Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

BAB 6 : KEPERLUAN PERKAKASAN RANGKAIAN

6.1 Peranti-Peranti Rangkaian


6.2 Media Rangkaian

HASIL PEMBELAJARAN

6.1

PERANTI- PERANTI RANGKAIAN

1. Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peranti rangkaian


beserta fungsinya.
2. Pelajar dapat menyatakan dua jenis fail pelayan.
3. Pelajar dapat membezakan fungsi sekurang-kurangnya dua peranti
rangkaian

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

6.1

2012

PERANTI-PERANTI RANGKAIAN

Peranti-peranti

rangkaian

juga

dikenali

sebagai

komponen-komponen

atau

perkakasan rangkaian. Peranti-peranti rangkaian merangkumi pelayan komputer,


komputer kerangka utama, pengkalan komputer, periferal, kad antaramuka dan
beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam
rangkaian. Di antara peranti-peranti yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian
ialah :
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.

Fail pelayan
Stesen kerja
Kad antara muka rangkaian
Concentrators / hub
Switch
Pengulang / repeaters
Jambatan / bridges
Routers
Modem
Multiplexer

A. FAIL PELAYAN
Fail pelayan dikenali juga sebagai fail server atau komputer server di dalam sistem
rangkaian dan merupakan nadi yang menghidupkan keseluruhan rangkaian
pelanggan-pelayan. Pelayan merupakan fail pelayan dan pelanggan pula adalah
stesen kerja.
Fail pelayan merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi , mempunyai jumlah
memori dan ruang storan yang besar dan kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi
Rangkaian (networking operating system Nos contohnya : microsoft windows NT

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

server) dipasang pada fail pelayan beserta dengan perisian aplikasi dan fail-fail data
yang perlu dikongsi oleh stesen kerja.
Fungsi Fail Pelayan
Fail pelayan berfungsi untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod
dalam rangkaian.Nod ialah peranti-peranti seperti komputer,pencetak atau lain-lain
peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain
dalam rangkaian. Fail pelayan memerlukan komputer berkuasa tinggi yang berupaya
menyimpan maklumat dan membolehkan perkongsian sumber dan maklumat
dengan cepat. Spesifikasi komputer untuk fail pelayan bergantung kepada fungsi fail
pelayan itu sendiri.
Ciri-Ciri Fail Fail Pelayan
Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:
I.
II.
III.
IV.

Mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro(pentium,power pc).


Cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 gigabait.
Kad antaramuka yang pantas
Sekurang-kurangnya 32 MB RAM

Jenis-Jenis Fail Pelayan


Jenis-jenis fail pelayan bergantung kepada fungsinya. Fail pelayan digunakan
bergantung kepada keperluan pengguna. Terdapat banyak jenis fail pelayan,
diantaranya adalah seperti berikut:
A. Enterprise Server
Enterprise Server adalah sebuah server yang melaksanakan tugas tugas penting
dalam organisasi yang besar. kegunaannya adalah seperti web server, server untuk
mencetak dan juga pangkalan data untuk syarikat.
Keupayaan iaitu :
1. Enterprise server berupaya untuk melakukan lebih dari satu tugas.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

2. Enterprise server berupaya untuk melakukan aplikasi jenis OLTP (online


transaction processing). Contohnya seperti pembelajaran atas talian, E-Dagang dan
E-Perbankan.
2. Network Computer Server
Peer to peer bermaksud membolehkan pengguna untuk menyambungkan dua atau
lebih komputer untuk berkongsi sumber. Sumber daipada individu seperti CD rom,
cakera keras, pengimbas dan pencetak ditukarkan menjadi sumber yang boleh
dikongsi

bersama-sama

dalam

satu

rangkaian.kegunaannya

membolehkan

perkongsian sumber. Ianya beroperasi dimana setiap komputer boleh bertindak


sebagai server atau fail pelayan dan client atau pelanggan atau stesen kerja bagi
mencapai sesuatu sumber. Sumber tersebut dihantar secara terus tanpa
memerlukan server-server

