunaan dadah dan penderaan adalah contoh pelbagai


sebab bermulanya ketidakpuasan hati dan kekecewaan pasangan
yang boleh membawa kepada penceraian.

Antara lain punca kepada penceraian umum ini


disebabkan oleh faktor berikut :2.2.1

Faktor Usia Muda Dan Kekurangan Pengalaman.

Pada masa ini sebanyak 45% daripada

perkahwinan yang

pertama di Amerika Syarikat berakhir dengan penceraian (Lamb,


Sternberg, dan Thompson, 1997). Kebanyakan mereka adalah
dalam kalangan pasangan muda yang berumur 20-an atau
berkahwin pada usia yang masih muda. (Salts dan Smith Jr. ,
2003)
Sementara itu (Wan Abd Halim, 1993), mengatakan
bahawa perempuan yang berkahwin muda (walaupun kurang
berlaku), namun amalan perkahwinan awal usia menyebabkan
kaum perempuan

Melayu dikatakan masih

memerlukan

perlindungan ibu bapanya selepas berkahwin. Ini diburukkan


lagi apabila masalah yang dihadapi oleh pasangan ini seringkali

mendapat campurtangan daripada keluarga sebelah isteri kerana


usia isteri yang masih muda itu memerlukan perlindungan.
Menurut Djamour (1959 ) dalam Abd. Halim (1993) ,
keengganan isteri Melayu meninggalkan rumah ibu bapanya
merupakan punca penceraian antara pasangan suami isteri
Melayu:
Jika suami mendesak supaya isteri menetap di kampungnya
sendiri, isteri tidak dapat tidak akan membantah cadangan
tersebut dan kerap kali bantahan ini akan berakhir dengan
penceraian.
Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) mengatakan bahawa dalam usia muda
kebanyakan pasangan tidak sanggup untuk berdepan dengan masalah dan tidak mempunyai kemahiran mengendalikan masalah sehingga sanggup
mengambil jalan singkat dengan meminta cerai dan sanggup diceraikan. Hakikatnya perkahwinan tersebut adalah masih terlalu mentah menyebabkan
mereka masih belum mengenali pasangan secara khusus, keadaan itu juga menyebabkan mereka mudah untuk membuat keputusan bercerai.
Dalam kajian pada 2007 yang dibuat oleh pihak JAKIM, didapati sebanyak 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun
pertama mengalami penceraian. Bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula sebanyak 27.7 peratus bercerai.

Menurut Datuk Othman Mustapha lagi;


Keadaan ini membuktikan bahawa bagi tempoh 10 tahun pertama adalah tempoh yang paling
kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan penceraian .

Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan sekiranya
pasangan tidak bersabar dengan dugaan. Pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat dan rumah tangga mudah goyang sehingga boleh
berlaku penceraian. Kajian juga membuktikan sebanyak 44.9 peratus penceraian yang berlaku sebenarnya berpunca daripada perkara yang berikut:i.
Pasangan gagal menjalankan tanggungjawab.
ii. Tiada persefahaman,
iii. Menghadapi masalah nafkah yang tidak ditunaikan dan sebagainya.
iv. Kedua-dua pasangan gagal menjalankan tanggungjawab tersebut selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan juga berlaku percampuran orang ketiga.

(Utusan Malaysia : 1 Disember 2011)


2.2.2 Laman `FacebookPunca Pasangan Cerai

Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif

Facebook telah

menyatakan bahawa laman sosial itu kini didapati menyumbang


kepada satu pertiga daripada jumlah penceraian di United
Kingdom, hasil satu tinjauan yang dilakukan oleh firma
perundangan.

Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen penceraian pada


tahun 2010 oleh firma perundangan United Kingdom iaitu
Divorce Online, terdapat lebih 33 peratus penceraian tahun lalu
yang disenaraikan adalah berpunca daripada Facebook. Jumlah
itu naik mendadak berbanding 20 peratus pada 2009.

Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan aduan oleh


pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai perbuatan sama
ada mereka menukar status perhubungan masing-masing kepada
bercerai dengan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada jantina
berbeza menjadi punca utama kepada aduan itu.
Sementara itu, menurut Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS),
kira-kira 80 peratus peguam di negara itu mendedahkan, jumlah kes penceraian
berpunca daripada laman sosial semakin meningkat.

Daripada 15 kes yang dikendalikannya dalam tempoh


setahun, rekod komputer, mesej dan email dijadikan sebagai
bahan bukti dengan 60 peratus daripadanya melibatkan
Facebook.
(Utusan Melayu : 5hb Mac 2011)
2.2.3

Isu Seks Punca Cerai Meningkat.

