Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Azlina Jailani @ Lina Joy?

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina
Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.
Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab
pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera
perkataan Agama Islam.
Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama
Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian
sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998,
dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan
meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan
beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri
dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato Tan Yeiw Lai, Kuala
Lumpur.
Fakta kes
Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran
perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis
beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina
Joy.
Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah
Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan
(MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama
(Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan
pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa
Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang
perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden
Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah
Persekutuan.
Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato
Alauddin, & Dato Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan
Mahkamah Rayuan HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik
Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta
banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan
DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan
negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam
tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah
TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan
kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang
terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak
releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel
11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 &
Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang
terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi
kumpulan atau agama secara umumnya.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap
kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan
Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam
sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti
yang terkandung dalam undang-undang Islam.
Implikasi dan definisi 'Individu'
Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita, Orang
Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui
mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat
dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh
ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh
mengongkongnya;
Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut
kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil
tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang
difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi
bukan Islam pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak
mempraktikkan secara individu diperjuangkan. Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai
benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk
menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang
memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan
Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang
Muslim di dalam perlembagaan.
Mengapa kes Lina Joy?
Kes Lina Joy adalah kes yang sedah lama didiamkan, tetapi ianya telah dimarketingkan
diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan
ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di
dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk
digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah
seorang muslim yang lain.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan Artikel 11 yang pernah
berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan
Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes
Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith
Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam,
yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang
beragama Islam.

Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah
kan sebagai beyond our imgination yang mana ia secara langsung mencabar undangundang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan
Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya
mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.

Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya
yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan
membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh
perlembagaan.

Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan
seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang
besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela
aqidah seorang rakyat Islam.

www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan


dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok &
dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan
hak asasi manusia sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk
memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk
membela Lina Joy, antaranya;

Malaysian Bar Council


All Womens Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)

Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism


(MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Womens Aid Organization (WAO)
Womens Development Collective (WDC)

Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian &
tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa
paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakimhakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam
(Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang
menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member.

Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka
kepada apa jua pilihan mereka

Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu
banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim
Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu
menyebut;

"it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never
been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in
Malaysia Islam is just a subservient to constitution

Tindakan segera

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di


Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan
untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek
yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur
Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di
atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama
kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah
Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada
badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai
pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk
bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200
peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam
daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah,
Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan
Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang
pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan
Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO
Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa
Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini,
www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan
segera mengikut kesesuaian.

Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak
yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam
di dalam membela kes Lina Joy.

Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan
terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh
masyarakat tentang isu ini;
Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh
pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang
terkandung di dalam Bernama.com.my

Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan
disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan
perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung
Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.

Semua dijemput hadir Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie,
Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh manamana media di Malaysia.
Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas
kebenaran daripada pihak yang terlibat.

Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan
umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami
kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan
memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia,
khususnya.

Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis
Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan
kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari
terus dimusnahkan.

Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada
untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat
untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan
pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika
perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan
bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan
beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.

Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah


dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul
20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada
sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang
terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan bodoh kepada individu yang
menghalang dari usaha ini diteruskan.

Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.

Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli
secara percuma;
peguampembelaislam@yahoogroups.com

Penutup

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah
akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ain untuk
menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan

You might also like