atau fail pelayan yang lain bagi bertindak sebagai

perantaraan.
Keupayaan iaitu :
1. Tidak memerlukan pengendali rangkaian.
2. Rangkaian yang laju dan tidak mahal untuk dikendalikan.
3. Setiap komputer boleh melakukan backup copy sendiri untuk tujuan sekuriti.
4. Peer to peer kebanyakan digunakan dalam kawasan pejabat atau pun rumah.
3. Web-Based Application Server
Sebuah program komputer yang bertanggungjawab menerima permintaan HTTP
dari client atau pelanggan(seperti web browser), dan membalas semula respons
HTTP dan juga kandungan data yang mana biasanya ialah halaman web seperti
dokumen HTML . Server tersebut digunakan sebagai satu tapak bagi pengguna
untuk membangunkan laman web yang membolehkan pengguna lain mendapat
capaian keatasnya.
Keupayaan iaitu :
Web server dapat menyimpan segala fail-fail penting yang terdapat pada sesuatu
laman web. Contohnya,kod pengaturcaraan bagi membangunkan sebuah laman

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

web. Setelah perhubungan dilakukan, browser akan meminta data daripada web
server dengan menggunakan HTTP ataupun alamat URL, server itu akan
menghantar kembali data kepada browser tersebut. Browser itu akan menukar
format daripada bahasa mesin ke bahasa yang difahami untuk dipaparkan ke
browser tersebut. Contoh browser seperti google chrome, internet explorer dan
mozilla.

Rajah 1:

Contoh fail pelayan dalam sistem rangkaian:

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 2: contoh-contoh fail pelayan


B. STESEN KERJA
Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen
kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi
dengan kad antaramuka rangkaian (Network Interface Card) , perisian rangkaian
dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan
cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan.
Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

Rajah 3: Contoh stesen kerja / workstation dalam rangkaian:

C. KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN


Kad antara muka rangkaian merupakan peranti yang digunakan oleh komputer untuk
berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau
penyambung di antara komputer dengan kabel rangkaian.Kad antara muka
rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan kebanyakannya bersifat internal dengan
kad yang dimuatkan pada slot dalam papan induk komputer. Komputer riba biasanya
menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port
selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Kad antara muka rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan
menterjemahkannya

kepada byte

yang

difahami

oleh unit

pemprosesan

pusat komputer.

Fungsi Kad Antara Muka Rangkaian

Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian.

Menghantar data ke komputer yang lain.

Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

Kad antara muka


rangkaian untuk
komputer pelanggan

2012

Pemasangan kad antara


muka rangkaian pada
papan induk

Kad antara muka


rangkaian untuk
komputer riba

Rajah 4:

D. CONCENTRATORS / HUB

Contoh kad antara muka rangkaian:

Slot PCMCIA
pada
komputer riba

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Concentrators ataupun Hub merupakan peranti yang membolehkan peranti-peranti


lain seperti komputer, pencetak dan peranti storan dihubungkan kepada fail pelayan
dan bertindak sebagai

central connecting point bagi kabel-kabel yang

disambungkan kepada fail pelayan untuk setiap peranti dalam rangkaian.


Concentrator / hub selalunya didatangkan dengan switch kerana kedua-duanya
mempunyai fungsi yang hampir sama. Hub dikatakan sebagai tempat di mana data
akan dikumpulkan menjadi fizikal asal dan kemudiannya switch yang akan
menentukan bagaimana dan di mana ia akan dihantar. Di dalam sesebuah topologi
rangkaian, hub merupakan tulang belakang rangkaian itu.
Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu
komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan concentrator
adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu
semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.
Concentrator

yang

aktif

lazimnya

bertindak

sebagai

pengulang

bagi

memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu.

Fungsi Concentrator / Hub


Di dalam topologi bintang, kabel berpasangan berpintal disambungkan dari setiap
stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hub adalah concentrator yang pelbagai di
mana kad yang pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses
tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya.
Ciri-Ciri Concentrator / Hub
I.
II.
III.
IV.

Berpasangan dengan 8,12 atau 24 RJ-45 port.


Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin.
Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar.
Biasanya dimasukkan / dinstall di dalam rak besi yang turut memuatkan
netmodem, jambatan dan router.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 5 : Contoh penggunaan concetrator/ hub dalam rangkaian topologi jenis


bintang.

Rajah 6: Contoh-contoh peranti Concentrator / hub:

E. SWITCH
Switch merupakan peranti rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa
penghantaran data kepada destinasinya. Ianya turut dimuatkan fungsi router iaitu
peranti atau perisian yang menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara
umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju
dari router.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Fungsi Switch
Switch digunakan pada peringkat rangkaian gateway dimana satu rangkaian
disambungkan dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang
berlainan. Dalam rangkaian yang kecil pula, switch tidak digunakan . sebagai
contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bas di mana
setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk
mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau
tidak. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai
kelajuan tersendiri.
Switch juga merupakan peranti rangkaian yang menyediakan cenctral connection
point

untuk

penyambungan

kabel

daripada

setiap

stesen

kerja,

fail

pelayan/server,pencetak dan peranti rangkaian yang lain yang berkaitan.