Menurut kenyataan rasmi Persatuan Peguam Syarie Malaysia


(2010), punca utama menyebabkan penceraian dalam kalangan

pasangan beragama Islam ialah berkaitan dengan isu seks suami


isteri. Timbalan Presidennya, Musa Awang menyatakan bahawa
masalah berkaitan dengan seks menjadi antara punca mengapa
pasangan mengemukakan permohonan mahu mengakhiri rumah
tangga.
Laporan pada tahun sama telah memetik Timbalan
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu,
Muhammad Ramli Nuh, berkata bau badan, kaedah adegan seks
dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca
kenaikan kadar perceraian di negeri itu. Justeru, kerajaan negeri
Terengganu terpaksa merangka satu cara yang kreatif untuk
memperbaiki hubungan kelamin antara suami isteri khususnya
dalam

kalangan mereka yang baru berkahwin, termasuk

menjemput syarikat kosmetik memperkenalkan bau-bauan


eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah, mencadangkan

suami isteri lebih kerap mandi bersama sebagai salah satu jalan
untuk mengukuhkan jalinan mesra. Menurutnya lagi, apabila
pasangan gagal mencari jalan penyelesaian ia boleh menjurus
kepada perlakuan curang dalam perkahwinan seperti wujudnya
fenomana seperti `kekasih gelap. Selain itu jelas beliau,
ketiadaan zuriat juga menjadi masalah besar dalam rumah
tangga.
Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah
hubungan seksual yang hambar. Bagaimanapun beliau tidak
dapat memberikan perangkaan pecahan punca yang membawa
kepada masalah bercerai. ( Persatuan Peguam Syarie Malaysia
PGSM: 19hb Februari 2011)
Menurut Harbin dan Gamble (1977) dalam Joan
D.Atwood (2003), isu seks kadangkala mungkin menjadi punca
dasar terhadap konflik perkahwinan.

2.2.4 Tahap Pendapatan Rendah

Individu dengan tahap pendidikan dan pendapatan yang lebih


rendah dianggap lebih berpotensi untuk bercerai berbanding
mereka yang mempunyai tahap pendidikan dan pendapatan yang
tinggi.( Salts dan Smith Jr. 2003).
Perbezaan tahap pendapatan yang ketara antara
sepasang suami isteri juga menjadi faktor

kepada isteri

memohon penceraian. Ahrons (1994) mengatakan bahawa tiada


korelasi ( tidak bergantung) ekonomi isteri kepada suami adalah
antara faktor

terbesar yang membawa peningkatan statistik

penceraian.
Menurut seorang ahli antropologi Amerika, Gavin W. Jones (1996) dalam kajiannya yang bertajuk Marriage and Divorce in Islamic
South East Asia, kes perceraian di Jawa Barat, Indonesia mencatatkan penurunan yang ketara pada dekad 1960-an, 1970-an, dan 1980-an setelah
berlakunya peningkatan pendapatan isi rumah. Kajian juga mendapati bahawa, ketika taraf sosioekonomi mereka rendah, kes perceraian di kawasan
terbabit didapati begitu tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengukuhan ekonomi keluarga menerusi perolehan pendapatan yang mencukupi
menjadi kayu pengukur kesejahteraan sesebuah keluarga, sekali gus menurunkan risiko berlakunya perceraian.
Dalam konteks Malaysia, statistik penceraian di negara ini ternyata tidak banyak berubah pada era 1990-an hingga dekad ini. Satu kajian ilmiah
pernah dibuat pada dekad 1990-an untuk melihat sejauh mana benarnya faktor kedudukan kewangan keluarga menjadi punca penceraian di Malaysia.
Kajian terbabit dibuat oleh lima orang penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan.
Kajian itu lebih memberikan fokus kepada pasangan Melayu. Kajian turut melihat sama ada faktor pendapatan tetap dan pendapatan tidak tetap
memberikan kesan kepada punca sesuatu perceraian. Skop kajian berkenaan bertumpu pada penceraian pasangan Melayu di seluruh jajahan di Kelantan
bagi tempoh enam tahun, iaitu dari 1993 hingga 1998.

Hasil kajian itu mendapati bahawa faktor pendapatan memang mempunyai hubungan rapat dengan kadar penceraian. Pengkaji menemui fakta
bahawa golongan berpendapatan rendah paling banyak terlibat dalam penceraian. Kajian tersebut sengaja memilih Kelantan kerana dua faktor; pertama,
Kelantan antara negeri paling tinggi kadar penceraian di negara ini; kedua, Kelantan ialah negeri paling banyak didiami oleh orang Melayu yang beragama
Islam.(Dewan Masyarakat Jun 2011)
Kajian yang dilakukan oleh Whisman, Dixon, and Johnson (1997) terhadap 122 pasangan mendapati bahawa, kebanyakan permasalahan yang
dihadapi oleh pasangan adalah seperti berikut:Jadual 2.1 10 Senarai Teratas Permasalahan

Masalah

Pasangan Suami Isteri

Kedudukan

Komunikasi
Kuasa
Pengharapan yang tidak realistik terhadap pasangan 3
Seks
Penyelesaian masalah, membuat keputusan
`Demonstration affection
Pengurusan kewangan, kedudukan kewangan
Kasih sayang
Anak-anak
Permasalahaan pasangan yang serius

1
2
4
5
6
7
8
9
10

Sumber: Whisman. Dixon, and Johnson, 1997

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1.

