Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Rancangan Malaysia

Ke-6
By:
Afdhaliqa binti Mad Rozahan
Mohamad Hassanudin bin Ahmad Yossry
Mohd Syazwan bin Rosli
Nur Adibah binti Ali
Nur Aliah binti Mohd Ali
Nurul Haziqah binti Mustaffa

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), merupakan fasa pertama pelaksanaan


Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan
keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada
pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan
strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.

Teras utama RMK-6 : mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi


dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi
yang lebih seimbang. Penekanan kepada pembangunan seimbang adalah
berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat kemajuan dalam
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan
asas ekonomi yang lebih luas.

Strategi pembangunan seimbang :


mempelbagaikan asas perindustrian
meningkatkan pembangunan sumber manusia
menggalakkan peningkatan teknologi
mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor
dan antara wilayah di negara ini
Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104
bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor
sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor
pentadbiran.

Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6 :


kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan
menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama
dalam perkembangan ekonomi Negara
Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan
perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program
penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi
memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan
modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan
disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif
terutamanya sektor pembuatan

Pencapaian RMK-6 :
Sektor eksport telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun

negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yang lembab dalam


separuh pertama tempoh Rancangan.
Ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 8.7
peratus setahun, mengatasi sasaran 8.1 peratus mengikut kajian separuh
penggal serta sasaran asal RME iaitu sebanyak 7.5 peratus.
Meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM6,099 pada tahun 1990
kepada RM9,786 pada tahun 1995 dan telah menarik kemasukan pelaburan
asing yang tinggi.
Pengurusan pragmatik ekonomi makro telah meningkatkan kapasiti
pengeluaran dan daya saing Malaysia.
Malaysia telah berjaya membiayai pelaburan swasta melalui tabungan
dalam negeri dan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi.

Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang


lebih berkualiti, meningkatkan kecekapan dan daya saing eksport Malaysia.
Sektor pertanian juga turut mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak
2.0 peratus setahun manakala bahagiannya daripada KDNK terus berkurang
sehingga ke tahap 13.6 peratus pada akhir tempoh Rancangan.
Sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9
peratus setahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada
peningkatan pengeluaran gas dan kondensat iaitu hasil sampingan gas.
Keluaran sebenar ekonomi telah berkembang dalam tempoh RMK-6 dengan
sebahagian besarnya diperolehi dari pelaburan dalam infrastruktur fizikal,
P&P, pendidikan dan latihan kemahiran disertai dengan kemasukan FDI yang
besar. Faktor ini juga telah meningkatkan sumbangan TFP sebanyak dua kali
ganda iaitu daripada 1.2 peratus atau 17.9 peratus daripada KDNK dalam
tempoh 1971-1990 kepada 2.5 peratus atau 28.7 peratus daripada
pertumbuhan KDNK dalam tempoh RMEn.

Tahun terakhir RMEn itu sendiri merupakan tahun kelapan berturutturut ekonomi negara mencapai pertumbuhan pesat, menjadikannya
tempoh pertumbuhan paling rancak dan terpanjang yang pernah
dinikmati sehingga kini. Lebih penting lagi kadar pertumbuhan yang
tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya
stabil. Dengan asas yang kukuh menjadi landasan perkembangan pesat
ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan politik yang teguh,
negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2
dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran
semasa.
Ianya
juga
menyediakan
landasan
bagi
Kerajaan
mempercepatkan
pencapaian
objektif
pertumbuhan
seimbang
sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) dengan matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang
lebih adil dan bersatu padu.

You might also like