Rajah7: Contoh penggunaan peranti switch dalam sistem rangkaian:

Rajah 8: Contoh-contoh peranti switch


F. PENGULANG / REPEATERS
Pengulang ataupun repeater merupakan peranti yang mampu memanjangkan jarak
maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Pengulang akan mengambil dan

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, kemudian memperkuatkan


isyarat tersebut sebelum menghantar kepada rangakain LAN yang seterusnya.
Dengan erti kata lain, pengulang juga adalah peranti yang menerima sesuatu isyarat
atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, kemudian
memperkuatkan isyarat tersebut sebelum menghantarkannya semula melalui laluan
yang seterusnya. Satu siri pengulang boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang
lebih jauh.
Pengulang yang digunakan dalam sistem kabel boleh terdiri dariapada litar amplifier
dan beberapa transformer isyarat. Manakala dalam sistem komunikasi tanpa wayar,
pengulang terdiri daripada penerima radio, amplifier, transmitter, isolator dan dua
antenna. Gentian optik pula, pengulang terdiri daripada photocell, amplifier dan lightemitting diode (LED).
Fungsi Pengulang /Repeaters

Pengulang digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkain

kawasan setempat atau LAN.


Pengulang juga turut digunakan untukmemperkuatkan dan memperluaskan
penghantaran rangkaian kawasan wilayah WAN melalui media wayar dan
tanpa wayar.

Kebaikan Pengulang / Repeaters


Pengulang boleh mengelakkan isyarat yang lemah bila tiba pada destinasi
Keburukan Pengulang / Repeaters
Masa tambahan diperlukan bagi proses penghantaran kerana pengulang akan
memperkuatkan semula isyarat yang lemah.
:

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 9: Contoh penggunaan pengulang/ repeaters dalam sistem rangkaian

Rajah 10: Contoh-contoh peranti pengulang/ repeaters


G. JAMBATAN / BRIDGE
Jambatan / bridges merupakan peranti yang menghubungkan satu rangkaian ke
satu rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut mestilah
menggunakan protokol yang sama (contohnya penggunaan kad antaramuka
rangkaian yang sama). Jambatan juga merupakan kombinasi perkakasan dan
perisian yang mampu mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket atau
pemformatan alamat. Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi
dipisahkan secara konsep rangkaian LAN yang menggunakan banyak komputer
antara jambatan. Melalui jambatan, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat
dalam linkungan rangkaian yang terbabit sahaja.
Fungsi Jambatan / Bridges

Sebuah jambatan berfungsi membenarkan sebuah rangkaian yang besar

dibahagikan kepada dua buah rangkaian yang kecil.


Jambatan boleh mengawal laluan informasi daripada kedua-dua belah
bahagian rangkaian supaya ianya dapat menghantar informasi yang diterima

ke lokasi yang dipinta.


Kebanyakan jambatan boleh mengawal rangkaian dan secara automatik
mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah

rangkaian.
Jambatan juga turut memeriksa setiap pesanan yang dihantar.
Jambatan boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis,
namun begitu protokol yang digunakan hendaklah sama.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Kebaikan Jambatan / Bridges


Jambatan membolehkan suatu rangkaian yang mengalami kekangan geografi akan
boleh dihubungkan antara satu sama lain. Jambatan juga boleh menapis data antara
rangkaian agar ia tidak sampai kepada destinasi yang tidak sepatutnya.
Keburukan Jambatan / Bridges
Jambatan akan melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar kepada semua
alamat dalam rangkaian walaupun alamat destinasi telah ditetapkan.