Pengenalan
Bab ini membincangkan reka bentuk kajian, persampelan, kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data.

3.2. Reka Bentuk Kajian.


Kajian ini dijalankan untuk mengetahui punca-punca yang membawa penceraian khususnya dalam aspek demografi. Sebanyak enam faktor demografi
utama telah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah dan akan dinilai sejauh manakah kekuatan hubungan pemboleh-pemboleh ubah itu terhadap penceraian.

Justeru, kaedah kuantitatif akan digunakan untuk mengetahui kekuatan hubungan ini. Maklumat yang dikumpul adalah daripada 140 pasangan yang
telah membuat aduan masalah rumahtangga.
Selain itu, maklumat juga akan diambil daripada 5 orang perunding cara untuk mengetahui sejauh mana hak-hak suami dan isteri
dipenuhi oleh pasangan masing-masing. Dapatan hasil daripada maklumat yang diterima untuk melihat tahap penyempurnaan hak-hak suami dan isteri.
Para perunding cara akan dikehendaki mengisi maklumat dalam borang soal selidik yang disediakan berdasarkan pengalaman dan pengamatan mereka
ketika melayani klien-klien yang terdiri daripada pasangan-pasangan yang menghadapi permasalahan dalam hubungan mereka.

Colby & Kohlberg (1987) mengatakan bahawa kaedah


kualitatif juga membantu responden menjelaskan sesuatu
perkara mengikut perspektif mereka manakala Patton (1987)
mengatakan bahawa ;
qualitative research interview technique should provide a
framework

in

which

respondents

can

express

their

understanding and knowledge of their own manner.


3.3.

Populasi dan Persampelan.


Keseluruhan populasi kes aduan dan yang menjalani sesi kaunseling adalah sebanyak 145 kes. Sebanyak 140 kes pasangan antara Jun
2012 hingga Disember 2012 yang menjalani sesi kaunseling diambil sebagai sampel kajian tanpa mengira peringkat usia perkahwinan mereka.

Responden yang membuat permohonan untuk sesi runding cara terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu :-

1.

Kumpulan responden yang memohon sesi kaunseling untuk langkah penceraian dan responden yang dirujuk oleh mahkamah bagi menjalankan sesi
kaunseling.

2.

Kumpulan responden yang memohon nasihat dan pandangan sama ada untuk dirinya atau untuk pasangannya.

3.

Kumpulan responden yang tidak mempunyai kepastian matlamat memohon sesi runding cara.

3.4.

Kaedah Pengumpulan Data


Pengumpulan data adalah berdasarkan jenis maklumat yang diperoleh iaitu bersumberkan data primer dan sekunder.

3.4.1.

Data Primer

Data primer ialah data yang dikumpulkan sendiri oleh pengkaji (Izham, 2000). Pengumpulan data primer adalah melalui instrumen kajian yang dilakukan
dengan menggunakan borang soal selidik.

3.4.2

Data Sekunder.

Data Sekunder ialah data yang dikumpul dan direkod oleh pihak lain sebelum wujudnya keperluan semasa pengkaji sumber ini menyediakan maklumat,
pengetahuan dan pendedahan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian ( Aishah, 2001). Data seperti ini mempunyai kelebihan berbanding
dengan data primer iaitu aktiviti pengumpulannya melibatkan kos yang lebih rendah serta menjimatkan masa dan tenaga (Izham,2000).

Rajah 2 : Langkah-Langkah Kajian Untuk Mendapatkan Hasil Kajian

.5. Penganalisaan Data

Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalisa dengan menggunakan perisian komputer `Statistical Package for Social Sciences (SPSS).
Kaedah deskriptif dan inferensi akan digunakan untuk menggambarkan hasil kajian.
3.5.1.
Statistik deskriptif
Dalam kaedah ini, data akan dianalisa untuk menggambarkan hasil kajian dengan mendapatkan kekerapan, peratusan, min, median, dan sisihan piawaian.
Maklumat demografi responden dianalisis dan dihuraikan dengan kekerapan dan peratusan bagi tujuan perbandingan. Data juga akan dianalisis secara
penentuan kekerapan, peratusan, min, median dan sisihan piawaian dan ia akan digambarkan dalam bentuk jadual.

3.5.2. Statistik inferensi


Bagi pengujian hipotesis, statistik inferensi seperti ujian korelasi dan regresi akan digunapakai untuk menilai pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat.

Statistik inferensi yang digunakan ialah analisis Spearman Rank Correlation rho (

rs)

dan ujian Regresi Berganda dalam

mengenalpasti sumbangan pemboleh ubah kajian bagi tujuan pengujian hipotesis.


Analisis korelasi digunakan untuk menggambarkan kekuatan hubungan linear antara pemboleh-pemboleh ubah. Nilai pekali korelasi yang akan
terhasil dalam bentuk yang positif atau negatif akan digunakan untuk menjelaskan bentuk hubungan antara pemboleh ubah bebas dan bersandar seperti

yang terdapat dalam Jadual 3.5. Spearman Rank Correlation rho (

rs)

. ia adalah sesuai digunakan dalam kajian yang

mempunyai data berciri nominal. Seterusnya, pengkaji akan mengggunakan

ujian Regresi

Berganda ( Multiple Regression) terhadap pemboleh ubah bersandar.

Jadual 3.6: Tafsiran Kekuatan Hubungan

Arah Dan kekuatan


Nilai korelasi, rs
Hubungan
Korelasi negatif
Tiada Korelasi
Korelasi positif yang

rs 0.00
rs = 0.00
0.01 rs 0.30
0.30 rs 0.50

lemah
Korelasi positif yang
rendah

0.50 rs 0.70

Korelasi positif yang


sederhana

0.70 rs 0.90

Korelasi positif yang


tinggi

0.90 rs 1.00

Korelasi positif yang


sangat tinggi

Sumber : Gay & Diehl (1992)

BAB IV

ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini akan mengemukakan dapatan yang diperoleh daripada
kajian yang dilakukan untuk melihat hubungan antara faktorfaktor demografi dengan konflik yang boleh membawa
penceraian. Penganalisaan ini terbahagi kepada 3 bahagian
utama iaitu;
(1).

Hubungan antara faktor-faktor demografi terhadap

konflik yang membawa


penceraian.
(2).
Pengujian

hipotesis

untuk

menguji

kesignifikanan hubungan antara faktor-faktor demografi dengan


konflik yang membawa kepada penceraian.
(3).
Penilaian terhadap pandangan pegawai perunding cara
mengenai

hak-hak suami dan isteri dipenuhi oleh pasangan

berdasarkan garis panduan yang digarapkan dalam buku

`Tuhfatul-Aris Wa Arus. Penganalisaan data terbahagi kepada


3 aspek iaitu:3.1. Maklumat demografi perunding cara
3.2. Penilaian terhadap hak isteri yang dipenuhi
oleh suami
3.3. Penilaian terhadap hak suami yang dipenuhi
oleh isteri

BAB V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
1.1

Pengenalan
Bab ini akan membincangkan terlebih dahulu dapatan daripada
penganalisaan yang telah dinyatakan dalam Bab VI

dan

membuat rumusan kajian. Pengkaji juga akan membuat


cadangan bagi mengembangkan lagi hasil kajian ini agar dapat
dimanfaatkan dan seterusnya dibuat penambahbaikan terhadap

kelemahan. Seterusnya langkah ini akan dapat meningkatkan


lagi mutu penyelidikan kerana permasalah rumahtangga adalah
sesuatu yang dinamik selari dengan perkembangan

sosio-

ekonomi masyarakat dan negara


SENARAI RUJUKAN
Ab. Aziz Mohd Zin (2001) Metodologi Dakwah, Penerbit
Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.
Abdul Halim Othman (1993) Psikologi Melayu. Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur
Aishah Abd Samad (2001) Penilaian Keberkesanan Program
Berasaskan Kompetensi, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor : Projek Sarjana.
Al Hamid Al Husaini(1996) Rumahtangga Nabi Muhammad
S.A.W , Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura.
Al- Imam Al Bukhary (1997) `Shahih Bukhari Terjemahan Zainudin
Hamidy, Nasharuddin Thah Dan A.Rahman Zainuddin, Klang
Book Centre, Kuala Lumpur.

Basmeih, Sheikh Abdullah Muhammad (1983/97) Tafsir Pimpinan


Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Dar Al-Fikr, Kuala
Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (2002) Kamus Dewan Edisi Ketiga,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Feldman, R. S. (2011). Development Across the Life Span Sixth Edition.

New Jersey. Pearson Education, Inc.,

Publishing As Prentice Hall. USA.


Ismail Yakub Sh , Prof (1988) Terjemahan Ihya Ulumiddin, Al Imam
Al Ghazali, Victory Agency, Kuala Lumpur
Izham Shafei (200) Penghantar Statistik, Penerbit Universiti
Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah(2013) Statistik
Data Perkahwinan, Cerai Dan Rujuk 2002-2012. Unit NCR,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Alor Setar.
Kedah.
Lorna L. Hecker, Joseph L. Wetchler & Editors(2003) An
Introduction To Marriage And Family Therapy, The Haworth
Clinical Practice Press An Imprint Of The Haworth Press, Inc.
New York. London. Oxford.

Muhammad Ali Quthb (1993) `Mutiara Perkahwinan Menurut


Ajaran Islam Pustaka Haji Abdul Hamid, Kuala Lumpur.
Salvador Minuchin( 1974 ), Family Therapy: Concepts And
Methods. Harvard University Press.. United Kingdom.
Warta Darul Aman - Keluaran April/Mei 2010. M.S 6. Terbitan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Zahazan Mohamed. (2006) `Tarbiyyah Al Awlad : Panduan Mendidik Anak Menurut Islam, Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Lampiran 2
JENIS-JENIS PEMBUBARAN PERKAHWINAN.
Terdapat empat kaedah dalam pembubaran atau penceraian menurut Islam:
a.
b.
c.
d.