Rajah 11:Contoh rangkaian yang dihubungkan dengan peranti jambatan:

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 12:Contoh-contoh peranti jambatan


H. ROUTER
Dalam persekitaran internet, router boleh wujud dalam bentuk perisian ataupun
perkakasan yang akan menentukan titik rangkaian yang seterusnya yang harus
dihantar ke destinasinya. Router akan dihubungkan sekurang-kurangnya pada dua
rangkaian dan akan menentukan laluan manakah yang harus dilalui.
Router berupaya untuk menghalakan trafik dalam rangkaian ke mana-mana
bahagian dalam rangkaian supaya beban di dalam rangkaian dapat diagihkan untuk
mengurangkan kesesakan. Sekiranya terdapat pautan yang gagal dalam rangkaian
tersebut, maka router akan menggunakan laluan yang lain untuk membenarkan
komunikasi berlaku. Router akan memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar
pesanan berpandukan kepada alamat yang asal.
Fungsi Router

Router berfungsi dalam mengenalpasti laluan yang terbaik di antara dua


rangkaian sedangkan jambatan tidak dapat mengenalpasti laluan yang

terbaik.
Router mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut
bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas.

Kebaikan Router
Penghantaran paket akan mengambil masa yang lebih singkat kerana router akan
menentukan laluan yang terbaik untuk sampai ke destinasi.
Keburukan Router
Fungsi router dan switch adalah hampir sama dan akan mengelirukan pengguna
yang kurang arif tentangnya yang ingin membuat penyambungan lebih daripada satu
rangkaian.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 13: Contoh penggunaan router dalam sistem rangkaian:

Rajah 14: Contoh-contoh peranti router:


I. MODEM
Modem adalah peranti yang digunakan untuk menghubungkan satu komputer
dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Kemampuan modem membawa
data pada kadar sesaat bergantung kepada kebolehan modem. Sebagai contoh,
modem 56kbps mampu membawa data pada kadar maksima 56 kilo bait per saat.
Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan kepada rangkaian
internet.
Walaupun mempunyai pada kadar maksima 56kbps, namun faktor kesibukan
rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna
yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan
menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata di antara pengguna yang lain.
Fungsi Modem

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Modem berfungsi menukarkan isyarat digital dari komputer kepada isyarat analog
apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada
komputer destinasi akan menukarkan isyarat analog tersebut kepada isyarat digital
semula agar difahami oleh komputer.
Jenis-Jenis Modem

Modem internal
Modem ini berbentuk papan elektronik yang akan dipasang pada papan induk
di slot PCI yang kosong.
Modem External
Modem ini akan dipasang secara standalone di mana modem ini boleh di on
dan off tanpa bergantung kepada komputer. Modem ini dipasang bergantung
kepada jenisnya. Antara port yang boleh dipasang seperti serial port, usb port
dan fire wire port.

Kebaikan Modem
Pengguna boleh mencapai data dan maklumat pada internet melalui modem.
Keburukan Modem
Modem akan dipasangkan pada talian telefon, sekiranya talian telefon di sambar
petir, kemungkinan besar modem tersebut akan turut disambar petir melainkan
modem tersebut dimuatkan ciri-ciri keselamatan tertentu.

Rajah 15: Contoh penggunaan peranti modem dalam sistem rangkaian:

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

Rajah 16:

2012

Contoh contoh peranti modem:

J. MULTIPLEXER
Multiplexer merupakan peranti yang akan meningkatkan keberkesanan komunikasi.
Peranti ini akan membenarkan beberapa terminal berkongsi satu talian komunikasi.
Selain itu, ia akan menerima isyarat daripada pelbagai peralatan komputer,
memampatkan isyarat ke dalam satu aliran data dan seterusnya menghantar melalui
satu talian komunikasi.
Kebaikan Multiplexer
Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan memampatkan data yang dihantar
melalui satu talian.
Keburukan Multiplexer
Proses penyelenggaraan dan pengemaskinian haruslah dikendalikan oleh mereka
yang pakar sahaja.

Rajah 17: Contoh penggunaan peranti multiplexer dalam sistem rangkaian:

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 18:Contoh-contoh peranti multiplexer:

K. WIRELESS ACCESS POINT


Wireless Access Point adalah peranti yang digunakan untuk menyambungkan alatalat wireless ke sebuah rangkaian yang berkabel seperti menggunakan wifi dan
bluetooth. Wireless access point digunakan untuk membuat jaringan WLAN
(wireless local area network)dan juga untuk memperbesarkan jaringan wifi yang
tersedia ada (menggunakan mode jambatan).
Fungsi Wireless Access Point
Wireless access point digunakan untuk menghubungkan wireless client seperti
komputer riba dan komputer dengan wireless card ke dalam sebuah jaringan
rangkaian LAN. Wireless access point biasanya berfungsi sebagai DHCP Relay
yang tugasnya memberi IP Address dari fail pelayan ke wireless client sehingga
ianya boleh disambungkan kepada rangkaian.
Wireless access point juga dilengkapi dengan fungsi-fungsi tambahan yang lain
seperti routing dan firewall. Ianya merupakan titik tengah pusat jaringan rangkaian
dan memancarkan frekuensi radio untuk mengirim dan menerima data. Fungsinya
lebih kurang sama dengan hub dan switch dalam jaringan rangkaian berkabel yang
membolehkan ramai pelanggan atau pengguna berhubung dengan rangkaian.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 19 :

contoh

penggunaan wireless access point dalam sistem rangkaian:

Rajah 20: Contoh-contoh peranti wireless access point :

6.1

MEDIA RANGKAIAN ATAU MEDIA


PENGHANTARAN

HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat memberi definisi Media Penghantaran.
2. Pelajar dapat menyatakan jenis Media Penghantaran
3. Pelajar dapat membezakan antara Kabel Pasangan Terpiuh Tanpa
Pelindung Dengan Kabel Pasangan Terpiuh Tidak Pelindung

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Penghantar ialah bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan,


diproses dan dipancarkan. Contoh isyarat maklumat ialah isyarat audio, video,
isyarat bercetak, isyarat terkod dan lain-lain.
Penerima ialah suatu peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa dan
menghasilkan semula isyarat asal.
Media penghantaran merupakan penghubung secara fizikal antara penghantar dan
penerima maklumat. Dalam
laluan yang akan

sistem penghantaran data, ianya merupakan satu

membawa isyarat dari penghantar ke pada penerima bagi

menghantar data binari, setiap elemen di dalamnya perlu ditukar ke bentuk isyarat
elektrik. Isyarat elektrik yang dihantar memerlukan satu media penghantaran untuk
dijadikan laluan penghantaran. Jenis media penghantaran adalah sangat penting
kerana ia menentukan bilangan bit maksimum (digit binari) yang boleh dihantar dalam
masa satu saat.

MEDIA PENGHANTARAN

PENERIMA

PENGHANTAR
Rajah 21: Media Penghantaran

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Media penghantaran data boleh terbahagi kepada iaitu

Media Terarah(Guided Media)


Media Tidak Terarah (Unguided Media)

Media
penghantar
an

Media
terarah

Media tidak
terarah

Rajah 22: JenisJenis Media Penghantaran


6.1.1 MEDIA TERARAH
Media terarah bererti media itu disambung secara fizikal dari satu titik ke satu titik
yang lain atau membawa data melalui saluran fizikal yang dapat dilihat. Biasa
dikenali sebagai media berwayar.
Jenis media penghantaran terarah terdiri daripada
i.

Twisted Pair Cable (Kabel Pasangan Terpiuh)

ii.

Coaxial Cable (Kabel Sepaksi)

iii.

Optical Fiber Cabel (Kabel Gentian Optik)

A)

Twisted Pair Cable (Kabel Pasangan Terpiuh)

Kabel ini terdiri daripada dua pasang atau lebih kabel kuprum iaitu kabel yang dipiuh
kan dalam bentuk lingkaran (spiral) Kabel ini digunakan sebagai bahantara saluran
penghantaran isyarat bagi sistem rangkaian kawasan setempat.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 23 : Twisted Pair Cable (Kabel Pasangan Terpiuh)

Kabel pasangan terpiuh merupakan media yang selalu digunakan untuk menghantar
data yang berbentuk denyutan elektronik. Setiap satu pasangan kabel mewujudkan
satu laluan komunikasi bagi

menghantar isyarat elektromagnet. Oleh kerana

keadaannya terpiuh, setiap pasangan kabel boleh membatalkan gangguan


elektromagnetik dari kembar wayar yang lain.
Kabel ini boleh

membawa data jenis analog dan digital. Ia banyak digunakan

sebagai tulang belakang sistem telefon. Bagi isyarat analog, amplifier diperlukan
bagi menguatkan semula isyarat disetiap 5 hingga 6 km manakala bagi isyarat digital
setiap 2 hingga 3km.
Kabel pasangan terpiuh murah dan

mudah diperolehi tetapi kabel jenis ini

mempunyai jarak, lebar jalur serta kadar penghantaran data yang terhad
Kabel ini boleh dikategori kepada 2 jenis iaitu:
a. Shielded Twisted Pair Cabel (STP)
b. Unshielded Twisted Pair Cabel (USTP)

Shielded Twested Pair Cabel


Unshielded Twisted Pair Cabel
Dikenali sebagai kabel pasangan
Dikenali sebagai kabel pasangan
terpiuh

yang

mempunyai

terpiuh tanpa perlindungan

perlindungan
Rajah 24: Shielded Twested Pair
Cabel

Rajah 25 : Unshielded Twested Pair


Cabel

Kabel ini mempunyai penghalang


logam

yang

membaluti

setiap

pasangan pembalut pengalir.