Talak
Fasakh
Khuluq
Lian
Talak adalah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada isteri. Lafaz talak
itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu lafaz talak sarih (nyata), lafaz talak kinayah (sindiran) dan lafaz taklik (bersyarat).
Lafaz sarih adalah lafaz yang jelas menunjukkan maksud talak atau cerai maka talaknya jatuh walaupun tanpa niat.
Contohnya:

Saya ceraikan kamu atau;

Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3.

Lafaz kinayah adalah lafaz yang boleh membawa maksud talak


dan lain daripadanya, talak tidak akan jatuh melainkan dengan
niat cerai.
Contohnya:
Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu atau saya bebaskan
kamu.

Lafaz taklik pula adalah lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara:
Contohnya:
-

Jika kamu keluar dari rumah ini, maka tertalaklah kamu

Andainya kamu balik ke rumah ibu bapa kamu maka jatuhlah talak bagi kamu.
Sekiranya saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu.

Fasakh pula adalah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa mahkamah
(hakim) sama ada dikemukakan oleh suami atau isteri. Perkara yang membolehkan fasakh pula adalah seperti berikut;
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.
n.

Suami menghilangkan diri selama tempoh 1 tahun atau lebih.


Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS.
Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan atau lebih
Suami mati pucuk
Murtad
Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama 1 tahun
Suami dipenjarakan selama 3 tahun
Suami menganiaya / menzalimi isteri
Suami berperangai keji
Memaksa isteri hidup secara lucah
Membuat kehidupan isteri menderita
Melupuskan harta isteri/ menghalang isteri menguruskan hartanya
Tidak melayan isteri dengan adil
Menghalang isteri melakukan perintah agama

Khuluq pula adalah penrceraian dengan kaedah


bayaran kepada suami yang dipersetujui antara pasangan suami
dan isteri. Contohnya, suami melafazkan cerai ke atas isteri jika
isteri setuju membayar sejumlah wang yang dipersetujui.
Permohonan cerai melalui kaedah ini juga perlu dibuat kepada
mahkamah dan hakim akan menggendalikan kes penceraian ini.

Lian pula ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan
isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

Pengurusan lian dilakukan di dalam mahkamah yang


dikendalikan oleh hakim lian. Hakim akan mengkhendaki pihak
suami menggunakan lafaz sumpah pengakuan bercakap benar
terhadap tuduhan kepada isterinya. Berikut adalah kaedah lian
iaitu;
1.
2.
3.
4.

Tuduhan diulang sebanyak 4 kali dan sumpah hanya dilakukan sekali sahaja.
Melaknat diri sendiri jika tuduhan tersebut dusta.
Isteri boleh bersumpah menafikan tuduhan sebanyak 4 kali
Lafaz kali ke-5 isteri menyatakan kesediaan menghadapi kemurkaan Allah SWT ke atasnya jika tuduhan suami benar.

Dengan kaedah li`an ini, suami gugur had qazaf iaitu tidak dikenakan hukum 80 kali sebatan atas tuduhan tersebut manakala wajib rejam ke
atas isteri jika isteri tidak bersumpah. Pasangan bercerai selama-lamanya dan anak tidak boleh dinasabkan kepada suami tetapi anak dinasabkan kepada
ibunya.

Lampiran 3
PERANAN

PASANGAN

SUAMI

DAN

ISTERI

MENGIKUT ISLAM MENJAMIN HUBUNGAN SUAMI


ISTERI YANG HARMONI- MUHAMMAD ALI QUTHB
Muhammad Ali Quthb (1989) dalam `Tuhfatul-`Aris Wal `Arus
telah menetapkan kewajiban-kewajiban yang perlu dipenuhi

oleh pasangan dalam menjaga kerukunan rumahtangga atau


perkahwinan mereka.
4.1. Hak Isteri Yang Wajib Dipenuhi Oleh Suami.
a.

Suami wajib memberi makanan dan pakaian bagi isterinya


dengan rezeki Allah yang diperolehi secara halal, tidak kedekut
dan tidak membazir. Sekiranya seseorang isteri menghidapi
penyakit, seorang suami wajib untuk berusaha penyakit tersebut
sembuh walaupun penyakit itu mengambil masa yang lama
untuk sembuh. Seorang suami juga wajib memberi isteri nafkah
setelah berlakunya akad nikah berdasarkan ukuran yang maruf
(ukurun yang menjadi kebiasaan sehari-hari). Contohnya, jika
isterinya sejak sebelum berkahwin memakin daging dan buahbuahan 2 kali dalam seminggu, maka nafkah yang perlu
diberikan oleh suami perlulah mencukupi kadar tersebut.
Walaupun dari ukurannya tidak dapat dipastikan, namun hal ini
dapat diterima jika ukuran itu tidak terlalu kurang dan berdasar

kepada kemampuan seorang suami. Ini bertepatan dengan


firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 236 yang
bermaksud;
orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang
tidak mampu pun menurut kemampuannya
Muhammad Ali Quthb juga menyatakan tentang aspekaspek yang tidak boleh dilakukan oleh isteri iaitu:
i)

Menuntut nafkah melebihi batas keperluan dan melakukan


perkara-perkara yang melibatkan pembaziran atau perkara-

ii)

perkara yang bertentangan dengan hukum syarak.