Kabel
pada

Bingkai

logam

menghalang

penembusan
elekromangnetik

hingar
dan

dapat

ini

biasanya

sistem

disebabkan

julat

digunakan

telefon.

Ini

frekuansinya

sesuai untuk penghantaran data

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

menghapus

fenomena

yang

dinamakan crosstalk.

utas

sama dengan Unshielded twisted


cabel.

Begitu

dan suara.
Kabel ini terdiri daripada dua
pengalir, lazimnya kuprum. Setiap

Kabel l mempunyai kualiti yang


pair

2012

dibaluti

berwarna.

dengan

dengan
Setiap

warna

kod

untuk

mempunyai

penyambungnya,bezanya pengalir

plastik

mengenalpasti tugas kabel yang

pelindungnya mesti disambung ke

spesifik.

bumi

Kabel ini lebih mahal.

Kebaikan

kabel jenis ini adalah

murah, fleksibel dan

mudah

dipasang

B)

Coaxial Cable (Kabel Sepaksi)

Kabel sepaksi adalah kabel elektrik yang terdiri daripada wayar pengalir bulat,
dikelilingi oleh penebat, dikelilingi sarung pengalir silinder, dan biasanya dibalut oleh
lapisan akhir penebat.

Rajah26: Kabel Sepaksi


Kabel ini direka bagi membawa isyarat jalur lebar atau berfrekuensi tinggi, seperti
dalam talian pemancar berfrekuensi tinggi. Kesan gangguan dan crosstalk
berkurangan disebabkan kabel ini dibalut.
Disebabkan medan elektromagnetik yang membawa isyarat wujud (secara ideal)
hanya antara ruang antara pengalir dalam dan luar, ia tidak mengganggu atau
diganggu gangguan daripada medan elektromagnetik luar. Namun prestasi kabel ini
mudah

terganggu pleh kehadiran attenuation, hingar terma dan intermodulation

noise.
Kabel jenis ini banyak digunakan sebagai bahan pengantar seperti
a. Penghantaran jarak jauh bagi telefon dan televesyen
b. Pengagihan siaran televisyen

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

c. Rangkaian kawasan setempat

C)

Optical Fiber Cabel (Kabel Gentian Optik)


Rajah 27: Optical Fiber Cabel (Kabel Gentian Optik)

Kabel gentian optik diperbuat daripada kaca dan plastik. Penghantaran isyarat
dibuat dalam bentuk cahaya. Cahaya akan digunakan untuk menghantar isyarat
optikal dan kemudian ditukar ke dalam bentuk isyarat elektromagnetik.
Gentian optik boleh digunakan sebagai perantaraan (medium) bagi telekomunikasi
dan jaringan komputer kerana ia sangat mudah lentur dan boleh diikat sebagai
kabel. Walaupun gentian boleh diperbuat daripada plastik lutsinar atau kaca, gentian
yang digunakan dalam telekomunikasi jarak jauh hampir selalunya menggunakan
kaca, kerana penyerapan optik yang lebih rendah.

Kebaikan Dan Keburukan Kabel Gentian Optik

BIL
1

KEBAIKAN
KEBURUKAN
Dapat mengelakkan hingar- hingar Kos kabel gentian optik mahal kerana
dapat

dielakkan

penghantaran
2

gentian

kerana pembuatan teras harus sempurna


optik

menggunakan cahaya .
Isyarat attenuation yang rendah- Pemasangan dan penyelenggaraan
Jarak penghantaran gentian optik sebarang

kecacatan

lebih jauh dari kabel pasangan meyebabkan


3

kabel

pada

kabel

tidak

dapat

terpiuh.
menerima cahaya
Mempunyai jalur lebar yang besar- Gentian optik mudah pecah berbanding
menyokong lebar jalur dan julat data wayar
yang lebih besar.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

6.2

2012

MEDIA RANGKAIAN ATAU MEDIA


PENGHANTARAN

HASIL PEMBELAJARAN
1. Supaya pelajar dapat mengenalpasti media penghantaran tanpa wayar.
2. Supaya pelajar dapat menyatakan fungsi bagi setiap penghantaran tanpa
wayar.
6.2.1 Media
penghantaran tanpa wayar / Wireless transmission
1. Inframerah / Infrared

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

Rajah 28: Infrared

2012

Rajah 29: Virtual Keyboard

Rajah 30: Alat Kawalan Jauh TV


Penghantaran data dalam bentuk inframerah adalah tanpa melalui wayar.
Sesetengah pengeluar membekalkan satu port khas yang dipanggil irda yang
membenarkan peranti-peranti seperti rajah di atas berkomunikasi dengan PC.
Frekuensinya pula antara 300ghz hingga 400Thz. Penghantaran data menggunakan
infrared terhad kepada kawasan yang kecil sahaja iaitu dalam lingkungan 5 meter.
Contoh penggunaan infrared adalah seperti alat kawalan jauh TV, virtual keyboard

2. Gelombang Radio / Radiowave


Terbahagi kepada dua iaitu Wireless Fidelity (Wi-Fi) dan Bluetooth.
A. WIFI

Rajah 31: Wifi

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

a. Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini


telah

diberikan

secara

rasmi

oleh

WECA (Wireless

Ethernet

Compatibility Alliance).
b. Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada
penghujung tahun 1998.
c. WiFi merupakan sejenis Wireless Local Network (WLAN) yang
berasaskan kepada spesifikasi IEEE 802.11 dan berada di bawah
pengawasan Institute of Electrical Engineers (IEEE) iaitu institusi
antarabangsa yang menetapkan standard protocol teknologi dengan
penggunaan sistem nombor.
d. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan
tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik
capaian (access point) dan k ad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer
bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta
melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

PERBEZAAN ANTARA LAN DAN WLAN


LAN
WLAN
1 Local area network
1. Wireless Local Area Network
.
2

Menggunakan

menghubungkan

komputer dan hub


Kelajuan maksimum 100mbps

.
4

Menggunakan ruang yang lebih 4. Ruang

.
5

untuk penyambungan kabel.


Gangguan yang kurang.

.
6

frekuensi radio.
Kos yang tinggi kerana perlu 6. Kos yang murah kerana tiada

menggunakan kabel yang banyak

dan panjang
Had jarak bergantung kepada 7. Bergantung kepada jarak antara

panjang kabel

B. Bluetooth

kabel

untuk 2. Menggunakan gelombang radio.


antara
3. Kelajuan maksimum 100mbps.
yang

sedikit

kerana

wireless boleh bergerak di udara


5. Gangguan yang banyak kerana

media perhubungan.

75-125m

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

Rajah 33:Bluetooth
Headset

Rajah 32 : Logo Bluetooth

Rajah 34 : Penggunaan Bluetooth


Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar (wireless). Ia menggunakan
gelombang radio bagi membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA
atau laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh
diperluaskan lagi kepada desktop di mana desktop boleh dihubungkan ke
pencetak

ataupun

pengimbas

tanpa

menggunakan

wayar

penyambung. Bluetooth telah dibangunkan bertujuan untuk memberikan


keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih.
Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh
digunakan dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekaligus

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

menjimatkan masa pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga
kabel penyambung ke peranti lain. Ia juga menyatukan beberapa perkakasan
mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit.
Manakala keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain
dan juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak.
Di samping itu, tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong
teknologi ini, mungkin kerana ia masih lagi baru digunakan.
C. Satelit

Rajah 35: Satelit


Dalam komunikasi satelit, pemindahan isyarat di antara pengirim dan penerima
dilakukan dengan bantuan satelit. Dalam proses ini, isyarat yang pada asasnya
pancaran gelombang mikro termodulat dihantar ke satelit. Kemudian satelit
menguatkan isyarat dan dihantar kembali kepada kehadiran antena penerima pada
permukaan bumi. Data dan isyarat yang dibawa oleh satelit adalah berbentuk
gelombang mikro (microwaves).Semua pemindahan isyarat berlaku di angkasa
lepas. Oleh itu, jenis komunikasi ini dikenali sebagai komunikasi ruang angkasa.

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]

2012

You might also like