Mengambil sebahagian harta suami, walau sedikit tanpa
pengetahuan dan kebenaran suami. Jika didapati suaminya
kedekut, isteri boleh mengambil untuk memenuhi keperluan diri
dan anak-anak mereka walaupun tanpa pengetahuan dan
kebenaran suami.

Berhubung dengan perkara, satu hadis riwayat al-Bukhari


dalam Sahih al-Bukhari mengisahkan mengenai satu hari
Hindun datang kepada Rasulullah SAW untuk mengadu. Beliau
bertanya,
Ya Rasulullah, Abu Sufyan seorang yang amat kedekut, dia
tidak memberi nafkah untuk keperluan hidupku bersama-sama
anak-anakku sehingga aku terpaksa mengambil sebahagian dari
hartanya tanpa pengetahuannya. Rasulullah SAW menjawab.
Ambillah dari hartanya untuk mencukupi keperluanmu bersama
anak-anakmu dalam batas yang maruf (selayaknya).
b. Tempat Kediaman Yang Selamat Dan Tenteram.
Suami wajib menyediakan kepada isterinya tempat kediaman
yang menjamin keselamatan dan ketenteraman kepada isteri,
bebas dari gangguan dari orang yang mempunyai perangai yang
buruk dan derhaka kepada Allah. Ini adalah untuk memastikan
agar kehidupan isteri itu lebih sejahtera. Perkara ini adalah

bersesuaian dengan perintah Allah dalam surah al-Thalaq ayat 6


yang bermaksud;
Tempatkan mereka (para isteri) di mana kamu tinggal
menurut kemampuan kamu, dan janganlah kamu menyusahkan
mereka dan sengaja hendak menyulitkan mereka.
c.

Suami wajib menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada


isteri (janji yang tidak bertentangan dengan hukum syarak)
sebelum menyetubuhi isterinya. Suami juga tetap berkewajiban
menunaikan maskahwin yang belum diterima oleh isteri. Jika
suami itu mempunyai isteri lain, maka suami wajib menjaga
keadilan dalam pemberian nafkah dan lain-lain yang perlu dan
yang menjadi kewajiban.

d.

Isteri wajib diperlakukan dengan baik dan bergaul dengan


sepatutnya. Suami wajib berusaha untuk menyenangkan hati
isterinya dan sabar dalam menghadapi keadaan yang tidak

menyenangkan hati suami. Sehubungan dengan ini, Allah SWT


berfirman dalam suarh an-Nisa ayat 19 yang bermaksud;
Hendaklah kamu bergaul dengan mereka (para isteri)
dengan secara baik-baik. Apabila kamu tidak lagi menyukai
mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburuburu menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan
sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu
benci itu kebaikkan yang banyak untuk kamu.

4.2

Hak-Hak Suami Yang Wajib Dipenuhi Oleh Isteri.

a. Isteri diwajibkan taat kepada suaminya dalam perkara-perkara


yang tidak membawa kepada keingkaran atau kemungkaran
terhadap Allah dan Rasul-Nya. Keredhaan Allah itu terletak
kepada keredhaan suami dan kemurkaan Allah adalah terletak
kepada kemurkaan suami.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin


Hanbal dari Abu Naim, Rasulullah S.A.W bersabda;
Jika seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa
bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan
tidak senonoh) dan taat pada suaminya, ia akan masuk Syurga
melalui pintu mana saja yang dikehendakinya.
b.

Isteri hendaklah menunaikan permintaan suami jika suami


berkehendakan untuk persetubuhan tanpa dilambatkan atau
menolak permintaan kecuali jika ada keuzuran syarie seperti
nifas, haid, sakit atau sedang berpuasa fardhu.

c. Isteri juga tidak berpuasa sunat kecuali dengan izin dari suami
bila suami ada di sisi kerana kemungkinan suami perlukan
layanan dari isteri. Ini kerana , jika seseorang suami itu naik
syahwatnya bila ia memandang seorang wanita lain, hendaklah
dia pulang ke rumah dan hampirilah isterinya kerana apa yang

ada pada perempuan itu sama dengan apa yang ada pada
isterinya.
d.

Isteri hendaklah menjaga dengan baik harta milik suami,


menggunakan secara berhati-hati dan tidak membazir, tidak
memberi kepada orang lain sebelum mendapat keizinan dari
suami atau tidak memberi makanan kepada saudara mara atau
pada orang yang meminta kecuali isteri merasa yakin suaminya
tidak keberatan untuk berbuat perkara yang sama.

e.

Isteri perlu menjaga kehormatan diri dan kehormatan anakanak perempuannya. Tidak membenarkan orang lain masuk
tanpa keizinan dari suami dan tidak memperlihakkan bahagian
badan di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya. Isteri juga
hendaklah tidak memakai

pakaian yang nipis, pendek dan

mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.


f. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami. Suami berhak
melarang isterinya keluar dari rumahnya kecuali keluar untuk

melihat ibu bapanya. Atas tanggungjawab menjaga silaturrahim


dengan keluarga, isteri berhak untuk bertemu ibu bapanya
walaupun tanpa keizinan suami. Mengikut ulama Fiqah, ukuran
yang telah ditetapkan adalah satu kali dalam sebulan. Isteri juga
berhak untuk merawat dan melayani ibubapanya yang sedang
menderita kesakitan, sekiranya tiada orang lain yang melayani
dan merawat kedua ibubapanya.
Syarat seorang suami boleh untuk melarang isterinya keluar
meninggalkan rumah ialah, suami dapat menyediakan rumah
tempat tinggal yang layak mengikut kemampuan suami dan
dapat menjamin suasana tenang dan tenteram bagi kehidupan
isteri. Rumah sebegini adalah dainggap sebagai rumah yang
memenuhi syarat `tempat tinggal syarie. Jika suami tidak dapat
menyediakan rumah sebagai tempat tinggal syarie ini, maka ia
tidak dapat melarang isterinya keluar meninggalkan rumah.
Contohnya, isteri dan suami tinggal di sebuah rumah bersama-

sama orang lain sehingga menghalang kebebasan untuk


bermesra atau menganggu `privacy seorang isteri atau
dibimbangi isteri akan kehilangan harta milikannya, atau rumah
yang tidak mempunyai kemudahan asas yang selesa seperti bilik
air, bilik tidur dan sebagainya, maka berhak kepada isterinya
untuk tidak berada di rumah tersebut. Tempat kediaman yang
tidak termasuk sebagai tempat tinggal yang syarie juga ialah
apabila keadaan rumah itu telah menyebabkan isteri tidak
merasa tenteram atau jiran di sekeliling rumah tersebut
berperangai

keji,

buruk

dan

mencurigakan

dan

boleh

mendatangkan ancaman keselamatan dan moral kepada isteri.


Suami juga berhak untuk melarang isteri keluar rumah
untuk tujuan menuntut ilmu terutamanya ilmu agama jika suami
mampu dan sanggup untuk memberi pendidikan agama kepada
isterinya. Sebaliknya jika suami tidak mampu, isterinya berhak

keluar rumah untuk menuntut ilmu agama yang diperlukan


sahaja.
Suami juga berhak untuk melarang isteri keluar dari rumah
untuk berkerja jika hal itu menyebabkan kessukaran dalam
kehidupan walaupun perkerjaan isteri itu tidak melanggar syariat
agama. Tetapi jika perkara membenarkan isteri berkerja menjadi
sebahagian syarat sejak mula berkahwin lagi dan pekerjaan yang
dilakukan isteri itu tidak menjejaskan moral, maka suami wajib
memenuhi

syarat

yang

telah

dipersetujui

sejak

mula

perkahwinan.
Hal yang sama juga mengenai penjagaan kedua ibu bapa
isteri dan perkara-perkara yang berkaitan seperti persetujuan
untuk tinggal dengan ibu bapa telah dipersetujui sejak mula
perkahwinan, maka wajib bagi suami memenuhi pensyaratan itu.
g. Isteri wajib mengatur urusan rumah dan mengasuh serta
memelihara anak-anak kerana kewajipan itu menjadi tugas

semulajadi sebagaimana suami berkewajipan menjamin nafkah


kehidupannya. Sebagai ibu dan isteri kepada suami yang
menjadi ayah kepada anak-anak, dia perlu menanamkan akhlak
mulia

dalam

jiwa

anak-anak,

membiasakan

anak-anak

menunaikan kewajiban agama.


h. Isteri wajib berdandan dan berhias diri bagi suaminya dengan
cara-cara yang dibenarkan syarak seperti bercelak, berinai,
berbedak, memakai minyak wangi, memakai pakaian yang baik
dan lain-lain alat hiasan lain. Isteri perlu menitikberatkan
kebersihan diri, anak-anak dan rumah serta tempat tidur. Ketika
suami berada di perantauan pula, isteri tidak perlu berdandan
dan berhias kerana dikhuatiri mendatangkan minat orang lain
kepadanya.
i. Isteri berkewajiban membantu suami dalam melakukan kerjakerja kebajikan. Ini termasuk dalam membantu agar suami tetap
patuh mengerjakan tanggungjawab terhadap ibu dan bapanya.

Ini dapat dilakukan dengan isteri harus berbuat baik terhadap ibu
dan bapa mertua dan dapat menahan diri dari ucapan-ucapan
yang tidak berkenan dihati mereka.
j. Isteri wajib berlembut dengan suaminya sama ada dari segi
percakapan atau perlakuan dan sebaliknya tidak berbicara
dengan lelaki bukan muhrim dengan suara yang lembut dan
menarik sehingga membangkitkan nafsu syahwat di dalam hati
lelaki yang berhati serong.
Allah Taala berfirman dalam surah al-ahzab ayat 32
bermaksud;
....... jika kamu bertaqwa (para wanita mukminat), janganlah
kamu berkata-kata lembut manja dengan orang lain sehingga
orang

yang

di

keinginan(menaruh

dalam
tujuan

hatinya

ada

buruk

ucapkanlah perkataan secara baik.


4.3 Konsep Kepimpinan Suami Atas Wanita.

penyakit

kepada

timbul

kamu).Dan

Allah berfirman dalam surah an-Nisa: ayat 34


yang bermaksud;
Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita
(isteri),kerana

Allah

mengurniakan

kelebihan

kepada

sebahagian mereka(iaitu kaum lelaki) atas sebahagian yang


lain(iaitu wanita) dan kerana meraka menafkahkan sebahagian
daripada hartanya.
Muhamad Ali Quthb menekankan mengenai kepimpinan
suami ke atas isterinya kerana dengan memahami konsep ini
dengan baik akan dapat mengatasi kesulitan-kesulitan yang
terjadi dalam kehidupan suami isteri. Ada sesetengah suami
berfahaman

bahawa

kepimpinan

itu

sebagai

kekuasaan,

penindasan, perbudakan lalu atas kefahaman yang salah ini,


mereka memperlakukan isteri-isteri mereka dengan cara yang
salah, keliru dan buruk. Sebaliknya pula ada pula isteri yang
meremehkan soal kepimpinan tersebut sehingga mereka tidak

menghargai suami sebagaimana semestinya. Ini kerana, jika


suami isteri itu menyedari batas-batas hak kewajipan masingmasing, mereka tentu akan hidup dalam suasana bahagia,
tenteram dan damai. Kepimpinan seseorang suami ke atas
isterinya hendaklah berdasarkan kepada prinsip musyawarah
iaitu konsep berbincang dan permuafakatan.
Berhubung dengan campurtangan pihak ketiga, Muhamad
Ali Quthb menyatakan bahawa suami yang mengeluh hal
kesukaran rumahtangganya kepada selain Allah menandakan
bahawa ia seorang lelaki yang bertekad lemah dan tidak mampu
memperbaiki hubungan dengan isterinya. Justeru itu, mengeluh
kepada orang lain sesunggunya menyakiti isterinya, kerana hal
kesukaran rumahtangganya diketahui oleh teman-temannya,
kenalan, atau kaum kerabatnya sendiri dan sanak saudara
isterinya. Sewajarnya, walau apa pun keadaannya segala sesuatu
yang bersifat peribadi rumahtangga harus dijaga sebaik-

baiknya

jangan

sampai

terbongkar

ke

luar

rumah

membicarakan masalah peribadi rumahtangga dengan orang luar


tentu akan membangkitkan kemarahan seorang isteri, dan pada
akhirnya ia berani menganggu dan tidak segan-segan berlaku
buruk kepada suaminya bila terdapat kemungkinan untuk
berbuat demikian. Rasulullah SAW bersabda;
Sesiapa yang sabar menghadapi perlakauan buruk isterinya,
Allah akan memberi balasan pahala seperti yang diberikanNya
kepada Nabi Ayyub atas kesabaran menghadapi cubaan dan
sikap isteri yang sabar mengahdapi perlakuan buruk suaminya,
Allah

akan

memberinya

balasan

pahala

seperti

yang

diberikanNya kepada Aisyah, isteri Firaun


Betapa ramai suami, walaupun menerima perlakuan buruk
dan pembangkangan daripada isetrinya, namun mereka tetap
mengajaknya berdamai, bersikap ramah dan tetap mahu
bergurau. Mereka tetap memperlihatkan kecintaan untuk

mengamankan diri daripada gangguan yang lebih berat lagi


daripada isterinya. Mereka besikap sabar menghadapi tingkah
laku isterinya yang kurang baik dan menyerahkan kehidupannya
kepada Allah S.W.T.

Assalamualaikum....Ustaz Suhadi merupakan seorang Pensyarah


di Kolej Univrsiti Insaniah (Psikologi dan Kaunseling) dan
sekarang beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Phd.
di UPSI . Beliau meneruskan pengajian dalam bidang
kaunseling (Islam) dengan membuat kajian berkenaan
penggunaan Usul Fiqh dalam perkhidmatan kaunseling.
Sebagai rakan... saya telah banyak mengikuti dan melihat hasil
kerja beliau dan komen-komen Prof terhadap kerja
beliau.....beliau seorang yang sangat teliti
dan....memberi komitmen yg tinggi terhadap kerjanya...
Contoh proposal ini boleh lah dijadikan panduan kepada pelajarpelajar yang sedang tercari-cari format untuk membuat
proposal....dan sebagai rujukan untuk mengetahui
' flow'...sesebuah proposal
dan akhirnya boleh membuat penambahbaikan dan
menghasilkan proposal terbaik anda sendiri.
Sekian , Selamat maju jaya...Sharing is sexy..

You might also like